06

" Bila kau main tiktok tapi segala galanya hancur. Haha."

///////////////////////////////////////////////////////

yan pov;

" woiii cepatlah jebon! aku robohkan jugak pagar rumah kau ni karang!"

mendengarkan bunyi manusia melalak yang bising di malam hari itu, jungkook yang sedang bersiap terus menjenguk melalui tingkap.

tatkala melihat jimin dan hoseok yang sudah selamat mendaki pagar sampai ke puncak, mata jungkook terus membulat. fon di atas katil dicapai dan dengan laju, dia berdesup turun ke tingkat bawah.

dalam hati dah risau. risau pagar rumah dia betul betul menghembus aura karat yang terakhir.

" siapa bising bising tu kook?"
omma jungkook bertanya melalui dapur. terus jungkook tersengih ke arah ommanya yang sedang bercekak pinggang tu.

" haiwan peliharaan kook lah omma. tenuks."

" ada ada lah kamu ni. hati hati keluar tu."

" ne, araseo."

jungkook menyarung kasut pada kaki. topi besbol hitamnya dibetulkan sedikit sebelum dia bergegas ke arah pagar. punggung hoseok dan jimin terus dilempang menyebabkan kedua dua lelaki itu selamat landing dia atas tanah dengan kuat.

" matilah pagar ni nanti."

jungkook usap usap pagar rumah dia sebelum keluar. jimin dan hoseok sudah membebel panjang, merungut tentang bontot precious mereka yang dah buat first kiss dengan tanah akibat lempangan jungkook tadi.

" dah dah jom. kang tutup jugak kedai cendol jaehyun tu."

namjoon mengajak semua bergerak sambil menggendong yoongi di belakang badan.

" yoongi asal kau bergayut kat namjoon ni? aku je koala kesayangan dia kau tau tak?" jimin merapati kedua lelaki itu sambil bercekak pinggang. yoongi menjeling malas.

yoongi cuit pipi namjoon. dan dengan itu, namjoon lah yang menjawab.

" dia malas nak jalan."

" amboiiii! apesal kau pulak yang kena jawab?"

" dia malas nak bercakap."

hoseok dan taehyung sudah riuh menggelakkan nasib sendu jimin. jungkook pula selesa berjalan di belakang mereka bersama jin yang sudah kemaruk untuk cover lagu english sejak dia berkarok dengan hoseok tenpoh hari.

" kook. lagu ni comel do. sesuai untuk vibe vibe cinta bertepuk sebelah tangan macam kau."

dush. hati jungkook tersentap.

namun sebagai manusia tabah, jungkook hanya mengiyakan kata kata jin. fon yang jin hulur tu dia pandang. sebuah lagu sedang terpasang.

put your hand in mine
you know that i want to be with you all the time
you know that i won't stop until i make you mine
you know that i won't stop until i make you mine
until i make you mine

" terererereng! tererere turutututtutu!"

taehyung dan hoseok yang terdengar turut menyanyi bersama. jungkook pula tekun mendengar lirik lagu tu. perit liur ditekan.

duh. betul cakap jin. memang sesuai untuk dia.

tapi bagi jungkook, lagu tu lebih kepada penyuntik semangat. bukanlah penyedut semangat. lagu tu macam memotivasikan dia untuk lebih kuat berusaha. acewah.

perjalanan geng kalis peluru tu berjalan lancar sehinggalah mereka tiba di kedai cendol yang ingin dituju. laju sahaja jin menyiku nyiku lengan jungkook. mulutnya termuncung pada satu arah.

" kook kook kook. " panggil jin kedengaran seperti bunyi ayam beranak.

" kenapa kau?"

" sejong kau!"

kepala jungkook menoleh ke arah yang ditunjuk seokjin. dia mula rasa gugup tatkala melihat sejong dan jena ada disitu juga, sedang berdiri di hadapan sebuah meja.

bersama mereka ada lucas dan kim jungwoo, yang jungkook kenal sebagai jiran jiran sejong yang rapat dengannya sejak kecil.

" lu! woo! na! jong!" jimin menegur sambil melambai ke arah mereka membuatkan keempat empat sahabat itu menoleh. tatkala mata jungkook bertemu dengan anak mata sejong, cepat cepat jungkook turunkan lagi topi besbol dia. sejong terus mengalihkan pandangan ke namjoon dan menyapa lelaki itu.

manakala jungkook, masih memandang ke arah sejong disebalik topi besbol tadi. sejong pula tak perasan dek kerana topi tu yang cover mata jungkook.

" uyoooo geng kalis peluru! sinilah jom! "

" korang buat apa? asal tak duduk?"

hanya taehyung, jimin dan hoseok sahaja yang mendekati meja mereka. manakala yang selebihnya terus bergerak ke meja lain setelah bertegur sapa. jungkook mencari tempat yang memudahkan dia untuk usha sejong. okay nice. jumpa pun.

" kitorang nak buat sunglasses challenge. kau tengok ni eh."

lucas dan jungwoo bersedia di hadapan kamera fon yang disandarkan pada kotak tisu bersama cermin mata di atas kepala. jena pulak dah ready nak tekan lagu.

" okeh pat aku nak tengok!"

" sick, with it, crew, DROP!"

" uYOOOOOO! suwek gilerps! i loike i loike!" hoseok melompat lompat teruja. jimin pulak dah join jungwoo untuk cuba sekali lagi manakala taehyung dah ready nak donlod tiktok. jena pulak menguwu sahaja bila tengok jimin buat.

( siyes aku selalu bayangkan jimin buat. mesti hot teroks memandangkan dia memang the type to do that kind of things hshshshshsh aaaaaaaaa )

" woi budak! cepatlah nak cendol apa?!" jin menjerit menyeru ketiga tiga tenuk tu untuk datang menghadap. jaehyun pula dah siap nak amek order kat tepi meja. nampaknya bang jepri kita masih setia dengan profesion dia sebagai pencendol yang berjaya gaes.

" kook nak cam biasa kan?"

" haah." balas jungkook ringkas. matanya tertancap ke arah sejong yang sedang mencangkung di tepi meja sambil menggosok gosok cermin mata lucas menggunakan lengan hoodienya.

jungkook kemam bibir. mencangkung pun comel ke. gOSOK CERMIN PUN COMEL KE?

jitaehope akhirnya kembali ke pangkal jalan dan duduk di meja yang sudah dipilih. yoongi yang mengantuk sudah meletakkan kepala di atas kotak tisu dengan mata terpejam, disyaki sedang tidur.

" pat ar jena!" lucas menggesa jena.

" aku dah buat nyah! si sengong ni tak buat agi!"

sejong yang sedang mencangkung terus berdiri. bersama kerutan didahi, dia pandang jena.

" kau panggil apa tadi? sengong?"

" haah. gabungan bengong dan sejong."

" seeyal."

sejong dah berura ura nak sepak jena, tapi nasib baik si junguwu kita yang melmel tu sempat menahan. dia pakaikan cermin mata kat atas kepala sejong lalu memusingkan tubuh sejong agar menghadap kamera fon. jungkook ketap bibir.

maap jungUwU. hati jengkuk terfaiyah kejap. kejap je sebab dia baru ingat yang kau dah ada gelpreng iaitu kim yan hIKS OKAY JOKE

" okay. sila buat ye!" sunglasses lucas dibetulkan sebelum sejong tunjuk muka ready nak buat. jena awal awal dah ready nak start lagu.

" okkekayo mari kita mulalah yo!"

" sick, with it, crew, DROP!"

plak!

" hAN SEJONGANGGGGGGGGGG!" maka bergemalah suara garau lucas tatkala melihat sunglasses miliknya dipakai oleh si jalan tar. sejong cepat cepat kutip, matanya membulat bila nampak keretakan pada cermin mata hitam tu sama seperti keretakan masa depan dia sekarang.

" kau nikan! drop tu drop sampai kat mata bukannya DROP ATAS JALAN TAR WOI SENGONGGG!""

" aaaaaaaa ampunin akuuuuuu!" sejong awal awal dah pecut bila nampak lucas nak kejar dia. bangtan yang lain serta jena dan jungwoo pula syok menggelakkan, manakala jungkook ukir senyuman kecil.

kau, memang cuai. tapi sebab tulah aku suka kau.

////////////////////////////////////////////////////////////

anda dibenarkan untuk cringe

iler ar bulgogik dah sampai asrama sia aku baru ke masuk selangor kehkehkeh

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top