Bab 7
"Jangan sentuh sembarangan kelak kau akan merana, babe"
-Namjoon lesung pipit-
———————
Jungkook yang lengkap dengan kaca mata keselamatan dan sarung tangan mengambil tabung uji yang mengandungi cecair berwarna ungu.
Dia merenung cecair itu seketika. Jungkook menuangkan cecair yang dalam tabung uji itu ke dalam bikar yang mempunyai cecair jernih.
"Park Bae Ngong, tolong ambikkan tabung uji yang berlabel JJK111."
"Baik, doktor."
Park Bae Ngong mula melangkah ke arah bahagian yang terletaknya cecair-cecair. Dia tersenyum melihat pelbagai tabung uji yang mengandungi cecair yang berbeza.
Dah nama bengong memang perangai pun ikut sama lah.
Ada ke tengok tabung uji senyum? Tak pernah dibuat orang.
Dia mula mengambil satu tabung uji yang mengandungi cecair berwarna jernih itu. Tapi matanya tertangkap satu tabung uji yang sama warna isinya.
Dia mengambil lalu mengangkat tinggi kedua dua tabung uji itu. Dia mengerutkan keningnya.
Dah bengong lah tu
"Jap tadi Doktor Jeon cakap kod dia apa eh? Tapi dua-dua JJK dan ada nombor satu. Hm mana satu ni?"
"Berapa kali eh nombor satu dia sebut?" Bae Ngong cuba mengingatkan kembali.
"Ha! Aku dah ingat! Hehe."
"Park Bae Ngong!" Jerit Jungkook.
"Ya, Bae Ngong datang ni!" sahutnya.
Bae Ngong terus meninggalkan tabung uji yang satu lagi lalu tabung uji yang dalam pegangannya terus menyerahkan kepada Jungkook.
Jungkook mula mencampurkan cecair yang diberikan oleh Bae Ngong tadi. "Dah siap pun! Esok kita cuba test vaksin ni pada mangsa tersebut."
Tanpa disedarinya, label itu tertulis JJK1111.
———————
Yeo Han melangkah masuk ke dalam kliniknya lalu menyapa Soo Ah bersama senyuman di wajahnya.
"Selamat pagi, Doktor Yeo Han."
"Erm selamat pagi jugak."
Yeo Han mula memasuki biliknya. Dia segera melabuhkan punggungnya di atas sofa yang disediakan di dalam biliknya. Dia mula menyandarkan badannya dan kepala. Dia menutup mata seketika.
Tiba-tiba, dia teringat perbualan dua orang gadis itu. Kepalanya tersimpan 1001 soalan.
Harap tak jadi apa-apa.
TBC
———————
Jangan lupa sedekahkan vote and comment ye<3
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top