Bab 4

Happy reading 💜

"Kerajaan kata STAY AT HOME tapi kalau Kim Taehyung berbicara just STAY AT HOME WITH ME"
-Taetae kacak-

———————

Suasana di jalan besar itu amat riuh dengan siren ambulans. Dua buah kereta polis terparkir elok di tepi jalan.

Empat orang lelaki yang bertugas sebagai paramedik segera mengangkat pemandu lori itu ke atas stretcher lalu membawa masuk ke dalam perut ambulans.

Pemandu lori itu mengerang kesakitan kerana kaki kirinya berdarah dan menampakkan isi kulitnya.

Dalam jugak anjeng tu gigit.

"Boleh puan bagitahu saya apa yang berlaku?" seorang anggota polis itu menyoal seorang wanita lingkungan 50-an yang merupakan saksi kejadian.

"Nae. Kebetulan saya mahu pulang ke rumah adik saya dan kebiasaannya saya pergi rumahnya melalui jalan ni.

Semasa saya memandu, saya ternampak lelaki itu menjerit meminta tolong dan mencuba melepaskan kakinya dari cengkaman anjing tu. Saya segera memaklumkan kejadian kepada pihak polis dan ambulans" jelasnya.

Polis itu mengangguk selepas mendengar penjelasan saksi.

"Terima kasih kerana memberi kerjasama kepada kami," ucap polis muda itu.

"Ye sama-sama."

"Yeonjun! Sini!" panggil rakan sekerjanya, Choi Soobin.

"Waeyo?" Yeonjun yang sibuk menyoal siasat wanita itu segera mengatur langkah ke arah Soobin yang sedang duduk mencangkung sambil memerhati satu bangkai yang terbaring di atas jalan tar.

Yeonjun yang menghampiri kawannya itu segera menutup hidung dan mengerutkan dahinya tetapi yang peliknya si Soobin selamba merenung bangkai anjing itu.

"Euw busuknya! Kau tak bau ke, Soobin? Busuk siot! Geli aku!" rungut Yeonjun lalu menjauhi bangkai yang semakin membusuk.

Soobin menggulingkan bebola matanya.

"Tak masalahnya aku panggil kau ni nak bagitahu something! Aku tak nak dengar kau merungut!"

"Haih yalah yalah apa dia?"

"Cuba kau tengok betul betul? Kau tak rasa ke anjing ni macam pelik?" Soal Soobin.

Yeonjun mendekati anjing itu tanpa melepaskan tangan kanannya yang masih menutup hidung. Dia memerhati keadaan anjing itu. Sungguh Jijik.

Darah memenuhi tubuh badan anjing yang malang.

"Haah lah. Macam mana boleh jadi macam ni? Weirdo."

"Kan aku dah cakap."

"Soobin, kau call Beomgyu. Suruh dia selidik tentang ni. Pastu call Doktor Jungkook suruh dia kaji tentang benda apa yang membuatkan anjing tu jadi macam ni."

        ———————

Enam orang namja berkumpul di ruang tamu rumah Seokjin.

Taehyung dan Jimin menonton televisyen sambil makan popcorn manakala Jhope mendengar lagu seiring dengan tarian lenggang-lenggoknya.

Yoongi tidur. Seokjin ralit membelek buku masakannya dan Namjoon sedang membaiki patung milik Seokjin yang baru dirosakkannya tanpa Seokjin sedari.

Seokjin menutup buku itu dengan kasar. Namjoon yang tersedar tingkah laku Seokjin terus membalingnya ke arah belakang sofa yang didudukinya.

Kecut ah tu Namjoon

"Korang," panggil Seokjin.

Mereka yang sibuk dengan aktiviti mereka terus terhenti kecuali Yoongi apabila mendengar permintaan daripada sahabatnya.

Namjoon segera mengejutkan Yoongi.

Seokjin merenung setiap inci wajah kawan-kawannya lalu menghembus nafas dengan berat.

"Jungkook ada kat lab eh?" Soal namja yang paling tua itu.

"Macam biasa dia ada kat makmal. Kook cakap dia sibuk nak buat vaksin. Sekarang ni kecoh yang seekor anjing liar gigit kaki sorang pemandu lori. Tapi yang peliknya, anjing tu macam kena sawan babi tapi ni versi anjing," jelas Jimin dengan panjang lebar.

Wau Jimin memang ambil berat dengan isu semasa XD

"macam mana kau tahu?" Jhope menyoal.

"Baru je keluar berita tadi."

"Aku rasa tak sedap hatilah," luah Yoongi.

Pandangan mereka fokuskan pada Yoongi.

"Waeyo Yoongi?" Tanya Jhope.




"Aku dapat rasakan sesuatu akan berlaku."




TBC
                      ———————

Borahae!




Stay tuned!❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top