3

Haraa pov

Aku terus balik kat rumah. Niat nak cari kerja hari ini terpaksa dibatalkan. Malaslah aku nak keluar. Baik aku cari online je. Mudah. Sampai je kat rumah, rumah terasa sunyi. Yelah oppa aku tu bekerja. Kerja dia pulak tak ikut masa. Ada waktu, dia kerja malam. Kadang - kadang kerja siang.

Erm.. Aku pon tak paham. Apa kerja abang aku. Katanya ada business dengan kawan-kawannya.

Aku pon tak kenal sangat dengan kawan oppa aku nih. Katanye ramai.. Sampai 21 orang gituu.. Korang kenal?

Jam di dinding dilirik. Dah pukul 12 tengah hari. Lama jugak aku keluar pagi nih. Patutlah perut aku menyanyi je dari tadi. Lapar.. Yang aku tau, perut aku perlu diisi.

Apa yang ada dalam dapur semua aku ambik buat masak. Semua bahan aku campak dalam kuali dan hasilnya.. 

Ta-da.. Nasik goreng kimchi gituww. Tapi aku tak letak kimchi pon... Eh, biarlah aku yang masak kan. Kekeke

Lepas je makan, aku terus masuk dalam bilik. Mata ni terasa berat pulak. Elok-elok je mata ni nak terpejam, eh.. Tetiber ingat insiden tadi. Macam manalah kalau takde si Mingyu tu? Mesti aku dah takde kat sini.

Tapi kan...

Kan..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Si Mingyu tu hensem lah!! Ya tuhann.. Angau aku dibuatnya. Dahlah hensem,  gentleman pulak tu. Aku harap lepas ni aku boleh jumpa kau lagi Mingyu! Boleh tahan jugak perangai aku nih😂
Aku dah bergolek macam apa ntah atas katil ni haa.. Anak dara jenis apalah😂

Author pov

Haraa yang asyik bergolek di atas katilnya telah tertidur dengan sendirinya.

Terdapat bunyi ketukan di pintu bilik.

"Haraa, Jaehyun oppa ni"

Apabila tiada balasan oleh adiknya itu, Jaehyun membuka pintu dan..

"Hish budak ni.. Haraa, bangun!. Dah lewat petang ni.. Tak elok tido waktu camni. Bangun cepat"

Amik kau.. Dah petang. Lame benor si Haraa ni tido.. Dah bermimpi di siang hari agaknya.

Jaehyun menepuk lembut bahu adik kesayangannya itu. Namun tiada response yang diberikan. Hish, tido mati terus dia nih.

"Haraa sayang~ bangun.. Oppa dah balik ni.. Tak elok tido waktu macam ni"

Kalau author ada oppa macam ni..  Mesti dah Lama bangun😂

Haraa mula menggeliat malas. Jaehyun tersenyum.

"Pergi mandi, nanti kita makan sama-sama" Haraa hanya mengangguk lemah.

Selepas memastikan Haraa betul-betul bangun, Jaehyun keluar dan menuju ke biliknya.

*skip

Haraa dan Jaehyun menonton tv bersama -sama di ruang tamu. Haraa mula bercerita kepada oppanya apa yang berlaku.

"Oppa, tadi kan.. Haraa kena rompak"

"Apa!?" Jerit Jaehyun yang terkejut.

Bersambung

Mungkin chapter ni bosan sikit. Cuma nak beri peluang dekat sibling ni buat moments bahagia sikit😂
Semoga terhibur! ♥

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top