23
"Mana adik aku?!"
Jaehyun menjerit sambil mengetuk pintu dengan kuat. Lebih tepat lagi, dia menendang pintu tersebut. Silap hari bulan boleh pecah pintu tu nanti.
"Tenang Jaehyun. Kita cuba berunding dengan diorang. Jangan gaduh dulu."
Selaku seorang ketua yang bijaksana lagikan waras, Taeyong ingin memastikan tiada pertumpahan darah yang berlaku pada malam ini.
Bukan sahaja nyawa mereka boleh melayang. Mungkin Haraa juga boleh cedera nanti.
"Betul tu. Kita cuba berunding dahulu." Tambah Kun yang tadinya hanya berdiam diri.
"Bukalah pintu ni siot!" Jaehyun yang dikenali dengan sifat yang tenang begitu berlainan pada hari ini. Pintu dihadapannya dirempuh beberapa kali. Sungguh, dia sangat marah. Apatah lagi perkara ini melibatkan adik kesayangannya.
Tiba-tiba Johnny datang dan turut sama membantu Jaehyun memecahkan pintu. Dan yes, pintu tu terbuka dan hampir tercabut.
"Berani kau!"
Kelihatan 2 lelaki terkejut melihat pintu tersebut rosak.
"Kenapa kau datang sini?!"
Sangyeon selaku member yang paling tua di dalam Tbz memandang sekumpulan lelaki yang datang ke tempat mereka. Mungkin Taeyong dah angkut semua anak-anak dia.
"Aku nak satu jawapan. Lepaskan Haraa atau korang semua mati. Pilih. Aku bagi 10 saat nak fikir."
Inilah cara berunding yang dimaksudkan oleh Taeyong. Simple, tapi menakutkan.
Tiba-tiba,
Bang!
Satu tembakan hampir mengenai kepala Taeyong. Kelihatan seseorang meniup hujung pistol.
"Maaf, kami tak berminat dengan rundingan kau."
"Tch, kau memang tak pernah berubah, Hyunjae!"
Situasi Haraa dan Mingyu
Haraa hanya mampu merenung Mingyu yang terbaring di atas lantai. Badannya yang terikat itu tidak bergerak. Mungkin sudah penat selepas bergelut sebentar tadi.
Dengan perlahan-lahan, Haraa datang menhampiri Mingyu. Muka Mingyu yang dibasahi peluh dikesat dengan jari-jemarinya. Hujung bibir yang pecah semasa bertumbuk tadi disentuh lembut.
Perlakuan Haraa terhenti apabila mata Mingyu yang tadinya terpejam rapat terus terbuka luas. Dengan pantas, Haraa memeluk Mingyu dengan kemas.
"Kenapa awak buat semua ini?"
Air mata mula gugur membasahi pipinya.
Mingyu hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Jangan menangis sayang. Saya lemah tengok awak macam ni."
Perbualan mereka terganggu apabila Haknyeon datang dan menarik Haraa pergi. Begitu juga dengan Jacob yang menarik Mingyu bangun.
The game has begun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top