22
Hyunjae mengisi 3 biji peluru dalam pistol Glock-17 miliknya lalu diletak kemas di dalam poket belakangnya.
Haraa yang masih terbaring di atas sofa dan belum sedarkan diri ditenung lama. Tangannya laju mengusap rambut yang jatuh menutupi wajah mulus adiknya itu.
Tiba-tiba, seseorang datang dengan nafas yang termegah-megah menyebabkan keningnya bertaut.
"Kau kenapa Kyu?" Tanya Hyunjae yang melihat Changmin yang tercungap-cungap mencari nafas.
"Dia dah datang!"
"Nugu? Jaehyun?" Wajahnya bertukar menjadi serious.
"A-ani. Bukan Jaehyun, si Mingyu yang datang!"
Hyunjae mendecit. Rambutnya diselak dengan kasar.
"Apa yang tak guna tu buat kat sini?!"
"Aku tak tau hyung. Aku nampak dia sedang bertarung dengan Younghoon hyung dekat tingkat bawah."
Hyunjae memandang adiknya sekilas.
Dia pasti Mingyu datang disebabkan oleh adiknya itu.
"Jom kita siapkan mamat tak guna tu."
Mereka berdua terus bergegas turun. Namun mereka tidak menyedari bahawa Haraa telah pon mendengar semua perbualan mereka sebentar tadi.
_
Mingyu pantas mengelak tumbukan yang ditujukan kepadanya. Tanpa menunggu lama, Mingyu segera memaut lengan Younghoon lalu mengangkat dan mencampaknya dengan kuat ke lantai menyebabkan Younghoon tidak dapat bangun.
Baru sahaja dia ingin menumbuk wajah hensem Younghoon, tiba-tiba belakangnya dipukul seseorang menyebabkan dirinya jatuh kerana tidak dapat mengimbangkan diri.
"Sh*t"
Mingyu menyumpah sambil memandang gerangan yang memukulnya. Kelihatan Juyeon membantu Younghoon untuk berdiri.
"Kau buat apa kat sini? Apa urusan kau?"
Tanya Juyeon. Mingyu dengan wajah selamba, berkata
"Aku nak ambil balik hak aku!"
Belum sempat Juyeon membalas, kedengaran suara Hyunjae berkata.
"Bila masa Haraa jadi hak kau?! Haraa adik aku dan dia milik aku!"
Mingyu hanya menatap lelaki yang bergelar abang kandung Haraa itu dengan geram. Tiba-tiba dia ditarik ke belakang oleh dua orang lelaki.
"Eric, Sunwoo, kau berdua ikat dia. Jangan bagi dia terlepas."
"Nae hyung!" Balas mereka serentak.
"Oppa! Jangan apa-apakan dia!" Kelihatan Haraa berlari sambil menuju ke arah Mingyu yang baru sahaja diikat.
Haraa berlari sekuat hati menuju ke arah buah hatinya itu namun terdapat tangan yang lebih pantas menarik dan memeluk dirinya dengan kemas.
"Lepaskan dia Juyeon."
Kata Hyunjae sambil menarik Haraa ke dalam pelukannya. Lelaki yang bernama Lee Juyeon itu dipandang kejap. Juyeon pernah memberitahu bahawa dirinya menyukai Haraa. Dia tak kisah sebab dia pasti Juyeon ialah lelaki terbaik untuk adiknya.
"Oppa, kenapa buat macam tu dekat Mingyu? Dia tak salah apa-apa pun." Haraa menangis.
"Jangan menangis sayang, oppa buat semua ini untuk Haraa."
Tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit di pintu hadapan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top