2
Haraa pov
"Eh.. Kaki awak luka!"
Aku segera melihat kakiku dan kelihatan kesan luka di lutut kiriku. Sampai koyak jeans aku dibuatnya.Mungkin terluka ketika bergelut tadi kot. Takpelah. Asal aku tak apa-apa.
Tiba-tiba lelaki yang membantuku tadi menghulurkan sesuatu. Plaster?
Mingyu pov
Aku menghulurkan plaster kepada perempuan tadi. Jangan tanya plaster tu aku dapat dari mana. Aku seluk poket.. Eh ade plaster pulak. Elok sangat, aku dah jadi hero hari ni. Hahahaha.
Perempuan tadi yang sibuk melihat lukanya mengangkat kepala, dan pandangan kami bertautan. Jantung aku berdegup kencang. Terdapat sesuatu perasaan yang tak dapat aku gambarkan. Apa perasaan ini? Aku jatuh cinta ke? Aduh.. Clichelah pulak..
Author pov
Mereka berdua saling bertukar pandangan. Beberapa saat kemudian,
"Er..terima kasih" Haraa yang bersuara menyebabkan mereka berdua tersedar dan kembali ke alam nyata. Plaster yang dihulurkan oleh Mingyu disambutnya.
Mingyu mula menggosok belakang lehernya. Mungkin malu dengan apa yang terjadi.
Selesai meletakkan plaster di lukanya, Haraa ingin berterima kasih.
"Terima kasih encik???"
"Er.. Saya Ma.. Eh Mingyu, Kim Mingyu" Mingyu dah hampir tersasul.
"Nasib baik tak tersasul kau.."
Monolog Mingyu di dalam hati.
"Terima kasih encik Mingyu, saya Jung Haraa"
Dia menghulurkan tangan dan disambut oleh Mingyu.
"Tak payah berencik-encik dengan saya. Panggil je Mingyu. Btw, nice name. Cantik macam tuan dia."
Sempat lagi si Mingyu nih..
Haraa ketawa. Malu dipuji dirinya cantik oleh lelaki yang tersangatlah hensem.
"Erk.. Boleh kita jumpa lagi?" Mingyu menunduk malu.
Mingyu pov
Apa kau dah buat ni Mingyu? Takde apelah. Aku just nak kenal-kenal je dengan dia. Eloklah, otak cakap lain, hati cakap lain.
Haraa menunduk malu apabila aku bertanya begitu. Melulu sangat ke aku ni? Hahahahaha
Btw, cantik gadis ni. Nampak baik je. Innocent. Aku suka.Anak sapelah ni?
"Ada jodoh, kita pasti jumpa lagi Mingyu."
Dia senyum doe.. Cair aku dibuatnya.
Kau ni Mingyu, sedar sikit kau tu siape.
"Kita pasti akan jumpa lagi lepas ini" ujarku lalu mencuit hidungnya.
Author pov
Haraa yang terkejut dengan tindakan Mingyu menunduk malu. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka berdua terus mengikut haluan masing-masing.
Haraa tersenyum. Dia menyentuh hidungnya yang dicuit sebentar tadi.
Terasa rama-rama menari di dalam perutnya.
"Apakah perasaan ini?" Sambil tersenyum, Dia bercakap sendirian.
Bersambung
Maaflah kalau ade tercliche😂 semoga terhibur♥
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top