17

Author's pov

Kelihatan Haraa sedang mengelap meja. Hari yang sudah menjelang malam menyebabkan orang ramai mula meninggalkan cafe itu.

Kelihatan Yangyang sedang duduk di meja sambil bermain telefon pintarnya sementara menunggu waktu kerja Haraa tamat.

"Maaf encik. Kafe kami dah nak tutup." Kata Haraa sambil tersenyum ke arah Yangyang.

"Ouh ye, maafkan saya." Yangyang terus bangun dan meninggalkan kafe tersebut. Dia berniat untuk menyorok sementara menunggu Haraa pulang.

"Lupa pulak aku. Manalah dia tau yang aku ni tunggu dia." Monolognya di dalam hati.

Helmet di tangannya terus dipakai. Dia terus menuju ke arah motosikal berkuasa tingginya yang diparking berhampiran dengan cafe tersebut.

Yangyang terus menunggu dengan sabar. Tiba-tiba perhatiannya terganggu apabila melihat seorang lelaki yang memakai pakaian serba hitam sedang menuju masuk ke dalam cafe tersebut. Yangyang ingin turun dari motornya dan menuju ke arah cafe tetapi panggilan telefon yang masuk telah menghalang niatnya.

"Hello hyung. Yup, aku sedang tunggu Haraa hyung."

"Lepas ni kau terus balik office eh."

"Nae hyung." Katanya sambil mengangguk.

"Ade seseorang yang mencurigakan dekat sini hyung."

Panggilan telefon terus dimatikan apabila,

"KAU TAK RETI BAHASA KE? AKU SURUH KAU SERAHKAN SEMUA DUIT. KALAU TAK AKU KELAR LEHER PEREMPUAN NI!"

Helmet yang disarung terus ditanggalkan. Yangyang terus meluru masuk ke dalam cafe dan melihat seorang lelaki sedang memeluk Haraa dengan erat dan tangannya sedang mengacukan pisau.

Pemilik cafe itu sangat cemas sambil berlari ke arah kaunter untuk mengambil duit seperti yang diarahkan.

Yangyang berdecit.

Haraa's pov

Aku taknak mati lagi woi. Aku muda lagi weh. Nak jugak merasa naik pelamin. Eh dah kenapa aku melalut ni.

Perompak tadi terus mengacukan pisau betul-betul dekat leher aku. Pedih, mungkin dah terhiris dekat leher aku ni. Apalah nasib aku, asyik dalam bahaya je.

"Buk"

Tiba-tiba seorang lelaki menumbuk perompak tadi sehingga pisau terlepas dari tangannya.

Aku mengurut dada. Lega, panjang lagi umur aku rupenya. Eh macam ku kenal tapi di mana ya? Mukanya ku pandang kejap. Ouh pelanggan tadi rupanya.

Perompak tadi cuba untuk bangun.

"Berani kau-"

Kata-kata yang ingin diucapkan tidak kesampaian sebab lelaki berjaket tadi berkata,

"Baik kau pergi sebelum aku panggil polis."

Apa lagi, berdesup perompak tu lari dari kedai. Betullah orang cakap, orang jahat ni takut ngan polis.

Kelihatan managerku mengucapkan terima kasih kepada lelaki berjaket tadi sebab sudi menolong kami. Lelaki tadi hanya mengangguk dan berlalu pergi. Aku hanya memerhatikannya pergi dan aku baru tersedar yang jaket yang dipakainya serupa dengan jaket Jaehyun oppa. Eo? Lelaki ni geng Nct ke?

End pov

Yangyang's pov

Aku terus mengejar lelaki tadi, aku pasti dia bukan perompak biasa sebab aku nampak ada satu tatu di pergelangan tangannya. Ya, tatu mafia.

Aku terus menumbuk lelaki tadi sehingga rebah.

"Kau geng mana haa? Siape suruh kau ganggu dia?" Aku mencekik kolar bajunya. Dan tepat pada waktunya, kelihatan Taeil hyung dan Haechan dah datang.

"Nice~" kata Haechan sambil smirk.

"Kita bawak dia pergi office." Arah Taeil hyung.

"Macam mana dengan Haraa?" Soalku. Rasenya tiada siapa yang diarah untuk menemankan dia pulang ke rumah.

"Don't worry, Jaehyun hyung dah mintak Jaemin temankan dia balik."

Aku mengangguk faham. Lelaki yang rebah terus ditarik oleh Haechan supaya berdiri.

"Kau cakap nanti ya." Kata Taeil.

End pov

Haraa's pov

Aku segera keluar dari cafe dan berjalan pantas untuk pulang ke rumah sementara hari belum gelap.

Aku yang berjalan laju mula tersentak apabila terasa diri diikuti seseorang dan baru sahaja aku ingin melangkah lebih laju, bahuku terasa seperti disentuh seseorang!
Aku terkaku sebentar. Mataku pejam rapat, aku menjerit,

"Tolong jangan apa-apakan saya. Nanti saya bagitau dekat abang saya biar dia pukul awak!"

Apa aku merepek nih? Lantaklah, aku takut. Mataku masih terpejam rapat dan aku terdengar suara orang ketawa kecil. Jadi aku buat keputusan untuk membuka mata dan melihat seorang lelaki yang aku kenal berdiri di hadapanku.

"Awak tak apa-apa?" Katanya dengan ketawa yang masih bersisa.

"Hish apa ni Jaemin! Terkejut saya tau tak?"

Aku mengurut dadaku lembut. Baguslah, aku dah merepek depan crush aku waktu sekolah dulu. Malu woi.

"Apa awak buat dekat sini?" Aku cuba untuk cover malu.

"Jaehyun hyung mintak saya temankan awak balik rumah."

Fuh, sejak bila si Jaemin ni baik dengan oppa aku?

"Jangan-jangan cakap awak pon kerja dengan oppa!?"

Kataku serkap jarang dan ya sangkaan aku betul apabila dia mengangguk laju.

"Awak akan lebih terkejut bila awak kenal dengan semua ahli NCT."

Apa maksudnya? Takkanlah aku ni memang dikelilingi mafia? Omg, aku dah besar panjang macam ni baru dapat tahu semua benda ni.

"Dah jom balik."

Kami pon berjalan beriringan dan selang beberapa minit, aku ternampak seseorang berdiri di hadapan muka pintu.

Jaemin yang turut menyedari kehadiran lelaki itu mula berdecit. Jaemin menarik aku ke belakangnya.

"Mingyu!" Kataku perlahan.

Tbc~



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top