14

Haraa's pov

Aku menggosok kepalaku yang sedikit pening. Mataku melilau melihat perkara yang berada di sekeliling.

Macam familiar. Eh ni macam rumah.. Aku? Macam mana aku boleh ada dekat rumah pulak ni? Aku cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku.

Perkara terakhir yang dapat aku ingat ialah Doyoung oppa dan Jeno. Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa. Aku pengsan ke weh? Mesti diorang yang bawak aku balik.

Aku bangun perlahan-lahan dari sofa yang terletak elok di ruang tamu. Seluruh pelosok rumah terus ku pergi untuk mencari gerangan yang menolong aku tadi.

Tiba-tiba aktivitiku terhenti apabila terdengar air sinki di dapur. Haa mesti diorang ada kat dapur. Aku terus ke dapur dan..

"ARGHH"

Jeritku kuat. Strangers mana pulak yang ada dalam rumah aku ni? Dahlah dua orang. Jangan-jangan ni ialah orang yang nak culik aku petang tadi. Dengan segera aku mencapai penyapu yang berada berdekatan.
Kedua pemuda itu kelihatan sangat terkejut.

"Siapa awak berdua haa? Buat apa dalam rumah saya ni?"

Aku mengacukan penyapu ke arah mereka berdua. Bukan apa, saja mengacah. Kalau diorang buat apa-apa aku ketuk je dengan batang penyapu ni. Aku tak kira!

"Eh noona! Bawak bertendang!"

Noona? Aku segera memandang lelaki yang memanggilku noona sebentar tadi.

"Eh apa kau ni. Bawak bertenang Haraa. Kami takkan apa-apakan awak."

kata seorang lagi lelaki yang kelihatan agak comel itu.

Penyapu di tangan masih ku pegang erat.

"Macam mana awak tau nama saya? Awak berdua stalk saya eh?"

"Noona, jangan salah faham. Buat rilek. Say cheese and buat v camni haa" kata lelaki tadi sambil membuat gaya v.

Kau buat lawak ke hanat? Aku dahlah berdebar ni. Belum sempat aku berkata apa-apa, lelaki comel tadi bersuara.

"Maafkan kami Haraa. Sebenarnya kami disuruh Jaehyun hyung untuk hantar makanan untuk awak. Awak belum makan lagi kan?"

Aku baru teringat nota yang ditinggalkan Jaehyun oppa pagi tadi. Dengan suara yang ragu-ragu aku bertanya,

"Jadi, awak berdualah yang dimaksudkan boleh oppa saya?"

Mereka berdua mengangguk serentak.

"Maafkan kami noona sebab buat kecoh dekat dapur ni haa. Saya Sungchan, dan sorang lagi ni Shotaro." Kata lelaki yang bernama Sungchan sambil tangannya menunjuk kepada Shotaro.

Setelah yakin dengan kata-kata diorang, penyapu di tangan terusku letak semula.

Kelihatan Shotaro mengurut lembut dadanya sambil menghembus nafas lega.

"Nasib baik noona tak pukul kami dengan penyapu tu."

Aku hanya tersengih. Malu pon ada. Yelah tiba-tiba je nak pukul orang.

"Maaf, Haraa tak tau awak berdua ni kawan Jaehyun oppa."

Kataku sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

"Takpelah. Jom makan, nanti Haraa kena makan ubat."

Shotaro menghulurkan sebungkus makanan kepadaku. Nasi goreng kimchi! Sedapnya.
Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.

"Marilah makan sekali."

"Takpelah noona, kami kena tunggu noona makan je." Balas Sungchan.

Apa tunggu aku makan pulak? Dahlah banyak ni. Nak suruh aku gemuk makan sorang-sorang?

"Eh tak payah tunggu noona makan. Meh makan sekali. Duduk sini." Kataku sambil menarik kerusi di sebelah ku.

Kelihatan mereka berdua ragu-ragu. Apa pulak nyah? Korang berdua ni bukan bodyguard aku nak tunggu aku makan apa semua.

"Shotaro meh duduk sini."

Aku menunjuk kerusi yang berada bertentangan denganku. Lambat-lambat mereka berdua duduk di meja makan.

Aku tersenyum. Nasi goreng tadi ku letakkan di dalam dua pinggan.

"Makanlah."

Mereka berdua hanya mengangguk dan terus makan. Rasanya aku tak pernah dengar nama diorang ni. Mungkin pekerja baru kot? Ouh mesti geng baru oppa.

"Korang berdua ni baru kerja dengan jaehyun oppa ke? Kenapa Haraa tak pernah dengar pon Jaehyun oppa sebut nama korang."

"Haah, kitorang baru je join geng mafia Nct 4 bulan yang lalu." Kata Shotaro.

"Nct?"

"Haah tu nama geng kami"

"Hyung! Kenapa cakap dekat noona kita ni mafia?!"

Kelihatan Shotaro terkejut sambil menutup mulutnya.

"Takpelah, Haraa dah tau, Jaehyun oppa dah bagitau sebelum ni."

Kalau macam tu, mesti si Mingyu tu ada nama kumpulan dia sendiri. Muka dua orang lelaki yang sibuk makan itu aku tengok. Aku rasa macam nak gelak pon ada. Budak muka comel macam diorang pon join mafia. Serious comel.

"Kenapa noona tersengih macam tu?"

"Erm takde ape-apelah."

"Noona kena hati-hati tau, sekarang ni ramai orang jahat luar sana. Nasib baik Doyoung hyung ngan Jeno hyung ada. Kalau tak, tak taulah apa jadi dekat noona."

Wait, macam mana diorang kenal Doyoung oppa ngan Jeno? Diorang pun mafia jugak ke?

"Diorang pon termasuk dalam geng Nct jugak." Ucap Shotaro.

Akhir-akhir ni, banyak betul kejutan baru yang aku dapat. Tak sangka diorang pon geng mafia jugak. Jangan-jangan Jaemin pon termasuk sekali.

"Noona makanlah dulu. Nanti kitorang nak balik. Ada member lain yang datang tunggu noona sebelum Jaehyun hyung balik malam nanti." Terang Sungchan panjang lebar.

Aku mengangguk. Siapalah pulak yang datang nanti.

End pov

Author's pov

Di markas NCT

Kelihatan Jaehyun sedang termenung sambil melihat ke luar tingkap. Tiba-tiba ada satu tangan yang menyentuh bahunya.

"Apa kau sedang fikir Jaehyun?"

Wajah ketuanya dipandang lama.

"Aku risaulah dengan Haraa, hyung. Aku rasa Mingyu ade niat tak baik dengan Haraa."

Taeyong hanya mengangguk dan mendengar luahan hati Jaehyun sebentar tadi.

"Aku rasa orang yang nak culik Haraa petang tadi ialah Seventeen."

Taeyong mengerutkan dahi.

"Kau pasti? Aku rasa Seventeen tak buat plan yang tak teliti macam tu."

"Habis tu siapa hyung? Siapa lagi musuh kita? Jangan-jangan.. " kata-kata Jaehyun terhenti begitu sahaja.

Tbc~

Mesti korang tertanya-tanya kan? Stay tuned okay. Enjoy and vomment sayangkur semua❤ Ira pon nak jugak tahu reaction korang😂😔

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top