10
Haraa hanya mengikut langkah Mingyu yang meninggalkan restoran tersebut.
Haraa's pov
Aku hanya menurut Mingyu yang menarikku keluar dan meninggalkan oppaku di restoran tersebut.
Sempat lagi ku menoleh ke belakang dan melihat muka Jaehyun oppa yang nampak agak serius. Kenape eh? Tiba-tiba je. Ade apa-apa yang berlaku ke sebentar tadi. Bingung aku dibuatnya.
Tanpaku sedari, aku dah sampai dekat kereta Mingyu. Audi A8 wei!! Terbeliak mata aku dibuatnya. Mamak ni kerja apa sampai boleh guna kereta mewah macam ni?
Lamunan aku tersedar apabila mendengar Mingyu ketawa kecil.
"Kenapa muka awak macam tu? Terkejut sangat ke? "
Dia berkata dengan tawa yang masih bersisa.
"Dah.. Jangan terkejut sangat. Cepat naik. Kita pergi makan. Dah lapar ni."
Bagai anak kecil, aku hanya menurut. Erm.. Mungkin masih terkejut kot.. Eh bukan terkejut, tapi terpegun.
*Skip
Aku merenung Mingyu yang khusyuk menikmati makan malamnya. Aish, masa makan pon hensem. Mata dia, hidung dia, bibir dia, rambut dia semua perfectlah! Patutlah aku jatuh cinta dekat dia.
Jarinya yang panjang dan runcing itu aku pandang. Okay, memang perfect lelaki bernama Kim Mingyu ni.
Jadi, dia mesti famous nak mati kan. Persoalannya, takkan takde sorang pon yeoja yang suka dekat dia? Kenapa dia suka dekat aku yang tak seberapa ni?
Tiba tiba, ada suatu suara yang mengganggu lamunanku. Maaflah, aku memang suka mengelamun😂
"Dah puas pandang muka saya yang terlampau hensem ni?"
Mingyu berkata sambil senyuman senget yang menghiasi bibirnya.
Pandangan mataku larikan ke arah lain. Merah muka aku dibuatnya. Memanglah dia perasan kalau pandang dia lama-lama. Kau ni pon Haraa. Tak boleh cover langsung!
"Er.. Takde ke yeoja suka dekat awak?
Kening Mingyu terangkat sebelah.
"Mwo?"
"Tak.. Awak kan hensem. Mesti ada ramai yeoja cantik yang minat awak."
Mingyu ketawa.
"Mestilah ada. Banyak sangat." Balas Mingyu dengan senyuman di bibirnya.
"Habis tu. Kenapa awak pilih saya? Saya ni biasa je. Nak kata cantik jauh sekali. Cantik lagi anak kucing tu haa"
Jari ku tunjuk ke arah kucing yang duduk di tempat jalan kaki.
Mingyu ketawa besar mendengar kata-kataku. Eh, ketawa pulak dia ni. Aku cakap benda betul tau.
"Apalah awak ni bandingkan diri awak dengan kucing tu. Mestilah awak cantik. Comel pulak tu."
Mukaku tunduk memandang pinggan yang berada di hadapanku. Malu dengar apa yang dia cakap. Maluu~~
"Memanglah ramai yeoja cantik kat luar sana yang suka dekat saya. Tapi takde sorang pon yang berjaya menarik perhatian saya macam awak"
Sambung Mingyu sambil menghadiahkan wink yang mampu mencairkan aku. Makin merahlah muka aku dibuatnya.
"Er.. Awak kerja apa? Saya tak tahu pon."
Aku segera mengubah topik perbualan. Susah pulak kalau aku jadi tomato nanti.
"Kerja saya macam kerja oppa awak." Kata Mingyu lalu sambung makan.
Ouh.. Dia pon business man jugak ke? I see.
"Jomlah makan, nanti kita nak balik pulak."
Selepas itu, keadaan menjadi senyap kembali dan hanya terdengar bunyi sudu dan garfu yang berlanggar.
*skip
Bila sampai je dekat rumah, pintu kereta aku tarik. Namun, niatku terhalang apabila nama aku dipanggil oleh Mingyu.
Aku menoleh dan melihat muka Mingyu yang kelihatan agak resah. Jelas terlihat yang dia ingin meluahkan sesuatu kepadaku.
"Walau apa pun yang berlaku. Awak kena tahu yang saya cintakan awak, dan saya betul-betul ikhlas sayangkan awak."
Dahiku berkerut mendengar kata-kata Mingyu sebentar tadi.
"Kenapa awak tiba-tiba cakap macam tu?"
"Takde apalah.. Pergilah masuk. Oppa awak dah tunggu tu."
Aku berpaling dan terlihat Jaehyun Oppa yang berdiri di hadapan pintu. Mungkin sedang menunggu aku balik.
"Saya pergi dulu. Hati-hati ya"
Mingyu hanya membalas dengan sebuah senyuman sebelum berlalu pergi.
Continue
Semoga terhibur♥
"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top