TAKKAN BERUBAH
AKU terpisat-pisat membuka mata apabila mendengar jeritan nyaring ibu yang memanggilku dari arah dapur.
Aku bangun dan duduk di birai katil dan mengenyeh mata. Masih tersisa mengantukku apabila aku menguap besar. Laju tanganku naik menutup mulut. Tak senonoh betul!
"Ibu ni kacaulah orang tengah syiok-syiok tidur!" bebelku geram. Aku mencapai sepit rambut dan ku sanggul rambutku tinggi. Aku melangkah malas ke dapur.
"Hah bangun pun anak dara sorang ni! Tengok jam tu dah pukul 11 pagi! Tahulah awak tu period, tapi janganlah tidur sampai waktu macam ni. Tak elok anak dara bangun lambat tau! Nanti tak ada siapa yang nak baru tahu!" bebel ibu panjang lebar. Aku hanya diam dan mengambil tempat di meja makan.
"Hari ni kan hari minggu. Bagilah orang tidur puas-puas. Biarlah tak ada orang yang nak. Orang boleh duduk bawah ketiak ibu je!" balas aku cuba membela diri. Aku melangkah ke arah ibu dan memeluknya dari belakang. Sengaja aku sangkut daguku di bahunya yang sedang sibuk menggoreng sayur.
"Hish dahlah busuk, ada hati peluk kita. Nanti betul-betul tak ada orang nak baru menyesal! Pergilah sana mandi, gosok gigi. Berbau kuat mulut tu!" arah ibu mengundang gelakku.
"Mana ada bau!" lantas aku menghadiahkan ciuman sekilas ke pipinya dah berlari ke kamar mandi. Ibu hanya menggeleng kepala seraya tersenyum melihat karenah anaknya.
Usai mandi, aku duduk di meja solek. Nama je meja solek tapi apa yang ada atas meja hanyalah bedak debu, rexona, perfume, beg tangan, sikat rambut dan alat pengering rambut. Lipstic pun tak ada kerana apa ? Kerana aku Khairin Najiha bukanlah seorang gadis yang suka bersolek.
Ya aku akui aku kagum melihat kreativiti sesetengah gadis yang suka bersolek tapi untuk diaplikasikan ke muka? I don't think it is neccessary!
Selesai mengeringkan rambut dan menyisirkan rapi, aku ke dapur untuk menemani ibu di dapur.
"Ibu, baru orang perasan Abah dengan adik tak ada dekat rumah. Diaorang pergi mana ?" soal aku sambil melabuhkan punggung dikerusi.
Ibu menoleh ke arahku, "Diaorang pergi tolong jiran baru kita tu pindah sini. Tak dengar ke bunyi bising-bising tu!" jelas ibu. Aku mengebilkan mata beberapa kali sebelum menggeleng tanda tak dengar.
Ibu menepuk dahi sebelum turut ikut serta aku yang sedang menyisip perlahan teh susu.
" Agaknya kalau bom meletup dekat sebelah pun tak dengar kan!" ujar ibu geram. Aku hanya menayangkan sengih.
"Jiran baru? Siapa?" soalku lagi. Sebiji donat dicapai dan digigit.
"Dua orang bujang kata Abah kamu. Ibu pun tak pasti. Nak tahu pergilah tengok sendiri. Sebelah ni je rumahnya" balas Ibu. Aku hanya mengangguk-angguk.
Kerana bosan, kakiku pun menggatal ingin ke rumah sebelah. Selipar kartun pororo kesayanganku lantas aku sarung. Aku membetulkan shawlku yang berterbangan ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Niat asalnya ingin pergi ke kedai membeli topup kerana baru aku sedar telefonku kehabisan kredit. Tapi tak salahkan kalau nak singgah kejap. Hehehe.
"Ibu cakap dua orang bujang. Mana tahu boleh berkenalan. Hahaha gatal kau Khairin!" omelku sendiri. Mataku meliar segenap ruangan rumah itu. Aku ternampak kelibat seorang lelaki yang sedang mengangkat kotak dari dalam lori itu.
"Wow, sado!" ujar aku perlahan. Seraya itu aku tergelak sebelum gelakku mati apabila mataku dan mata lelaki itu bertembung buat seketika.
Bila sudah kantoi mengendap anak teruna orang, pantas aku berpaling dan segera meninggalkan perkarangan rumah itu. Laju kakiku menuju ke kedai depan.
"Fuh nyaris-nyaris! Eh tapi mana lagi sorang? " aku mengurut dadaku sendiri sambil berfikir.
Sesampainya aku di kedai, topup maxis segera aku beli. Cuaca tengah hari yang panas seperti ini sangatlah sesuai jika makan aiskrim.
Aiskrim vannila menjadi pilihan. Sewaktu aq ingin membuat bayaran, hidungku terbau satu wangian yang terasa tidak asing bagi hidungku. Wangian ini persis dengan wangian orang yang ku suka. Tapi kenapa aku bau wangian tu sekarang?!
Aku segera menoleh dan menangkap sesusuk tubuh yang juga menoleh memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
Aku tergamam. Nafasku tersekat dikerongkong. Seketika aku kembali ke dunia nyata dan pantas aku membuat bayaran dan berlalu pergi.
Langkahku terhenti apabila namaku disebut olehnya. Lambat-lambat aku berpusing menghadapnya.
Masih sama seperti dulu. Raut wajahnya, senyumannya. Wajah inilah yang sering menghiburkan aku dulu. Benar kata orang, waktu dapat membantu kita menyembuhkan luka. Kini aku memandangnya bukan lagi dengan pandangan kemarahan bercampur dendam tapi hanyalah pandangan kepada kawan lama setelah sekian lama tak bertemu.
"Khairin Najiha?" soalnya membantutkan niatku. Aku cuba beriak biasa dan senyum nipis seraya mengangguk.
"Awak buat apa dekat sini, Amsyar?" soalku cuba beramah. Aku cuba untuk menghilangkan rasa janggal ini.
"Saya dengan Hafiz baru pindah dekat sini. Awak pula buat apa dekat sini?" ujarnya disusuli soalan yang mengundang senyumku.
"Ini kan kampung saya. Saya tinggal dekat sini" balas aku hampir tergelak. Seraya itu Amsyar menepuk dahinya perlahan.
"Hahaha, oh ya saya baru teringat!" ujar Amsyar ikut gelak. Sudahnya mereka berjalan beriringan pulang ke rumah yang bersebelahan antara satu sama lain.
'Aku percaya jika berpisah itu takdir, maka bertemu kembali juga takdir. Perasaanku pada dirinya takkan pernah berubah sehingga Allah mempertemukan kami kembali. Sungguh indah perancangan Allah. Dia memberi aku rasa kehilangan agar aku lebih menghargai apa yang ada di depan mataku sekarang.' gumam hatiku sendiri.
🍁T A M A T🍁
🌙️
"Masa mungkin tidak dapat menyembuhkan luka di hati. Tapi mungkin ia mampu membuatkan hati melupakan kesakitan yang dialami."
Vote
&
Comment
STAY TUNE FOR THE NEXT STORY!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top