AKU KAN PERGI
GAMBAR itu ditatap lama. Berat hatinya untuk mempercayai gambar yang baru saja dia terima dari kawannya. Terasa menggigil kedua kaki Farhan tatkala melihat gambar di skrin telefon bimbitnya.
Dia terduduk di birai katil cuba berfikir secara rasional. Namun semuanya terlalu jelas. Gadis yang paling dia sayang terbukti berlaku curang terhadap dirinya.
Pedih rasa hatinya saat ini hanya Tuhan yang tahu. Ibarat serpihan kaca yang digunakan untuk merobek dan mengoyakkan sekeping hati milik Farhan.
Airmata yang dia tahan akhirnya mengalir keluar perlahan menuruni pipinya. Semakin lama semakin deras. Puas di seka, semakin lebat tangisannya.
Seketika dia menggeleng-gelengkan kepalanya. "Tak, aku tak boleh percaya gambar ni seratus peratus. Mesti ada salah faham pada gambar tu. Aku yakin Fiqa tak macam tu!"
Serta-merta sebuah tumbukan mengenai tepat ke arah cermin yang berada di hadapannya saat ini. Pecah dan bertaburan semua serpihan kaca menyembam lantai.
Tidak dihiraukan cecair merah yang mulai mengalir keluar. Jaket kulit dan kunci motosikalnya dicapai. Dia harus berjumpa dengan Fiqa, teman wanitanya.
"YOU, cuba rasa ni. Sedap" disuakan garfunya ke arah mulut seorang lelaki yang dianggap teman lelakinya.
Tanpa berlengah, lelaki itu terus menyambar perlahan suapan gadis itu dan mengunyahnya. Seketika dia mengangguk-angguk.
"Hm, sedap" balas lelaki itu. Gadis itu tersenyum suka lantas menyambung suapannya.
"Arif, lepasni you teman I pergi shopping okay?" soal gadis itu seraya tangannya mencapai segelas jus epal dan diminum perlahan.
"Mana boyfriend you, Fiqa? Kenapa tak ajak dia?" soal lelaki yang bernama Arif itu semula. Sengaja ingin menduga respon Fiqa.
"Takpayahlah cakap pasal dia tu. I boleh hilang mood cakap pasal dia tau. Ada boyfriend tapi macam tak ada boyfriend!" balas Fiqa bengang dengan sikap teman lelakinya.
Arif tersenyum kemenangan. Memang ini yang dia mahu. Keinginannya untuk memutuskan hubungan antara Fiqa dan Farhan bakal berjaya.
"Kenapa you emo sangat ni? Cuba cerita dengan I" ujar Arif berpura-pura prihatin.
"Malaslah I nak cakap pasal dia. Nanti hati I yang sakit. I rasa macam dah tawar hati pun ada!" tambah Fiqa lagi. Tangannya naik bersilang dan tubuhnya disandarkan di kerusi.
"Okay, okay. Kalau you taknak cerita, tak apa. I faham. I kan always ada untuk you." balas Arif. Sengaja ditambah dengan kenyitan mata penuh menggoda. Gatal!
"Boyfriend yang macam ni lah yang I perlukan. Bukan yang asyik sibuk dekat kerja sampai tak ada masa nak dating macam ni. Thank you sebab you sudi teman I" tangan Fiqa bergerak perlahan mencari tangan Arif dan digenggam erat seraya sebuah senyuman manis terukir buatnya.
"Kurang ajar!"
Tidak semena-mena, sebuah tumbukkan hinggap ke pipi Arif tepat dari arah sisinya.
Arif tersembam mencium lantai. Dipegang pipinya yang terasa pedih. Fiqa lantas memdapatkan Arif dan membantunya untuk bangkit.
Dia mendongak. Wajah bengis Farhan menyapa pemandangannya membuatkan dia kecut perut.
"Dia awek aku, Arif! Tak ada perempuan lain ke dekat dunia ni sampai kau kena rampas awek aku? Kenapa awek aku, Arif?" jerit Farhan keras. Kuat suaranya hampir menggegarkan segenap kawasan restoren itu.
"I yang contact Arif. I ajak dia teman I. Tapi, you kena tahu semua ni takkan berlaku kalau you nak teman i!" celah Fiqa berang.
Farhan meraup mukanya sekilas sebelum memandang tajam ke arah Fiqa. "Awak salahkan saya, Fiqa? Saya kerja macam orang gila sebab nak halalkan awak tapi awak boleh buat saya macam ni? Awak salahkan saya, Fiqa? Sampai hati awak"
Dia merenung ke dalam mata milik Fiqa mencari sinar cinta yang kian pudar.
"Sekarang ni kau tak payah nak buat drama kau dekat sini. Fiqa dah pilih aku. Dia taknak dekat kau dah! Sedarlah diri sikit!" tambah Arif. Dia tersenyum sumbing.
Kolar baju Arif terus dicengkam oleh Farhan. Dadanya turun naik menahan marah.
"Kau diamlah, Syaitan!" jerkah Farhan menghamburkan geramnya. Sahabat yang paling dia percaya tergamak memperlakukaannya sebegitu rupa. Hati mana yang tak remuk. Hati mana yang tak sakit.
"Apa awak buat ni, Farhan! Lepaskan Arif!" marah Fiqa. Dia memukul-mukul tangan Farhan yang memcengkam kemas kolar baju Arif. Arif hanya tersenyum kemenangan melihat Fiqa membelanya.
"Stop it, Farhan! You tak malu ke? Datang sini lepastu serang kami tiba-tiba!" jerit Fiqa dengan suara nyaringnya. Dia menolak Farhan agar menjauhi dirinya dan Arif.
"Fiqa, saya nak awak ikut saya sekarang. Saya hantar awak balik" ujar Farhan cuba meredakan suasana. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan marah sedang menguasai diri masing-masing.
Fiqa berundur beberapa langkah ke belakang dan menghampiri Arif tanda tidak mahu mengikuti Farhan.
"Saya nak putus. Saya tak boleh teruskan hubungan kita. So, tolonglah berambus dari hidup saya. Selamanya!" balas Fiqa jelas dapat ditangkap satu persatu oleh pendengaran Farhan.
Farhan tergaman mendengar ayat yang meniti dari bibir Fiqa sebentar tadi. Dia tidak menyangka, gadis yang paling dia sayang tidak menginginkannya lagi.
Jujur hati Farhan luluh mendengar segala luahan hati seorang gadis yang dia cintai setulus hati. Gadis yang dia yakin akan menjadi suri hatinya suatu hari nanti tergamak memperlakukannya sebegitu sekali.
Farhan hanya mampu memandang sepi kelibat Fiqa dan Arif yang semakin menjauh meninggalkannya yang tidak mampu untuk berkata-kata. Dia tergamam.
Hendak dikejar tiada guna lagi. Gadis yang paling dia sayang ingin melihatnya pergi. Dia harus melepaskan gadis itu walaupun berat hatinya.
FARHAN memecut motosikal besarnya tanpa arah tuju. Jiwanya kacau. Emosinya terganggu. Hatinya remuk. Sungguh tega Fiqa memperlakukannya sebegitu. Segala titik peluh dan masa yang dia korbankan untuk mengumpulkan duit semata-mata untuk menghalalkan gadis itu akhirnya terkubur jua.
Airmata mengalir deras dari sepasang mata milik Farhan kerana Fiqa, gadis yang paling dia sayang. Fiqalah satu-satunya wanita yang pernah mengetuk pintu hatinya suatu masa dulu.
Tanpa disedari, Farhan terlanggar lampu isyarat merah serentak dia merempuh sebuah kereta Hilux.
Tubuhnya melayang ke udara sebelum jatuh mencium jalan raya. Tubuhnya menggeletar. Dia tidak dapat merasakan apa-apa. Tubuhnya tidak dapat digerakkan serta-merta.
Darah mulai mengalir keluar dari bahagian kepalanya akibat hentakkan kuat. Semakin lama semakin banyak. Orang ramai mulai mengerumuni Farhan yang terbaring terkulai layu.
Matanya masih mampu menangkap ramai kelibat manusia. Darah mulai memancut keluar dari mulutnya pula.
Mata Farhan mulai terasa berat. Pandangannya mulai kabur. Akhirnya, dia tewas. Farhan menghembuskan nafas terakhir di tempat kejadian.
"FIQA, saya dah pergi dari hidup awak seperti yang awak mahukan saya pergi dari hidup awak selamanya. Saya doakan awak bahagia dengan orang yang awak pilih. Nyata, bukan sayalah yang awak pilih. Selamat tinggal, Afiqa Aulia"
Mimpi yang sama kerap mengganggu lena Fiqa. Farhan seringkali hadir dalam mimpinya dan mengucapkan ayat yang sama. Airmata mengalir perlahan dari tubir mata milik Fiqa. Dibawa lutut rapat ke dadanya dan dia memeluk lututnya kuat.
"Maafkan saya, Farhan. Maafkan saya!" luahnya berserta dengan tangisan. Pemergian Farhan ibarat sumpahan buat diri Fiqa. Dia menyesal dengan kata-katanya sendiri.
🌸TAMAT🌸
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top