Thirteen
"Ish budak ni, dari dulu sampai sekarang tak pandai habis habis ngan dutch lady dia."
"Kan? Kalau minum benda lain tadi ok jugak. Ni tak. Dutch lady je memanjang."
"Aku yang rasa muak nampak kau minum benda ni hari hari."
Haaa tu dia dia. Sana, dahyun ngan chaeyoung. Dua dua tak pernah nak sapot aku. Hiks.
"Suka hati ah. Fav kot." Aku jawab sambil hirup dutch lady aku dengan tenang.
Mereka bertiga hanya menghela nafas. Terlalu masak dengan perangaiku yang amat tergila gilakan dutch lady.
"Aku rasa lah kan, lepasni aku nak pergi taman lah!"
"Aish, dahyun! Ramen aku!" Sana menjerit kecil selepas dahyun memukul belakang sana perlahan.
"Erk, okay maaf."
"Maaf maaf jugak. Kuah ramen yang dah tumpah ni, siapa nak tolong bersihkan?" Sana menjegilkan bebola matanya.
"Kaulah. Heeeee." Dahyun menunjukkan simbol "peace".
"Aduh bersihkan jelah—"
"Apahal bising bising ni?"
"Kenapa tak masuk kelas lagi?"
"Membawang ke apa ni?"
"Kenapa kuah ramen tu tumpah?"
"Perlukan sebarang bantuan ke?"
SHT. PENGAWAS YANG TAK DIUNDANG DATANG GAIS.
"Aku tanya ni, kenapa tak masuk kelas lagi?" Pengawas yang mukanya putih pucat memandang kami bertiga dengan pandangan sedialah-untuk-mati.
"N—nak masuk kelas lah ni!" chaeyoung jawab sambil mengelap kuah ramen yang tumpah tadi dengan sedikit gelabah.
"Tch. Lap pun tumpah. Baik takyah lap." Kata seorang lagi pengawas yang terlebih kerek. Spek matanya diperbetulkan. Pandangan dilemparkan ke arah lain.
"Ish Sanha! Jahat lah!"
Bahu sanha dipukul perlahan kemudian dia berjalan perlahan ke arah kami.
"What?! Betullah—"
"Biar hobie tolong!" pen dan buku catatan miliknya di letakkan di atas meja. Kemudian dia mengambil tisu basahnya yang berada di dalam poket seluar.
"Lap guna ni. Nanti tak melekit lah meja tu." senyumannya diukirkan, manis.
"T—thanks, hoseok." chaeyoung memandang hoseok sekilas lalu mencapai tisu basah yang diberikan tadi.
"Dia ingat ni cinta pandang pertama ke apa senyum senyum?!" dahyun yang kian berada di sebelahku berbisik perlahan. Aku hanya mengetap bibir menahan tawa.
Sana pula hanya mengangguk tanda menyokong kata kata dahyun.
"Dahlah. Masuk kelas. Semua dah settle kan?" jam dinding kantin dikerling olehnya sekilas kemudian memandang kami berempat.
Aku memandang tanda namanya.
Kim Seokjin.
"apa pandang pandang? Fab sangat ke nama aku?" dia jeling aku. Aku hanya berdecit.
Ish perasan.
"Dia dah cakap masuk kelas tu, masuklah. Duduk tercegat kat sini dah kenapa?" kaca matanya yang dari tadi terturun akhirnya dibuka.
HENSEM YAL AHAHAH TAPI KEREK GILA NAK MAMPOS.
YOONGI KETUA PENGAWAS, DIA PULAK YANG MELEBIH EY JIRUS KANG.
"Yang jin hyung emo sangat ni kenapa? Nanti dorang masuklah tu." hoseok mencelah secara tiba tiba.
"Bukan emo tapi dorang ni balik balik buat masalah. Terutamanya nayeon ni haa." jin menjeling aku.
WATERPARKKK.
"eh nama aku pulak yang kau jual!" aku jerit dekat jin sekuat hati.
"Just— masuk kelas. Tolonglah. Jangan buat masalah kat sini." yoongi membuka bicara sambil memandang aku.
"k." aku jawab lalu menarik ketiga tiga member sehidup semati sekeranda aku.
—
[si busybody]
kenapa moody memanjang je kat sekolah tadi?
janganlah moody sangat. Aku tak suka nampak muka kau masam mencuka :(
Aku hanya tersenyum nipis sebaik melihat mesej yang dihantar oleh jungkook sebentar tadi.
Kemudian tanganku perlahan lahan menaip sesuatu lalu dihantar kepada jungkook.
sokay im fineee :^)
no you're not :(
nak aku hantarkan dutch lady depan rumah ke?
Eh habanaaa dia hantar dutch lady memalam buta.
eh apa kau merepek ni?
kalau siang tadi takpe lah. Ni dah lewat dah ni.
lagipun kau bukannya tau rumah aku kat mana :p ✅✅
Okay kook okay. Dia seen lak em.
Aku pergi ke contact list kemudian menukar "si busybody" kepada "jk"
Okay, look better than before.
Ting!
lambat. Aku dah beli.
look outside.
im here. With your dutch lady <3
Ooooohh maaaaan. Dengan sepantas kilat, aku berlari dan kemudiannya mengintip di celah tingkap sliding bilikku.
Jungkook yang setia memegang sekotak susu dutch lady memandang sekeliling.
Tidak lupa juga kereta yang pernah menghonku pada zaman dahulu kala acewah.
Amende siak nayeon.
macamana kau tau rumah aku siot?!
aishh gila!
Aku tekan button send. Dan ya, jungkook seen untuk beberapa minit.
Ting!
gps.
eh no. I mean, uhm. Secret.
OKAY KOOK OKAY SECRET HMM.
Aku hanya seen sahaja chat daripada jungkook. Dua hati sama ada hendak keluar ataupun tidak.
"Kalau tak keluar kesian pulak kat dia—"
"Siapa kat luar tu?!" namjoon teriak dari bawah dengan lantang.
"ish kawan lah!" aku jawab dengan teriakan yang padu.
Kemudian kakiku laju sahaja turun ke bawah.
"pahal lelaki?" namjoon tanya dalam nada yang mendatar.
"asal? Perempuan takleh berkawan ngan lelaki ke?" aku pandang dia sambil menjegilkan bebola mata.
"bolehlah, tapi—"
Tidak sempat namjoon menghabiskan bait katanya, aku terlebih dahulu keluar menuju ke arah jungkook.
Jungkook yang dari tadi menyandar dengan machonya di kereta memandang aku sambil tersenyum.
"okay sorry lambat aku—"
"takpe. Lain kali jangan moody sangat okay? Nasib comel." jungkook ketawa kecil.
"minum, jangan tak minum. Bye." jungkook kata sekilas kemudian masuk ke dalam keretanya.
perlahan lahan keretanya meluncur laju dan hilang dari penglihatan.
"Ada boyfriend baru taknak roger awal awal."
"amende kau—"
"Kau nak aku tempahkan pelamin ke?" sambungnya lagi.
"kitorang kawan je lah cipan! Ish! Puaka lo." aku jeling namjoon sekilas kemudian masuk ke dalam.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top