One
"Kim Nayeon!"
Ha tu dia. Panggilan tu, confirm dia tengah naik angin sekarang ni.
"Kim Nayeon! Turunlah!" Jerit abang aku dari bawah.
"Ha ye lah kejap!" Sahutku dengan jeritan. Telefon pintar yang aku tengah main tadi aku letak semula ke dalam poket seluar. Dengan malas, aku turun dari katil kemudian turun ke bawah menggunakan tangga.
"Turun pun lambat ke? Ish!" Abang aku mendengus geram. Aku hanya menayangkan muka selamba badak depannya.
"Asal? Ada masalah ke?"
"Ha memang ada masalah. Masalahnya sekarang ni, kau!" Jeritnya lagi. Aku menjegilkan mata.
"Masalah apa lagi kali ni, Kim Namjoon?" Soalku semula dengan senyuman di bibir. Ketahuilah bahawa ianya senyuman yang fake lagikan tidak ikhlas.
"Dutch lady kau tu lah! Kenapa kau tak buang dalam tong sampah?! Sakailah!"
"Eh jaga sikit mulut kau eh. Aku dah buang dalam tong sampah lah." Jawabku tenang. Di pagi hari ni tak baik marah marah. Nanti tua macam namjoon.
"Kau-" Tanganku direntap kasar olehnya. Kemudian aku di bawa ke dapur berhampiran.
"See? Ini kau kata tong sampah?" Namjoon sudah bercekak pinggang.
Aku memandang beberapa kotak kecil susu dutch lady yang berterabur di luar tong sampah.
"Haa betullah tu. Tu kan tong sampah-"
"Kau ni betina ke jantan ha?! Pengotor!" Bebel namjoon lagi.
"Perempuan lah of course." Aku flip rambut depan Namjoon.
Namjoon sudah memicit kepalanya. Pening mungkin.
"Boleh mati aku layan kau kat sini. Lebih baik aku baca buku dari gaduh mulut ngan kau." Kepala masih dipicit. Kemudian beberapa buah buku yang berada di atas meja diambilnya.
Eleh mentang mentang IQ tinggi.
"Kau tak nak jalan gi mana mana ke?! Bosanlah duk terperap kat rumah macam mak nenek." Aku mengeluh.
"Tak boleh jerit lagi kuat ke syaitan?!"
Haa amik kau nayeon, sekali syaitan namjoon bagi kat kau.
"Takleh. Aku tanya ni, kau taknak gi mana mana ke lepas ni?" Soalku dengan muka selamba.
"Ada. Aku nak pergi dah ni."
"Laa ajal kau dah dekat ke?"
Kemudian kepala ku diluku nya.
"Aku gi bilik bacaan lah! Tak nampak ke buku yang aku tengah pegang ni?"
"Nampak. Saja je tanya." Aku menayangkan muka derp.
"Asal aku dapat adik bengap macam kau ha?" Soal Namjoon semula. Dia dah pandang aku dengan pandangan you-got-no-jams.
"Taktahu." Aku cakap dengan perlahan. Kemudian aku tertawa sendiri.
"Apa kau kata?"
"Eh tak ada apa. Aku cakap aku nak gi jalan dulu. Bye abang puaka! Muah sayang kau!" Aku jerit kuat kat telinga Namjoon then blah dari rumah kesayangan.
"Adik tak guna!" Jerit Namjoon pula. Aku tarik hoodie aku then pakai kasut jenama gucci tiruan aku. Tiruan cina gais jangan macam macam.
Dan seperti yang sediamaklum, aku jalan menggunakan kaki yang telah diberi tuhan. Aku tak kaya nak naik kereta ni tch.
Aku ada skuter tapi tu ah, namjoon pegang kunci skuter. Dia cakap aku kalau bawak skuter macam bawak ferrari.
Pastu kalau hujan, dia suruh aku sediakan payung sebelum hujan. Haa aku boleh terima lagi.
Ni tak, bukan nya sediakan payung. Dia suruh sediakan jaket tak pun guna je hoodie yang aku selalu guna. Dia cakap aku tak perlukan payung sebab badan aku macam jantan, sama macam perangai.
Ha ha. Pala habana dia.
Jap, aku nak gi mana ni sebenarnya?
Kalau nak beli dutch lady lagi, still berkotak kotak kat dalam peti ais.
Aku seluk poket aku.
K aku tak bawak duit haha.
Fuh, hirup udara je lah kalau camni. Dengan relanya, aku berjalan menuju ke rumah.
Nah, not my house.
❀❀❀❀❀
"Selamat pagi! Bangun! Bangun!" Laungku dari luar rumah. Tangan di seluk ke dalam poket hoodie.
Tiba tiba telefon pintar milikku berbunyi. Dengan malas aku sambut.
"Ap-"
"Tak ada malu ke hanat jerit depan rumah orang?!"
Aku dah ketawa dah macam orang gila depan rumah.
"Gelak lah gelak! Kau ingat tu lawak ke ha setan?!"
K aku dah disetankan untuk kali yang kedua. Nayeon tabah nayeon tabah.
"Bagi lah aku masuk. Please?" Jawabku lalu memandang ke atas tingkap yang beradanya sesusuk tubuh badan. Mata sengaja dikerdipkan.
"Gi mati. Tak nak aku. Nak tidur-"
"Eh janganlah! Bagi lah aku masuk kejap!" Dengan pantas aku memotong kata katanya.
"Bagi aku 3 sebab yang munasabah kenapa aku perlu bagi kau masuk."
K kau ingat ni ujibakat ke cipan?
Secara tiba tiba idea di kepala hotak aku muncul. K nayeon kau dah cukup bijak!
"Aduh!"
"Kau dah kenapa hanat jatuh bagai? Kaki kau dah tak berfungsi ke sia?!" Jeritnya dari telefon. Aku mengetap bibir menahan tawa.
"T-tolong.. kaki aku.."
"Kau ni dah kenapa?! Jangan main main boleh tak?!"
Masa untuk plan B! Muahaha.
Dengan tabahnya aku berpura pura pengsan atas lantai yang berada depan rumah dia.
"Kau nak mati awal ke?!"
Asal tetiba panas pulak depan rumah dia ni ey. Demi nak masuk ke rumah, aku sanggup. K nayeon panas sikit je ni.
"Mulut kau dah terbang ke?! Asal kau tak bercakap pulak ni?!"
"Tak guna! Ish!" sambungnya, perlahan.
Pagar automatik rumahnya terbuka. Idea kau berhasil Nayeon!
Aku membuka sedikit kelopak mataku. Kelihatan dia yang masih berpijama duduk mencangkung memandang aku.
"Hoi! Bangun!" pipiku ditepuknya kuat. Hahahanat kau ingat pipi aku ni diperbuat dari besi ke?
"Kim Nayeon!" jeritnya di cuping telingaku.
Ok nayeon! Sekarang masanya untuk bangun!
"Kim Na-"
Dengan kelajuan yang pantas aku berlari masuk ke dalam rumahnya. Matanya membuntang luas kemudian mengejarku dari belakang.
"Tunggu!" jeritnya sambil berlari ke arah aku.
"Bye bye, jeman." Aku menjelirkan lidah sebaik melihat jimin yang masih mengejar aku dari belakang.
Pintu rumahnya aku tutup. Kihkih bye pak jeman.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top