Forty-three

"kau pasti ke yang kyung mi tak marahkan aku?"

"aku pasti. kau jangan risaulah." jimin mengukirkan senyuman.

aku hanya mampu membalas dengan senyuman. senyuman berbalas senyuman.

"inhale, exhale.." gumamku perlahan.

aku memegang blazer jimin sekali gus mengikuti langkahnya dari belakang.

tumbuhan dan pelbagai bunga hiasan menghiasi pandanganku sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah mewah ini.

sudah tentu lah, kyung mi merupakan seorang anak yang dimanjakan. omma dan appanya merupakan business man dan business woman.

tidak hairanlah rumahnya sebesar istana. barangkali lebih besar dari istana.

kelihatan kyung mi sedang membelakangi kami. sesambil itu dia memberi makan ikannya yang berada di kolam.

kolam ikan pun dah besar, apa lagi bilik tidur.

tanpa sebarang isyarat, jimin tiba tiba berdehem.

sempat aku memukul belakang jimin disebabkan perlakuannya yang mengejut.

"odo hang, suka buat aku terkejut." bisikku perlahan. jimin hanya mampu mencebikkan bibirnya, sekali lagi.

perlahan lahan kyung mi memandang ke arah kami. dahinya sedikit berkerut memandang kami berdua.

"eh chimchim? sejak bila awak datang ni?" soalnya sopan.

chimchim?

awak?

sejak bila dia tukar panggilan ni?

kemudian matanya beralih ke arahku. aku mengelakkan mataku dari bertembung dengan matanya tetapi aku gagal.

"siapa dia ni chimchim? awak tak nak kenalkan dengan saya ke?" senyuman tidak lekang dari bibirnya.

takkanlah dia lupa aku?

bukan dia kena tembak kat perut je ke?

takkan ada kesan negatif?

"j-jimin, dia dah lupa aku ke?" aku soal jimin tanpa sebarang ragu ragu.

perlahan lahan jimin mengangguk.

dia dah lupakan aku?

tapi kenapa?

macam mana dia boleh lupakan aku?

"dia kim nayeon. panggil dia nayeon pun dah cukup." jimin memperkenalkan aku kepada nya.

"oh, duduklah." pelawanya dengan senyuman.

"kenapa korang datang sini? ada apa apa masalah yang boleh saya bantu ke?" matanya memandang aku dan jimin silih berganti.

"bukan aku, tapi dia." jimin menunjuk ke arah aku.

ah buduh hang jimin. tiber tunjuk aku.

"ya nayeon?"

"err.." aku menggaru kepalaku yang langsung tidak gatal.

ceit klishe betul.

"kenapa?"

"erm.." aku memandang jimin kemudian memberikan isyarat agar dia memberikan kami berdua sedikit ruang.

"waduh gawat ni. weh, aku nak gi toilet jap. bontot aku nak terbersin dah ni." ujar jimin kemudian berlari ke bawah.

pftt terbersin apa kejadah dia ni.

"so?" kyung mi masih tersenyum.

apak dia siut tau la senyum tu sedekah tapi jangan la selalu. creepy eshel tau tak?!

tapi serius, macam mana dia boleh lupakan aku?

miracle bin ajaib betul.

"erm, aku- eh saya saya. maaf maaf." aku menunduk.

panggilan aku kau yang biasa aku gunakan dengan kyung mi terus aku tukar disebabkan perubahan kyung mi secara drastik.

"eh t-takpe. straight to the point je."

"sebenarnya.. saya nak cakap pasal abang saya."

"abang awak?" dahinya berkerut.

aduh nayeon. mana dia kenal abang kau tu namjoon lahai.

"m-maksud saya, namjoon." ujarku sedikit kekok. tengkukku aku gosok perlahan.

"oh, joonie?" jawabnya dalam soalan.

aku diam seketika. memproses apa yang baru dikatakan oleh kyung mi.

"kim namjoon kan? kenapa dengan dia?"

"dia abang saya."

"ye saya tahu lah dia abang awak tapi apa yang awak nak cakap sekarang ni?" kyung mi menahan geramnya. tengok muka pun dah boleh nampak merah sikit.

"err, saya nak tanya ni."

"ye?"

"awak tahu ke namjoon tu siapa?" aku soal dia semula.

"dia abang awak."

ya tuhan, jawapan dia macam buat aku nak lambung je dia dalam longkang.

habis aku dia kenakan balik xjzkxkz.

"b-bukan, maksud saya, awak tahu ke dia siapa bagi awak?"

kyung mi memandang aku untuk beberapa saat. dia menarik nafas sedalam yang boleh.

"kitorang kawan je."

oh mampus. cinta namjoon bertepuk sebelah tangan je la ni?

"awak yakin ke?" keningku aku jungkitkan.

kyung mi mengangguk pantas.

"awak tak ada namchin ke?"

"ada-"

"siapa?" aku terus mencelah ayatnya sebelum dia menghabiskan kata katanya.

"b-bukan sekarang. dulu je. sebelum saya amnesia. saya dapat tahu pun sebab saya nampak gambar kami berdua kat wallpaper phone saya. lepas tu ada notification happy monthsarry." kyung mi tersenyum kelat.

amnesia?!

"a-awak amnesia k-ke?"

kyung mi mengangguk.

"setahu saya, saya kena tembak kat perut. masih ada parut lagi. lepas je saya kena rawat, ada orang langgar saya. abang saya cakap, semua ni dirancang."

"awak ada abang ke-"

"ya. dia baru pulang dari australia. haritu kami ambil angin dekat taman. lepas tu joonie datang dan dia nampak saya dengan abang saya. belum sempat saya nak jelaskan, dia terus larikan diri." kyung mi mengeluh.

oh, maknanya yang namjoon nampak ni abang kyung mi lah?

aduh namjoon. patah hati betul. tak pandai nak siasat. main tuduh secara melulu je.

"saya nak cakap ni, yang abang saya sukakan awak." aku cuba ukirkan senyuman.

"oh.. eh yeke?!" soal kyung mi sedikit teruja.

aku mengangguk perlahan.

"saya pun sukakan joonie, tapi saya malulah nak confess." pipi kyung mi merona merah.

"tak payah lah malu malu, dia pun dah sukakan awak. confess je lah."

"t-tapi kitorang kawan-"

"tak. korang bukan setakat kawan je. korang ada hubungan sebelum awak amnesia lagi." ujarku lagi.

"yeke? aduh, saya lupa lah." kyung mi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

aku mengangguk tanda setuju.

"dan, namjoon dah minta kebenaran omma dan appa awak untuk lamar awak. dia tinggal tunggu persetujuan dari awak je."

"lamar saya?"

aku mengangguk perlahan.

"jadi, awak setuju ke?" aku soal kyung mi yang berada di hadapanku.

"tak.." kyung mi menunduk.

"tak?"

"takkanlah saya tak nak terima dia. siapa je yang tolak lamaran crush?" ujar kyung mi sambil tersenyum. kakinya dikuiskan ke atas lantai.

aku tersenyum hingga ke telinga. gembira sebab sudah menyatukan kedua dua mereka walaupun pada mulanya aku tak nak.

tapi disebabkan usaha dan cinta namjoon, apa salahnya aku tolong sikit kan?

tapi..

"eh kejap! namjoon pernah cakap yang dia ada call awak, nak bincang pasal lamaran dia. tapi dia cakap, awak hindari diri dari dia. awak cakap awak sibuk, banyak kerja dan terus matikan talian."

senyuman kyung mi perlahan lahan bertukar kepada cebikan. dahinya turut berkerut.

"oh tu! sebenarnya masa tu saya baru pulang dari hospital, lepas tu terus dapat panggilan dari joonie. saya ada dengar yang dia cakap dia ada kumpul duit nak lamar saya. saya sangkakan dia main main jadi saya abaikan je lah dengan bagi alasan sibuk dan ada kerja." jelas kyung mi panjang lebar.

aku mengangguk pantas.

"oh ya, kyung mi?" aku pandang kyung mi yang berada tepat di hadapanku.

"ya?" dia masih tersenyum. barangkali gembira disebabkan berita yang aku sampaikan tadi.

"boleh tak tukar panggilan awak saya kepada kau aku? tak selesalah." ujarku kekok. tengkukku sempat aku gosok.

"la tu je ke?" kyung mi tertawa.

aku mengangguk.

"boleh je. sebenarnya aku pun tak biasa, wahai adik ipar yang tersayang." kyung mi masih dengan sisa tawanya.

"belum lagi la!" aku mencebikkan bibirku. perlahan lahan tawaku turut terletus.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top