Forty-six
"minum la air kau. air aku dah nak habis tapi air kau masih penuh lagi."
"takpe la, aku kenyang." aku senyum kekok.
"asal dengan kau ni? sejak keluar dari butik tadi, muka kau terus lain. macam nampak sesuatu yang tak diduga." yoongi memandang aku dengan pandangan ragu ragu.
"eh yeke? mana ada la." jus epal yang berada di hadapanku tadi aku hirup perlahan.
"ada. sekarang ni, macam tengah moody je. kau nampak setan ke tadi?"
"ish mana ada la!" lengan putih pucatnya aku pukul.
"aww okay okay. ye la kau okay la." yoongi mengalah.
aku hanya membisukan diri. sedar tak sedar jus epal yang baru sahaja aku hirup tadi telah menjadi setengah.
"kalau kau ada masalah, share je. jahat sangat ke aku ni sampai kau tak nak share masalah kau?" meja diketuk menggunakan jari telunjuknya mengikut rentak jam.
"masalah apa?" aku tertawa hambar.
"dari cara ketawa kau pun dah boleh tahu kau ada masalah."
"mana ada la. aku okay je."
"tak. kau tak ok-"
"jangan jadi busybody boleh tak?!" tanpa aku sedar, suaraku naik seoktaf.
yoongi memandang aku dengan pandangan pelik. aku menggeleng perlahan.
sempat aku memandang sekeliling cafe. nasib baik tak ada orang.
"m-maaf. aku tak bermaksud-"
"aku pun nak minta maaf jugak sebab asyik paksa kau. takpe. kalau kau tak nak takkan aku nak paksa sampai kau cakap kan?" yoongi senyum segaris.
"aku tunggu kat luar tau. kalau mood kau dah ok sikit-"
"t-tak. tak apa. balik sekarang je la. lagipun aku dah penat sangat. nak tidur, rehatkan badan."
"okay, jom."
aku menghela nafas berat.
❁❁❁❁❁❁
perkara yang berlaku di butik tadi masih terngiang ngiang di fikiran ku.
telefon pintarku aku buka. chats antara aku dengan jungkook aku scroll dari atas hingga ke bawah.
kadang senyuman terukir di bibir dan kadang aku menahan tangis.
takkan la dia dah boleh bukakan hati dia untuk amy?
tengah sibuk aku scroll chats antara aku dan dia, jungkook tiba tiba online.
perlu ke aku chat dia?
haih.
[jk]
online
uhm hi :)
kemudian dengan perasaan beraninya aku tekan button send. aku tunggu chat tadi selama beberapa minit.
dan ianya dibiarkan bluetick.
oh.
terima kasih jungkook.
belum sempat aku nak tutup telefon, satu chat masuk.
[jk]
stop disturbing, slut.
slut?
jungkook panggil aku slut?
tak pernah pernah..
sorry. ✅✅
:')
aku membuka nama jimin dan mula menaip sesuatu.
[jimin]
jimin, jumpa kat tempat biasa?
aku ada benda nak luah.
face to face.
now.
:)
dah kenapa tiba tiba nak meet?
masalah apa lagi timpa kau ni? ✅✅
aku hanya menghela nafas berat dan membiarkan chat jimin dibluetick oleh aku.
kalau moody pun, reply la.
ish kau ni.
kau pulak yang buat aku moody.
k.✅✅
abuduh punya jimin. dia yang bluetick aku.
.
.
.
.
.
"so apahal?" tangannya diseluk ke dalam poket.
"haih, aku tak tahu nak cakap macam mana.."
"pasal jungkook eh?" teka jimin. aku hanya mengangguk perlahan.
"kenapa lagi dengan budak tu? ish, tak habis habis nak sakitkan hati kau." jimin berdecit.
"aku ada.. haih. aku tak boleh cerita la. rasa nak nangis." aku tertawa walaupun sebenarnya tiada yang lawak.
"jangan la acah ketawa. kau ingat dengan lakonan kau jadi kuat tu, kau boleh tahan segala kesedihan kau ke? kalau nak nangis, nangis je la. walaupun kau nampak hodoh masa nangis." ujar jimin panjang lebar.
"ok la tak jadi nangis la macam tu-"
"ye la maaf tuan puteri. kenapa dengan jeon jungkook tu?" soalnya, sekali lagi.
aku menghela nafas berat.
"aku nampak dia dengan amy kat butik tadi." aku ketap bibir.
"kau pergi butik ke tadi?"
"haah, dengan yoongi."
"oh. lepas tu?"
"jungkook pernah kata yang dia anggap amy hanya sekadar adik angkat dia je. tak lebih tak kurang. dia cakap dia sayangkan aku sampai bila bila tapi-"
"kau nangis." tegur jimin.
"ha? mana ada la. belum lagi-"
ibu jari kecilnya dibawa ke pipiku. perlahan lahan dia menyeka air mataku.
oh ya, aku nangis. aku tak sedar.
"aku mengaku, jungkook memang sweet talker. tapi, aku tak sangka pula yang dia tinggalkan kau macam tu je. tak pernah pernah dia sukakan perempuan lebih dari 4 bulan."
"m-maksud kau?"
"aku kenal jungkook sejak kecil lagi. dia memang playboy tapi tu dulu. kalau dia dah sukakan perempuan lebih dari 4 bulan, dia takkan tinggalkan perempuan tu." sambungnya.
"..."
"dia dah sukakan kau selama 4 bulan. dia pernah cakap dengan aku, dia sukakan kau. dia asyik asyik skodeng kau kalau kau beli dutch lady kat 7e." jimin tertawa.
tak apa lah. sekurang kurangnya jungkook pernah sayangkan aku.
"oh haha."
"kekadang aku jeles tengok kau dengan jungkook. asyik berkepit je sampai kau tinggalkan aku sensorang." jimin mencebikkan bibirnya.
"jangan la merajuk ala. bukannya aku berkepit dengan dia 24 jam pun. sekarang dah tak berkepit dah sebab dia dah ada amy." aku ketawa kekok untuk keberapa kalinya.
"jangan la koyak sangat. aku ada kan?"
"tapi kau bukannya crush aku." aku mencebikkan bibir.
"ish jahat!"
"ye la. kalau macam tu, kau crush aku tapi dalam mimpi."
"eee chimchim taknak! nak real!"
"gedik la kau." aku menyiku jimin. jimin hanya tertawa perlahan.
"kenapa kau dengan jungkook bergaduh eh haritu? sampai naik tangan." aku cuba menukar topik.
"oh tu.. kau nak tak aku ceritakan hal yang sebenarnya?"
"nak la."
"tapi, kau jangan marah eh?"
aku mengangguk perlahan.
"cakap je."
"sebenarnya..."
"tu gimik je. kitorang berlakon depan kau. saja nak tarik perhatian kau. takkan kau tak sedar? asal je kitorang gaduh, mesti kau nampak sekali." jimin ketawa kecil.
aku mengetapkan bibir menahan geram. perasaan aku mulai bercampur baur. perasaan sedih tadi mula bertukar menjadi sedikit geram.
"ey sakailah! mati mati aku sangkakan korang gaduh betul betul!" lengan jimin aku cubit beberapa kali.
"aww sakitlah! aku nak cerita lagi."
"apa?!" aku memberikan jimin pandangan maut.
"haritu kau kena tolak kan?"
"masa bila pulak?"
okay sesuai lah tu. soalan berbalas soalan.
"aish takkan kau dah lupa. yang kitorang bergaduh depan kelas tu la."
aku acah mengingat semula. kemudian aku mengangguk.
"ooh tu, kenapa?"
"orang yang tolak kau tu pun kitorang bayar. saja supaya kau nampak. heee- aduh! jangan la cubit! sakit tau tak?!" tanganku ditepisnya.
"ish kerja kau memang suka nak menipu je kan dari dulu?!"
"ala ni park jimin la-"
"fart gimik." aku memotong ayatnya terlebih dahulu.
"asal fart pulak?!"
"kau kan suka kentut."
"ey podah!"
aku tertawa.
"kau ketawa ke weh?! kim nayeon ke ni?! teton keluar kau dari badan kawan aku sekarang!" jimin memandang mata aku.
oh dia ni nak lawan mata eh?
"ni aku la cipan!" dahinya aku jentik dengan laju.
"ye la ye la!" jimin akur. aku tertawa sekali lagi.
"tapi kan, kenapa kau dengan jungkook dah tak rapat?" aku mengajukan soalan seterusnya.
"siapa cakap?"
"eeeeeeh? bukan korang-"
"kitorang okay je la. baru je lepak semalam."
"o-oh.." aku menganggukkan kepala.
"aku bila lagi?" aku kata perlahan.
"apa kau cakap?"
"tak ada apa apa." aku menggeleng pantas.
"muka kau nampak barai malam ni. biasanya sekarang waktu perempuan make over. pakai krim malam. ey tak tahu la apa beza krim siang krim malam. kalau aku jadi perempuan, aku main letak je."
ah sudah. dah masuk topik krim la pulak.
"aku tak suka pakai krim malam."
"oh okay. kau jangan risau la. nanti aku slow talk dengan jungkook-"
"eh tak payah la. menyusahkan diri kau pulak nanti. biar aku je yang cakap-"
"sampai ke tahun depan rasanya kau takkan buka mulut. biar aku je tolong. lagi senang." ayatku terus dipotong olehnya.
"haih, mana mana la."
"dah jom, aku hantar kau pulang. dah lewat dah ni."
aku menurut sahaja kata kata jimin dan berjalan tepat di sebelahnya.
aku menghela nafas sedalam yang boleh.
bahagia tu hanya sekejap je ke?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top