Forty-nine

memang betullah apa yang jungkook pernah cakap dengan jimin walaupun ianya satu gimik.

aku perempuan bodoh. ye la, siapa je yang nakkan perempuan bodoh macam aku, kan?

aku sedut hingus aku yang hampir terkeluar memandangkan aku tak ada sediakan tisu.

"hey, kau okay ke ni?" bahuku dicuitnya.

"aku nampak okay ke sekarang ni?" aku berpeluk tubuh. hingus masih disedut.

"jangan la nangis lagi. entah berapa kali aku nampak kau asyik nangis. nanti sembap la bawah mata tu. nanti boleh buta tahu?" air mataku diseka olehnya menggunakan ibu jari.

"t-tapi dia-"

"shh, tak bersemangat aku nak menari dengan kau malam ni kalau kau nangis lagi." dia tertawa kecil sehingga gummy smilenya kelihatan.

"aku cuba untuk buat dia sakit hati tapi aku tak boleh. akhirnya, aku yang sakit hati."

"shh-"

"ke dia memang betul betul dah lupakan aku?" aku pandang dia dengan mata yang sembap.

"kau jangan risau la. aku kan anpanman kau. selagi jantung aku masih berdegup, selagi tu la aku akan lindungi kau."

"acah." aku menahan tawa.

"yoongi akan menjalankan tugas sebagai anpanman nayeon- aww sakit la!"

"hehe."

"hehe je tau. nasib baik comel." pokerfacenya di tayangkan.

"aku memang comel."

"menyesal aku puji kau." matanya dijegilkan.

"apa pulak menyesal ish!"

"haih dah la jom." tanganku ingin direntapnya tetapi aku tepis perlahan.

"taknak." kepala digelengkan beberapa kali tanda protes.

"degil ek?" senyuman mereng ditayangkan.

"woi woi apa kau nak buat ni? tolong! gigolo bersiri-" mulutku terus ditekup olehnya.

"hotak kau. majlis dah mula. kau degil, aku geletek."

"tapi, ada jung-"

"pura pura tak nampak la. terbang melayang duit aku belanja kau gaun ni lepastu kau tak nak menari."

"siapa suruh kau belanja aku."

"asyik nak menang je kan? ei ngap kang!"

"tunggu kita halal la."

"memandai ah kau. jom!"

"tak-"

yoongi terus memandang aku serius. matanya dibuntangkan. pipinya turut dikembungkan.

"k."

❁❁❁❁❁❁


alunan muzik kuat kedengaran di telingaku. orang ramai turut kelihatan menari bersama pasangan masing masing.

mataku meliar mencari kelibat seseorang.

jimin!

"kau ada nampak jimin- eh yoongi?" soalan yang hendak aku tujukan kepada yoongi terus terhenti serta merta. kelibat yoongi tiada di pandangan ku.

hanya lelaki yang memakai topeng sahaja kelihatan dengan jelas.

yoongi ada bawa topeng tapi dia malas nak pakai.

membebankan katanya.

macam la topeng tu berat dia 1 tan.

"haih." satu keluhan berat dilepaskan.

jimin tak jumpa. yoongi menghilang.

dan aku di sini forever alone.

"mianhae mianhae hajima~" satu bisikan hinggap di telinga ku.

bahuku sedikit terhinjut. walaupun suasana di dalam hall terlalu bising, tetapi bisikannya cukup kedengaran.

"aish jimin!" lengannya aku pukul. dia tertawa sehingga eyesmilenya kelihatan. topeng yang dipakainya dibuka.

"kau cari aku ke tadi?"

"mana ada! jangan perasan boleh tak?" aku cuba mencari jawapan.

"eleh, tipu. kau cari aku kan?" senyuman mereng diukirkan di bibirnya.

"m-mana ada la do!"

"eleh tu gagap tu apa? tahulah aku ni soulmate berjaya kau. tak payah nak protes sangat." jimin kata dengan bangga.

"ehem, mana yoongi?" aku cuba tukar topik. makin dilayan si jimin ni makin merapu lah jadinya.

"oh. yoongi hyung pergi toilet. dia suruh aku jagakan kau tadi. tercirit dah tu kat seluar." jimin tertawa kecil dengan lawak hambarnya.

"oh, okay." aku mengangguk anggukkan kepalaku beberapa kali.

"kau tak ada partner ke jimin?"

"setakat ni, em tak ada lagi. malas la nak ada partner bagai. menyusahkan."

"ceit, menyusahkan la sangat. haritu bukan kau ke yang nak aku jadi partner kau?"

"eh kau lain la. kau sapesial sikit." jimin menekankan perkataan sapesial.

aku menahan tawa. ada ada je.

perlahan lahan jimin memakai topengnya.

"can i?" tangan kecilnya dihulurkan.

aku menyambut hulurannya dan perlahan lahan kami berdua menari mengikut rentak muzik.

"pandai kau menari." ucap jimin seperlahan yang boleh.

"lebih kurang je macam kau."

"ni mesti yoongi hyung suruh berlatih awal awal kan?" teka jimin.

aku mengangguk lalu tersenyum.

"aku nak bagitahu kau sesuatu." jimin kata dalam nada sedikit serius. tarian antara kami berdua belum terlerai.

"good news or bad news?"

"good news for sure." matanya dikelipkan di sebalik topeng.

"pasal apa?" dahiku sedikt berkerut. eyesmile jimin terukir.

"what?" soalku untuk kali yang kedua.

jimin berhenti menari sekali gus membuatkan aku turut berhenti.

bukan itu sahaja, bahkan, muzik tidak lagi diputarkan. hanya kesunyian yang memenuhi hall.

aku memandang sekeliling dan lampu terus dipadamkan.

"j-jimin!" aku jerit memandangkan aku fobia kepada kegelapan. tetapi jeritanku hanya diendahkan.

"hey." suara yang sangat aku kenali terdengar jelas di telinga.


"beautiful, beautiful, beautiful, beautiful angel."

lagu ni..

"love your imperfections every angle."

takkanlah kasut tumit tinggi tu dia yang bagi?

"tomorrow comes and goes before you know." sebuah cahaya lampu disuluhkan ke arah aku.

"so i just had to let you know." lampu disuluhkan ke arahnya yang berada di atas pentas.

mata kami kemudiannya bertaut dan dia tersenyum manis.

senyuman tu..

j-jungkook..

dia berdehem.

matanya masih lagi memandang aku.

aku mengelakkan mataku dari bertembung dengan mata miliknya.

"wanna hear an interesting story?" suaranya mulai bergema di seluruh hall.

"aku pernah bergaduh dengan seorang budak perempuan di 7 eleven disebabkan sekotak susu dutch lady." jungkook tertawa sehingga gigi arnabnya kelihatan.

aku hanya mendiamkan diri.

jungkook saja nak malukan aku ke ni?

"aku nak cakap yang aku bersyukur sangat sebab ditakdirkan berjumpa dengan budak perempuan tu. dari pergaduhan, aku kenal erti kasih sayang."

"kim nayeon, i love you.." dan mata kami mula bertaut.

aku mengetap bibir menahan tangis dan meninggalkan hall tadi sekali lagi.

jungkook, tolong berhenti bagi aku harapan palsu.

aku penat.

air mata aku dah nak kering.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top