Forty
"mana jiminnya? dah balik?" namjoon soal aku dari dapur.
aku mengangguk.
"laa asal pulak? tak sampai 30 minit pun. tak sempat nak borak borak."
"borak apanya? biarlah dia. dia stress kot." aku cuba mencari alasan lain.
tapi kenapa aku sentuh pasal bodyguard tu terus jimin melenting?
fuh ok takboleh husnudzon dah ni. tahap suuzon dah datang.
"ha ye la. aku nak keluar dengan kyung mi. pepandai la kau urus diri kau." namjoon terus menyambar dompetnya yang berada di atas meja.
"eh, tak pernah pernah kau dating-"
"bukan dating. aku nak tanya dia yang dia tak sudi ke nak kahwin dengan aku. aku dah kumpul duit kot. tau tak betapa banyaknya tenaga aku gunakan untuk-"
"stop merapu. pergi la." aku tolak badan namjoon agar keluar dari rumah.
"wish me luck." namjoon menghela nafas.
"gementar nak mati macam nak kahwin. taknak la aku."
"wish la aku."
"wish la diri sendiri."
"ala nayeon-"
dan pintu terus aku tutup.
❁❁❁❁❁❁
kau expect aku akan tinggal rumah sorang sorang?
never.
lepas je namjoon keluar, aku terus keluar. tapi berlainan destinasi.
aku seluk poket seluar aku.
eh lalat terbang hAHAHAH k tak lawak.
aku tendang batu batuan kecil yang ada atas jalan memandangkan aku dah tak ada kerja lain nak buat.
aku jalan straight sebab aku orangnya yang straight k apa aku merepek ni tetan.
tetiba aku ternampak satu figura lelaki pendek yang tengah berjalan di hadapan aku.
mata aku terus terlempar pada tulisan hoodie kelabu yang dipakainya.
myg93?
myg?
min yoongi?
yoongi?
kemudian dia menyeluk poket hoodienya dan mengambil telefon.
dia bercakap dengan seseorang melalui telefon pintarnya. tidak sampai beberapa minit, telefon nya terus diletakkan semula ke dalam poket hoodie.
memandangkan aku ni seorang yang comel lagikan peramah, aku nak tegur dia.
aku melajukan langkahku ke hadapan. jarak kami hanya beberapa meter sahaja.
dan tanpa aku sedar, aku sesat.
aku tak tahu aku kat mana.
aku memandang sekeliling.
sunyi.
dan jalan mati.
hanya pokok pokok sahaja yang menghiasi pandangan.
langkahku terhenti terlebih dahulu sebelum yoongi turut memberhentikan langkahnya.
tidak sampai beberapa saat yoongi berada di situ, seorang perempuan berambut ikal datang ke arahnya.
amy?!
perlahan lahan aku menyembunyikan diriku di sebalik semak agar tidak kelihatan.
tetapi aku mendekatkan lagi jarakku dengan mereka.
"kau dah janji kan yang kau nak tolong aku?" amy membuka bicara.
kedengaran yoongi menghela nafas beratnya kemudian dia mengangguk perlahan lahan.
"tapi, kau pun akan tolong aku dapatkan nayeon juga kan?" yoongi menahan lengan amy.
tolong dapatkan aku?
apa-
"don't worry. aku takkan mungkiri janji. kau tolong aku dapatkan jungkook, dan aku akan tolong kau dapatkan nayeon. deal?" amy menghulurkan tangannya untuk bersalaman.
jungkook?
dan
aku?
"o-okay, deal.." yoongi menyambut salamannya.
"as soon as possible, min yoongi. kalau kau mungkir janji, aku akan cari kau sampai lubang cacing." pandangan amy terus berubah dengan serta merta.
yoongi mengangguk akur.
tak pernah pernah yoongi tunduk dengan perempuan.
tapi dengan amy bukan main patuh.
"tapi, kenapa kau nak sangat hancurkan hubungan jungkook dengan nayeon? dorang tak ada salah apa apa-"
"aku? aku hancurkan hubungan dorang? no, nayeon yang hancurkan hubungan aku dengan jungkook. we are supposed to be but, kim nayeon came and everything was shattering. dia buat jungkook mula jatuh cinta dengan dia. huh, such a slut." nayeon tertawa sinis.
yoongi hanya diam tidak berkutik.
aku hancurkan hubungan dorang?
aku..
aku punca segalanya?
aku ketap bibir aku, tahan air mata dari jatuh.
kenapa semua masalah menghempap aku?
"dia tak salah." ujar yoongi dalam nada mendatar.
"w-what?"
"dia tak ada buat salah apa apa. jangan sesekali hina dia sebab dia memang tak bersalah."
"kau-"
"aku jujur, aku boleh nampak. dia memang innocent tapi, jungkook memang dah sukakan dia. nak buat macam mana?"
"jungkook doesn't love her! nayeon yang dahagakan attention jungkook so-"
"bae amy!" suara yoongi mula naik seoktaf.
bahu amy sedikit terhinjut.
"k-kau jerkah aku..?" amy mengurut dadanya perlahan.
"berhenti salahkan nayeon. berhenti hina dia. kenapa kau dengki sangat dengan hubungan orang lain?" yoongi menggepalkan penumbuknya.
"aku sanggup bunuh nayeon demi jungkook! aku sayangkan jungkook lebih dari segalanya! aku sanggup jual maruah aku-"
"diam!"
amy terdiam lagi.
"walaupun kau adik tiri aku, walaupun aku hidup menumpang dengan omma appa kau, tak bermakna aku kena patuh dengan semua arahan bodoh kau!"
adik tiri?
amy adik tiri yoongi?
yoongi menumpang?
"aku tak nak bantu kau dapatkan jungkook. aku tak boleh. aku tak sanggup walaupun aku, sukakan dia."
"apa yang kau-"
"kau tak kenal siapa nayeon. kau tak kenal isi hati dia. kau kenal dia tak sampai berapa tahun. aku.. aku kenal dia sebab dia kawan aku masa kecil dulu.." yoongi tertunduk.
aku?
aku kawan dia masa kecil dulu?
dia siapa..?
"yeonyeon ah.."
yeonyeon?
aku yeonyeon?
tapi..
flashback
"awak siapa? kenapa awak nangis?" seorang budak lelaki datang ke arah aku. aiskrim yang dipegang di tangannya aku pandang.
"aiskrim saya.. jatuh.." aku menunjuk ke arah aiskrim aku yang telah terjatuh di atas rumput. aku menyedut hingusku yang aku rasa telah keluar dari hidungku.
"oh, awak janganlah risau. nah, ambillah aiskrim saya. saya belum makan lagi." aiskrim coklatnya dihulurkan.
"..."
"ambillah. saya boleh beli baru."
perlahan lahan aiskrim yang dihulurkannya aku sambut.
"awak janganlah nangis. nanti awak hodoh. hingus awak keluar eee." dia ketawa terbahak bahak.
aku menunduk malu.
"mianhae, saya tak bermakna pun. awak makanlah aiskrim tu. nanti cair." ujarnya sambil tersenyum.
aku mengangguk perlahan lalu menyuakan aiskrim tadi ke dalam mulutku.
"macam tu lah! yeay!" tangannya ditepuk beberapa kali.
aku tertawa kecil.
"siapa nama awak? nama saya yongyong." senyuman lebar masih diukirkannya.
"nayeon.." aku cakap perlahan.
"saya panggil awak yeonyeon lah!"
"kenapa pula? nama saya nayeon bukan yeonyeon!" aku menghentakkan kakiku tanda protes.
"yeonyeon macam nama anjing. awak comel macam anjing."
"eee saya tak sukalah nama yeonyeon! hodoh la nama tu." aku mencebikkan bibirku.
"takpelah, saya balik dulu yeonyeon. dah lewat dah ni."
"nama saya nayeon lah!"
"bye! jumpa lagi!" rambutku diusapnya lalu perlahan lahan dia hilang dari pandanganku.
end flashback
setiap hari aku menunggunya di tempat yang sama, pada waktu yang sama.
tapi, dia tak pernah muncul.
yongyong..
kenapa baru sekarang kau munculkan diri kau?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top