Epilogue
"jeon jungkook, adakah awak sanggup dan setuju untuk menerima kim nayeon sebagai isteri sah kamu?"
"saya setuju." ujar jungkook dalam nada bersemangat. aku tersenyum memandangnya yang tersengih sehingga gigi arnabnya kelihatan.
"kim nayeon, adakah awak juga sanggup dan setuju untuk menerima jeon jungkook sebagai suami sah kamu?"
aku dan jungkook saling bertatapan. mata kami bertembung buat seketika.
betul ke apa yang aku lakukan ni?
aku menghela nafas.
"s-saya setuju.." aku mengukirkan senyum di sebalik bibir.
"wajah ni lah yang bakal kau tatap untuk setiap hari dan wajah ni juga lah yang bakal menemani kau untuk selamanya. aku, suami kau yang sah." bisiknya perlahan dan cukup membuatkan pipiku merona merah.
"are you ready baby?" jungkook sempat berkata kecil.
"i think so.." aku tergelak kecil.
"CIUM CIUM CIUM!" jimin yang berada di bawah bersorak gembira. manakala yoongi pula tersenyum gummy.
aku senyum segaris.
aku lukakan hati yoongi ke?
haih.
belum sempat bibirku dan jungkook bertaut, tiba tiba semuanya hilang dengan serta merta.
aku memandang sekeliling. terpinga pinga aku mencari kelibat jungkook.
aku memandang sekeliling. tetapi ianya kosong.
"jungkook?"
"weh jungkook, jangan main main lah!" aku jerit dengan kuat. kali ini, suaraku naik seoktaf.
"j-jungkook.." kedua dua kakiku serta merta terhenti. aku kaku di situ.
ayat dan janji janji jungkook yang dahulunya terngiang ngiang di segenap fikiran.
gaun pengantin berwarna putih yang aku pakai aku tatap perlahan.
"nayeon.."
"j-jungkook?" aku mengecilkan mataku. sebuah figura lelaki yang berpakaian serba putih datang ke arah aku. wajahnya tidak kelihatan dengan jelas.
"hey, kenapa nangis ni?" jungkook tertawa kecil sambil menyeka air mataku.
"k-kau nak tinggalkan aku ke-"
"shh, uljima." jungkook terus mendakap aku ke dalam pelukannya dengan erat. belakangku diusapnya lembut.
"aku sayangkan kau. kau pun tahu benda tu kan?" jungkook meleraikan pelukan. dia tersenyum manis.
aku mendongak sedikit memandangkan ketinggiannya yang melebihi aku hanya beberapa cm.
aku mengangguk kecil.
dahiku kemudiannya dikucup perlahan.
"maaf, aku tak boleh jadi suami yang terbaik untuk kau." jungkook tersenyum kecil.
"t-tak, kau terlalu baik-"
"hey habis tu kau nak aku jadi perogol ke?" sempat lagi dia membuat lawak bodohnya. aku tertawa sebaik sahaja mendengar lawaknya.
"aku pergi dulu tau?"
"p-pergi mana?" tangannya aku raih. aku memandangnya dengan mata yang terkebil kebil.
"tempat yang tak ada seorang pun boleh bayangkan di dunia ni. tempat yang paling selesa bagi aku. aku tunggu kau kat sana tau? jumpa lagi." sekali lagi, dahiku diciumnya dan kemudian beralih pula ke tanganku.
"j-jungkook-"
"shh, mianhae. jaga diri baik baik, sayang."
"jungkook!"
.
.
.
.
.
.
.
aku terbangun dengan nafas yang tercungap cungap. dahiku sedikit berpeluh.
aku mimpi lagi?
jungkook..
"aku dah sediakan sarapan untuk kau. lepas ni mandi okay?" rambutku diusapnya perlahan. peluhku yang mengalir di dahi turut dilapnya dengan cermat menggunakan tisu basah.
aku hanya diam membisu.
seusai dahiku dilapnya, dia berdiri dari katil dan hendak menuju keluar daripada bilik. tisu basah tadi sempat dibuang olehnya ke dalam tong sampah yang berada di tepi katil.
"y-yoongi.." panggilku dalam keadaan menunduk. dia berhenti melangkah.
"ya sayang?" dia duduk melutut di tepi katil. dia menongkatkan dagunya di atas katil semata mata untuk melihatku.
"aku mimpi lagi eh?" soalku teragak agak.
yoongi menghela nafas.
"nampaknya macam tu lah." tanganku diraih kemudian dipegang erat.
"m-maaf, aku tak bermaksud pun nak-" jari telunjuknya diletakkan di bibirku.
"shh, tak apa. aku faham." dia tersenyum manis.
semenjak kejadian jungkook pergi meninggalkan aku selepas hari perkahwinan kami, aku trauma dan langsung tak boleh berhenti bermimpi pasal dia.
sebab apa? sebab aku nampak dengan kepala mata aku sendiri yang jungkook tinggalkan aku.
sungguh aku menyesal menyuruh jungkook memandu kereta pada lewat malam selepas majlis perkahwinan kami.
aku menyesal sebab menolak permintaan jimin yang hendak menjadi pemandu kami pada malam itu.
dan ya, aku mimpi tepat pada hari ulang tahun perkahwinan kami berdua.
ya, hari ini. tetapi malangnya, jungkook tiada di sisi aku.
kesan luka dan cedera yang kena aku tidaklah seteruk jungkook.
jungkook mengalami pendarahan yang teruk di otak dan aku hanya terkena tempias sahaja.
"aku ni kejam ke sebab-"
"tak. jangan cakap macam tu." yoongi menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"walaupun dalam hati aku terdetik sikit rasa cemburu, tapi aku faham. untuk hilangkan perasaan tu bukannya senang. jangan terlalu fikir yang bukan bukan. nanti kau sakit macam mana?" sekali lagi, rambut nipisku diusapnya. sebelah tangannya memegang tanganku dan sebelah lagi mengusap rambutku.
aku rasa bersalah sebab tak pernah buat yoongi rasa bahagia. disebabkan rasa cinta aku pada jungkook tak pernah pudar, yoongi langsung tak dapat merasa apa erti kasih sayang antara suami isteri.
"yoongi-ya.." aku memandangnya. yoongi berhenti mengusap rambutku.
"ya?"
"maaf sebab tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk kau. aku terlalu cintakan jungkook-"
"nayeon, kan aku dah cakap tadi yang perasaan cinta tu bukan mudah untuk dihapuskan. kau memerlukan masa dan ruang." jelasnya sambil tersenyum.
"kalau aku pergi dulu, maafkan aku tau?" aku mengetap bibir ku. pandangan ku aku larikan daripada bertaut dengan yoongi.
"hey apa yang-"
"aku minta maaf kalau tak dapat jadi isteri yang baik untuk kau. kesian kau kan sebab dapat isteri yang tak guna macam aku? dah hampir tiga tahun kita berkahwin tapi kau langsung tak dapat merasa erti kasih sayang. aku jahat dan aku tak layak untuk kau.." jelasku panjang lebar sambil menahan tangis.
"aku tak terasa hati pun lah. jangan cakap macam ni. tak baik. dah, mandi cepat. kita lawat seseorang lepas ni okay?"
lawat seseorang..
"jungkook ke?" soalku pantas.
perlahan lahan yoongi mengangguk.
"mandi cepat. busuk!" dia tertawa kecil kemudian berlalu ke bawah meninggalkan aku.
jungkook, tunggu aku tau?
━━━━❁━━━━
aku memandang pusara jungkook. bibir diketap menahan tangis. lengan yoongi aku pegang seerat yang mungkin.
"dah, pergi lah lawat dia." yoongi memimpin tanganku erat menuju ke arah pusara jungkook.
aku tersenyum paksa.
mataku mula berkaca. aku terduduk tepat di hadapan tempat di mana jungkook dikuburkan.
"jungkook, aku nak minta maaf. disebabkan aku lah kau pergi terlalu awal. aku ni jahat kan?" aku tertawa palsu.
"maafkan aku juga sebab tak percayakan kau dulu."
"aku ego. aku mengaku yang ego aku tinggi melangit. kalau aku dengar penjelasan kau dengan lebih awal, mesti kita dah boleh sambut ulang tahun perkahwinan kita kan?" aku senyum segaris.
yoongi berada di belakangku ralit mengusap belakangku.
"sekarang ni, aku dah jadi isteri sah kepada yoongi." aku memandang yoongi yang tersenyum kelat.
"kau pernah cakap yang kau sayangkan aku selagi jantung kau masih berdetak kan?"
"sekarang ni jantung kau dah tak berfungsi. maknanya, kau dah tak sayangkan aku ke?" sambung aku lagi. air mata aku tahan sedaya upaya daripada mengalir.
"terima kasih atas pergaduhan kita disebabkan sekotak susu dutch lady. disebabkan benda tu lah kita berdua berkenalan dan mempunyai hubungan lebih daripada seorang kawan."
aku menghela nafas berat.
"jeon jungkook, kau sahabat aku, kau abang aku dan paling penting sekali, kau orang yang aku.."
"cinta.." aku memandang yoongi dan pusara jungkook silih berganti.
"yoongi, kau marahkan aku ke?" aku memandang yoongi yang berada di tepiku.
dia tersenyum dan menggeleng.
"tak sayang. langsung tak.."
"k-kenapa mata kau merah?"
"sakit mata sikit.." ujar yoongi sambil menggosok matanya perlahan.
"oh- akh.." aku memegang dada aku dengan kuat.
s-sakit..
"nayeon? kau-"
"jangan risau, aku-" ayatku terhenti dan digantikan dengan batuk.
"kejap, a-aku ambil ubat kat dalam kereta-"
"j-jangan.. biar je." aku senyum segaris. kemudian aku terbatuk lagi.
"tapi kau-"
"aku cakap jangan kan? j-jangan.." aku menggeleng kecil tanda protes.
batuk aku semakin lama semakin teruk.
"j-jungkook, k-kau ada cakap kat dalam mimpi t-tadi yang k-kau tunggu aku k-kan?" aku senyum dan kemudian aku terbatuk lagi.
"nayeon.." tangan kananku diraih oleh yoongi. hidung yoongi mula menjadi merah.
"k-kau nangis ke?"
yoongi menggeleng kecil.
"t-tipu." aku cuba tertawa tetapi gagal. hanya batuk aku sahaja yang menghiasi suasana di situ.
"kenapa kau nak pergi tinggalkan aku juga?"
"bukan aku nak, t-tapi takdir-"
tubuh aku terus didakap olehnya.
"aku sayangkan kau. walaupun kau masih cintakan jungkook tapi percayalah yang hati aku hanya ada untuk kau." ujar yoongi perlahan.
"aku s-sayangkan kau juga." aku senyum segaris.
pelukan masih belum dileraikan oleh yoongi.
"aku pernah cakap walau apa pun keputusan kau, aku terima. kau masih ingat tak?"
aku mengangguk.
"maafkan semua kesalahan aku tau? maafkan aku sebab jadi orang ketiga dalam hubungan kau dan jungkook."
"t-tak apa.." aku terbatuk lagi.
"..."
"izinkan aku tidur kejap, boleh?"
"b-boleh.. t-tapi tidur dalam pelukan aku okay?" jelas yoongi. tersedu sedan dia mengeluarkan katanya. bahunya sedikit terhinjut.
"m-maaf sebab buat kau nangis."
yoongi mengusap rambutku.
"t-tak apa.. k-kau nak tidur kan?"
aku mengangguk.
"tidurlah, sayang. tidur senyenyak yang mungkin. ingat yang aku sayangkan kau okay?"
aku mengangguk sekali lagi.
batuk aku semakin reda tetapi mata aku rasa semakin berat. dadaku terasa amat berombak dan semakin sakit.
"aku sayangkan kau, yoongi. terima kasih." perlahan lahan aku menutup mataku.
jungkook, aku dah sampai. aku dah tunaikan janji untuk bertemu kau di sini. kita berjumpa lagi, jeon jungkook.
akhirnya, kita boleh bersama semula.
-Tamat-
✨✨✨✨
berdirinya saya di sini eh-- tak sebenarnya saya duduk je huhu.
segulung gulung dan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi support ff dutch lady yang terlebih noob ni walaupun tak seberapa dapat sambutan macam ff first love but it's okay. i still love my precious honey readers no matter what happen.
eventhough i thought that i want to hiatus for a loooong time but due to my friend's wish, she asked me to update everyday and yeah, finally this ff was ended!
*clapping excitedly*
tak sangka juga walaupun ff ni banyak merepek, tak masuk akal & kekadang scene sedih jadi lawak, lawak jadi hambar hm tapi ya kita menulis sekadar suka suka kan?
THANK YOU AGAIN. I APPRECIATE YOUR COMMENTS AND VOTES EVENTHOUGH I CAN'T REPLY ALL OF THEM! THANK YOU SO SO SOOO MUCH XOXO.
sign off,
izzkwngr.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top