Prolog
Titt!! Titt!! Titt!!
Mesin hemodinamik kedengaran di dalam sebuah wad yang serba berwarna putih, seorang wanita lemah terbaring di atas katil dengan pelbagai wayar menyambung pada badannya. Matanya memandang ke arah luar tingkap wad itu dengan tatapan sayu, terpapar di wajahnya perasaan sunyi dan sedih.
Klik!!
Tiba-tiba pintu wad itu dibuka, menarik perhatian wanita itu mengalihkan pandangannya lalu senyuman perlahan-lahan menghiasi bibir pucat wanita itu apabila sosok ihsan yang disayanginya berkunjung tiba.
"Mama, Gem dah datang." Seorang kanak-kanak lelaki bertopi coklat tersenyum manis ke arah wanita itu sambil membawa sebakul buah tangan. Kanak-kanak itu masih berseragam sekolah, baru pulang dari sekolah barangkalinya.
"Gem, anak mama. Macam mana dengan sekolah? Okay?" soal wanita itu dengan lemah tetapi senyuman tetap dikekalkan.
"Okay, ma! Hari ni best sangat sebab cikgu bawa Gem ngan kawan-kawan Gem pergi tengok haiwan," kata Gempa dengan nada penuh semangat dan perasaan gembira terpapar diwajah kanak-kanak itu.
"Baguslah kalau macam tu. Hali dan Taufan mana? Dia tak ikut ke?" soal wanita itu apabila dia baru terperasan dua lagi anaknya tiada bersama dengan Gempa.
Gempa menggelengkan kepalanya.
"Hali ngan Taufan kata dorang nak tolong Tok Aba jaga Ais kat kedai," balas Gempa.
"Rajinnya anak mama. Gem datang seorang je ke ni?" soal wanita itu lagi lalu dibalas gelenggan daripada Gempa.
"Habis tu? Gem datang dengan siapa?" sambung wanita itu lagi.
"Dengan papa," balas Gempa membuatkan wanita itu terkejut buat seketika.
"Sayang." Tiba-tiba suara garau menerpa pendengaran wanita itu membuatkan wanita itu terus memandang ke arah sosok lelaki yang berdiri di pintu wad itu.
"Awak buat apa kat sini?" soal wanita itu, wajah dan tatapannya berubah. Bukan lagi seperti tatapan gembira yang dia berikan kepada Gempa tetapi tatapan penuh kebencian dan kesedihan bercampur aduk.
"Aik? Tak boleh ke saya melawat awak? Sayakan suami awak," balas lelaki itu lalu merapatkan dirinya ke arah isterinya itu tetapi wanita itu masih memberi tatapan yang sama.
"Lebih baik awak balik jelah, nanti 'dia' marah pula. Saya tak nak jadi penyebab awak ngan dia bergaduh lagi," balas wanita itu lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah tingkap.
"Dia takkan marah punya, saya tak beritahu dia yang saya melawat awak." Lelaki itu membalas selamba.
"Suka hati awaklah," kata wanita itu tanpa memandang lelaki itu manakala Gempa terpinga-pinga melihat kedua-dua ibubapanya bergaduh.
Gempa memberanikan dirinya untuk bersuara.
"Kenapa mama marah sangat kat papa?" soal Gempa dengan perasaan ingin tahu.
Wanita itu memandang ke arah Gempa dengan tatapan terkejut, wanita itu memandang lelaki itu dan anaknya bersilih ganti.
"Cakaplah. Anak tanya tu," kata lelaki itu, wanita itu berdecit apabila dia perasan lelaki itu tersenyum senget ke arahnya seakan-akan mencabar wanita itu untuk memberitahu perkara sebenar.
"Tiada apa-apa. Mama marah papa sebab dia selalu tak melawat mama," kata wanita itu, dia tidak mahu menipu anaknya itu tetapi anaknya tidak lagi bersedia untuk mendengar perkara sebenar antara dia dan suaminya.
"Kalau macam tu, papa selalulah melawat mama supaya mama cepat sihat. Boleh ya?" rayu Gempa kepada ayahnya itu.
"Boleh. Nanti papa selalu melawat mama," kata lelaki itu sambil tersenyum manis lalu mengusap lembut kepala Gempa.
"Dalam mimpi," kata wanita itu dalam hati.
Keesokan harinya, hujan lebat membasahi bumi Pulau Rintis. Gempa menatap ke luar tingkap kelasnya dengan perasaan penuh bosan, guru kelasnya juga tiada yabg masuk menyebabkan keadaan di dalam kelasnya agak bising.
"Gempa, Cikgu Aina panggil kau." Tiba-tiba seorang pelajar menegur Gempa.
"Kenapa cikgu panggil saya?" soal Gempa sambil mengerutkan dahinya tetapi pelajar yang memanggil Gempa itu hanya menjongketkan bahunya.
"Tak tahu," kata pelajar itu.
Gempa pasrah, dia terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelasnya. Sepanjang dia berjalan di koridor untuk ke bilik guru, semua mata memandang ke arahnya dan membisikkan sesuatu tetapi Gempa hanya menghiraukannya dan terus berjalan. Setelah tiba di hadapan bilik guru, Gempa terus menjejakkan kakinya ke dalam bilik itu dan terlihat Cikgu Aina seorang sahaja berada di dalam bilik itu.
"Cikgu Aina." Gempa menyapa guru itu menyebabkan guru itu tersentak dan terus memandang ke arah Gempa.
"Gempa, kamu dah sampai. Silakan duduk," ucap Cikgu Aina dengan wajahnya yang sukar ditafsir oleh Gempa.
Gempa terus melabuhkan punggungnya di sebelah Cikgu Aina.
"Kenapa cikgu panggil saya?" soal Gempa.
Cikgu Aina terdiam seketika, dia tidak tahu macam mana nak beritahu Gempa perkara yang sebenar.
"Kalau cikgu cakap ni, Gempa jangan marah atau benci cikgu tau?" Soalan daripada Cikgu Aina itu membuatkan Gempa bertambah keliru.
"Cikgu cakaplah, saya takkan marah. Saya janji," balas Gempa sambil tersenyum manis.
Cikgu Aina tersenyum datar, mulutnya terasa pahit untuk berkata-kata.
"Gempa.. Mama Gempa baru sahaja meninggal tadi," ucap Cikgu Aina.
Gempa terdiam, dia tidak mampu berkata-kata. Perlahan-lahan air mata mengalir membasahi pipi Gempa, badan Gempa menggigil kuat dan hatinya terasa pecah seperti dihempap oleh batu besar.
"Be-Betul ke mama dah meninggal, cikgu?" soal Gempa dengan nada tersesak-esak lalu Cikgu Aina menganggukkan kepalanya dan terus memeluk Gempa erat.
Tangisan Gempa semakin keras dan air matanya semakin banyak membasahi pipinya manakala Cikgu Aina semakin mengeratkan pelukannya dan mengusap lembut belakang Gempa. Dia turut berasa sebak atas kehilangan ibunya Gempa.
☆☆☆☆
Suasana di dalam rumah amat suram sekali, tiada langsung sinar warna-warni di dalam rumah itu. Terlihat Gempa, Halilintar dan Taufan manakala Ais di dalam pelukan Gempa hanya mendiamkan diri mereka. Tiada langsung senyuman terukir di bibir mereka.
"Papa datang tak masa perkebumian mama tadi?" soal Halilintar lalu menerima gelenggan daripada Gempa.
Suasana kembali senyap semula sebelum Gempa kembali bersuara.
"Aku nak masuk bilik aku," kata Gempa meninggalkan Ais di atas sofa bersama Halilintar dan Taufan dan dia berjalan masuk ke dalam biliknya, Gempa menghempas pintu biliknya sebelum duduk menyandar di pintu biliknya itu.
Gempa menatap ke arah gambar keluarganya di mana ibu dan ayahnya gembira bersama dengan dia dan Halilintar. Tiba-tiba terasa benci dan marah di dalam hati Gempa apabila dia melihat wajah ayahnya di dalam gambar itu, Gempa mengambil gambar itu dan menghempaskannya di atas lantai.
"Papa dah janji nak melawat mama! Kenapa papa tak datang tengok mama buat kali terakhir?! Apa salah mama kat papa?!" tengking Gempa dengan linangan air mata.
"Papa tipu Gempa! Papa tipu mama!" tengking Gempa lagi.
"Gempa benci papa!! Benci sangat-sangat!!" tengkingan dan tangisan Gempa semakin kuat, dia berasa amat benci dan marah terhadap ihsan yang bergelar ayah itu.
"Gempa benci papa selamanya," kata Gempa perlahan dan air mata masih mengalir deras.
Beberapa tahun sudah berlalu, kematian ibunya dilupakan dan dia cuba untuk hidup seperti sediakala walaupun ketiadaan orang yang dia sayangi. Hanya bertemankan atuknya dan tiga adiknya, Gempa membesar menjadi anak yang mampu menyara keluarganya walaupun dalam keadaan sukar.
"Gempa, tolong bawakan ni ke meja enam." Tok Aba meletakkan sedulang coklat tarik panas di atas kaunter, Gempa yang baru selesai mengutip cawan dan pinggan kotor terus menghampiri kaunter.
"Baik, Tok Aba." Gempa terus mengangkat dulang itu dan dibawa ke meja nombor enam.
Kring!! Kring!! Kring!!
Tiba-tiba telefon bimbit milik Gempa berbunyi, Gempa berhenti melakukan tugasnya dan menjawab panggilan telefon itu.
"Helo, Taufan. Kenapa ni? Abang tengah kerja ni," kata Gempa.
"Abang, boleh tak abang balik sekarang?" soal Taufan melalui corong telefon bimbit Gempa.
Gempa mengerutkan dahinya, dia berasa hairan kerana Taufan tidak pernah paksa untuk dia pulang ke rumah dengan segera.
"Kenapa ni? Ais sakit lagi ke? Hali ada buat hal ke?" soal Gempa bertubi-tubi.
"Tak. Orang tua tu datang sini," kata Taufan membuatkan Gempa terdiam seketika.
"Tunggu abang, nanti abang sampai." Gempa terus menanggalkan apron yang dipakainya dan terus berjalan ke rumahnya yang tidak jauh daripada kedai Tok Aba.
Gempa terpandang ke arah sebuah kereta Honda berwarna putih yang diparkirkan di halama rumahnya, Gempa mengepalkan tangannya dan terus menjejakkan kakinya masuk ke dalam rumahnya itu. Gempa terkaku seketika apabila Halilintar, Taufan, Ais, ayahnya dan tiga orang lagi lelaki yang tidak dikenalinya sudah berada di ruang tamu.
"Gempa, anak papa. Dah lama kita tak jumpa," kata ayahnya Gempa dan dia cuba memeluk Gempa tetapi Gempa mengelak.
"Papa buat apa kat sini?" Gempa menatap dingin ke arah ayahnya itu.
"Kenapa? Tak boleh ke papa melawat Gempa ke? Papakan papa Gempa," kata ayahnya Gempa tetapi Gempa menatap tajam ke arah lelaki itu.
"Papa buat apa kat sini?" soal Gempa sambil berpeluk tubuh.
Ayahnya Gempa memandang ke arah tiga orang remaja lelaki yang tidak dikenali oleh Gempa, ayahnya Gempa menarik ketiga-tiga remaja itu merapatinya.
"Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." Kata-kata ayah mereka membuatkan Gempa, Halilintar, Taufan dan Ais terkedu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top