Bab 8
Fang sedang sibuk mengemas dan memasak di rumah Gempa, sekali sekala dia berlari ke bilik Gempa jika Gempa menginginkan sesuatu. Keadaan agak tenang seketika sehinggalah...
"Itu adik kau, kau yang patut ambil dorang!!! Woi, Blaze!!" Jeritan Halilintar kedengaran di dalam rumah itu.
"Suka hati akulah, aku nak pergi keluar. Kawan aku dah tunggu aku," kata Blaze lalu berlari menuruni tangga.
"Blaze!!! Kau ambillah adik-adik kau kat sekolah!!" jerit Halilintar yang mengejar Blaze dari belakang.
"Alah, kau nak ambil Ais karang kan? Kau ambillah sekali adik-adik aku, apa susah kan?" kata Blaze dengan selamba.
Fang yang melihat pergaduhan antara Halilintar dan Blaze itu, menggelengkan kepalanya. Ini kali pertama dia melihat Halilintar membuka mulutnya lalu bercakap banyak patah perkataan dan orang yang berjaya membuka mulutnya adalah Blaze. Sudah tidak dapat menahan marah barangkalinya. Fang berjalan mendekati mereka berdua.
"Kamu berdua, cukuplah! Jangan bergaduh," celah Fang.
"Kenapa korang asyik nak bergaduh ni??" sambung Fang.
"Dia ni, Abang Fang. Dia tak nak ambil adik-adik dia," kata Halilintar menatap tajam ke arah Blaze.
"Aku ada hal, kawan aku dah tunggu aku. Aku tak ada masa nak ambil adik aku," balas Blaze pula.
"Tapi kau sempat je kan ambil adik-adik kau? Apa yang sibuk sangat dengan kawan-kawan kau sehingga lupa adik-adik sendiri dan hilang tanggungjawab kau? Kawan-kawan kau lagi penting dari adik-adik kau ke?" Fang mengajukan beberapa soalan kepada Blaze membuatkan remaja bermata oren kemerahan itu terdiam seketika.
"Kau bukan keluarga aku, kau tak ada hak nak cakap macam tu!! Kau hanya menumpang di sini sebab nak jaga Gempa sahaja!! Aku tak suka orang luar masuk campur," bentak Blaze membuatkan kali ini Fang terkedu.
"Penatlah aku nak bergaduh dengan korang, lebih baik aku pergi. Menyusahkan betul," sambung Blaze dan berjalan keluar dari rumah itu lalu menutup pintu rumah itu dengan kasar.
"Hali, kau nak ambil Ais ke?" soal Fang.
"Ya."
"Kau ambil jelah adik-adik Blaze sekali. Kesian kalau dorang tunggu lama-lama, abang pergi masak untuk korang semua." Halilintar hanya menggangguk tanda dia memahami arahan Fang dan berjalan keluar untuk mengambil Ais, Solar dan Thorn.
Fang mengeluh perlahan lalu dia berjalan ke dapur untuk sambung memasak makanan yang tertangguh tadi, dia berasa kasihan dengan apa yang terjadi dengan Gempa. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia semasa dia masih kecil, ditinggalkan oleh ayahnya kerana perempuan lain dan kali ini ditinggalkan dengan adik tiri yang perangai susah untuk diungkapkan. Fang berasa insaf kerana dia selalu melawan kata-kata ibu bapanya dan selalu bergaduh dengan abang-abangnya kerana hal kecil sahaja tetapi Gempa, ibu bapa tiada disisi cuma Tok Aba sahaja yang selalu menjadi orang tua bagi Gempa, dia perlu menjaga adik-adiknya, melayan kerenah adik-adiknya tanpa berehat dan tahu apa itu penat. Gempalah ibu dalam keluarga, Gempalah ayah dalam keluarga dan Gempalah abang dalam keluarga.
"Kuat dan mulianya hati kau, Gempa." kata Fang di dalam hati, hatinya terasa sebak kerana menyaksikan ujian yang diberikan oleh Tuhan kepada kawannya itu.
"Abang Fang!" Suara Taufan mengejutkan Fang dari lamunan, Fang terus menoleh ke arah Taufan.
"Abang Gem panggil," kata Taufan dan tanpa menanyakan apa-apa, Fang menutup api dapur dan berlari ke bilik Gempa.
"Gempa? Kau nak apa-apa ke?" soal Fang.
"Boleh tak kau ambil Ais dan adik-adik Blaze?" soal Gempa, lemah.
"Jangan risau, Hali pergi ambil dorang. Nanti dorang sampailah tu," balas Fang sambil tangannya sibuk membasahkan kain dan diletakkan semula di atas dahi Gempa.
"Kau lapar tak?" soal Fang lalu menerima anggukkan daripada Gempa.
"Kejap, aku ambilkan bubur." Fang terus bangun dan berjalan ke dapur untuk mengambil bubur yang baru sahaja dia masak.
"Assalammualaikum!" Terdengar suara Thorn di dalam rumah itu, Fang membawa dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air lalu dia memandang ke arah pintu rumah.
"Waalaikumsalam," balas Taufan yang duduk di sofa, terlihat Halilintar, Ais, Solae dan Thorn berjalan masuk ke dalam rumah.
"Pergi bersihkan badan korang," arah Halilintar.
"Tak nak! Kami nak rehat dulu!" Solar memberontak.
"Ya, kami nak rehat dulu! Penat!" Thorn pun turut memberontak.
"Jangan nak mengada, mandi dulu. Kotor katil dengan peluh korang," celah Taufan.
"Suka hati kitaoranglah, katil tu dah jadi milik kitaorang kan?" kata Solar sambil berpeluk tubuh.
"Amboi!! Sejak bila itu katil korang?! Aku cuma bagi pinjam je kan katil aku tu?!" Taufan menengking.
"Dah, jangan gaduh." Fang muncul di antara mereka berempat dan dia mencangkung di hadapan Solar dan Thorn.
"Kamu berdua nama apa?" soal Fang dengan ramah.
"Solar."
"Thorn."
"Okay, Solar dan Thorn. Korang berdua budak baikkan?" soal Fang lalu menerima anggukkan serentak daripada Solar dan Thorn.
"Kalau korang budak baik, kena dengar cakap orang yang besar. Tak baik lawan cakap orang besar, pergi mandi dulu. Abang dah masak makanan sedap untuk korang," kata Fang.
"Baik, bang!" Solar dan Thorn terus berlari naik ke atas untuk pergi membersihkan diri.
"Wah! Hebatlah, Abang Fang!" puji Taufan.
"Tak adalah, biasa-biasa je." Fang tersipu-sipu malu.
"Kenapa Abang Fang ada kat sini?" soal Ais.
"Abang nak jaga Abang Gempa, dia demam." Kata-kata Fang itu membuatkan Ais membulatkan matanya dan dia terus berlari ke arah Gempa.
"Abang Gem," tegur Ais lalu Gempa menoleh ke arah Ais dengan wajah pucat dan lemah.
Ais memegang tangan Gempa, panas lagi.
"Abang dah makan ubat?" soal Ais lalu menerima gelenggan daripada Gempa.
"Kenapa abang tak makan ubat? Nanti tak hilang demam tu," kata Ais dengan perasaan risau.
"Abang nak makan dulu, lapar." Gempa membalas.
"Baik, abang makan tau. Jangan lupa makan ubat," pesan Ais.
"Ya, abang takkan lupa. Pergi mandi tu, badan bau busuk."
"Apa Abang Gem ni? Orang tengah sedih, boleh pula dia bergurau." Ais menggosok matanya kerana air mata yang tidak sempat berlinangan kerana gurauan Gempa itu.
"Sebab abang tak nak selalu tengok adik-adik abang menangis. Kalau adik-adik abang menangis, abang pun nak menangis." Gempa mengelap pipi Ais menggunakan tangannya dengan lemah.
"Pergi mandi tu," kata Gempa lalu Ais beredar untuk membersihkan dirinya.
"Hali, boleh kau suapkan bubur untuk Gempa? Aku nak sediakan makanan untuk lain," pinta Fang.
"Boleh je." Halilintar melabuhkan punggungnya disebelah Gempa lalu membantu Gempa untuk duduk dan menyuap dia makan.
Fang berjalan ke ruang makan untuk menyusun makanan di atas meja, hanya dua lauk pauk sahaja dia sempat memasak tapi seperti ianya cukup untuk mereka semua.
"Makanan dah siap, jom makan." Apabila dengar suara Fang itu, Solar, Thorn dan Taufan terus berebut untuk mengambil tempat.
"Tepilah!! Ini tempat aku!!" Solar menolak Taufan.
"Apa kau ni?! Aku dapat dulukan?!" bentak Taufan pula manakala Thorn hanya duduk di kerusi berdekatan dengan Fang, wajahnya tidak kelihatan ceria langsung.
"Kenapa ni, Thorn?" soal Fang lalu menerima gelenggan daripada Thorn.
"Okay. Nah, nasi." Fang menghulurkan sepinggan nasi kepada Thorn tetapi Thorn hanya memandang sayu ke arah nasi itu.
"Thorn? Kamu okay ke ni?" soal Fang apabila dia berasa risau dengan perubahan dari Thorn, perlahan-lahan air mata mengalir keluar dari mata Thorn.
"Eh?! Thorn, kenapa ni?!" Panik Fang apabila melihat Thorn menangis membuatkan Taufan dan Solar yang berebut tadi pun berhenti.
"Ada apa-apa ke yang terjadi?! Thorn sakit kat mana-mana ke?!" soal Fang dan dia cuba memujuk Thorn tetapi tangisan Thorn semakin kuat.
"Abang Fang!" Halilintar memanggil dari dalam bilik Gempa.
"Kenapa?!" balas Fang.
"Bawa Thorn ke sini!!" jerit Halilintar pula lalu Fang mendukung Thorn yang masih menangis teresak-esak ke bilik Gempa.
"Mari sini." Gempa mendepakan tangannya membuatkan Fang mengerutkan dahinya.
"Tapi kau sakit," kata Fang, dia risau kalau Thorn pula berjangkit.
"Mari sini jelah," balas Gempa lalu Fang hanya menuruti kehendak dengan memberikan Thorn kepada Gempa.
Gempa meletakkan Thorn di atas ribanya, membiarkan Thorn menyandarkan kepalanya di atas dadanya.
"Kenapa Thorn nangis ni? Thorn sakit ke?" soal Gemla dengan nada lembut tetapi menerima gelenggan daripada Thorn.
"Abang-abang marah Thorn ke?" Thorn menggelengkan kepalanya lagi.
"Rindu rumah?" Thorn masih menggelengkan kepalanya.
Gempa terdiam seketika, dia cuba untuk memikirkan suatu soalan yang tepat atas penyebab Thorn menangis dan dia dapat satu. Thorn pula memegang erat t-shirt Gempa sambil menyembunyikan mukanya di dada Gempa kerana dia tidak mahu orang lain memandang dia ketika menangis.
"Thorn nangis sebab Abang Blaze ke?" Soalan Gempa itu membuatkan Thorn menangis sedikit perlahan lalu dia mengganggukkan kepalanya.
"Thorn rindu Abang Blaze ke?" soal Gempa lagi.
"A-Abang Blaze tinggalkan Thorny.." balas Thorn teresak-esak membuatkan Gempa terpinga-pinga.
"Kenapa Thorn cakap macam tu?" soal Gempa.
"Selalunya Abang Blaze beritahu dia akan pergi mana, kali ni dia menghilang macam tu. Itu yang Thorn menangis," celah Solar.
"Thorn marah yang Abang Blaze tinggalkan Thorn," soal Gempa lalu menerima anggukkan daripada Thorn.
"Jangan risaulah, Abang Blaze takkan tinggalkan Thorn. Abang Blaze jumpa kawan-kawan dia je," pujuk Gempa bagi menenangkan Thorn yang masih menangis.
"Ta-Tapi Thorny takut," kata Thorn teresak-esak.
"Takut? Sebab kenapa?" soal Gempa lagi.
"Takut Abang Blaze buat macam mak buat," balas Thorn membuatkan Gempa terkedu.
"Thorn janganlah risau, nanti dia baliklah tu. Thorn jangan nangis ya?" Gempa mengusap lembut rambut Thorn untuk meredakan tangisan Thorn.
Masa berlalu dengan pantas, waktu malam sudah menjelma dan semua penghuni di dalam rumah Gempa mula ingin melelapkan mata mereka.
"Aku kena balik dulu tau, mak ayah aku suruh balik." Fang berjalan ke arah pintu rumah.
"Terima kasih ya sebab tolong aku dan adik-adik aku," kata Gempa yang sudah larat untuk berjalan bersama Thorn yang mengikutinya, erat memegang tangan Gempa.
"Sama-sama, aku kawan kau kan? Mestilah aku setia tolong kau, aku pergi dulu ya?" Fang menyarung kasutnya dan melambaikan tangannya lalu dibalas oleh Gempa, Fang menghidupkan motornya dan berlalu dari halaman rumah Gempa.
"Jom tidur?" soal Gempa sambil mengunci pintu rumah dan mereka berdua berjalan ke tangga tetapi Thorn berhenti berjalan membuatkan Gempa turut berhenti.
"Kenapa ni, Thorn?" soal Gempa.
"Boleh tak Thorny tidur dengan Abang Gempa?" soal Thorn.
"Kenapa? Bukan ke Abang Solar ada? Dia pun boleh teman Thorn tidur," balas Gempa.
"Abang Solar selalu belajar tengah malam, Thorny tak nak kacau dia." Thorn membalas, Gempa memandang ke arah Thorn lalu tersenyum.
"Jomlah." Gempa membawa Thorn ke biliknya membuatkan Thorn berasa gembira dan dia terus memanjat katil Gempa itu.
"Selamat malam," ucap Gempa sambil menutup lampu dan berbaring disebelah Thorn.
"Selamat malam," ucap Thorn pula lalu dia menutup matanya dan mereka berdua perlahan-lahan dibuai mimpi.
Setelah beberapa jam dibuai mimpi, Thorn terbangun apabila dia terdengar Gempa terbatuk-batuk dengan sangat kuat. Thorn bangun dari posisi baringnya lalu menyentuh dahi Gempa.
"Panasnya," kata Thorn perlahan lalu dia berjalan turun dari katil untuk mengambil kain basah dan diletakkan di atas dahi Gempa.
Setelah selesai meletakkan kain basah itu, dia kembali memanjant katil Gempa dan terus baring disebelah Gempa. Thorn merapatkan badannya ke badan Gempa, memeluk lengan Gempa lalu dia perlahan-lahan kembali tertidur dibuai mimpi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top