Bab 7

Tap!! Tap!! Tap!! Terdengar tapak kasut seseorang sedang berlari di koridor dalam kawasan bangunan pejabat Sekolah Menengah Pulau Rintis. Teguran dari seorang guru supaya tidak berlari di koridor, tidak diendahkannya. Sekarang ini dia hanya perlu masuk ke dalam bilik guru disiplin dengan pantas, dia berhenti di hadapan bilik guru disiplin dalam keadaan tercungap-cungap. Dia mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk," kata guru disiplin yang berada di dalam itu.

"Cikgu, maafkan saya." Gempa terus mengucap maaf sambil membuka pintu bilik itu manakala Halilintar dan Taufan tercegat berdiri di bahagian kiri bilik itu.

"Duduklah dulu." Guru disiplin bernama Kaizo pada name tagnya mempersilakan Gempa untuk dihadapannya.

Tanpa berkata apa-apa, Gempa terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapan Kaizo.

"Kau tahukan sebab kenapa aku panggil kau ke sini?" soal Kaizo lalu menerima anggukkan daripada Gempa.

"Sa-Saya betul-betul minta maaf, saya akan nasihatkan mereka supaya tidak bergaduh lagi." Gempa meminta maaf buat kali kedua, Halilintar dan Taufan hanya menatap sayu ke arah abang mereka itu.

"Baiklah, kau boleh bawa mereka pulang."

"Terima kasih banyak-banyak," ucap Gempa lalu dia bangun dan menatap Halilintar dan Taufan lama membuatkan mereka berdua tidak mampu memandangnya.

"Mari balik," kata Gempa dan dia berjalan mendahului mereka berdua manakala Halilintar dan Taufan mengikuti mereka dari belakang.

Keadaan menjadi sangat hening, mereka bertiga langsung tidak berkata apa-apa manakala Halilintar dan Taufan hanya menundukkan kepala mereka sambil berjalan. Sekali sekala Halilintar melirik ke hadapan atau lebih tepat, ke arah abang sulungnya itu.

"Mana Blaze?" Gempa membuka mulutnya manakala Halilintar dan Taufan memandang antara satu sama lain, mereka tidak percaya bahawa keberedaan Blaze menjadi soalan utama.

"Dia sudah lama pergi dengan kawan baru dia," balas Taufan lalu kedengaran Gempa melepaskan keluhan yang sangat berat.

"Hali ngan Taufan baliklah dulu, abang kena balik ke kolej. Pukul 10 malam baru abang balik tau sebab abang kena kerja kat 7E dan tolong Tok Aba," arah Gempa lalu menerima anggukkan daripada Halilintar dan Taufan.

Gempa sambung berjalan, meninggalkan Halilintar dan Taufan yang masih berdiam diri. Air mata perlahan-lahan kembali mengalir dari mata Gempa manakala tangannya menutup telinganya daripada mendengar bisikan yang membisik di telinganya.

"Kau tak payahlah nak kesian sangat kat adik kau tu, kau patut marah je dorang. Dorang dah banyak menyusahkan kau," kata bisikan itu.

"Ataupun, kau patut tamatkan riwayat kau tu. Bila kau mati, kau tak ada lah rasa menyusahkan. Betulkan, Gempa?" sambung bisikan itu lalu ketawa jahat bergema di indera pendengaran Gempa.

"Senyaplah kau!!" jerit Gempa membuatkan orang yang berada disekelilingnya memandang ke arah Gempa, hairan.

Gempa memandang sekeliling, orang yang berada disekelilingnya menatap pelik ke arahnya. Ada juga yang sedang berbisik antara satu sama lain membuatkan Gempa terasa sesak nafas, dia rasa bagaikan dunia ini sedang berputar.

"Abang Gem?" Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu Gempa membuatkan Gempa tersedar dari penyakit panic attacknya.

"A-Ais?" Gempa menoleh ke arah Ais yang sudah berdiri di sebelahnya dengan wajah risau.

"Abang okey ke ni?" soal Ais tapi Gempa tidak membalasnya dan hanya cungapan keluar dari mulutnya.

"Jadi dialah abang kepada Ais."

"Kesiannya Ais, dia dah lah sakit. Lepas tu dapat abang yang ada masalah mental."

"Macam manalah dia hidup ya?"

Pelbagai desas desus orang sekeliling yang menerpa telinga Gempa membuatkan penyakit paniknya semakin teruk.

"A-Abang pergi dulu." Gempa terus berlari meninggalkan Ais yang masih terpinga-pinga dan risau.

Gempa berlari sekuat hatinya, tangannya masih sibuk mengelap air mata yang sedang mengalir deras. Dia tidak berfikir panjang dan terus berlari ke arah kolejnya yang terletak tidak jauh dari sekolah itu, Gempa menyerbu masuk ke dalam kubikel tandas kolej lalu menguncinya. Gempa perlahan-lahan terduduk di atas mangkuk tandas yang sudah tertutup lalu menangis teresak-esak.

"Sikit sahaja, hiris tangan kau tu. Kau pasti akan rasa puas," kata bisikan itu lagi.

"Aku tidak dengar, aku tidak dengar apa yang kau cakap!! Aku tak nak buat!!" jerit Gempa sekuat hati, dia berasa takut dan panik sangat.

"Buat, buat!! Kau pasti akan berasa tenang lagi," kata bisikan itu lalu bisikan itu ketawa lagi.

"Aku takkan!!!" Gempa cepat-cepat mengeluarkan sebotol pil dari poket seragamnya dan menelan sebiji pil itu.

Keadaan menjadi tenang seketika, Gempa tercungap-cungap dan masih teresak-esak. Dia terlalu penat untuk melayan penyakit mentalnya lagi, dia terlalu penat tapi dia tidak mahu sia-siakan hidupnya kerana penyakit dia ini.

"Gempa? Kau ada kat dalam ke?" Tiba-tiba ketukan dari luar kubikel, menyedarkan Gempa.

"Ya, ini Gempa. Si-Siapa tu?" soal Gempa dengan nada masih teresak-esak.

"Ini aku, Fang. Bukalah pintu," kata Fang lalu Gempa perlahan-lahan membuka pintu kubikel itu, Fang yang melihat wajah Gempa hanya mampu terkejut.

"Apa yang terjadi dengan kau ni?" soal Fang, dia berasa amat risau dengan kawan dia itu. Keadaannya seperti tidak terurus.

"Tak ada apa-apa," balas Gempa membuat Fang mengeluh berat.

"Kau selalu cakap tak ada apa-apa tapi aku tahu hati kau sedang membawa banyak bebanan. Tolonglah Gempa, luahkan. Janganlah kau pendam, kau luahkan semuanya!! Nangis semahu kau, kau tak lemah!! Kau kuat, kuat menempuhi segalanya!! Aku kawan kau!! Aku dengar semuanya, jangan pendam!! Aku risau!!" Fang memberi nasihat yang panjang membuatkan Gempa terdiam dan menunduk.

Fang menatap lama ke arah Gempa, tiba-tiba esakkan kembali keluar dari mulut Gempa. Fang perlahan-lahan mendekati Gempa lalu memeluknya dengan erat, dia membiarkan baju seragamnya dibasahi dengan air mata Gempa. Dia tahu yang Gempa tempuh banyak rintangan yang mencabar. Keadaan di dalam tandas itu sunyi sahaja dan cuma terdengar tangisan Gempa.

☆☆☆☆

Gempa pulang ke rumah dengan membonceng motor yang dipandu oleh Fang, matanya masih kemerahan kerana banyak melepaskan luahan tangisannya kepada Fang. Gempa menyandarkan kepalanya di belakang Fang dan menutup matanya, membiarkan angin menyapa badannya. Fang yang memandu pula hanya mampu mengeluh kerana dia masih berasa risau dengan Gempa kerana dia yakin yang Gempa masih memendam sesuatu. Setelah beberapa minit menaiki motor, mereka berdua tiba dihadapan rumah Gempa.

"Gem, kita dah sampai." Suara Fang itu menyedarkan Gempa lalu pemuda itu turun dari motor dan menyerahkan semula topi keledar kepada Fang.

"Terima kasih," kata Gempa dengan nada lemah.

"Sama-sama, jaga diri." Fang membalas dengan nada masih risau, Gempa berjalan masuk ke dalam rumahnya membuatkan Halilintar dan Taufan berasa terkejut.

"Abang kata nak balik lambat? Bukan ke kelas abang belum habis?" soal Taufan.

"Abang nak rehat jap," balas Gempa lalu tiba-tiba Gempa terus terbaring di atas lantai, membuatkan Halilintar dan Taufan panik.

"Abang Gem!!" jerit Halilintar dan Taufan yang berlari mendekati Gempa, Halilintar memegang tangan Gempa lalu dia membulatkan matanya.

"Tangan Abang Gem panas!!" jerit Halilintar sedikit, Taufan terkejut lalu dia berlari keluar dari rumah tetapi dia ternampak kelibat Fang yang masih berada dihadapan rumahnya. Baru hendak bertolak pulang barangkali.

"Abang Fang!!" jerit Taufan sambil berlari ke arah Fang.

"Taufan, kenapa ni?" soal Fang.

"A-Abang Gem!! Abang Gem pengsan!! Dia demam!!" kata Taufan dengan wajah panik.

"Demam?!" Fang terus turun dari motornya dan berjalan masuk ke dalam rumah.

Dia terkejut apabila Gempa terbaring lemah di atas lantai, Fang menyentuh tangan dan dahi Gempa. Panas. Fang terus memgangkat tubuh Gempa dari lantai dan membawa dia ke biliknya.

"Hali, Taufan. Bawakan air dan kain," arah Fang dan dua beradik itu terus segera mengambil barang yang diperlukan oleh Fang.

Fang dengan segera menanggalkan seragam Gempa dari tubuh Gempa dan meninggalkan baju t-shirt setia berada di badan Gempa. Halilintar dan Taufan pun tiba sambil membawa bekas berisi air dan kain, Fang terus mengambil kain dan rendamkannya di dalam air. Fang menyelak baju t-shirt Gempa dan menyapu kain basah pada badan Gempa supaya suha menurun sedikit lalu sekali lagi merendam kain itu dan meletakkan kain basah itu di dahi Gempa.

"Kamu ada termometer?" soal Fang.

"Abang Gem punya ada," kata Taufan lalu dia menyelongkar laci meja Gempa dan dia terjumpa sekotak kecil termometer.

Taufan terus menghulurkan termometer itu kepada Fang, Fang terus mengukur suhu demam dengan termometer itu. Setelah terdengar bunyi beep dari termometer itu, Fang mengalihkan termometer itu dari Gempa dan membaca kiraan suhu. Fang membulatkan matanya.

"43 darjah celcius?!" jerit Fang sedikit kerana dia terkejut dnegan kiraan suhu demam Gempa.

"Kita kena bawa Gempa ke hospital," sambung Fang lalu dia bangun tetapi tangannya direntap oleh seseorang.

Fang menoleh dan terlihat Gempa sudah tersedar, wajah pucatnya dipandang lemah oleh Fang.

"Tak.. Tak perlu bawa aku ke hospital," kata Gempa dengan lemah.

"Tapi masalahnya, demam kau tu kan dah.."

"Tak perlu, aku ada ubat demam. Ambil je yang tu," potong Gempa membuatkan Fang terdiam seketika.

"Baiklah tapi aku akan jaga kau sehingga suhu demam kau turun," kata Fang.

"Tapi abang kau macam mana?" soal Gempa.

"Jangan risau, nanti aku beritahu dorang. Aku akan jaga kau dan adik-adik kau buat sementara," kata Fang membuatkan Gempa berdiam diri buat seketika.

"Baiklah," kata Gempa ringkas.

Klik!! Tiba-tiba pintu rumah Gempa dibuka seseorang, Halilintar terus keluar dari bilik dan terlihat Blaze berjalan masuk ke dalam rumah. Blaze dan Halilintar menatap tajam antara satu sama lain.

"Apa yang kau nak?" soal Blaze kasar.

"Kau buat hal, lepas tu kau cakap kasar ngan aku? Sebab kaulah, Abang Gem demam." Halilintar membalas.

"Demam? Heh, baguslah. Ingat aku ni kisah sangat ke pasal abang kau tu?" kata Blaze membuatkan Halilintar naik berang.

"Apa yang kau cakap, Blaze?! Mulut kau memang kurang ajar ya!!" tengking Halilintar.

"Abang ngah dah marah, takutnya." Blaze mengejek sambil berlari naik ke biliknya.

"Blaze!! Kau turun sekarang!! Tak guna betul!!" tengking Halilintar lagi.

Fang yang melihat dan mendengar kejadian yang berlaku dihadapanya, hanya mampu tediam. Dia menatap ke arah Gempa yang terbaring lemah, sedang mengeluh berat.

"Dia memang macam tu, maaflah sebab kau terpaksa tengok tu." Gempa membuka mulutnya.

"Sekarang baru aku tahu penyebabnya," kata Fang dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top