Bab 6
"Korang janga nakal-nakal pula," nasihat Gempa kepada Solar dan Thorn.
"Kami takkan nakal," balas Thorn lalu Gempa hanya tersenyum dengan balasan Thorn itu.
"Abang pergi dulu," kata Gempa lalu dia berjalan meninggalkan Solar dan Thorn dihadapan pagar Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis.
"Jomlah kita masuk," kata Solar sambil memegang tangan Thorn, masuk ke dalan sekolah baru mereka itu.
"Harap-harap keadaan akan jadi baik-baik sahaja," kata Gempa di dalam hati, dia masih risau dengan keadaan adik-beradiknya terutama sekali adik-adik tirinya itu.
Gempa berjalan masuk ke dalam perkarangan Kolej Vokasional Pulau Rintis yang terletak tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Pulau Rintis, Gempa mengucapkan selamat pagi kepada pegawai keselamatan yang menjaga pintu pagar kolej itu.
"Gempa!!" Tiba-tiba suara seorang gadis menjerit memanggil nama Gempa, Gempa menoleh dan terlihat dua orang gadis mendekatinya.
"Yaya! Ying! Selamat pagi," ucap Gempa kepada dua orang gadis itu.
"Selamat pagi," ucap Yaya dan Ying serentak.
"Gem, tadi aku perasan yang kau hantar dua orang budak. Siapa itu?" soal Ying.
"Itu adik tiri aku yang aku cerita kat korang dalam whatsapp hari tu," terang Gempa.
"Comellah dorang," puji Yaya.
"Yelah, boleh tak nanti aku nak jumpa dorang?" soal Ying.
"Boleh je," kata Gempa dengan perasaan yang sedikit teragak-agak.
"Terima kasih," ucap Ying dengan perasaan teruja.
"Ying!! Jom masuk kelas!!" Sekumpulan gadis memanggil dan melambai ke arah Ying.
"Aku kena pergi, bye!" Ying terus berlari ke kumpulan gadis itu dan meinggalkan Gempa dan Yaya bersama.
"Jomlah, kita pun kena pergi kelas juga." Yaya membuka mulutnya lalu mereka berdua berjalan seiringan untuk ke kelas.
"Macam mana dengan keadaan kau dengan adik-beradik kau? Okey ke?" soal Yaya.
"Okey je, macam biasa." Gempa membalas.
"Takkan tak rasa berbeza bila adik-beradik tiri kau datang?" soal Yaya.
"Ada lah sikit tapi aku tak kisah sangat," balas Gempa.
"Ya ke? Aku tengok kau macam selalu penat je akhir-akhir ni, kau yakin ke?" soal Yaya, dia masih risau dengan keadaan kawannya yang satu ini.
"Ya, aku yakin. Kau janganlah risau," balas Gempa sambil tersenyum pudar.
"Okey," balas Yaya, dia tidak mahu terlalu memaksa Gempa untuk luahkan segalanya. Takut Gempa akan rasa bersalah kerana menyusahkan dia.
Sementara itu di Kelas 5 Bijaksana, kesemua pelajar sedang fokus mempelajari pelajaran kedua yang tidak berapa amat disukai oleh semua pelajar iaitu Sejarah. Halilintar yang duduk di barisan hadapan masih fokus menyalin setiap nota yang ditulis pada papan putih manakala Blaze yang duduk di tempat duduk paling belakang hanya menatap bosan ke arah tingkap.
"Kalau kat sekolah lama, aku dah ponteng ni. Bosannya," kata Blaze di dalam hati.
Tiba-tiba sekeping kertas melayang di atas meja Blaze, Blaze menatap kertas itu seketika dan menatap ke arah Norman yang duduk disebelahnya. Blaze terus membuka lipatan kertas itu. Tertera tulisan pada lipatan kertas itu.
Jom ponteng kelas?
"Cikgu?" Tiba-tiba Norman terus mengangkat tangannya.
"Ya, Norman? Kamu nak apa?" soal guru sejarah itu.
"Blaze nak pergi tandas," kata Norman lalu guru itu menatap ke arah Blaze.
"Baiklah, kamu boleh pergi. Kalau kamu malu, jangan suruh Norman cakap. Kamu tu lelaki," kata guru itu membuatkan Blaze tersipu-sipu malu.
"Terima kasih, cikgu." Blaze terus bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari kelas.
"Apalah Norman ni, buat malu aku je." Blaze merungut di dalam hati.
"Yo, bro." Tiba-tiba Norman muncul dibelakang Blaze.
"No-Norman?! Macam kau??" soal Blaze yang keliru dengan kemunculan Norman yang secara tiba-tiba.
"Ini Normanlah, Raja Memboloskan Diri yang berjaya." Norman memuji dirinya sendiri.
"Jomlah, Damien dan Jack dah tunggu tu." Norman merangkul bahu Blaze dan mereka berdua berjalan seiringan ke sesuatu tempat yang terletak di belakang bangunan sekolah.
"Yo, geng." Norman terlebih dahulu menegur Damien dan Jack yang sedang bersantai di atas sofa sambil menghisap rokok.
"Yo, Norman! Eh? Blaze pun ada lah!" Jack pula menegur.
"Bosan weh, itu yang aku ajak Blaze sekali. Lepak dengan kita," kata Norman sambil menepuk bahu Blaze.
"Kau nak?" Damien menawar sebatang rokok kepada Blaze.
"Tak apa, terim kasih. Aku tak merokok," tolak Blaze.
"Apalah kau ni, rugilah. Sedap kot hisap rokok ni," kata Damien.
"Aku memang tak biasa hisap rokok, lagipun aku tak nak adik-adik aku membebel. Sakit telinga dengar dorang membebel, lagi-lagi aku ada abang-abang tiri. Lagilah, boelh bernanah teling aku nanti." Blaze membebel membuatkan tiga rakan nakal itu ketawa terkekeh-kekeh.
"Mesti penatkan ada adik-beradik tiri yang menyusahkan?" soal Norman, dia anak tunggal jadi dia tidak permah merasa ada adik-beradik sama ada kandung atau tiri.
"Mestilah penat, aku sebenarnya tak nak datang sini tahu tak tapi sebab papa aku suruh. Aku ikut jelah, nanti tak dapat duit belanja." Blaze membalas.
"Kau mesti anak orang kayakan?" soal Jack pula.
"Sudah tentu," balas Blaze dengan angkuhnya.
"Lepas ni bolehlah belanja kitaorang, kan?" soal Jack sambil tersenyum.
"Sudah tentu," balas Blaze.
"Blaze? Apa yang kau buat kat sini?" Tiba-tiba suara seseorang menarik perhatian mereka berempat.
Krashhh!! Pinggan yang dipegang oleh Gempa terus terjatuh di atas lantai. Seluruh pelajar di dalam kelas kulinari itu menatap ke arah Gempa yang terus mengutip serpihan pinggan kaca itu.
"Biar aku tolong kau," kata Yaya yang menghulurkan bantuannya sekali.
"Terima kasih," ucap Gempa lalu mereka berdua membuang serpihan kaca itu.
"Gem, nanti berhati-hati tau." Guru kulinarinya menegur Gempa dari jauh.
"Maafkan saya," ucap Gempa lalu matanya menatap sayu ke bawah.
"Gem? Ada apa-apa terjadi ke?" soal Yaya dengan perasaan risau.
"Aku tak tahulah, aku rasa tak sedap hati." Gempa membalas, dia memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang.
Taufan ditolak kasar ke dinding oleh Norman, Taufan mengerang kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh mereka berempat. Norman, Damien dan Jack mengelilingi Taufan manakala Blaze hanya melihat mereka dari jauh.
"Tengoklah siapa yang berani lagi datang ke sini?" kata Norman sambil tersenyum sinis.
"Ini bukan sebab berani ke apa! Aku cuma datang sini nak tengok Blaze!" Taufan membalas.
"Heh! Sayang juga kat abang tiri kau ni tapi sayang seribu sayang, aku benci kau." Blaze mencelah membuatkan Taufan terdiam.
"Ingat aku nak sangat ke ikut kau? Aku lebih rela duduk dengan kawan-kawan aku," sambung Blaze lagi.
"Tapi masalahnya kau tak patut ponteng!! Tak kasihan dengan Abang Gem yang sanggup jaga kau?!" jerit Taufan.
"Kisah pulak aku? Dia yang nak jaga aku, aku tak minta pun nak kena jaga dengan kau yang miskin tu." Kata-kata Blaze itu membuatkan Taufan semakin naik berang.
"Apa kau kata?! Miskin?!" Taufan menolak Norman ke tepi tetapi Damien dan Jack berjaya menahan dia dan terus menumbuk perut Taufan.
Taufan mengerang kesakitan dan memegang perutnya yang terasa senak, mereka bertiga tersenyum sinis melihat Taufan lemah di atas tanah. Blaze bangun dan berjalan mendekati Taufan, air tin yang dipegangnya terus ditumpahkan di atas kepala Taufan. Habis basah kuyup topi dan seragam Taufan. Norman, Damien dan Jack ketawa melihat keadaan Taufan sekarang ini manakala Blaze menatap ke arah Taufan. Dia berasa puas, puas membuli Taufan.
"Korang!!" Tiba-tiba seseorang muncul, membuatkan mereka berlima menoleh.
"Hali," kata Taufan sepatah, terbuntang mata Halilintar apabila dia melihat keadaan Taufan sekarang ini.
"Kau!! Kau buat apa dengan adik aku?!" jerkah Halilintar lalu dia terus merentap kolar baju seragam Norman dan terus menumbuk lelaki itu tanpa belas kasihan.
Blaze yang melihat perubahan drastik dari Halilintar, terus terkejut. Halilintar menjerit sekuat hati dan melawan mereka bertiga tanpa beehenti. Jika perasaan marah sudah mengawal dirinya, rasa sakit ditumbuk tidak lagi dirasai.
"Hali, berhenti!!" Taufan cuba menghalang tetapi dia malah ditolak kasar oleh Jack dan ditumbuk olehnya.
"Kau dengan adik kau sama je, betul-betul menyusahkan!!" Norman menumbuk Halilintar sekuat hati membuatkan lelaki itu tidak larat untuk belasah mereka manakala Blaze hanya memandang mereka.
"Berhenti!! Kamu semua!!" Tiba-tiba muncul seorang guru disiplin dan sekumpulan pengawas menghalang mereka berenam daripada bergaduh lagi.
"Ke bilik saya sekarang!!" jerit guru disiplin itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top