Bab 5
"Kamu jangan lupa makan ubat tu tau," nasihat Tok Aba kepada Gempa yang berjalan keluar dari keretanya.
"Atuk jangan risaulah, Gempa selalu makan. Gempa takkan lupa," kata Gempa lalu dia memberi senyuman kepada Tok Aba.
"Terkejut atuk tahu tak yang kamu pengsan sebab tekanan darah tinggi, nasib baik Hali sempat lari ke rumah atuk. Kalau tidak, tak tahulah apa yang terjadi dengan kamu. Takut atuk," kata Tok Aba.
"Atuk janganlah risau, Gempa masih okey kan? Atuk yang patut saya risau, atuk dah tua," balas Gempa.
"Ada-ada je kamu ni, suka sangat tukar topik. Atuk balik dulu ya? Jaga diri kamu baik-baik, kalau ada apa-apa telefon atuk tau? Jangan tak telefon," nasihat Tok Aba lagi.
"Baik, tok." Gempa membalas lalu Tok Aba memandu keretanya ke rumahnya yang berada tidak jauh dari rumah Gempa.
Gempa melihat langit yang semakin mendung, dia perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam rumahnya dan terlihat adik-adiknya duduk di ruang tamu. Mata Gempa tearah kepada Taufan tetapi Taufan terus menoleh ke arah lain, dia tidak mampu memandang abangnya itu. Gempa tersenyum senget lalu dia berjalan masuk ke dalam biliknya, Gempa meletakkan beg berisi ubat di atas meja belajarnya dan dia terus di atas katil lalu tangannya memasang radio yang diletakkan di tepi tingkap biliknya.
Tell them I was happy,
And my heart is broken,
All my scars are open,
Tell them what I hoped would be impossible,
Impossible,
Impossible,
Impossible!!
Lagu Impossible daripada James Arthur bermain di corong radio milik Gempa, dia menatap ke luar tingkap dan keadaan diluar rumah sudah basah, dibasahi hujan yang sangat lebat. Sekali sekala air mata yang membasahi pipinya, diusap dengan kasar. Dia tidak mampu lagi untuk menahan rasa sakit di dalam hatinya.
"Abang Gem?" Taufan yang mempunyai kesan lebam di sana sini di wajahnya berjalan masuk ke dalam bilik Gempa sambil memegang sedulang air kosong dan semangkuk nasi berlauk ikan goreng.
Taufan meletakkan dulang itu di atas meja bersebelahan katil Gempa dan dia melabuhkan punggungnya di atas katil Gempa. Taufan menatap sayu ke arah Gempa yang masih termenung, Taufan perlahan-lahan memegang tangan Gempa dan Gempa membalas dengan memegang erat tangannya.
"Kenapa Taufan buat macam tu?" soal Gempa tanpa melihat Taufan, matanya masih menatap ke luar tingkap.
"Se-Sebab Taufan menyampah sangat dengan dia, dia selalu susahkan Abang Gem. Taufan minta maaf," balas Taufan dengan suara yang serak.
"Tapi berapa kali abang cakap yang seteruk mana Taufan rasa benci jangan sesekali pun angkat tangan," kata Gempa membuatkan Taufan terdiam seketika.
"Tapi Blaze yang tumbuk Taufan, Taufan cuba untuk lindungi..."
"Dengan perasaan penuh marah? Begitu?" soal Gempa, Taufan sekali lagi terdiam apabila kali ini Gempa menatap tajam ke arahnya.
Gempa memegang pipi Taufan yang lebam itu, sekali sekala Taufan mengelakkan Gempa menyentuh tempat yang sakit.
"Tengok, sekarang siapa yang rasa sakit? Taufan juga kan?" sambung Gempa, Taufan hanya menundukkan kepalanya dan perasaan bersalah menyelubungi dirinya.
"Lain kali jangan buat lagi tau?" soal Gempa sambil menyelak tepi rambut adiknya itu.
"Kasihan mama kalau tengok Taufan cedera macam ni," sambung Gempa lagi, Taufan menatap ke arah Gempa yang tersenyum lembut ke arahnya.
Tiba-tiba wajah arwah ibunya muncul dihadapan wajah Gempa, perlahan-lahan air mata mengalir deras dari mata Taufan. Kelakuan Gempa itu membuatkan Taufan teringatkan kepada seseorang, seseorang yang tidak boleh langsung dijumpai di muka bumi setelah peninggalannya. Dia berasa rindu sangat dengan senyuman dan sentuhan itu, senyuman dan sentuhan seseorang yang dia amat sayangi dan selalu membesarkan dia sehingga nafas terakhirnya. Taufan terus memeluk Gempa dengan erat lalu dia menangis sepuas hatinya di bahu Gempa.
"Mama, maafkan Taufan." Tangisan Taufan itu membuatkan Gempa turut mengalirkan air matanya perlahan-lahan dan tangannya sahaja hanya mampu mengusap belakang sehingga adiknya itu berasa tenang.
Halilintar dan Ais yang berdiri disebalik pintu bilik Gempa hanya mampu mendengar sahaja tetapi mata mereka sudah kemerahan kerana menahan tangisan, mereka juga tidak mampu bertahan apabila mendengar Taufan menangis memanggil ibu mereka yang sudah pergi buat selamanya.
☆☆☆☆
"Gempa, beri aku air. Aku nak air," arah Blaze yang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen.
"Kau boleh tak ambil sendiri? Ada kakikan? Muka kau je aku tumbuk, bukannya kaki kau yang aku patahkan." Taufan menatap tajam ke arah Blaze.
"Ada aku kisah?" ejek Blaze lalu menjelirkan lidahnya ke arah Taufan.
"Dia ni kan." Taufan terus bangun sambil menggenggam alat kawalan jauh tetapi Halilintar sempat menahan Taufan dari membaling alat kawalan itu.
Sekarang ini mereka berenam berada di ruang tamu, sedang menonton televisyen tetapi aura permusuhan antara mereka masih kekal merebak di setiap penjuru ruangan itu.
"Jangan gaduhlah," celah Gempa yang membawa sedulang air berperisa anggur lalu meletakkannya di atas meja.
"Jaga kau nanti," kata Taufan sambil mengacukan alat kawalan jauh itu ke arah Blaze tetapi jeliran lidah daripada Blaze, Solar dan Thorn.
"Minumlah, kau kata dahaga tadi." Gempa menjemput mereka untuk minum lalu Blaze terus mengambil secawan air anggur itu dan meneguknya sedikit demi sedikit.
"Jadi, korang dah tahu kan yang Blaze ngan adik-adik dia akan sekolah di sini?" soal Gempa membuatkan Blaze hampir tersemburkan air yang diminumnya.
"Kau biar betul ni?!" soal Blaze sambil mengesat mulutnya.
"Aku tak tipu, papa suruh korang sekolah kat sini." Gempa membalas sebelum meneguk sedikit air itu.
"Korang ada bawa baju sekolah tak?" soal Gempa lalu menerima gelenggan daripada Blaze.
"Mana ada, aku ingat yang kami duduk di sini sekejap sahaja. Tak tahu pula tiba-tiba kena sekolah kat sini," balas Blaze.
"Kalau macam tu, kau pinjamlah baju Hali atau Taufan. Solar dan Thorn pula pinjam lama sekolah rendah milik Ais," kata Gempa.
"Baju lama?! Please lah, mesti baju kotor. Solar tak naklah," bentak Solar.
"Baju tu tak kotorlah, cantik je tergantung dalam almari Ais tu. Ambil je," balas Gempa membuatkan Solar berdengus perlahan, dia tidak suka memakai baju milik orang lagi-lagi yang sudah lama.
"Bila kitaorang start sekolah?" soal Blaze.
"Isnin ini, aku ngan Tok Aba akan daftarkan korang esok." Gempa membalas.
"Okeylah, korang semua buatlah apa yang patut. Aku ada kerja kena buat," kata Gempa sebelum dia beredar masuk ke dalam bilik.
Hari bersilih ganti, hari pertama Blaze dan adik-adiknya bersekolah di Pulau Rintis sudah tiba. Terlihat sekumpulan remaja lalu berpakaian seragam sekolah menengah sedang berjalan kaki ke sekolah.
"Kenapalah aku kena berjalan kaki dengan korang?" rungut Blaze apabila dia terpaksa berjalan kaki dengan Halilintar, Taufan dan Ais.
"Bersyukur sikit yang kitaorang sanggup nak berjalan kaki dengan kau," kata Taufan.
"Ada juga aku tolak ke tengah jalan ni baru tahu," sambung Taufan lagi.
"Tapi penatlah, abang korang ni miskin sangatlah sampai kereta tak boleh nak beli ke?" Soalan pedas daripada Blaze membuatkan tiga beradik itu memandang Blaze kecil besar.
"Kau memang nak mati awal ke?!" Taufan menolak sedikit Blaze ke jalan.
"Hoi, kau nak bunuh aku ke apa?!" jerkah Blaze.
"Bagus juga, tak perlu aku tengok muka kau dengan mulut puaka kau tu!" jerkah Taufan pula.
"Sudah cukup!! Awal-awal pagi dah nak gaduh, pening aku!" Kali ini Halilintar pula mencelah, dia menatap tajam ke arah Taufan dan Blaze membuatkan mereka berdua terdiam.
"Ais, jom kita jalan dulu?" Taufan menoleh kebelakang tetapi kelibat Ais tiba-tiba menghilang.
"Eh? Mana dia?" soal Taufan dengan wajah panik.
"Dia kat situ," kata Halilintar sambil menunding ke arah Ais yang duduk di perhentian bas.
"Ais, kau dah penat ke?" soal Taufan sambil berjalan mendekati remaja berumur 13 tahun itu.
"Ya," balas Ais perlahan.
"Mari sini," kata Taufan sambil mencangkung membelakangi Ais dan tanpa berkata apa-apa, Ais terus memanjat belakang Taufan dan Taufan terus piggy back Ais.
"Heh, tengok! Ais pun penat nak berjalan kaki," kata Blaze sambil berpeluk tubuh.
"Tapi dia penat lain, kau tu penat lain. Berbeza," kata Taufan dan dia berjalan mendahului Halilintar dan Blaze.
"Apa yang bezanya?! Aku pun penat, dia pun penat!!" jerit Blaze tetapi Taufan dan Ais sudah jauh dihadapan.
"Siapa yang lambat kena denda," kata Halilintar dan dia berjalan mendahului Blaze.
"Hoi, tunggu aku!" Blaze terus mengejar mereka bertiga.
Setelah beberapa minit berjalan, mereka berempat pun tiba di Sekolah Menengah Pulau Rintis. Kesemua pelajar berpusu lari masuk ke dalam kawasan sekolah, terlihat mereka berempat berjalan masuk ke dalam bangunan sekolah itu.
"Kau satu kelas dengan Hali kan? Kau boleh ikut dia," kata Taufan dan berjalan bersama Ais yang masih dibelakanganya.
"Kau pulak?" soal Blaze.
"Aku satu bangunan ngan Ais," kata Taufan dan berjalan mendahului Blaze lagi.
Blaze menatap ke arah Halilintar yang berjalan mendahuluinya, Blaze berlari anak ke arah Halilintar dan berjalan seiringan dengan Halilintar.
"Kau dari kelas mana sebenarnya?" soal Blaze.
"Ini," kata Halilintar dan mereka berdua berhenti dihadapan sebuah kelas, Kelas 5 Bijaksana.
Halilintar berjalan masuk ke dalam kelas dan diikuti Blaze dari belakang, pelajar di dalam kelas itu terus memandang ke arah mereka berdua. Pelbagai desas desus kedengaran keluar dari mulut pelajar di dalam kelas itu.
"Itu ke pelajar baru?"
"Dia nampak kacaklah, mesti dia budak bandar."
"Kau tak perasan ke muka dia dengan Hali ada iras-iras sikit?"
"Aku tengok yang dia ni jenis badboy, tengoklah penampilan dia."
Pelbagai lagi desas desus dapat didengari tetapi Halilintar buat-buat tidak dengar sahaja manakala Blaze sudah tersneyum macam kerang busuk apabila dirinya dipuji membuatkan Halilintar pula berasa menyampah terhadapnya.
"Hai, budak baru." Tiba-tiba sekumpulan remaja lelaki mendekati Blaze.
"Ya, saya?" soal Blaze dan matanya menatap satu per satu wajah remaja lelaki itu.
"Kau nak tak join kumpulan kitaorang?" soal salah satu remaja itu.
"Boleh juga," balas Blaze.
"Bagus, bagus. Nama aku Norman, yang ini Damien dan Jack." Remaja bernama Norman itu memperkenalkan dirinya dan dua rakannya.
"Aku Blaze." Blaze pula memperkenalkan dirinya.
"Dia tu rapat dengan kau ke?" soal Norman sambil menundingkan jarinya ke arah Halilintar yang duduk dihadapan Blaze dalam berjarak tiga meja sahaja.
"Tak rapat mana pun, dia adik-beradik tiri aku." Blaze membalas dan dia terperasan senyuman sinis dibibir Norman.
"Bagus sebab dia masih berhutang dengan aku," kata Norman dan dia menatap tajam ke arah Halilintar dengan senyuman sinis yang masih tidak lekang dibibirnya.
"Apa yang dia buat dengan korang?" soal Blaze.
"Dia masuk campur hal aku dengan adik-adik dia, aku geram betul dengan dia." Damien pula membalas.
"Adik-adik dia? Taufan ngan Ais?" soal Blaze.
"Ya," balas Norman ringkas.
"Aku pun sebenarnya tak puas hati lagi-lagi dengan Taufan," kata Blaze.
"Baguslah kalau macam tu, mari join aku. Kita boleh cari pasal dengan dorang cukup-cukup," kata Norman.
"Baiklah, aku join."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top