Bab 4

Gempa membuka pintu rumahnya dan pemandang pertama yang nampak adalah keadaan rumah yang bersepah dengan plastik makanan ringan, permainan yang berterabur di merata tempat dan televisyen yang terpasang tanpa orang menontonnya. Gempa mengeluh berat, dia membuka kasutnya dan berjalan masuk ke dalam rumahnya. Gempa meletakkan beg sandangnya di atas sofa dan terus mengemas ruang tamu yang bersepah itu.

"Assalammualaikum," ucap Taufan yang berjalan masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam," balas Gempa tetapi tangannya masih sibuk mengemas.

"Abang Gem bari balik dari kerja ke?" soal Taufan apabila dia baru perasan yang Gempa masih memakai seragam 7Enya.

"Ya," balas Gempa ringkas.

"Ya Tuhan, bersepahnya. Siapa yang buat ni?!" Taufan bercekak pinggang sambil melihat keadaan ruang tamu yang bersepah.

"Apa yang terjadi?" soal Ais yang berdiri dibelakang Taufan, dia turut terkejut apabila melihat keadaan ruang tamu itu.

"Ni mesti kerja dorang bertiga ni," kata Taufan dengan nada geram.

"Abang Gem, nak aku panggil dorang ke? Kemas tempat ni?" soal Taufan apabila dia terperasan Gempa berasa penat untuk mengemas ruang tamu itu.

"Tak perlu, biar aku kemas. Korang pergilah bersihkan diri korang dulu," kata Gempa.

"Tapi, Abang Gempa.."

"Tak apa, pergi mandi cepat. Hali mana?" soal Gempa apabila dia terperasan yang Halilintar tidak bersama mereka berdua.

"Hali ada latihan bola sepak hari ni, jadi dia balik pukul enam karang." Taufan membalas.

"Okey," balas Gempa pula ringkas lalu dia kembali mengemas ruang tamu itu, Taufan dan Ais hanya mampu pasrah dan mereka terus berjalan ke bilik mereka.

Taufan dan Ais menatap tajam ke arah Blaze dan adik-adiknya yang santai berbaring di atas katil sambil membaca komik, bergembira dan gelak tawa. Taufan berasa mahu menumbuk wajah Blaze kerana berasa menyampah yang teramat.

"Apa pandang-pandang? Ada hutang?" soal Blaze dengan nada mengejek membuatkan Taufan berasa semakin menyampah dengan dia.

"Aku tumbuk muka kau, baru tahu!" jerkah Taufan dan dia cuba melayangkan tumbukannya ke arah Blaze tetapi dihalang oleh Ais.

"Jangan, Taufan. Nanti cedera anak orang tu," kata Ais sambil memeluk Taufan erat untuk menghalang Taufan melakukan sesuatu yang tidak dijangka-jangka.

"Nasib baik ada Ais. Kalau tak, dah lama muka kau tu berlebam. Geram betul aku ngan kau ni," kata Taufan dan Blaze hanya menjelirkan lidahnya ke arah Taufan.

"Aku nak pergi mandi," kata Taufan sambil mengambil tualanya dan berjalan keluar dari bilik.

Blaze tersenyum sinis dan dia berjalan turun dari katil, dia berjalan keluar dari bilik dan dia ternampak Gempa sedang baring di atas sofa. Kepenatan.

"Gempa, aku laparlah. Boleh kau masak apa-apa tak?" soal Blaze.

"Blaze dah besarkan, masaklah sendiri. Gempa penat," kata Gempa tanpa memandang ke arah Blaze.

"Tapi ini rumah Gempa, nanti kalau Blaze tersalah masak. Meletup! Siapa yang susah? Gempa juga yang susah," kata Blaze yang sebenarnya mencari alasan kerana malas untuk memasak.

"Okey tapi bagi Gempa mandi dulu," kata Gemp.

"Okey," balas Blaze dengan nada gembira.

"Senangnya, bolehlah aku minta benda lain pula nanti. Best juga ada abang sulung ni," kata Blaze dalam hati dan dia kembali ke biliknya.

Gempa memgeluh seketika sebelum dia bangun dari perbaringan, dia berjalan ke bilik air yang berada di tingkat bawah untuk membersihkan dirinya.

☆☆☆☆

Kringg!! Kringg!!

Tiba-tiba telefon rumah berbunyi lalu Gempa yang berada di dapur terus berlari anak ke arah telefon itu dan menjawab panggilan itu.

"Helo? Gempa sedang bercakap," kata Gempa.

"Gempa." Tiba-tiba suara yang amat dia tidak suka bergema di corong telefon.

"Apa yang papa nak?" Nada suara Gempa mula berubah apabila pemanggil itu merupakan ayahnya.

"Papa nak cakap sesuatu ni," kata ayahnya.

"Apa yang papa nak cakap? Anak-anak kesayangan papa yang tiga orang tu baik-baik? Mereka baik-baik je," kata Gempa.

"Bukanlah, papa nak cakap yang kemungkinan besar mereka akan bersekolah di sini." Kata-kata dari ayahnya membuatkan Gempa terkejut seratus peratus, dia seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

"Papa biar betul ni?! Tapi masalahnya, Gempa ngan Tok Aba mana cukup nak sara duit sekolah dorang. Hali, Taufan dan Ais pun sekali sekala tak cukup," kata Gempa.

Satu-satu masalah timbul, kali ini menjadi besar pula kerana duit gajinya berkerja sambilan dan duit niaga di gerai Tok Aba pun tidak semestinya cukup untuk menyara mereka semua.

"Jangan risau, pasal duit mereka bertiga biar papa yang uruskan. Papa akan bank-in duit dorang setiap bulan," kata ayahnya.

"Baiklah tapi kalau papa tipu, Gempa tak teragak-agak untuk hantar dorang bertiga balik ke Kuala Lumpur." Gempa memberi amaran membuatkan ayahnya sedikit terkejut.

"Apa yang Gempa cakap ni?! Papa dah cakapkan dorang tu adik-adik Gempa, Gempa kena jaga dorang. Jangan sesuka hati nak halau dorang," kata ayahnya dengan nada sedikit marah.

"Apa-apa jelah, papa. Gempa penat nak bertengkar dengan papa, Gempa ada banyak lagi kerja nak kena buat. Bye." Gempa terus meletakkan telefon itu semula dan terus berjalan ke dapur semula manakala Halilintar yang baru sahaja pulang dan baru mendaki separuh dari anak tangga hanya mampu mendengar apa yang terjadi lalu dia berjalan ke biliknya.

Taufan, Ais, Blaze, Solar dan Thorn yang berada di dalam bilik secara serentak menatap ke arah Halilintar yang menutup pintu bilik dengan kasar dan terus baring atas katil. Taufan dan Ais memandang antara satu sama lain, dia yakin ada yang tidak kena dengan Halilintar lalu mereka berdua mendekati Halilintar.

"Hali, ada apa-apa terjadi ke? Kenapa kau marah tiba-tiba ni?" soal Taufan dengan nada perlahan supaya Blaze dan adik-adiknya tidak mendengari apa yang mereka bakal bualkan tetapi Halilintar diam, tidak berkata apa-apa.

"Hali, cakaplah." Taufan memujuk Halilintar untuk memberitahu perkara yang sebenar.

Halilintar mengeluh.

"Papa suruh dorang sekolah sini." Halilintar membuka mulutnya.

"Apa?!" Taufan dan Ais membulatkan matanya, terkejut.

"Kau biar betul ni?! Kau tak main-main kan?!" soal Taufan dnegan nada sedikit menjerit, dia tidak percaya yang Blaze dan adik-adiknya bakal bersekolah disini.

"Aku tak main-mainlah, aku dengar tadi. Abang Gem gaduh pasal tu," balas Halilintar, Taufan dan Ais hanya mampu terkaku.

"Maknanya, dorang ni tinggal dengan kita dalam masa lamalah?" soal Taufan lalu menerima anggukkan daripada Halilintar.

"Sepertinya macam tulah," kata Halilintar.

"Aduh, aku tak naklah tinggal dengan dorang. Mulut Si Blaze tu dahlah puaka mengalahkan syaitonirojim,"rungut Taufan tetapi dia tidak perasan bahawa Blaze dapat mendengarinya.

"Apa kau cakap?! Mulut puaka mengalahkan syaitonirojim?!" Blaze merentap baju jaket yang dipakai oleh Taufan.

"Eh? Dengar rupanya, aku ingat dah pekak." Kata-kata pedas yang keluar dari mulut Taufan itu membuatkan telinga Blaze terasa berdesing.

"Tak guna kau!! Aku rasa mulut kau tu yang paling puaka!" Tengking Blaze.

"Fuh!! Busuknya bau mulut, sebusuk kata-kata kau!!" Taufan semakin banyak memberikan ayat-ayat pedas kepada Blaze.

"Kau ni kan!!" Akibat kemarahan yang membuak-buak dalam hati Blaze, dia terus menumbuk wajah Taufan tanpa berfikir apa-apa lagi.

Halilintar, Ais, Solar dan Thorn terkejut dengan apa yang terjadi, Taufan menolehkan wajahnya yang sudah lebam kerana tumbukan daripada Blaze dan dia menatap tajam ke arah Blaze bersertakan senyuman sinis dibibirnya.

"Berani ya kau tumbuk aku!" Kali ini Taufan pula menumbuk Blaze dan pergaduhan besar antara mereka mula berlaku.

"Taufan!! Blaze!! Berhenti, jangan gaduhlah!!" jerit Halilintar dan dia cuba untuk menghentikan mereka berdua tetapi dia pula yang ditolak kasar sehingga terhantuk di meja belajar.

"Abang Hali, kau okey?" soal Ais dengan wajah risau terpampang di wajahnya.

"Aku okey," balas Halilintar sambil menggosok belakang kepalanya yang terasa sakit.

"Rasakan ini sebab kau banyak menyusahkan Abang Gem juga!" Taufan masoh tidak berpuas hati dan menumbuk Blaze.

Gempa menerjah masuk ke dalam bilik mereka apabila dia terdengar bunyi bising yang berlaku, Gempa berjalan mendekati Blaze dan Taufan yang masih bergaduh itu.

"Taufan!! Sudah, berhenti tumbuk dia!!" Gempa menghalang daripada Taufan terus menumbuk Blaze.

"Abang Gem, lepaskan Taufan!! Taufan masih tidak puas nak tumbuk dia ni!!" jerkah Taufan dan meronta-ronta dari pelukan Gempa.

"Kau tengoklah nanti, aku lapor kat papa!! Tak guna!!" jerkah Blaze pula.

"Apa?! Nak lapor kat papa? Dasar anak manja!" ejek Taufan menambahkan rasa berang pada Blaze.

"Kau ni memang nak..."

"Aku cakap sudah, sudahlah!! Itu tak faham bahasa ke?!" Jeritan daripada Gempa membuatkan mereka semua terutama sekali Taufan dan Blaze terdiam, Gempa tercungap-cungap sebelum matanya jadi kabur dan terus terbaring di atas lantai.

"Abang Gem!!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top