Bab 25
Keadaan mahkamah sangat hening, terlihat Gempa dan adik-beradiknya duduk di kerusi bahagian penonton manakala Tok Aba di meja saksi bersama anak lelakinya dan seorang peguam. Tiba-tiba pintu mahkamah dibuka, terlihat ibu Blaze berjalan masuk ke dalam mahkamah dengan selambanya. Gempa dan adik-adiknya termasuk ayah mereka terkedu dengan ketibaan ibu Blaze itu.
"Nenek lepaskan mak ke?" bisik Solar.
"Mungkin," balas Blaze, matanya menatap ke arah wanita itu dengan perasaan takut. Dia tidak mahu pulang ke tangan wanita itu, bukan kali ini!
"Nampaknya kedua-dua pihak ibubapa sudah tiba, kita mulakan perbicaraan," kata hakim sambil mengetuk tukul kayunya itu.
Perbicaraan dimulakan dengan penuh tegas dan serius oleh dua peguam dari kedua-dua pihak, seorang melawan dan membantah dengan berkeras.
"Mengikut laporan saya, pihak ibu tidak melakukan tanggungjawabnya menjaga tiga anak-anaknya semasa pihak ayah melakukan kerjanya untuk mencari nafkah sehingga menyebabkan dia terpaksa menghantar mereka ke rumah datuk mereka," kata peguam bagi pihak ayah Gempa dan adik-adiknya.
"Tetapi bukankah nenek pihak ibu masih hidup? Kenapa pihak ayah tidak menghantar ke nenek mereka? Mereka tinggal berdekatan," kata penguam pihak ibu Blaze.
"Laporan yang saya terima oleh pihak ayah, oihak mak telah mendera anak-anak mereka sejak Blaze masih kecil! Terdapat kesan lebam dan luka-luka yang masih berbekas padanya sehingga kini!" kata penguam pihak ayah Gempa dan adik-adiknya, peguam itu berjalan ke arah hakim dan menghulurkan sekeping fail kepadanya.
Hakim tersebut mengambil fail itu dan membukanya, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan kesan penderaan pada badan Blaze, Solar dan Thorn.
"Blaze dan kedua-dua adiknya didera dengan teruk semasa pihak ayah pergi bekerja," terang peguam itu lagi.
"Tapi mengapa pihak ayah tidak membuat laporan tentang penderaan ini?" soal hakim pula.
"Kerana pihak ibu mengugut pihak ayah untuk diam," balas peguam itu.
"Sejak bila kami ugut dia, hah?!" jerkah nenek Blaze.
"Diam! Bukan masa kamu untuk berkata-kata!" marah hakim dengan tegas.
Nenek Blaze berdecit sebelum kembali melabuhkan punggungnya, Gempa dan adik-adiknya berasa menyampah dengan perangai nenek Blaze ini.
"Dan saya ada rakam suara di mana pihak ibu mengugut pihak ayah untuk diam," kata peguam itu sambil mengeluarkan sebuah pemain suara.
Ibu dan nenek Blaze menerbeliakkan mata mereka tidak percaya dan mereka berdua terus menatap tajam ke arah ayah Gempa. Peguam itu menekan butang pemain suara tersebut.
"Kau dengar sini, kalau kau kata apa-apa tentang keadaan anak-anak kau tu. Aku akan hantar mana-mana orang aku untuk bunuh keluarga kau."
"Faham, mak."
Kedengaran jelas suara nenek Blaze mengugut ayah Gempa dengan cara kekerasan. Gempa dan Blaze terkejut dengan pemain suara tersebut, tergamak mereka untuk membunuh keluarga Gempa yang tidak bersalah.
"Aku kahwinkan kau dengan anak perempuan aku dikira sebagai bayaran hutang kau kepada aku yang selamatkan syarikat kau yang bankrup tu! Jadi kau kena dengar arahan aku dan anak perempuan aku kalau kau tak nak bankrup lagi! Aku bila-bila sahaja boleh jatuhkan syarikat kau tu!" ugut nenek Blaze melalui pemain suara tersebut.
"Baiklah." Kedengaran suara ayah Gempa seperti pasrah menuruti arahan wanita tua itu.
"Lagi satu, aku nak kau sekat duit kau daripada dibahagikan kepada anak-anak bini pertama kau tu!" ugut nenek Blaze lagi.
Gempa dan Blaze semakin terkejut dengan perbualan tersebut. Ternyata Gempa dan adik-adiknya salahfaham mengapa ayah mereka tidak memberi apa-apa duit kepada Gempa dan adik-adiknya kecuali Blaze, Solar dan Thorn.
"Ke.. Kenapa?! Mereka masih anak saya!" kata ayah Gempa dengan nada terkejut.
"Dengar cakap aku, duit-duit aku sudah digunakan pada kau! Jadi segala duit kau akan jadi milik keluarga aku sahaja! Kau cuma boleh bayarkan pada anak perempuan aku, Blaze dan adik-adik dia! Faham?!" jerkah nenek Blaze lagi.
Ayah Gempa terkaku sebelum kembali bersuara. "Faham," balas ayah Gempa dengan pasrah.
Pemain suara terhenti di situ, keadaan mahkamah menjadi sungguh hening setelah mendengar perbualan tersebut.
"Dan juga, kami mendapati pihak ayah sudah menceraikan pihak ibu sebelun menyerahkan anak-anaknya kepada datuk mereka," kata peguam mereka.
"Apa?!" Seluruh ruang mahkamah terkejut kecuali ayah Gempa dan Tok Aba dengan kata-kata peguam itu.
"Kau biar betul?! Kenapa kau tak rujuk selepas tu?!" soal nenek Blaze dengan nada terkejut.
"Kenapa aku perlu?" kata ayah Gempa dengan nada dingin.
"Kenapa kau tak beritahu aku?!" jerkah nenek Blaze kepada anak perempuannya tetapi ibu Blaze malah mendiamkan dirinya.
"Sebab aku tak nak dengan dia pun! Aku benci dia dan anak-anak dia! Aku rela mereka mati! Aku lebih puas keluar dengan lelaki yang aku suka!" jerkah ibu Blaze pula.
Seluruh mahkamah terdiam seribu bahasa dengan kata-kata ibu Blaze itu. Sebegitu kejamkah seorang isteri dan juga ibu kepada suami dan anak-anaknya?
"Nampkanya kes ini sudah menunjukkan kebenarannya, dengan ini pihak mahkamah menjatuhkan reman kepada pihak ibu atas penderaan dan pencubaan bunuh manakala pihak bapa menerima seluruh penjagaan terhadap kesemua anak-anaknya," kata hakim lalu mengetuk tukulnya menunjukkan keputusannya muktamad.
Gempa dan adik-adiknya bersorak gembira apabila pihak ayah mereka menang dengan mudah, masing-masing menangis kegembiraan dan berpelukkan.
"Nanti kejap! Ini tidak adil! Pihak aku tak buat apa-apa lagi!" marah nenek Blaze dengan cemas tetapi dua pegawai polis mendekatinya dan anak perempuannya untuk ditangkap.
"Lepaskan aku! Kau tak boleh tangkap aku macam ni! Lepaskan aku! Lepaskan!" jerit nenek Blaze apabila dia ditarik keluar dari mahkamah.
Ayah Gempa menggosok wajahnya sendiri, air mata mengalir keluar dari matanya. Hatinya yang terasa berat perlahan-lahan tenang apabila akhirnya dia menang.
"Tahniah," ucap Tok Aba kepada anak lelakinya itu.
☆☆☆
"Ais! Kita menang!" kata Taufan yang lengkap bertopeng, menerjah masuk ke dalam wad Ais dengan penuh teruja.
Keadaan Ais masih terkaku baring di atas katil tetapi berita gembira tersebut masih membuatkan Taufan ingin diceritakan kepada Ais.
"Dan papa datang ni! Papa nak jumpa Ais!" kata Taufan lagi lalu sosok ayah mereka berdiri di sebelah Taufan.
"Ais, papa datang ni." Ayah mereka bersuara sambil memegang tangan Ais dengan erat.
"Maafkan papa sebab tinggalkan Ais sakit macam ni, maafkan papa. Tolonglah buka mata Ais, papa dah ada kat sini," kata ayah mereka dengan nada sebak, dia tidak mampu menahan kesedihannya setelah melihat keadaan Ais yang sungguh tenat.
"Tolonglah bertahan, papa merayu." Ayah mereka memegang erat tangan Ais dengan penuh harapan.
"Pa.. Papa?" Tiba-tiba satu suara menarik perhatian ayah mereka, terlihat Ais perlahan-lahan membuka matanya dan menatap ke arahnya.
"A.. Ais?" Ayah mereka terkaku apabila Ais perlahan-lahan tersedar.
"Abang! Abang! Ais dah bangun!" jerit Taufan dengan penuh keterujaan, dia berlari keluar dari wad tersebut.
"Syukurlah kamu dah sedar," kata ayah mereka dengan nada lega.
"A..Akhirnya Ais dapat tengok papa," kata Ais dengan lemah.
"Maafkan papa sebab tinggalkan Ais," kata ayah mereka.
Ais menganggukkan kepalanya. "Ais maafkan papa," ucap Ais.
Gempa dan adik-adiknya dengan penuh teruja memandang ke arah Ais yang sudah tersedar itu melalui tingkap wad.
"Syukurlah Ais sudah bangun," kata Tok Aba.
"Terima kasih, Tuhan," ucap Taufan dengan penuh kelegaan manakala terpapar sebuah senyuman terpancar di bibir Gempa.
Ais mengalihkan pandangannya ke arah adik-beradiknya dan sebuah senyuman terhasil di bibirnya yang pucat itu.
"Akhirnya kita kembali bersatu," kata Ais.
"Ya, betul tu," balas ayah mereka.
"Papa, boleh Ais minta sesuatu?" soal Ais.
"Boleh, mintalah apa-apa. Papa akan tunaikan," kata ayah mereka dengan beria.
"Ais nak papa peluk Ais, sudah lama Ais tidak peluk ayah," pinta Ais.
"Baiklah," ucap ayah mereka lalu memeluk Ais dengan erat.
Ais membalas pelukannya, Ais tersenyum kerana berjaya merasai kehangatan pelukan ayahnya yang sudah lama menghilang meninggalkannya.
"Papa, papa janji jaga Abang Gempa dan adik-adik tahu?" kata Ais dengan lemah.
"Ya, papa janji. Papa akan jaga Gempa, kamu dan adik-adik kamu dengan baik," balas ayah mereka.
"Terima kasih," ucap Ais sambil menutup matanya, perlahan-lahan pelukannya terlerai dan mesin nadi perlahan-lahan menunjukkan nadi Ais semakin menurun.
"Ais? Ais?!" Ayah mereka menggoncang badan Ais yang sudah terkaku lemah.
"Ais, bangun! Ais, jangan tinggalkan papa lagi! Ais!" jerit ayah mereka dengan nada cemas, air matanya mengalir deras.
"Apa jadi tu?!" kata Blaze dengan cemas.
"Doktor!!" jerit Gempa secara spontan sambil berlari untuk mencari doktor.
Senyuman Taufan menghilang apabila dia menyedari keadaan Ais sekarang ini, Tok Aba, Halilintar, Solar dan Blaze terkedu manakala Thorn keliru.
Beberapa minit kemudian, Gempa dan keluarganya berkumpul di luar wad Ais dengan perasaan sayu. Tiba-tiba seorang doktor menapak keluar dari wad Ais.
"Macam mana, doktor?" soal ayah mereka dengab perasaan penuh harapan.
"Maafkan kami, kami tidak mampu selamatkan dia," balas doktor itu, mereka semua terkaku mendengar khabar tersebut.
Ayah mereka tersandar di dinding, kepalanya ditunduk dan dia cuba untuk menahan tangisannya. Gempa pula sudah menangis teresak-esak bersama Taufan dan Halilintar, Tok Aba pula cuba untuk memujuk mereka bertiga manakala Blaze dan adik-adiknya hanya mampu berdiam diri.
Tangisan kesedihan mereka hanya mampu kedengaran bergema di koridor tersebut, mereka semua bersedih dengan kehilangan seseorang yang mereka sayangi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top