Bab 24
"Masuk bilik," kata Gempa kepada Solar dan Thorn, Gempa meletakkan mereka berdua di dalam bilik itu.
"Jangan keluar sampai abang cakap yang Solar dan Thorny boleh keluar okay?" soal Gempa, tiba-tiba dia terasa seperti dejavu kerana ayahnya pernah mengatakan perkara tersebut kepadanya semasa kecil dahulu.
"Okay!" balas Thorn.
"Abang Gempa jangan masuk hospital lagi tau," kata Solar pula.
"Abang takkan," kata Gempa lalu dia berjalan ke tingkat bawah.
"Mana anak lelaki kau?!" Wanita tua itu menjerkah Tok Aba, keadaan di ruang tamu sangat hangat dengan pertengkaran nenek Blaze dan Tok Aba.
Taufan, Halilintar dan Blaze menonton pertengakaran tersebut dengan diam, hati mereka menyokong Tok Aba untuk melawan nenek durajana itu manakala Gempa berdiri kaku di tangga, turut menonton pertengkaran itu.
"Dia mana ada kat sini!" jerkah Tok Aba pula.
"Jangan tipu aku! Aku tahu yang kau sorokkan anak lelaki tak guna kau tu!" Wanita tua itu semakin meninggikan suaranya.
"Jaga mulut kau sikit, aku tahu anak lelaki aku jadi tak guna sebab kau! Kau jangan buat tak tahu!" Tok Aba melawan kembali, jeritan wanita itu tidak menggoyahkannya.
"Sekarang kau salahkan aku?! Kau tahu tak anak kau guna duit syarikat laki aku tanpa izin untuk bayar kos cucu yang dah nak mati tu!" Kata-kata wanita itu seperti menambahkan minyak pada api yang marak, Tok Aba dan keempat-empat cucunya mula naik angin.
Pang!! Sedas tamparan menghinggap wajah wanita itu, keadaan sekeliling terdiam.
"Kau tampar aku?!" jerkah wanita itu.
"Aku mungkin jaga kata-kata aku tetapi bila kau katakan tentang cucu aku itu dah nak mati, aku takkan maafkan kau! Jaga mulut busuk kau tu!" tengking Tok Aba, keempat-empat cucunya tercengang tetapi dalam hati mereka, mereka mahu sahaja bersorak untuk Tok Aba.
"Mana cucu aku yang lain?! Aku mahu mereka!!" Wanita itu cuba untuk mengubah topik apabila dia kalah dalan perbalahan dengan Tok Aba.
"Kau jangan nak tukar topik! Aku tahu kau nak lari, dasar pengecut!" kata Tok Aba pula.
"Aku sudah membayar peguam untuk mengambil cucu-cucu aku! Jumpa aku di mahkamah!" Wanita tua itu melemparkan sekeping kertas ke muka Tok Aba sebelum berlalu pergi, Tok Aba menatap tajam ke arah wanita tua itu.
"Hebatlah," puji Blaze.
"Kan, kan?" Taufan menyetujui pendapat Blaze.
"Atok, rehat tok." Gempa menolak lembut Tok Aba untuk duduk di atas sofa, cuba untuk menenangkan lelaki tua itu.
Tok Aba mengeluh berat, mahu naik darah tinggi kalau bergaduh dengan nenek tua itu. Tok Aba mengambil nafas yang sangat dalam dan cuba menenangkan dirinya. Gempa mengambil kertas tersebut dari Tok Aba dan membacanya.
"Perbicaraan mahkamah adalah bulan depan," kata Gempa.
"Patut ke kita ambil peguam juga?" soal Taufan.
"Mestilah, kalau tanpa peguam takkan boleh menang punya." Halilintar mencelah.
"Tapi jika tidak berjaya macam mana? Aku.. Aku tak mahu tinggal di sana!" bantah Blaze.
"Kamu jangan risau, kita cuba sedaya upaya. Atok tahu kami dan adik-adik kamu tidak mahu duduk di sana," kata Tok Aba, Blaze sekadar menganggukkan kepalanya.
"Rasanya Taufan mendapat idea," celah Taufan.
"Apa dia?" soal Gempa.
"Kita boleh buat laporan tentang penderaan yang mak Blaze lakukan," terang Taufan.
"Kamu kena dera?! Teruk ke?!" Tok Aba terkejut.
"Teruk jugalah," kata Blaze.
"Kalau macam tu kita buat laporan! Mereka sudah melampau!" kata Tok Aba.
Beberapa hari bergerak pantas, Gempa dan Tok Aba membuat laporan polis tentang penderaan mak Blaze dan mencari peguam yang sesuai untuk menyelesaikan kes Blaze dan adik-adiknya. Pelbagai prosedur yang mereka lalui terutama sekali Blaze dan adik-adiknya yang masih bawah umur dan ianya juga mengambil masa yang lama.
"Waktu perbicaraan, kedua-dua ibubapa wajib hadir ke mahkamah." Kata-kata peguam mereka membuatkan mereka tersentak.
"Kalau penjaga tak boleh ke?" soal Tok Aba.
"Kami mendapati ibu bapa masih tidak bercerai dan hak seratus peratusnya di bawah jagaan ibu mereka kerana mereka masih bawah umur," bantah peguam itu.
"Tidak," kata Blaze dengan rasa takut.
"Saya akan cuba hubungi anak lelaki saya," kata Tok Aba, Gempa dan Blaze memandang ke arahnya.
"Boleh ke?" soal Gempa, dia tidak percaya yang ayahnya akan tolong mereka.
"Atok cuba," kata Tok Aba.
Ketika hari perbicaraan, terlihat Gempa dan adik-adiknya bersama Tok Aba berada di mahkamah.
"Aba!" Suara wanita yang amat mereka kenali menerjah mereka.
"Apa maksud semua ini?!" Wanita itu menunjukkan sekeping kertas.
"Oh, kau baca. Aku ingat kat takkan baca," seloroh Tok Aba.
"Jawab soalan aku!" tengking wanita tua itu.
"Aku buat laporan yang anak kau mendera cucu aku," kata Tok Aba dengan penuh yakin.
"Kau nak jatuh maruah aku ke?!" tengking wanita tua itu lagi.
"Aku tak jatuhkan maruah kau tapi kau sendiri," kata Tok Aba.
"Maafkan saya? Puan, jangan menjerit di kawasan mahkamah." Seorang pegawai polis mencelah, wanita tua itu berdecit dan berjalan secara menggertak.
"Tok Aba?" Blaze membuka mulutnya.
"Ya?" balas Tok Aba.
"Betul ke papa akan datang?" soal Blaze.
"Insyallah, atok sudah meminta dia untuk datang." Tok Aba membalas.
"Assalamualaikum?" Tiba-tiba suara seorang menegur mereka dengan nada gugup, mereka semua menoleh ke arah pemilik suara itu dan terkejut.
"Papa!" kata mereka semua.
"Syukur kau datang," ucap Tok Aba.
Ayah mereka tersenyum datar lalu matanya menatap keenam-enam anaknya, perlahan-lahan di terus mulut di atas lantai. Mereka semua terkejut.
"Maafkan papa," kata ayah mereka dengan nada sebak.
Gempa dan adik-adiknya memandang antara satu sama lain, ayah mereka masih melutut di atas lantai. Mereka semua mengalami trauma setelah apa yang dilakukan ayah mereka tetapi berapa lama lagi mereka ingin berbalah dan menyalahkan ayah mereka.
"Papa." Gempa membuka mulutnya, ayahnya mendonggakkan kepalanya.
"Bangunlah," kata Gempa lalu menghulurkan tangannya dan ayahnya perlahan-lahan bangun.
"Gempa dah okay ke? Maafkan papa sebab cederakan Gempa," kata ayahnya sambil memegang wajah Gempa.
"Gempa baik-baik sahaja, papa janganlah sedih." Gempa memeluk ayahnya.
"Maafkan papa. Maafkan papa," ucap ayahnya berulang kali dengan nada sangat sedih.
"Terima kasih sebab bayarkan rawatan Ais," ucap Gempa, ayahnya tersentak.
"Kamu tahu?" soal ayahnya.
"Tok Aba kisah silam papa, jadi Gempa tahu yang papa bayar kos itu. Gempa sekarang tahu yang papa juga terseksa," kata Gempa.
"Oh, Gempa. Kenapa kamu baik sangat? Papa tak sesuai untuk menjadi ayah kamu," kata ayahnya.
"Tapi papa masih papa Gempa kan? Papa kami semua," kata Gempa lalu adik-adiknya menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih," ucap ayahnya.
Tok Aba tersenyum melihat situasi ini, dia berasa sedikit lega yang cucu-cucunya menerima ayah mereka kembali. Tiba-tiba seorang pegawai polis menghampiri Tok Aba dan mengatakan sesuatu.
"Kamu semua, waktu perbicaraan nak bermula!" kata Tok Aba, menarik perhatian mereka semua.
"Baiklah, ini masanya. Papa jangan sedih lagi," kata Gempa sambil mengusap air mata ayahnya, ayahnya menganggukkan kepalanya.
Mereka semua mula melangkah masuk ke dalam bilik mahkamah, mereka semua perlu memenangi perbicaraan ini. Fikiran ayah mereka juga tersemat sesuatu perkataan, perkataan yang selama ini dia mahu katakan. Kali ini, tiada lagi berpatah balik. Dia harus lakukan ini untuk kebaikan dirinya dan anak-anaknya.
_____________________________________________
Nampaknya Dramarama ada bau-bau dah nak habis ini.
_____________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top