Bab 22

Gempa merehatkan badannya di atas katil, badannya masih terasa penat. Dia berharap sangat yang dia dapat keluar dari wad ini.

"Abang Gempa!" Thorn menyapa Gempa dengan nada gembira, Gempa menatap ke arah Thorn dengan senyuman lemah.

Kali ini Blaze, Thorn dan Solar melawat Gempa dengan keadaan terurus dan bersih.

"Abang okay ke?" soal Blaze sambil meletakkan beg kertas yang dibawanya di atas meja.

"Okay," balas Gempa dengan nada lemah.

"Betul ke? Abang Gempa nampak tak sihat, abang lupa makan ubat lagi ke?" kata Thorn dengan nada sedih.

"Abang okay, cuma penat." Gempa perlahan-lahan bangun ke posisi duduk, dia meletakkan bantal di belakangnya.

Gempa mengangkat Thorn dan meletakkan anak kecil itu di atas ribanya.

"Thorn rindu rumah baru," kata Thorn.

"Rumah baru?" soal Gempa.

"Pulau Rintis," celah Solar, Gempa terdiam seketika.

"Nanti kita balik ke Pulau Rintis lepas abang sihat, okay?" balas Gempa.

"Okay!" kata Thorn dengan riang.

"Bagus." Gempa mengusap lembut rambut Thorn.

"Abang, ada orang lain nak melawat abang." Blaze mencelah.

"Siapa?" soal Gempa dengan perasaan tertanya-tanya.

Blaze tersenyum dan berjalan ke pintu, dia sepertu mengajak seseorang untuk masuk. Ternyata empat orang pelawat berjalan masuk ke dalam wad tersebut.

"Apa khabar, Gempa?" Fang menyapa sambil tangannya memegang sebakul buah.

"Fang? Yaya? Ying? Gopal pun?" Gempa memandang keempat-empat pelawat itu, ternyata yang melawat dia adalah kawan-kawannya.

"Kau tidak datang kolej dah beberapa hari, aku datang kat rumah kau tapi kosong. Aku risau," kata Fang.

"Betul tu, aku tanya Tok Aba dan Tok Aba cakap kau masuk hospital! Jadi kami berbincang untuk datang sama-sama ke sini!" Yaya mencelah.

"Betul! Kasihannya, muka kau banyak pucat!" kata Ying pula.

"Janganlah cakap muka Gempa pucat," kata Gopal, membantah kata-kata Ying.

Fang dan Yaya ketawa dengan telatah Ying dan Gopal menyebabkan Gempa turut ketawa sedikit.

"Tengok! Aku buat Gempa senyum!" kata Ying dengan bangga.

"Tuah je tu," kata Gopal.

"Bila kau dapat keluar hospital?" soal Fang.

"Tak tahu lagi," balas Gempa.

"Alah, tak seronoklah kalau tak keluar lagi. Kami rindu kau," kata Yaya dengan nada sedih.

Mereka berempat bercerita pelbagai cerita dekat Gempa sambil bergelak tawa. Melihat telatah kawan-kawannya yang gembira dan juga kehadiran mereka membuatkan Gempa tersedar yang masih ramai masih kisah pasalnya, kehadiran mereka membuatkan Gempa sedikit gembira. Gempa sedar yang dia tidak berseorangan. Tok Aba, kawan-kawannya dan lebih penting, adik-adiknya adalah sebabnya untuk Gempa terus hidup. Tiba-tiba Gempa teringat kata-kata arwah ibunya yang muncul di mimpinya sebelum sedar di hospital.

"Gempa, mama bangga yang kamu sekuat ini. Kamu jaga adik-adik kamu dengan sangat baik, mama gembira. Mama tahu kamu bertahan untuk adik-adik kamu."

Tiba-tiba air matanya kembali jatuh, hatinya terasa terharu yang hidupnya tidak sesunyi yang dirasainya. Gempa tahu yang dia tidak sepatutnya sakit berseorang diri, dia juga memerlukan pertolongan disekelilingnya yang masih kisah tentang kehadirannya.

Gopal yang tersedar Gempa sedang menangis, terkejut.

"Gempa?! Kenapa menangis?! Kau sakit ke?!" kata Gopal dengan keadaan cemas membuatkan tiga lagi kawannya juga cemas.

"Kau nak aku panggil doktor ke?!" soal Yaya dalam keadaan cemas.

"Terima kasih," ucap Gempa.

"Huh?" Keempat-empat kawannya kehairanan.

"Terima kasih kerana muncul dalam hidup aku," kata Gempa teresak-esak.

Fang tersenyum lalu memeluk Gempa erat.

"Aku dah cakapkan, akukan kawan kau. Aku ada sentiasa untuk kau," kata Fang lalu Gopal turun memeluk Gempa.

"Jangan sedih-sedih lagi tau? Kami sentiasa ada untuk bantu kau," kata Yaya sambil menghulurkan tisu kepada Gempa, Gempa menganggukkan kepalanya.

Blaze yang melihat situasi itu hanya mampu tersenyum manakala Thorn bertepuk tangan dengan gembira dan Solar juga tersenyum kerana dapat melihat Gempa kembali dapat tersenyum semula.

Setelah beberapa hari lamanya berada di wad, Gempa akhirnya dapat pulang ke rumah setelah diberikan kebenaran bahawa dia sudah sihat sepenuhnya. Gempa mengemas beg bajunya dan mengangkutnya keluar dari wad ke lobi hospital di mana Tok Aba sedang menunggunya.

"Cukup tak barang tu? Nanti tertinggal pula," kata Tok Aba.

"Cukup, Gempa sudah periksa banyak kali tadi." Gempa membalas.

Tiba-tiba seorang doktor wanita berjalan mendekati Tok Aba dan Gempa.

"Maafkan saya?" Doktor itu menegur.

"Ya, doktor? Apa yang kami boleh bantu?" soal Tok Aba.

"Encik berdua ni waris Ais kan?" soal Doktor itu pula.

"Ya, kenapa ya?" Tok Aba bertanya dengan perasaan hairan.

"Saya ada sesuatu nak dibincangkan, sila ikut saya." Doktor itu membalas dan berjalan mendahului mereka berdua.

Gempa dan Tok Aba memandang antara satu sama lain, pelbagai perasaan bercampur baur di antara mereka berdua.

"Jom ikut je," kata Tok Aba lalu mengorakkan langkahnya dan diikuti oleh Gempa.

Mereka bertiga berdiri di koridor terpencil di mana tiada sesiapa lalu lalang, Gempa berasa gementar. Ada terjadi apa-apa kat Ais ke? Berita buruk ke? Pelbagai persoalan negatif bermain di dalam fikirannya.

"Saya dilaporkan yang bahawa segala rawatan Ais dibayar sepenuhnya." Kata-kata daripada doktor itu membuatkan Gempa dan Tok Aba membuntangkan mata mereka.

"Maafkan saya tetapi ulang sekali lagi?" soal Gempa, dia berasa tidak percaya dengan kata-kata itu.

"Saya dilaporkan yang bahawa segala rawatan Ais dibayar sepenuhnya." Doktor itu mengulangi ayatnya satu per satu, Gempa dan Tok Aba terdiam seketika.

"Siapa yang bayar?" soal Tok Aba untuk kepastian.

"Pembayar tidak mahu namanya disebut tetapi ini resitnya sebagai bukti," kata doktor itu sambil menghulurkan sekeping kertas.

Gempa mengambil kertas itu dan memeriksa harga rawatan Ais yang dibayar sepenuhnya, Gempa semakin terkejut.

"Untuk rawatan selanjutnya, adakah encik berdua ingin Ais terus berada di hospital ini atau di hospital di Pulau Rintis?" soal doktor itu.

"Lebih baik hantar Ais ke Pulau Rintis, ianya lebih dekat." Tok Aba membalas.

"Baiklah, saya akan meminta sesiapa untuk menghantar Ais ke Pulau Rintis dengan ambulan," kata doktor itu.

"Baiklah, terima kasih." ucap Tok Aba lalu doktor terus beredar manakala Gempa masih terkejut dengan apa yang terjadi.

Siapakah yang bayar kesemua rawatan Ais? Ianya memerlukan duit yang sangat banyak untuk membayar kesemuanya. Adakah kawan-kawannya? Tidak mungkin. Gempa ingin tahu siapa pembayar misteri itu.

☆☆☆☆

Kesemua adik-adik Gempa pulang ke Pulau Rintis bersama Tok Aba dan Gempa, mereka sekarang berada di rumah Tok Aba dan masing-masing memandang ke arah kertas resit yang diletakkan di atas meja.

"Abang yakin ke ni bukan scam?" soal Taufan, menginginkan kepastian.

"Takkan doktor nak menipu abang ngan Tok Aba kot? Agak-agaklah," kata Gempa, membantah kata-kata Taufan itu.

"Masalahnya kita tak tahu siapa bayarkan untuk kita," kata Taufan.

"Orang kaya je bayar benda sekali gus," kata Halilintar.

"Nenek bayar ke?" celah Thorn dengan wajah polos.

"Apa yang Thorny cakap ni? Nenek kan kedekut," bantah Solar, mereka semua hampir ketawa dengan kata-kata Solar itu manakala Thorn hanya membuat wajah keliru.

"Jangan fikir pasal tu sangat, kamu patut bersyukur yang ada orang baik nak tolong kita." Tok Aba mencelah sambil membawa dulang minuman.

"Baik." Mereka mematuhi kata-kata Tok Aba dan mengambil gelas minuman dari dulang yang dibawa oleh Tok Aba.

Tok Aba melabuhkan punggungnya di atas sofa yang kosong, dia memandang setiap wajah cucu-cucunya. Tok Aba terdiam sejenak, memikirkan sesuatu. Tok Aba menghela nafasnya, bersedia untuk berkata sesuatu yang bermain difikirannya.

"Atok nak beritahu kamu sesuatu ni." Tok Aba membuka mulutnya, menarik perhatian cucu-cucunya itu.

"Pasal apa, tok?" soal Taufan.

"Atok yakin yang kamu semua sudah bersedia untuk tahu perkara yang sebenar."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top