Bab 21
Halilintar menatap ke arah Ais yang terbaring lemah di atas katil dengan alat bantuan pernafasan melalui cermin tingkap Unit Rawatan Rapi, Halilintar mengeluh berat.
"Kenapa semuanya berlaku dalam satu masa yang sama?" fikir Halilintar.
Blaze yang duduk di kerusi sebelah katil Gempa, menatap sayu ke arah Gempa yang masih tidak sedarkan diri kerana kesan ubat tidur sebentar tadi. Blaze memegang tangan Gempa dengan sangat erat, hatinya terasa berat sangat. Blaze menundukkan kepalanya, matanya berkaca-kaca. Blaze dalam keadaan di mana dia dapat rasakan apa perasaan Gempa sekarang ini, hatinya terasa sakit. Sakit yang amat pedih.
"Abang, Abang Gempa tak apa-apa ke?" soal Thorn dengan nada sedih.
"A..Abang Gempa baik sahaja," kata Blaze dengan nada sebak, dia hampir sahaja mahu menangis.
Solar dan Thorn memeluk Blaze dengan erat, Blaze terdiam dan dia memeluk mereka berdua dengan sangat erat. Dia tidak tahan lagi berada di sini, dia mahu semuanya selesai dan berhenti.
"Blaze?" Tiba-tiba satu suara menyapa lembut Blaze, Blaze tersentak dan memandang ke arah pemilik suara itu.
"Tok.. Aba? Kenapa atok kat sini?" Blaze mengelap air matanya sendiri.
"Atok dapat panggilan daripada Hali yang Gempa dan Ais masuk hospital," balas Tok Aba.
"Tengoklah kamu bertiga," Tok Aba mengusap lembut rambut mereka bertiga, Tok Aba berasa kasihan dengan keadaan mereka yang tidak terurus.
"Maaf," ucap Blaze.
"Janganlah kamu meminta maaf, bukannya kamu yang buat salah." Tok Aba memujuk Blaze dengan lembut.
"Macam mana dengan Gempa? Atok dengar dia dah tiga hari tak makan ubat dia," sambung Tok Aba.
"Doktor tidurkan dia, dia.. Dia mengamuk tadi," balas Blaze dengan nada sedih.
"Astagfirullahalzim, sebab Ais ke?" soal Tok Aba, Blaze menganggukkan kepalanya.
"Gempa, Gempa." Tok Aba menatap ke arah Gempa, Blaze hanya mampu berdiam diri.
"Kamu dah nampak apa yang terjadi gara-gara kamu memaksa anak aku kahwin dengan anak kau?" kata Tok Aba dengan tegas, menolehkan pandangannya ke belakang.
Tak! Tak! Tak! Terdengar bunyi kasut tumit tinggi menghentak lantai wad, seorang wanita berumur pertengahan 50-an dan memakai pakaian lagak orang kaya berjalan mendekati mereka. Blaze tersentak dengan kelibat wanita itu.
"Nenek," kata Blaze sepatah, Solar dan Thorn menyembunyikan diri mereka dalam pelukan Blaze. Sepertinya mereka takut dengan sosok wanita bergelar nenek itu.
"Bukan ke kau nak bawa aku tunjuk cucu kau yang sudah nazak tu? Bukan yang ini," kata wanita itu dengan angkuh.
"Cucu aku yang satu ini pun sakit! Apa perangai kamu ni?!" kata Tok Aba dengan tegas.
"Aku tak kisah, aku nak cucu aku sahaja. Berikan mereka kepada aku," balas wanita itu.
"Tidak," balas Tok Aba ringkas.
"Kau jangan nak susahkan aku, aku cuma nak mereka." Wanita itu menatap tajam ke arah Tok Aba.
"Mereka cucu aku juga, darah daging daripada anak lelaki aku! Aku juga ada hak untuk ambil mereka!" Tok Aba melawan kata-kata wanita itu.
Kata-kata Tok Aba itu menusuk hati Blaze, dia tidak percaya yang lelaki tua tersebut menganggapnya sebagai cucunya.
"Aku tahu yang sebab kau mahu ambil mereka, kau nak gunakan mereka untuk puaskan nafsu kekayaan kau! Kau mahu mereka sengsara dan kau nak gunakan Blaze bila dia besar nanti seperti mana kau lakukan dekat anak lelaki aku! Kau ni manusia ke binatang?!" sambung Tok Aba, menetapkan ketegasannya.
Wanita itu berdecit, dia tidak dapat melawan kata-kata Tok Aba.
"Kau tunggu! Aku akan gunakan peguam aku untuk ambil cucu aku ni!" Wanita itu beredar dengan perasaan marah.
"Perangainya langsung tak berubah, asyik-asyik gunakan peguam dia itu. Apa punya nenek perangai macam tu," kata Tok Aba, mengeluh.
"Tok Aba kenal nenek?" soal Thorn.
"Mestilah atok kenal dia, dia adalah orang yang gunakan kuasa dia untuk jatuhkan atok." Tok Aba membalas.
"Jatuhkan atok?" soal Thorn.
"Kamu tak perlu tahu, kamu semua pasti penat. Pulanglah dahulu," kata Tok Aba.
"Bagaimana dengan Abang Gempa?" soal Blaze.
"Biarkan Tok Aba uruskan," balas Tok Aba.
"Baiklah." Blaze akur dengan arahan Tok Aba lalu Blaze bangun dan membawa dua adiknya keluar dari wad itu.
Tok Aba menatap ke arah Gempa dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi, Tok Aba mengeluh.
☆☆☆☆
Keesokan harinya, Gempa menatap sayu ke luar tingkap. Dia sudah tersedar dari kesan ubat tidur, matanya menatap kosong pemandangan di luar.
"Gempa, makanlah dulu." Tok Aba menyentuh tangan Gempa tetapi Gempa langsung mengalihkan tangannya daripada Tok Aba.
"Gempa, janganlah macam ni. Kamu kena makan, nanti kamu makin sakit pula. Makan ya?" rayu Tok Aba tetapi Gempa masih mendiamkan dirinya.
"Kalau Gempa makan, Tok Aba bawa Gempa jumpa Ais okay?" pujuk Tok Aba lagi tetapi kali ini Gempa memandang ke arah Tok Aba.
"Janji?" soal Gempa dengan nada datar.
"Atok janji, makanlah dulu." Tok Aba membalas, tangannya memegang sesudu bubur.
Gempa merapatkan badannya ke arah Tok Aba dan Tok Aba berhati-hati menyuapkan bubur tersebut ke mulut Gempa, Gempa tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Berita tentang Ais memberi impak besar kepada Gempa, Tok Aba berasa sangat risau.
"Lepas ni makan ubat kamu ya?" soal Tok Aba tetapi Gempa hanya sekadar mengangguk.
Setelah selesai makan, Tok Aba membawa Gempa ke Unit Rawatan Rapi seperti yang dijanjikan. Gempa menatap ke arah Ais yang terbaring kaku di atas katil melalui tingkap wad itu.
"Ais pasti akan baik-baik sahaja," pujuk Tok Aba untuk menyedapkan hati Gempa.
"Bila?" Gempa membuka mulutnya, Tok Aba mengerutkan dahinya.
"Bila Ais akan baik-baik sahaja kalau dia macam tu?" sambung Gempa, nadanya amat sayu.
"Kita ikhtiar, kita berdoa yang Ais akan sembuh." Tok Aba tetap memberi pujukan kepada Gempa.
"Walaupun sebanyak mana Gempa cuba berdoa, Gempa yakin yang Ais takkan pernah sembuh! Gempa tahu yang Ais akan jadi macam mama nanti!" bentak Gempa, matanya berkaca.
"Gempa janganlah cakap macam tu, kita kena berusaha berdoa! Tak baik cakap macam tu dekat adik kamu!" Tok Aba membantah kata-kata Gempa itu.
"Gempa sudah tak tahan dengan semua ini! Gempa berharap sangat yang biar sahaja Gempa yang terima penyakit Ais! Biarlah Gempa yang mati dahulu!" Gempa semakin hilang kewarasannya.
"Gempa! Kamu tak patut cakap macam tu!" Tok Aba melawan kata-kata Gempa, Tok Aba memegang erat wajah Gempa.
"Gempa kena berdoa untuk Ais supaya dia melawan penyakit itu, Gempa nak tengok Ais sihat kan? Gempa kena tolong Ais juga untuk terus hidup, Tok Aba akan tolong kamu juga! Kamu masih ada Tok Aba dan adik-adik kamu yang lain! Faham?" Tok Aba memberi kata-kata semangat kepada Gempa.
Gempa terdiam sebelum tangisannya pecah, dia tidak mampu menahan perasaannya lagi. Dia terlalu penat untuk hadapi segala ujian yang dia terima tetapi kata-kata Tok Aba menyedarkan dia yang pilihan mati bukanlah segalanya. Jika Gempa mati, ianya tidak akan mengubah apa-apa.
"Maafkan Gempa!" Gempa menangis dengan kuat, dia memeluk erat Tok Aba.
Satu sosok mendengar perbualan antara Gempa dan Tok Aba, dia mengetapkan giginya dan hatinya terasa seperti ditusuk sembilu apabila melihat keadaan Gempa itu. Dia dengan pantas beredar dari situ dengan hatinya yang penuh keresahan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top