Bab 20

"Nenek kau nak ambil kau dengan adik-adik kau dan blacklist kau daripada jumpa kami?!" Taufan membulatkan matanya.

"Ya," balas Blaze dengan nada sedih, tangannya memegang sebotol air mineral.

Mereka berdua sekarang ini berada di taman bunga hospital di mana tiada sesiapa lalu lalang di kawasan itu, kawasan yang terbaik untuk Blaze meluahkan segala cerita kepada Taufan.

"Kau, nak ikut nenek kau ke?" Taufan melontarkan soalan.

"Tak, aku tak mahu. Aku nak.. Aku nak duduk dengan korang," Blaze membalas.

"Bukan ke kau suka duduk kat bandar daripada duduk dengan kamu?" Taufan menyoal lagi, Blaze terdiam seketika.

"Itu sebelum aku kenal korang," balas Blaze, Taufan tersenyum.

"Banyak berubah dah kau sekarang," puji Taufan, Blaze terdiam malu.

"Tapi takkan kau tak boleh lawan nenek kau? Kau ada hak juga sebagai anak dan cucu." Taufan mengerutkan dahinya.

"Nenek aku tu orang kaya, orang ternama. Kalau ada duit, semua orang tak boleh lawan." Blaze membalas.

"Setuju, dunia sekarang semua orang mata duitan. Mereka tak kisah kalau kena rasuah walaupun ianya salah," balas Taufan, menyetujui kata-kata Blaze itu.

"Tetapi kenapa papa kahwin dengan mak kau ya? Sebab duit je ke?" Taufan berfikir.

"Itu sahaja yang aku tahu jugalah dan setahu mak aku mana suka papa," jawab Blaze, Taufan terkejut.

"Mak kau tak suka papa?!" kata Taufan dengan sedikit lantang kerana terkejut.

"Ya, dia hina aku dan adik-adik aku sebab ada iras seperti papa. Dia dera aku sebab aku cuma wajah seperti dia," balas Blaze dengan nada sebak, Taufan terdiam.

Taufan baru sahaja tahu keadaan Blaze yang juga merana kerana ayah mereka. Hanya kerana berwajah seperti ayah mereka, Blaze didera dan hidup adik-adiknya sengsara.

"Maaf bertanya, seteruk mana kau kena dera?" soal Taufan, dia cuba untuk tidak menguriskan hati Blaze.

Blaze terdiam sejenak sebelum dia membuka mulut dia semula.

"Teruk jugalah. Kalau aku tak patuh arahan mak aku, dia akan cucuh rokok kat lengan aku atau leher aku. Aku masih ada parutnya," Blaze menyelak bajunya di bahagian leher dan menunjukkan beberapa kesan parut dari deraan maknya, Taufan terkejut.

"Sebab tu ke kau selalu pakai baju lengan panjang?" soal Taufan, dia perasan Blaze selalu memakai baju berlengan panjang atau memakai jaket.

"Ya, aku tak nak tunjuk kelemahan aku." Blaze membalas.

"Tetapi mungkin kelemahan kau tu boleh menyelamatkan kau," kata Taufan, Blaze mengerutkan dahinya.

"Apa maksud kau ni?" soal Blaze.

"Kesan deraan daripada mak kau mungkin boleh membantu kau daripada tinggal nenek kau, buktikan apa yang mak kau lakukan dekat kau dan adik-adik kau. Bercakap benar, lawanlah seperti Abang Gempa seperti dia melawan papa. Kau kena berani, jangan lari lagi. Biar mereka tahu apa hak kau sebagai anak," kata Taufan dengan semangat, Blaze terkedu.

"Boleh ke?" soal Blaze.

"Mungkin kata-kata kau boleh mengubah papa untuk bercerai dengan mak kau, jangan sesekali berdiam lagi. Kalau kau berdiam, kau akan sentiasa sengsara." Taufan menjawab lagi, memberi kata-kata untuk Blaze menjadi berani.

"Baiklah, aku cuba." Blaze mengangguk, Taufan tersenyum dan mengusap belakang Blaze membuat Blaze juga tersenyum.

Terlihat dari bangunan berdekatan dengan taman tersebut, Ais menatap ke arah Blaze dan Taufan yang berada di taman tersebut melalui tingkap wadnya.

Tiba-tiba Ais terbatuk-batuk membuatkan tangannya secara refleksi menutup mulutnya, Ais mengalihkan tangannya apabila dia terasa cecair berada di telapak tangannya. Ais tersentak apabila ternyata darah mengotori telapak tangannya, Ais cuba untuk turun dari katilnya untuk menaiki kerusi rodanya tetapi tidak berjaya lalu tergelincir jatuh dari katil. Dia tersembam atas lantai, Ais mengerang kesakitan dan cuba berpaut pada besi katil tetapi tidak berjaya. Kepalanya terasa sakit sangat dan dunia disekelilingnya terasa berpusing, Ais terasa darah mengalir keluar dari hidungnya. Dia cuba untuk mengelapnya tetapi badannya terasa sangat sakit dan batuknya semakin teruk, memuntahkan cecair merah yang sangat pekat. Pintu wad milik Ais dibuka oleh seorang jururawat.

"Ais, waktu makan ub.." Kata-kata jururawat itu terpotong apabila dia tersedar sekujur tubuh Ais yang dikotori dengan darah terbaring lemah atas lantai.

"Doktor!!" Jururawat itu berlari keluar dari rawat untuk memanggil doktor yang berdekatan.

Sementara itu, Halilintar menjaga Gempa bersama Solar dan Thorn.

"Hali, pergilah tengok Ais dulu." Gempa membuka mulutnya.

"Nanti Hali pergi tengok, abang jangan risau." Halilintar membalas.

"Pergi jelah sekarang, nanti dia risau." Gempa membantah.

"Baiklah." Halilintar mengeluh seketika dan terus bangun dari kerusi yang didudukinya.

"Maafkan saya?" Tiba-tiba seorang jururawat menghampiri mereka.

"Ya?" Gempa mengerutkan dahinya.

"Kamu semua waris kepada Ais ke?" soal jururawat itu, Gempa dan Halilintar terkebil-kebil.

Tiba-tiba mereka berdua berasa tidak sedap hati apabila nama Ais disebut oleh jururawat itu.

"Ya," jawab Gempa dan Halilintar dengan perasan gementar.

"Saya harap kamu berdua bertenang, kami mendapat laporan yang Ais mengalami batuk berdarah sebentar tadi." Kata-kata daripada jururawat itu membuatkan Gempa tersentak.

"Dan keadaannya agak kritikal sekarang ini," sambung jururawat itu.

Gempa memegang dadanya sendiri, nafasnya terasa sesak apabila mendengar khabar berita itu. Badannya terasa menggigil, dia cuba untuk bangun dan ingin menanggalkan jarum IV daru tangannya. Halilintar terkejut dengan tingkah laku abangnya itu.

"Abang! Jangan!" Halilintar menghalang Gempa melakukan perkara itu.

"Tepi! Aku nak jumpa Ais! Aku sudah beritahu kau untuk tengokkan dia!" jerit Gempa seperti orang gila, suaranya kedengaran lantang di seluruh wad tersebut.

"Abang! Kau juga tengah sakit sekarang ni!" Halilintar cuba melawan Gempa yang mula memberontak.

"Tepi! Aku kata tepi!" Gempa menjerit dengan kuat sambil tangannya memukul badan Halilintar tetapi Halilintar masih mencuba untuk menahan Gempa itu manakala Solar dan Thorn terkaku melihat perilaku Gempa.

"Aku nak jumpa Ais! Jangan halang aku!!" Gempa semakin memberontak dan tangisannya semakin kuat kedengaran.

"Panggilkan doktor!" Halilintar terasa Gempa semakin hilang kawalan, jururawat tersebut terus berlari untuk dapatkan doktor.

"Halilintar!! Jangan halang aku!!" Gempa cuba melawan Halilintar dengan sepenuh tenaganya, Gempa menggigit lengan Halilintar membuatkan Halilintar mengerang kesakitan.

Taufan dan Blaze yang baru sahaja ingin balik ke wad di mana Gempa berada, terlihat sekumpulan doktor dan jururawat meluru laju ke dalam wad tersebut. Taufan dan Blaze memandang antara satu sama lain, mereka juga terdengar jeritan dari wad tersebut.

"Itu bukan ke suara Abang Gempa?" soal Taufan.

"Cepat!" Blaze terus berlari masuk ke dalam wad itu.

Taufan dan Blaze terkejut apabila Gempa yang menangis dan meronta dipegang erat oleh beberapa orang doktor dan jururawat, seorang jururawat mengeluarkan satu jarum dan berjaga-jaga menyuntik lengan Gempa yang sudah tidak terkawal di atas katilnya. Kesan suntikan itu perlahan-lahan memasuki salur urat Gempa, Gempa yang asalnya meronta-ronta perlahan-lahan tidak memberontak dan kedengaran esakkan tangisannya sahaja sebelum dia melelapkan matanya.

"Terima kasih," ucap Halilintar sebelum kumpulan doktor dan jururawat itu beredar.

Halilintar menatap ke arah Solar dan Thorn yang menangis ketakutan, Halilintar menghampiri mereka berdua dan memeluk mereka. Dia cuba untuk menenangkan kedua-dua anak kecil itu.

"Hali." Taufan menegur Halilintar, Halilintar mendonggakkan kepalanya.

"Apa yang terjadi kat Abang Gempa?" soal Taufan dengan nada risau tetapi Halilintar hanya mampu terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top