Bab 19

"Gempa?" Satu suara wanita yang lembut bergema di telinga Gempa.

"Aku di mana?" soal Gempa apabila dia seperti berada di dalam ruangan putih, tiada satu pun makhluk, bangunan atau tumbuhan yang hidup di ruangan itu.

"Gempa!" Suara itu memanggil Gempa lagi, Gempa memandang sekeliling dan mencari pemilik suara itu.

"Siapa tu?!" Gempa membalas, berharap pemilik suara itu muncul.

"Gempa!" Seorang wanita berbaju putih menutupi seluruh auratnya muncul di hadapan Gempa, Gempa terpegun dengan kecantikan wanita itu dengan wajahnya yang berseri-seri.

"Gempa dah lupa mama ke?" soal wanita itu dengan senyuman manis, Gempa tersentak.

"Mama?!" kata Gempa dengan nada terkejut.

"Dah besar panjang anak sulung mama ni," kata wanita itu sambil menyentuh lembut pipi Gempa.

"Betul ke ni mama?" soal Gempa, dirinya berasa was-was tetapi hatinya berasa sebak.

"Betul sayang, mama ni. Mama dengar yang Gempa asyik bersedih je?" balas wanita itu, Gempa terdiam seketika.

"Gempa, mama bangga yang kamu sekuat ini. Kamu jaga adik-adik kamu dengan sangat baik, mama gembira. Mama tahu kamu bertahan untuk adik-adik kamu," kata wanita dengan lembut.

"Gempa rindu mama," ucap Gempa dengan nada yang sebak, air matanya mula mengalir.

"Mama pun rindu Gempa tapi buat masa ni, Gempa bertahanlah. Mama sentiasa tunggu Gempa dan adik-adik okay?" kata wanita itu sambil mengusap air mata Gempa, Gempa menganggukkan kepalanya.

"Mama sentiasa sayang kamu seperti mana Gempa sayang mama dan adik-adik," sambung wanita itu lagi, Gempa terus memeluk erat wanita itu.

"Bangunlah, bertabahlah dengan ujian yang Tuhan beri kepada kamu. Mama tahu yang Gempa kuat dan mama bangga dengan Gempa," ucap wanita itu buat kali terakhir sebelum dia perlahan-lahan menghilang dari dakapan Gempa.

"Abang Gempa bangunlah! Abang Gempa!" Kedengaran suara anak kecil menangis memanggil Gempa, perlahan-lahan Gempa cuba untuk membuka matanya tetapi cahaya yang sangat terang menyukarkannya untuk buka mata.

"Abang Taufan! Abang Gempa dah bangun!" jerit Thorn apabila dia merasakan pergerakan Gempa yang terbaring di atas katil hospital.

Taufan tersentak dan terus bangun dari kerusi yang berada bersebelahan dengan katil Gempa.

"Abang okay ke? Sakit kepala ke?" soal Taufan dengan nada risau.

"Sikit," balas Gempa dengan lemah.

"Syukurlah Abang Gempa sedar," ucap Taufan, dia menghelakan nafas lega.

"Taufan panggil doktor kejap ya?" sambung Taufan sebelum dia dengan pantas beredar dari katil Gempa untuk memanggil doktor.

"Abang Gempa!" Thorn terus memeluk Gempa erat.

"Ya, abang ada kat sini." Gempa tersenyum lemah sambil mengusap rambut Thorn lembut.

"Thorn... Ingat Abang Gempa tinggalkan Thorn," kata Thorn dengan nada teresak-esak.

"Abang Gempa takkan tinggalkan Thorn lah, abang dah bangun kan?" balas Gempa sambil mengelap air mata Thorn.

Taufan berjalan pantas bersama seorang doktor ke katil Gempa.

"Selamat petang, Gempa." Doktor itu menyapa Gempa dengan nada lembut.

"Selamat petang," balas Gempa.

"Adik boleh turun tak? Doktor nak periksa abang adik," pinta doktor itu.

"Okay." Mengikuti arahan doktor itu, Thorn terus turun dari katil Gempa dan doktor tersebut terus memeriksa Gempa satu per satu.

"Macam mana doktor?" soal Taufan.

"Abang kamu sepertinya baik-baik sahaja, tiada refleksi yang agak abnormal tetapi dia masih memerlukan rehat dan pemantauan yang secukupnya," balas doktor itu.

"Syukurlah," ucap Taufan.

"Saya beredar dulu ya? Kalau apa-apa jadi, cepat-cepat panggil saya," kata doktor itu.

"Baik, doktor." Taufan membalas dan doktor tersebut terus beredar.

"Taufan." Gempa memanggil Taufan, menarik perhatian adik lelakinya itu.

"Kenapa abang? Abang nak apa-apa ke?" soal Taufan.

"Kamu ada beritahu Ais pasal abang ni?" soal Gempa pula, Taufan terdiam sejenak.

"Tidak," balas Taufan ringkas.

"Baguslah, abang tak nak dia risau sangat. Takut sakit dia makin teruk," kata Gempa, dia mengeluh sedikit.

"Abang Gempa pun sama, jangan nak paksa diri sangat. Doktor suruh rehat tu," kata Taufan dengan nada perli, Thorn menganggukkan kepalanya bersetuju dengan Taufan.

"Baiklah," balas Gempa, dia tersenyum sedikit dengan telatah Taufan dan Thorn itu.

"Abang Gem!" Halilintar meluru ke arah Gempa dan terus memeluknya.

"Hai, Hali." Gempa memeluk Halilintar kembali manakala Blaze dan Solar yang berdiri di belakang Halilintar.

Gempa yang terperasan Blaze dan Solar yang hanya berdiri kekok, melihat mereka dengan reaksi yang tidak diungkap. Gempa tersenyum sedikit dan menghulurkan tangannya, Blaze tersentak manakala Solar melihat ke arah abang sulungnya itu.

"Kenapa berdiri kat situ?" soal Gempa manakala Halilintar melepaskan pelukannya untuk memberi ruang kepada Blaze dan Solar.

"Mari sini," sambung Gempa.

Seperti diberi kebenaran, Blaze terus meluru ke arah Gempa dan memeluknya.

"Jangan risau, abang baik-baik sahaja." Gempa cuba menenangkan Blaze manakala Solar teragak-agak untuk mendekati Gempa.

Thorn yang perasan dengan gerak-geri Solar itu, terus memimpin tangannya dan menarik Solar je arah Gempa. Solar tersentak sedikit dengan kelakuan Thorn itu tetapi diikutinya sahaja. Gempa memegang tangan Solar yang dihulurkan oleh Thorn, ibu jarinya mengusap belakang telapak tangan Solar dengan lembut. Solar terkaku seketika sebelum menundukkan kepalanya.

"Maaf buat Solar takut," ucap Gempa dengan lembut.

Solar terdiam, dia tidak berkata apa-apa. Matanya memandang tepat ke arah lantai, Gempa perasan yang Solar agak diam sekarang ini. Dia memandang ke arah Blaze dan Blaze memahami isyarat mata yang diberikan oleh Gempa, Blaze terus mengangkat Solar dan meletakkan Solar di atas katil Gempa.

"Solar?" Gempa memanggil Solar, mengusap pipinya dengan lembut.

Gempa perasan yang mata milik Solar itu berkaca seperti menahan tangisan, wajahnya juga agak murung. Gempa menghela nafas lalu tersenyum, dia terus memeluk Solar.

"Kasihan Solar," ucap Gempa lalu dia mencium pipi Solar.

Solar yang diberi sentuhan lembut daripada Gempa itu, terus memecah tangisannya. Dia tidak pernah merasa sentuhan selembut ini setelah beberapa tahun, pelukan yang sungguh hangat daripada Gempa membuatkan dia berubah perspektif terhadap Gempa lebih banyak.

"Nangislah," kata Gempa dengan lembut, tangannya masih mengusap rambut Solar dan dia cuba menenangkan Solar.

Taufan dan Halilintar yang melihat pemandangan itu pun terasa sebak, Taufan menepuk dan menampar lengan Halilintar sehingga Halilintar tidak jadi mahu menangis malah mahu menampar Taufan pula.

Tiba-tiba telefon bimbit milik Blaze berdering menandakan ada panggilan masuk, memecah suasana sedih di antara mereka semua.

"Maaf," ucap Blaze ringkas sebelum dia berjalan keluar dari wad dan mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya.

Tertera nama pemanggil di skrin telefon bimbit Blaze, nama yang Blaze berasa berat hati untuk menjawab iaitu nenek.

"Baru sekarang kau nak telefon aku?" kata Blaze seorang diri, merungut.

Dengan berat hati, Blaze terus menjawab panggilannya.

"Apa nenek nak? Papa ada lapor apa-apa ke kat nenek sampai telefon Blaze ni?" Tanpa memberi apa-apa salam, Blaze terus menyoal dengan nada dingin.

"Cucu tak kenang budi! Kamu patut bersyukur yang nenek kahwin kan mak kau dengan bapak kau tu!" Neneknya menjerkah.

"Atas sebab duit? Macam tu? Sebab mak ngan neneklah, papa berubah! Papa cederakan anak kandung dia sendiri depan Blaze, nek! Semua yang papa dan kami buat nenek tak sedap mata! Hanya satu yang Blaze nak sampai sekarang iaitu papa ceraikan mak, Blaze tak tahan hidup dengan perempuan yang musnahkan hidup Blaze dan adik-adik Blaze!" jerkah Blaze pula, kesemua mata-mata yang melihat ke arahnya tidak dihiraukannya.

"Apa yang kamu cakap?! Kamu nak papa kamu ceraikan mak kamu?! Dalam mimpi! Sejak papa kamu hantar kamu ke rumah sana, perangai kau berubah ya?! Melawan cakap bapak kamu! Melawan cakap aku! Kenapa bapak kamu bodoh sangat hantar kamu ke sana?!" Kata-kata daripada neneknya itu menusuk lubuk hati Blaze, ianya semakin membuatkan perasaan marah Blaze semakin membuak-buak.

"Mak kamu akan dibebaskan nanti dan bodyguard nenek akan ambil kamu dan adik-adik kamu! Mulai saat ini kamu akan tinggal dengan nenek!" sambung neneknya lagi, Blaze tersentak.

"Apa?! Dibebaskan?!" Blaze terkejut.

"Ya! Dan nenek akan blacklist kamu daripada berjumpa anak-anak kandung bapak kamu tu!" balas neneknya dengan nada marah, Blaze terdiam sejenak.

"Tak! Blaze tak mahu dengan nenek!" Blaze menjawab.

"Nenek takkan dengar kata-kata kamu! Nenek akan ambil.." Sebelum neneknya mampu habis bercakap, Blaze terus menutup panggilan dan mematikan telefonnya.

Blaze mengerang marah, tertekan dengan kata-kata neneknya itu. Dia sudah buntu jika kata-kata daripada neneknya itu betul, dia tidak mahu berpisah daripada adik-beradik tirinya. Adik-beradiknya tirinya sudah seperti keluarga baginya, keluarga yang dicarinya selama ini. Dia tidak mahu sia-siakan hidupnya lagi dek kerana maknya yang tidak berperikemanusiaan.

"Blaze?" Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu Blaze membuatkan Blaze tersentak daripada lamunannya.

"Tau..Taufan," kata Blaze apabila Taufan berdiri di sebelahnya.

"Kau okay tak ni? Aku dengar suara kau dari dalam," soal Taufan dengan wajah risau, Blaze terdiam.

"Jangan pendam, cakap dengan aku." Taufan cuba untuk memujuk Blaze untuk bercakap benar.

Blaze menghela nafasnya dan menganggukkan kepalanya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top