Bab 17

Halilintar berjalan keluar dari bilik tidur dengan keadaan rambut yang kusut masai, baru bangun tidur barangkalinya. Dia menggaru-garu kepalanya dan juga badannya sambil mengguap luas.

"Mulut tu tutup, nanti masuk lalat." seloroh Gempa yang muncul di pintu yang berhubung antara ruang tamu dan dapur, Halilintar terkebil-kebil.

"Abang Gem?! Abang buat apa kat sini?! Bukan abang patut kat hospital?!" Halilintar mengajukan soalan dengan pantas bak seperti namanya.

"Bawa bertenang, abang cuma nak siapkan sarapan untuk korang semua. Abang masuk-masuk, semuanya masih mengular atas katil." Gempa menjawab sambil tangannya memegang pinggang seperti mak-mak membebel kepada anak-anaknya, Halilintar ketawa kekok.

"Pergi mandi tu! Busuk!" seloroh Gempa lagi sambil tangannya mengipas-ngipas dihapadan wajahnya.

"Abang ni!" marah Halilintar manja membuatkan Gempa ketawa berdekah sebelum kembali ke dapur.

"Kenapa bising-bising ni?" Taufan bersuara mamai sambil menggosok matanya yang masih terbuka separuh, mulutnya menguap luas tanda dia masih mengantuk.

"Oh, dah bangun akhirnya!" Gempa bersuara lantang di dapur sambil tangannya sibuk mengacau nasi goreng yang masih panas di dalam kuali.

"Eh? Abang Gem? Kenapa.."

"Abang Gem saja singgah, nak buat sarapan untuk korang semua." Gempa memotong Taufan yang baru sahaja ingin menghabiskan ayatnya.

"Lah, abang tak payah risau sangat. Kita kan boleh buat sarapan juga," balas Taufan.

"Yelah tu. Abang masih ingat bila abang awal pergi kerja, korang semua makan maggi pagi-pagi. Tak ada benda lain nak makan ke untuk sarapan?" bebel Gempa, Taufan mengurut dahinya sendiri. Pagi-pagi dah kena bebel.

"Baiklah, tuanku. Patik menurut perintah," seloroh Taufan sebelum dicubit manja oleh Gempa membuatnya mendesah kesakitan.

"Pergi basuh muka tu! Dah macam tapai basi aku tengoknya," seloroh Gempa pula.

"Abang ni!" marah Taufan, sekali lagi Gempa berdekah kerana berjaya membuat adiknya marah.

"Nasib Abang Gem masih tersenyum," kata Halilintar sambil berpeluk tubuh.

"Betul!" Taufan menyetujui kata-kata Halilintar.

"Aku masuk tandas dulu!" Halilintar bersuara sebelum berlari ke arah bilik air dengan sepantas kilat.

"Hali! Aku nak masuk dulu!" Taufan mengejar Halilintar, Gempa hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya dengan telatah adik-adiknya. Tiba-tiba tangan kecil menarik-narik apron Gempa membuatkan Gempa memandang ke bawah.

"Abang Gem.." Thorn bersuara mamai sambil menggosok matanya.

"Helo, Thorny. Kenapa bangun awal sangat?" Gempa terus dukung Thorn manakala salah satu tangannya mengaul nasi goreng di dalam kuali.

"Bising.." balas Thorn, memeluk leher Gempa sambil kepalanya disandar ke bahu milik Gempa. Gempa tertawa kecil.

"Okey, okey. Thorn tidur je kat bahu abang," kata Gempa sambil mengusap lembut rambut Thorn, membuatkan Thorn perlahan-lahan mengantuk kembali dan dia tertidur. Gempa ketawa lembut lalu tangannya kembali sibuk menyediakan sarapan untuk adik-adiknya.

Beberapa jam kemudian setelah kesemua penghuni di dalam rumah tersebut sudah bangun dan bersarapan, mereka melakukan aktiviti bagi meluangkan masa bersama.

"Weh! Weh! Kau main tipu! Macam mana kau dapat banyak lot?!" jerit Blaze yang sedang memegang kad permainan papan saidina.

"Mana ada aku main tipu, aku kaya okay?" Taufan mengipaskan dirinya dengan duit palsu saidina itu, acah-acah anak orang kaya.

"Kau tak pandai berurus niaga, itu sahaja." Halilintar melepaskan sedas ayat membuatkan Blaze sentap.

"Merajuklah gini!" Blaze buat-buat merajuk dan baring di atas lantai tidak menghadap ke arah Halilintar dan Taufan.

"Lah! Merajuk pula dia ni! Ngada!" seloroh Halilintar manakala Thorn dengan polosnya menepuk-nepuk Blaze lembut untuk pujuk abangnya itu.

Gempa yang melihat telatah adik-beradiknya hany ketawa, dia berasa tenang yang mereka semua mula rapat dan berbaik antara satu sama lain. Gempa masih sibuk di dapur untuk membuat makanan tengah hari sebelum dia melawat Ais di hospital.

"Hm? Kenapa, Solar?" Gempa memandang ke bahagian sebelah kanannya apabila dia terasa sosok tubuh kecil menghampiri dia.

"Tangan," kata Solar ringkas, Gempa terpinga-pinga tetapi dia menuruti sahaja dengan memeberi tangannya kepada Solar.

Solar mengeluarkan sesuatu dari poketnya, dia letakkannya di belakang telapak tangan Gempa dan dia terus melarikan diri dia setelah itu. Gempa mengerutkan dahinya dan memandang ke arah belakang telapak tangannya, ternyata ia adalah pelekat matahari yang tersenyum ceria bersama perkataan 'thank you' tertera padanya. Gempa ketawa kecil lalu memandang ke arah Solar yang lompat atas Blaze yang masih terbaring di atas lantai membuatkan Blaze mengerang kesakitan manakala Taufan dan Halilintar mentertawakan dia.

"Sakitlah, Solar!" marah Blaze manakala Solar hanya buat tidak endah dan sambung baring atas Blaze dan sembunyikan wajahnya. Malu barangkali.

"Sama-sama," kata Gempa di dalam hati sambil melihat sticker itu kembali, tersenyum.

Pada pukul 2 petang, Gempa sudah siap menyediakan makanan untuk dibawanya ke Ais dan badannya juga berbau wangi kerana baru sahaja selesai membersihkan dirinya.

"Abang Gem nak pergi dah ke?" soal Thorn yang berdiri di pintu.

"Oh, Thorn! Ya, abang dah nak pergi jumpa Abang Ais. Duduk kat rumah elok-elok tau," pesan Gempa sambil mengusap lembut rambut Thorn.

"Okie dokie!" kata Thorn dengan riang.

Gempa ketawa kecil dan mengorak langkahnya ke pintu utama, Halilintar dan Taufan yang sibuk menonton televisyen di ruang tamu mengalihkan pandangan mereka apabila tersedar dengan kelibat Gempa.

"Abang! Nak pergi hospital ke?!" soal Taufan dengan suara sedikit lantang dari suara televisyen yang sedikit kuat.

"Ya! Jaga rumah elok-elok tau! Kalau apa-apa hal, telefon!" balas Gempa lalu memakai kasutnya dan berjalan keluar.

"Hati-hati!" ucap Taufan melalui tingkap rumah dan Gempa membalasnya dengan lambaian tangan.

Gempa berjalan di laluan pejalan kaki untuk ke perhentian bas yang terdekat tetapi semasa dalam perjalanan, Gempa terperasan sebuah kereta merah bertembung dengannya. Gempa tidak perasan siapakah pemilik kereta itu kerana tingkapnya yang sangat hitam dan gelap. Gempa berfikir sejenak, dia seperti kenal kereta tersebut tetapi dia teruskan perjalanannya ke perhentian bas.

"Mungkin kereta tu pernah lalu kat rumah sebelum ni," kata Gempa dalam hati dan terus berlari kerana tidak mahu ketinggalan bas.

Manakala pemandu kereta merah itu menatap Gempa melalui cermin sisi dan cermin belakang keretanya, pemandu itu mengunci mulutnya dan tangannya menggenggam stereng keretanya dengan erat. Dia mahu berpatah balik, mengikuti Gempa tetapi dia membuang hasratnya itu dan sambung memandu keretanya ke destinasi yang dia ingin tuju.

"Hali! Bagi balik remote tu!" Taufan cuba merebut alat kawalan jauh daripada Halilintar.

"Tak mahu! Aku nak tengok running man ni!" kata Halilintar sambil menolak Taufan ke tepi.

"Kau asyik dengan korea kau tu je!" rungut Taufan tetapi dia masih tidak berputus asa dan cuba untuk terus berebut alat kawalan jauh daripada Halilintar.

Perebutan alat kawalan jauh antara Halilintar dan Taufan terganggu apabila sebuah kereta merah diparkir di halaman rumah mereka itu, Halilintar dan Taufan mendekati tingkap untuk melihat kereta tersebut. Mereka berdua memandang antara satu sama lain dan terus bangun dari sofa, berlari ke bilik Blaze.

"Blaze!" Halilintar dan Taufan memanggil nama Blaze serentak.

"Kenapa?" Blaze mengerutkan dahinya sambil tangannya sibuk mengeringkan rambutnya, baru sahaja selesai mandi barangkali.

"Ada orang datang!" balas Halilintar dan Taufan serentak lagi, Blaze terdiam seketika.

"Siapa?" soal Blaze lagi, dahinya semakin berkerut.

"Tak tahu, kereta warna merah. Lawa weh," kata Taufan manakala Halilintar menatap datar ke arahnya.

"Sempat lagi puji kereta tu!" Halilintar menampar bahu Taufan lembut manakala Taufan hanya tersengih.

"Kereta merah?!" Blaze terus berlari ke tingkap ruang tamu, Halilintar dan Taufan memandang antara satu sama lain lagi sebelum berlari mengikuti Blaze.

Blaze berdiri di tingkap yang terletak di ruang tamu, tangannya menyelak langsir sedikit supaya orang yang berada di luar rumah tidak sedar atas kehadirannya disebalik langsir.

"Kenapa?" soal Taufan dengan perasaan ingin tahu tetapi Blaze menutup mulut Taufan.

"Diam." Hanya itu dikatakan oleh Blaze, matanya masih menatap ke arah kereta merah yang diparkir di halaman rumah.

Halilintar yang berdiam diri tersedar riak wajah Blaze, Halilintar berfikir yang Blaze seperti mengenali kereta itu. Pintu kereta terbuka dan pemilik kereta itu menjejak keluar dari keretanya itu, Blaze tersentak. Halilintar yang terperasan riak wajah Blaze yang mula pucat lesi itu mula berasa risau, dia juga turut melihat keluar tingkap. Terkedu juga, pemilik kereta itu.. seseorang yang mereka tidak mahu berjumpa secara tiba-tiba muncul lagi.

"Taufan, bawa Solar dan Thorn ke bilik!" Halilintar bersuara.

"Kenapa?" Taufan mengerutkan dahinya.

"Orang tua tu datang!" balas Halilintar, Taufan terkejut.



_____________________________________________

Hai! Nia is back with Dramarama~!! Maaf sebab buat kamu semua tertunggu-tunggu, Nia cuba nak ingat dan susun balik plot cerita ni. Harap-harap ianya tak membosankanlah.

Selamat baca dan enjoyyyy~!!

_____________________________________________

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top