Bab 14
Gempa, Halilintar, Taufan, Ais, Solar dan Thorn duduk terdiam di ruang tamu, mereka berenam terutama sekali Gempa, Halilintar, Taufan dan Ais masih terkejut dengan perbuatan jahat Blaze itu.
"Budak tu dah makin melampau, kita kena cari dia!" Taufan yang bersuara secara tiba-tiba dalam keadaan sunyi itu membuatkan mereka semua memandang kearahnya.
"Tapi dimana? Kita pun tak tahu dia lari di mana!" Halilintar pula bersuara.
"Alah, kita cuba cari jelah dia. Entah-entah dia lari dekat-dekat sini," balas Taufan.
"Atau dia lari ke Kuala Lumpur?" Ais pula bersuara.
"Ya, betul." Solar mencelah membuatkan Halilintar, Taufan, Gempa dan Ais menatap ke arahnya secara serentak.
"Dia kat mana?" soal Gempa yang sekian lama mendiamkan dirinya.
"Dia pergi ke tempat mak bekerja," balas Solar.
"Tempat mak dia bekerja? Lah, korang semua tahu rupanya yang mak korang bekerja kat mana. Kenapa korang tak pergi je kat mak korang tu?" soal Taufan sambil berpeluk tubuh.
"Papa tak bagi," balas Solar dengan nada sedikit sayu.
"Mak kau kerja apa?" soal Halilintar tetapi Solar hanya mendiamkan dirinya dan mengetapkan bibirnya, dia berasa malu untuk meluahkan apakah pekerjaan sebenar ibunya itu.
Gempa, Halilintar, Taufan dan Ais memandang antara satu sama lain, tiba-tiba mereka berempat terutama sekali Halilintar berasa ada yang tidak kena dengan latar belakang tiga beradik ini. Gempa menghampiri Solar dan memegang kedua-dua bahu kanak-kanak itu.
"Jangan risau, kami tidak akan ketawakan apakah pekerjaan sebenar mak Solar tapi kami nak kepastian."
"Tapi Abang Gem, Blaze ketawakan pekerjaan kau. Takkan abang maafkan dia?!" Taufan mencelah.
"Taufan, biarlah dia yang ketawakan pekerjaan abang tapi janganlah kita juga ketawakan pekerjaan mak dia. Sekarang ni tentang mak mereka, orang yang melahirkan mereka. Orang yang sepatutnya mendidik mereka," balas Gempa membuatkan Taufan terdiam seketika.
"Jadi, apa pekerjaan mak Solar?" soal Gempa lagi.
"Di-Dia kerja sebagai pelacur." Akibat daripada jawapan yang keluar dari bibir Solar itu membuatkan Gempa sedikit terkejut.
"Aku ingat dia kerja mewah-mewah sampai ketawakan kerja Abang Gem, rupanya pelacur." Taufan berkata perlahan menyebabkan dia diketuk di bahagian kepala oleh Halilintar yang duduk di sebelahnya.
"Sakitlah!" Taufan mengerang kesakitan manakala Halilintar mengalihkan pandangannya daripada Taufan seperti tiada apa-apa yang terjadi.
"Tapi kenapa dia minta duit itu kalau dia bekerja?" soal Halilintar.
"Sebab kerja kat situ bukannya mewah sangat, cukup-cukup makan. Sekali sekala sahaja dapat merasa duit banyak-banyak tapi mak gunakan duit itu kepentingan dia, lagipun kami tak nak makan duit haram." Solar bersuara membuatkan mereka terkaku, ada benar juga yang pekerjaan sebagai pelacur dikira sebagai kerja haram tetapi mereka tahu yang mak mereka ini terpaksa untuk mencari duit.
"Tapi kalau dia ada duit untuk kepentingan dia, kenapa dia masih nak ambil duit yang papa bagi?!" Taufan bersuara sedikit tinggi membuatkan dia menerima tatapan tajam daripada Gempa.
"Ma..Maaf," ucap Taufan gagap.
"Sebab dia tamak, semua harta papa dia nak ambil. Lagipun mak tetap mak kami, Abang Blaze pun buat macam tu sebab dia masih sayang mak walaupun Abang Blaze selalu kena pukul dengan mak." Solar membalas membuatkan Gempa dan Halilintar memandang antara satu sama lain.
"Tapikan, aku tertanya-tanya kenapa papa masih lagi bersama dengan perempuan itu walaupun papa dah tahu perangai teruk perempuan itu. Kenapa tak cerai je perempuan tu?" Taufan mencelah membuatkan Gempa dan Halilintar turut terfikir.
"Betul juga apa yang kau cakap, aku rasa ada yang tak kena dengan hubungan papa dan mak mereka ni." Halilintar bersuara.
"Atau mungkin sebab papa rasa kasihan kat dorang?" Gempa memandang Solar dan Thorn sayu.
"Mungkin sebab itulah papa hantar dorang ke sini sebab dia tak nak mereka berjumpa dengan mak mereka lagipun mak korang macam tak kisah pasal korang pun walaupun dia wujud," kata Taufan.
"Ya, mak benci kami sebenarnya sebab muka kami sama dengan papa." Solar membalas membuatkan mereka melopong.
"Kau biar betul ni?!" Taufan terkejut.
"Abang yakin memang ada benda yang tidak kena. Abang nak cari dia," kata Gempa lalu dia terus mengambil beg galasnya.
"Abang Gem, Thornie nak ikut!" Thorn turun dari sofa dan berlari ke arah Gempa.
"Baiklah," balas Gempa.
"Aku pun." Ais menghampiri Gempa sambil menyarungkan topi biru lautnya itu.
"Baiklah, jom. Yang lain jaga rumah. Kalau Tok Aba datang, cakap yang kami ada hal untuk diuruskan." Gempa memberi arahan lalu menerima anggukkan daripada Taufan, Halilintar dan Solar.
"Abang Gem." Langkah Gempa terhenti apabila namanya dipanggil.
"Kenapa Solar?" soal Gempa sambil matanya menatap ke arah Solar.
"Kalau Abang Blaze sudah tiada di tempat kerja mak, abang pasti tahu dia akan menuju ke mana. Kan?" soal Solar lalu menerima anggukkan daripada Gempa.
"Aku tahu."
☆☆☆☆
Blaze menatap setiap wajah Gempa, Ais dan Thorn yang berdiri di hadapannya, sudah dua minit mereka berempat berdiri di hadapan pintu pagar rumah yang merupakan milik ayah mereka. Suasana amatlah sunyai, cuma angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapa mereka berempat. Mata masing-masing masih menatap antara satu sama lain.
"Kenapa korang ada kat sini?" Blaze mula membuka mulutnya setelah lama berdiam diri.
"Sebab kami cari kau." Ais membalas mewakili mereka beetiga.
"Buat apa korang nak cari aku? Buang masa sahaja," kata Blaze lalu dia berjalan ke arah pintu pagar dan mengeluarkan kunci dari poket seluarnya, Thorn terkejut.
"Mana abang dapat kunci tu?! Bukan ke papa dah rampas daripada abang?!" soal Thorn, serta merta Gempa dan Ais menatap ke arah Thorn. Terkejut.
"Itu bukan masalah kau," kata Blaze sambil dia berjalan masuk ke dalam rumah itu.
Blaze membuka pintu rumah itu, serta merta Blaze menutup hidungnya. Bau yang amat dia tidak sukai menusuk rongga hidungnya iaitu bau alkohol. Pelbagai jenis botol dan tin alkohol bergelimpangan di atas lantai. Keadaan rumah yang sepatutnya menjadi rumah yang selesa dan bersih, tidak lagi seperti itu malah kotor dan tiada rupa rumah lagi bagaikan kapal pecah. Gempa, Ais dan Thorn yang turut masuk ke dalam rumah itu turut terkejut dengan keadaan rumah itu.
"Teruknya tempat ni," kata Gempa di dalam hati sambil matanya melilau memandang sekeliling rumah itu.
Blaze yang asyik bergerak di setiap ruang mula mengutip sampah sarap yang ada di atas lantai, meja dan rak. Tangannya mula mengemas rumah itu manakala tiga pasang mata lagi menatap ke arahnya, terdiam.
"Mari sini abang tolong kau," kata Gempa dengan relanya.
"Tak perlu," balas Blaze dingin.
"Tak apa, mari sini." Gempa merampas mop dan baldi daripada Blaze dan dia mula membersihkan lantai rumah itu, Blaze terkedu.
"Korang berdua, bersihkan dalam bilik." Gempa memberi arahan.
"Baik, bos!" Ais dan Thorn sambil menabik tangan tanda ala prajurit askar yang bersedia untuk berperang, Gempa ketawa terkekeh-kekeh.
"Kau pula, Blaze. Pergilah bersihkan dapur tu," arah Gempa membuatkan Blaze tersedar dari lamunannya dan dia terus berjalan ke dapur.
Beberapa jam kemudian, mereka berempat terbaring di atas permaidani di ruang tamu menandakan mereka kepenatan setelah membersihkan rumah itu. Keadaan yang agak senyap dan cuma bunyi kipas siling yang dipasang di ruang tamu yang kedengaran membuatkan Gempa ingin menutup matanya yang terasa berat itu.
"Gempa?" Tiba-tiba namanya disapa membuatkan Gempa kembali membuka matanya.
"Ya?" Gempa memandang ke arah orang yang memanggilnya, Blaze.
"Kenapa kau tolong aku?" soal Blaze membuatkan Gempa tersenyum seketika.
"Seperti papa cakap, kaukan adik abang. Mestilah seorang abang akan tolong adik dia," balas Gempa membuatkan Blaze terdiam seketika.
"Tapi aku banyak kali sakitkan hati kau, kau tak patut gelarkan aku adik kau." Blaze kembali membalas.
Gempa mengubahkan posisi badannya dan sepenuhnya mengiring ke arah Blaze supaya dia dapat melihat wajah Blaze dengan lebih selesa, dia memberikan lagi senyuman itu kepada Blaze.
"Sebab abang cuba untuk anggap kau sebagai adik abang sendiri walaupun kau menyakitkan, abang cuba menjalankan tugas abang sebagai seorang abang sulung. Abang cuba menerima korang semua sebab abang tahu yang kita ialah adik beradik walaupun dilahirkan daripada ibu yang berbeza tetapi kita punya ayah yang sama, abang cuba untuk mengenali setiap adik-adiknya walau seteruk mana perangai adik-adiknya. Kalau secara jujur, abang pun penat dengan perangai kau yang teruk ini tapi abang cuba untuk jadi kuat. Abang berharap yang segala usaha abang ini bakal mempunyai hasilnya suatu hari nanti tapi abang tak tahu bila, hanya Tuhan sahaja tahu." Gempa terang panjang lebar.
"Ta..Tapi kau benci aku kan? Sebab aku benci kau," balas Blaze.
"Kalau abang benci kau, dah lama abang biarkan kau terkontang kanting. Tak kisah pasal kau dan tinggalkan kau begitu sahaja, biarlah pandai-pandai kau berdikari sendiri. Kalau abang benci kau, abang takkan ada di sini. Di rumah ini," kata Gempa membuatkan Blaze terdiam sepenuhnya.
"Abang tahu sebab kenapa kau berperangai seperti itu sebab kau tak tahu cara untuk mengambil perhatian kami, betulkan?" soal Gempa membuatkan Blaze terkejut, Gempa masih tersenyum.
"Abang pun dulu macam tu selepas mama abang meninggal dunia, abang jadi cepat marah-marah, cepat rasa benci, dengan orang, rasa macam ada yang kosong tetapi bila Tok Aba datang dan cuba tenangkan abang, baru abang sedar yang abang ingin kasih sayang seseorang, abang sedar yang abang banyak menyakitkan dorang dan buat mereka risau sebab perangai abang," sambung Gempa lagi manakala Blaze hanya berdiam diri.
"Sebab itu abang cuba untuk dekat dengan kau, abang nak beri kasih sayang yang Blaze tidak pernah rasa." Gempa berkata lagi lalu menatap wajah Blaze, Gempa terdiam.
Dia perasan air mata keluar dari tubir mata Blaze, dia kembali tersenyum lalu dia mengelap air mata Blaze.
"Mari sini." Gempa mendepakan tangannya lalu menarik Blaze ke dalam dakapannya.
"Nangislah sebanyak mana kau mahukan," kata Gempa lalu dia perlahan-lahan dengar tangisan sedu keluar dari mulut Blaze.
"Maafkan aku," ucap Blaze berkali-kali.
"Ya, abang maafkan kau." Gempa membalas.
Tiba-tiba sesi menangis itu diganggu dengan bunyi yang dihasilkan oleh telefon pintar milik Gempa, Gempa mengeluarkan telefon pintarnya dan membuka telefonnya. Gempa terkejut.
"Blaze." Gempa memanggil Blaze yang masih menangis dalam dakapannya.
"Ke..Kenapa?" soal Blaze dalam keadaan tersedu-sadan.
"Tengok ni," kata Gempa lalu satu mesej dari telefon pintarnya ke arah Blaze.
Blaze mengelap air matanya supaya menjelaskan penglihatannya, Blaze membaca mesej itu dan dia terkejut. Blaze menatap wajah Gempa dengan perasaan penuh tidak percaya dengan apa yang dia baca.
_________________________________________
Sudah lama Nia tinggalkan cerita ini, akhirnya dapat juga ilham untuk update chapter baru. Ilham yang dihasilkan oleh rasa kebosanan terkurung di dalam rumah walaupun Nia ni introvert yang berjaya. X'D
_________________________________________
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top