Bab 12

Blaze berjalan di tengah malam, berkali-kali dia cuba menelefon ayahnya tetapi langsung tidak berjawab. Blaze mengerang kegeraman lalu dia pandangannya teralih, menatap ke arah hospital yang tersergam megah di hadapannya. Dia berjalan masuk ke dalam kawasan hospital itu tetapi hasratnya terhenti untuk masuk ke dalam bangunan hospital kerana dia tiba-tiba berasa buntu lalu dia berjalan ke suatu tempat iaitu taman hospital yang tidak jauh dari bangunan hospital. Dia melabuhkan punggung di kerusi berdekatan.

"Heh, indah sungguh langit malam ni." Blaze monolog seorang diri, tiba-tiba perhatiannya teralih apabila telefon bimbitnya berbunyi.

Blaze membuka skrin telefon bimbitnya dan terpampang notifikasi whatsapp daripada seseorang, Blaze menekan icon whatsapp dan membaca mesej itu. Blaze mengeluh berat sebelum membalas mesej itu.

Blaze terdiam seketika, dia menggaru kepala. Dia tahu yang ayahnya memberi duit kerana lelaki itu memberitahunya awal-awal lagi tetapi duit itu sekarang berada di dalam tangan Gempa. Blaze berdengus.

"Menyusahkan betul," rungut Blaze.

"Kau seorang je ke kat sini?" Tiba-tiba suara seseorang mengejutkan Blaze, Blaze menoleh dengan segera dan terlihat sosok Ais yang duduk di atas kerusi roda berada di pintu taman.

"Macam mana kau tahu aku kat sini?" soal Blaze.

"Aku perasan kau melalui tingkap wad aku." Ais menunjukkan tingkap wad yang berada tepat dengan taman.

"Mana abang kau?" soal Blaze.

"Dia tidur, dia penat sangat kot sebab jaga aku." Ais menggerakkan kerusi rodanya berdekatan dengan kerusi yang diduduki Blaze.

"Kau betul-betul sakit ke?" soal Blaze lalu menerima jentikkan daripada Ais di dahinya, walaupun jentikkannya perlahan tetapi menyakitkan.

"Sakitlah, apa kau buat ni?!" jerkah Blaze sambil mengusap dahinya yang kemerahan.

"Kalau aku tak sakit, buat apa aku duduk merempat kat sini. Genius," potong Ais.

"Apa-apa jelah." Blaze mencebikkan bibirnya.

"Kau datang ke sini sebab nak jumpa Gempa ke?" soal Ais.

"Ya," balas Blaze.

"Untuk apa?" soal Ais lagi.

"Aku nak duit aku," balas Blaze lagi.

"Buat apa dengan duit itu?" soal Ais lagi.

"Kau tak perlu tahu." Blaze membalas dingin.

"Sebab kau nak beli rokok?" soal Ais membuatkan Blaze terkejut.

"Apa yang kau cakap ni?!" bentak Blaze.

"Yelah, kaukan hari tu balik dengan bau asap rokok. Mestilah kau nak beli rokokkan?" kata Ais.

"Mana ada lah, aku tak beli rokok. Aku tak merokok," balas Blaze.

"Habis tu? Kenapa baju kau bau rokok?" soal Ais dengan perasaan penuh ingin tahu.

"Sebab Norman dengan budak dia merokok depan aku," balas Blaze.

"Patutlah pun," kata Ais pula.

"Tapi kau tak patut berkawan dengan Norman ngan budak-budak dia tu," sambung Ais.

"Kenapa? Sebab mereka buli kau dengan adik-beradik kau? Itu bukan hal aku," balas Blaze lalu menerima keluhan daripada Ais.

"Sebab mereka tu pisau cukur," kata Ais.

"Aik? Lelaki boleh jadi pisau cukur?" Blaze mengerutkan dahinya.

"Boleh je, mereka jadi kawan kau sebab dia nak duit je. Abang Hali pun pernah berkawan dengan mereka tu tapi lepas Abang Hali tahu apa agenda sebenar mereka. Abang Hali terus tak nak berkawan dengan mereka tapi itulah, Abang Hali, Abang Taufan ngan aku pula kena buli sebab Abang Hali tak nak bagi duit kat mereka," terang Ais panjang lebar membuatkan Blaze terdiam seribu bahasa.

"Sebab itu Abang Hali cuba halang kau hari itu, dia tak nak benda yang sama berlaku kepada kau. Abang Hali nampak je garang tapi dia baik je," sambung Ais lagi.

"Dahlah, aku kena masuk wad. Nanti Abang Gem terkejut pula kalau aku tiba-tiba hilang, jaga diri." Tiba-tiba sebuah senyuman terukir di bibir Ais membuatkan Blaze terkejut, ini kali pertama yang Ais tersenyum ke arahnya.

Ais menggerakkan kerusi rodanya dan beredar meninggalkan Blaze yang masih duduk di kerusi taman, Blaze menatap ke arah Ais sehingga dia menghilang daripada pandangannya. Tiba-tiba telefon bimbit Blaze kembali berbunyi, Blaze membuka skrin telefonnya dan membaca mesej yang dihantar daripada Norman.

Blaze terdiam, dia memegang erat telefon bimbitnya. Dia berfikir untuk membalas atau tidak mesej Norman itu, dia mengeluh dan kembali menutup skrin telefonnya. Membiarkan mesej itu tergantung, Blaze bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari taman. Blaze menikmat angin malam dan berjalan di lorong sunyi bersama masalah yang membelenggu dirinya.

Sementara itu, Ais memanjat semula katil yang berada di dalam wadnya. Sekali sekala dia menatap ke arah Gempa yang tertidur nyenyak di atas sofa yang berada tidak jauh daripadanya.

"Sempatkah aku untuk melihat adik-beradik kandung dan tiriku bahagia?" Fikir Ais lalu dia menatap ke arah langit.

Keesokkan harinya, Blaze berjalan masuk ke dalam kawasan sekolah bersama Halilintar dan Taufan tetapi dia berjalan jauh di belakang mereka berdua. Dia langsung tidak mahu menatap ataupun bercakap dengan mereka berdua, dia tidak tahu sama ada dia benci atapun dia tidak suka dengan adik- beradik tirinya itu.

"Blaze!" Tiba-tiba satu suara mengejutkan Blaze, terlihat Norman, Jack dan Damien berdiri di satu lorong sambil berpeluk tubuh.

Blaze menatap ke arah mereka seketika dan kembali berjalan tetapi ditahan oleh mereka bertiga.

"Kau fikir kau nak pergi mana?" soal Norman tetapi Blaze hanya mendiamkan dirinya.

"Oh, sekarang kau pandai ya diam? Mari ikut aku," kata Norman sambil cuba menarik tangan Blaze.

"Lepaskan aku! Aku tak nak ikut kaulah!" bentak Blaze sambil merentap semula tangannya daripada Norman.

"Heh, sekarang kau pandai ya melawan aku? Kenapa kau tak balas meseja aku semalam?" soal Norman.

"Aku tertidurlah! Kau ingat aku nak tiap masa balas mesej kau?!" balas Blaze.

"Baiklah, aku lepaskan kau kali ni. Seperti yang aku cakap, aku nak pinjam duit kau. Boleh?" soal Norman.

"Tak boleh! Aku pun tak ada duitlah," balas Blaze.

"Aik? Kau kata hari tu kau anak orang kaya? Kenapa tiba-tiba jadi miskin ni?" Norman tersenyum sinis, Blaze menelan air liurnya paksa.

"Sebab bapak aku tak bagi duit aku minggu ni, bapak aku oversea. Kau lupa ke?" balas Blaze.

"Apa-apa jelah, pinjamkan duit kau. Aku tak kira banyak mana pun," kata Norman sambil menghulurkan tangannya.

"Kau tak reti bahasa ke? Dia kata tak ada duit." Tiba-tiba suara dingin Halilintar menerpa indera pendengaran mereka berempat, mereka berempat menatap ke arah Halilinyar yang menatap dingin ke arah Norman, Jack dan Damien.

"Kau tak perlulah nak sibuk sebelum kau pun kena," ugut Norman.

"Aku tak takutlah dengan kau," kata Halilintar lalu menolak Norman ke tepi dan menarik tangan Blaze.

"Jom pergi, buang masa je cari pasal dengan mereka." Halilintar sekilas menatap tajam ke arah ketiga-tiga pembuli itu sebelum berjalan bersama Blaze manakala Blaze hanya mampu terdiam dan menatap ke arah belakang Halilintar. yang masih erat memegang tangannya. Blaze menundukkan kepalanya.

Halilintar membawa Blaze ke taman sains sekolah, di mana Taufan sedang sibuk menyiram pokok di taman itu. Halilintar melabuhkan punggung di kerusi taman lalu diikuti Blaze.

"Kenapa kau tolong aku?" soal Blaze.

"Sebab aku tak nak tengok Abang Gem menangis sebab kau buat masalah," balas Halilintar manakala Blaze hanya terdiam.

"Lagipun kau adik-beradik tiri aku, aku tak nak adik-beradik aku sakit. Walaupun kau menyusahkan tapi aku cuba untuk kisah pasal kau," sambung Halilintar lagi.

"Jadi, kau masih fikir nak duit tu?" soal Halilintar.

"Ya. Ada apa-apa masalah ke?" soal Blaze pula.

"Aku cuma nak tahu je, kalau kau tak nak beritahu tak apa. Yang penting kau jangan nak buat kerja gila sudahlah," balas Halilintar.

"Aku ada hal sebab itu aku perlukan duit," kata Blaze.

"Hal? Hal apa?" soal Halilintar.

"Kau tak perlu tahu," balas Blaze lalu Halilintar hanya mendiamkan dirinya.

Hari Jumaat pun tiba, Gempa dan Ais sudah pulang dari hospital kerana Ais semakin baik dan hanya bergantung pada ubat dan beberapa rawatan terapi sahaja. Gempa bernasib baik kerana pihak hospital membantu tentang kos perubatan Ais.

"Abang Gem, bolehlah Ais nak duduk satu bilik dengan dorang." Ais merayu.

"Tak boleh, Ais masih tak sihat. Ais tak boleh tidur ngan dorang sebab dornag tidur lasak," larang Gempa membuatkan Ais mencebikkan bibirnya.

"Tapi bersyukurlah yang Ais semakin membaik," celah Taufan yang bersandar di pintu bilik.

"Oh ya, Abang Gempa. Ada sesuatu Taufan perlu katakan," kata Taufan dengan wajah serius.

"Apa dia?" soal Gempa lalu Taufan membisikkan sesuatu kepada Gempa.

"Baiklah, nanti abang bincang dengan Blaze." Gempa membalas.

☆☆☆☆

"Apa?! Tapi kenapa?!" Blaze terkejut.

"Maaf, Blaze tapi duit yang papa bagi sangat sikit. Cukup untuk dua bulan je," balas Gempa membuatkan Blaze mengetapkan giginya.

"Blaze tak kira! Blaze tetap nak duit tu!" bentak Blaze.

"Kenapa kau beriya sangat nak duit tu, Blaze?" Taufan mencelah.

"Aku tak ada masa nak beritahu kaulah! Aku perlukan duit itu sekarang juga!" Blaze meninggikan lagi suaranya.

"Kalau kau berperangai teruk macam ni, memang patut Abang Gem tak bagi duit tu kat kau." Kata-kata Taufan itu membuatkan Blaze semakin berang.

"Kau, diam! Ini hal aku dengan abang kau je! Kau jangan nak masuk campur!" Blaze menatap tajam ke arah Taufan dnegan perasaan marah.

"Dah, jangan gaduh!" Gempa meleraikan pergaduhan itu.

"Nanti abang bagi, sekarang semua pergi tidur." Gempa bangun dan berjalan meninggalkan Taufan dan Blaze.

Blaze menatap lama ke arah Taufan, merengus kasar sebelum berjalan meninggalkan Taufan manakala Taufan berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.

Pada pukul satu pagi, terdengar pintu bilik Gempa perlahan-lahan terbuka. Blaze yang memakai hoodie menutupi kepalanya beserta topeng hitam menutupi mulut dan hidungnya, Blaze perlahan-lahan berjalan masuk ke dalam bilik itu supaya Gempa dan Ais tidak terjaga. Blaze menyelongkar setiap laci meja Gempa lalu dia terjumpa sampul surat di dalam laci itu, Blaze membuka sampul surat itu dan beberapa helai duit berada di dalam sampul itu.

"Bagus." Blaze mengambil hampir separuh daripada duit itu dan dimasukkan ke dalam jaketnya, Blaze meletakkan sampul itu ke dalam laci semula dan menutupnya.

Blaze menatap ke arah wajah Gempa seketika, Blaze menoleh dan berjalan keluar dari bilik itu. Blaze senyap-senyap membuka pintu rumah, menyarungkan kasutnya dan berjalan meninggalkan halaman rumah ke dalam kegelapan malam untuk ke Kuala Lumpur.

Keesokan harinya, Gempa dikejutkan dengan ketukan pintu yang sangat kuat menyebabkan dia dan Ais terbangun dari tidur. Gempa menggosok matanya sebelum turun dari katil dan membuka pintu biliknya.

"Kenapa ni, Thorny?" soal Gempa kepada Thorn yang dalam keadaan gelisah.

"Abang Blaze," balas Thorn.

"Kenapa dengan Blaze?" soal Gempa lagi.

"Dia hilang!" Kata-kata Thorn mengejutkan Gempa.

"Macam mana Thorny tahu yang Blaze hilang?" soal Gempa lalu dia menerima nota kecil daripada Thorn yang ditulis oleh Blaze.

Gempa terkejut lalu dia menyelongkar laci mejanya manakala Taufan dan Halilinyar yang baru bangun, memandnag hairan.

"Apa yang terjadi?" soal Taufan.

"Abang Blaze hilang," balas Thorn.

"Hilang?" Taufan mengerutkan dahinya.

"Korang! Separuh daripada duit ini pun tak ada," kata Gempa sambil memegang sampul duit.

"Apa?!" Taufan dan Halilintar terkejut.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top