Bab 11
"Penyakit leukemia pada Ais semakin bertambah teruk." Kata-kata daripada doktor pakar yang sedang memeriksa kertas keputusan kesihatan Ais mengejutkan Gempa.
"Adakah awak jarang bawa dia ke hospital?" soal doktor itu lagi.
"Ta-Tak tapi doktor, macam mana dia boleh menghidap penyakit ni? Saya ingat dia cuma sakit biasa sebab itu saya bawa dia ke klinik sahaja," kata Gempa.
"Adakah keluarga awak yang ada hidap penyakit yang sama dengan Ais?" soal doktor itu.
"Ada," balas Gempa sayu.
"Siapa?" soal doktor itu.
"Arwah mama saya," balas Gempa dengan hati terasa berat untuk menyebutnya lalu doktor itu menganggukkan kepalanya.
"Tapi tak mungkin yang Ais dapat penyakit itu, dia masih kecil semasa arwah mama saya ada penyakit tu. Tak mungkin baru sekarang dia ada penyakit itu," kata Gempa bagi membantah penyakit yang dihidap oleh Ais.
"Beberapa peratus yang seseorang tidak mustahil boleh menghidap penyakit keluarganya, tidak kira muda atau tua tapi yang penting sekarang ini ialah kita kena sembuhkan Ais sebelum terlambat." Doktor itu membalas.
"Tapi berapakah harga semua rawatan itu?" soal Gempa.
"Mungkin mengambil kos dalam RM200,000 ke atas," kata doktor itu membuatkan Gempa kembali terkaku.
Di mana dia mahu cari duit sebanyak itu?! Dia cuma bekerja sambilan dan dia punya ramai adik-beradik untuk disara, kalau nak minta pada Tok Aba pula. Dia risau juga kalau Tok Aba pun kekurangan duit untuk digunakan. Gempa terasa dunianya menjadi gelap seketika.
"Tapi kamu jangan risau, nyawa Ais lebih penting sekarang ni. Kalau tidak rawat dengan pantas, kemungkinan Ais tidak dapat bertahan lama dalam masa beberapa bulan." Doktor itu bersuara, Gempa masih tidak mampu berkata apa-apa. Dia masih terkejut.
"Doktor, tolong selamatkan adik saya." Gempa kembali membuka mulutnya.
"Baiklah, saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan Ais."
"Terima kasih," ucap Gempa lalu dia berjalan keluar dari bilik doktor itu.
Halilintar, Taufan, Thorn dan Solar yang menunggu di luar bilik doktor itu mengalihkan pandangan mereka ke arah Gempa, Gempa berjalan ke arah Halilintar dengan wajah sedih lalu memeluk adik keduanya itu dengan erat.
"Kenapa ni, Abang Gem? Apa yang doktor cakap?" soal Taufan dengan wajah cemas tetapi Gempa hanya terdiam dalam pelukan Halilintar, cuma esakan perlahan terdengar.
"Kenapa abang selalu diuji seperti ni, kenapa?" soal Gempa sambil teresak-esak, Halilintar dan Taufan memandang antara satu sama lain. Mereka pun tidak mampu berkata apa-apa.
"Abang Gem janganlah risau, kita sama-samalah berdoa yang Ais akan cepat sihat." Taufan memujuk Gempa.
"Jom kita tengok Ais," kata Halilintar sambil mengelap air mata Gempa dan dia memegang tangan Gempa ke wad Ais.
Pintu wad dibuka dan terlihat Ais sedang terbaring lemah di atas katil, Gempa menatap sekujur tubuh lemah Ais itu kembali mengalirkan air matanya. Tragedi silamnya kembali menghantui dia, dia takut. Dia takut ditinggalkan oleh orang tersayangnya oleh penyakit yang sama buat kali kedua.
"Abang Gempa." Ais memanggil lalu mengangkat lemah tangannya dan Gempa terus mendekati Ais dengan tangisan.
"Kenapa Abang Gem menangis?" soal Ais tetapi Gempa tidak mampu membalasnya..
"Abang Gem janganlah nangis, Ais tidak suka. Nanti Ais pun nak nangis," kata Ais.
Gempa sedaya upaya mengelap air matanya tetapi air matanya tidak mahu berhenti, dia terasa amat sedih melihat Ais yang terbaring di atas katil hospital itu.
"Abang Gem janganlah nangis, Ais tidak apa-apa. Aiskan kuat," balas Ais lalu tangannya lemah mengelap air mata Gempa itu.
"Ta-Tapi Abang Gem tidak mahu Ais tinggalkan abang," balas Gempa pula.
"Ais takkan tinggalkan Abang Gem, Ais akan sentiasa dengan abang. Kita sama-sama doa yang Ais cepat sembuh," kata Ais lalu Gempa menganggukkan kepalanya perlahan.
"Ais akan tinggal kat sini berapa lama?" soal Ais lalu menerima gelenggan daripada Gempa.
"Abang pun tidak tahu," balas Gempa.
"Kalau macam tu, kami balik dahulu ya? Kami nak siapkan makanan dahulu dan kami akan kembali ke sini semula. Tak apa kalau Abang Gem jagan Ais buat sementara waktu?" kata Taufan.
"Tak apa, korang baliklah dulu. Nanti bawa baju abang dan Ais sekali," balas Gempa.
"Baik. Jom, Thorny. Kita balik dulu," kata Taufan yang ingin memegang tangan Thorn tetapi Thorn menepisnya.
"Tak nak! Thorny nak duduk dengan Abang Gem dan Abang Ais!" bentak Thorn.
"Thorny, jangan berdegil. Jom balik dulu," paksa Solar sambil menarik tangan adik bongsunya itu.
"Tak nak! Thorny nak duduk sini!" Thorn meronta-ronta tetapi tidak diendahkan oleh Solar manakala Halilintar dan Taufan hanta mengeluh lalu mengikuti adik tiri mereka itu daripada belakang.
Gempa menutup pintu wad Ais lalu kembali duduk di sisi katil Ais, dia menatap lama ke arah Ais. Ingatannya kembali mengingati memori lamanya bersama arwah ibunya.
"Abang Gem? Abang okay ke?" soal Ais tang risau dengan keadaan abangnya itu.
"Abang okay," balas Gempa setelah dia tersedar dari lamunannya.
"Patutnya soalan itu yang abang tanya kat Ais," sambung Gempa lagi.
"Sebab Ais risau dengan abang lebih daripada penyakit Ais ni," balas Ais membuatkan Gempa terdiam.
Ais memegang tangan Gempa lalu tersenyum sayu, Gempa menatap wajah pucat Ais. Dia terasa air matanya mahu mengalir lagi lalu Gempa memegang erat tangan Ais, hatinya terasa berat melihat keadaan Ais itu. Dia berasa serba salah kerana takut Ais akan meninggalkannya padahal Ais lebih risau dengan keadaan abangnya daripada penyakitnya sendiri.
Sementara itu, Halilintar dan Taufan sedang bersiap untuk membuat bekal untuk Gempa manakala Thorn menyusun beg baju Gempa dan Ais.
"Semua sudah siap?" soal Taufan.
"Sudah!" balas Thorn semangat.
"Aku tak nak ikut, aku nak duduk sini. Belajar," celah Solar.
"Suka hati kaulah, kalau ada kau pun buat menyusahkan orang je." Halilintar membalas.
"Kau ni." Solar menatap tajam ke arah Halilintar.
"Aku dah balik." Tiba-tiba suara Blaze mengalihkan perhatian mereka semua, Blaze yang berjalan masuk ke dalam rumah hanya mengerutkan dahinya.
"Apa tengok-tengok?" kata Blaze.
"Ada rupanya kau ni, ternyata kau masih ingat rumah ya?" soal Taufan sambil berpeluk tubuh.
"Suka hati akulah, ini pun rumah aku kan?!" balas Blaze.
"Ya tapi kau tu menumpang aja," balas Taufan, pedas.
"Apa-apa jelah," kata Blaze.
"Mana abang kau tu?" soal Blaze.
"Kenapa? Rindu dengan dia ke?" soal Taufan pula
"Tak ada kuasa aku, aku nak tanya yang papa dah masukkan duit ke bank ke belum. Aku nak duit sekarang ni," balas Blaze
"Amboi, sedapnya kau ya? Main minta-minta? Kau nak buat apa dengan duit tu?" celah Halilintar pula.
"Ada lah, kau jangan nak sibuk. Sekarang jawab, mana dia?" soal Blaze lagi.
"Dia tak ada, dia kat hospital." Taufan membalas sambil tangannya sibuk menyusun bekal ke dalam beg kertas.
"Kenapa?" soal Blaze lagi, Taufan berdecit sambil menggulingkan matanya. Tiba-tiba dia rasa menyampah Blaze bertanyakan banyak soalan.
"Sebab Ais sakit," balas Taufan.
"Oh, dah nazak sangat ke? Kesiannya," kata Blaze membuatkan Halilintar dan Taufan naik meradang.
"Apa Abang Blaze cakap ni?! Tak baiklah," celah Thorn.
"Entahnya, aku cili mulut puaka kau tu baru tahu." Taufan mengambil cili padi yang ada di dapur.
"Apa-apa jelah. Yang penting aku nak duit, jangan lupa bagitau abang kau tu." Blaze terus berjalan ke pintu semula.
"Kau nak pergi mana pula tu?!" soal Halilintar sambil bercekak pinggang.
"Nak keluarlah apa lagi," balas Blaze lalu berjalan keluar.
"Dia ni memang nak kena," kata Halilintar dengan perasaan geram.
"Dahlah, jomlah kita pergi. Kesian pula kalau Gempa dan Ais tunggu kita lama," celah Taufan lalu Halilintar, Taufan dan Thorn berjalan keluar dari rumah sambil membawa barang yang disediakan oleh mereka tadi.
Gempa menatap ke arah jam dinding, ianya sudah menunjukkan pukul enam petang. Gempa kembali menatap ke arah Ais yang sedang nyenyak tidur itu, Gempa perlahan-lahan bangun dari tempat duduknya dan berbaring di atas sofa yang terletak di dalam wad itu. Dia masih memikirkan kos perubatan Ais.
"Patutkah aku guna duit yang papa bagi? Tak boleh! Itu duit untuk Blaze, Solar dan Thorn!! Bukan duit untuk aku ataupun Ais," fikir Gempa lalu dia mengeluh berat. Dia buntu.
"Abang Gem." Tiba-tiba suara Taufan mengejutkan Gempa dari lamunanya, Gempa bangun dan terus mendekati pintu wad.
"Nah, barangnya." Taufan memberikan beg dan bekal kepada Gempa.
"Maaf ya, bang. Waktu melawat dah nak habis, kami mampu hantar barang ni je." Halilintar mencelah.
"Baik, terima kasih tau." Gempa mengusap kepala Halilintar dan Taufan.
"Abang, rosaklah rambut Taufan." Taufan membalas lalu mengembungkan pipinya, Gempa ketawa perlahan.
"Maaf," ucap Gempa.
"Abang jaga diri tau," celah Thorn pula.
"Baik. Thorny pun, jangan lupa pergi sekolah esok tau? Dengar cakap Abang Taufan dan Abang Hali," pesan Gempa.
"Baik," balas Thorn.
"Abang Gem." Taufan kembali memanggil.
"Ya?" balas Gempa.
"Tadi.. umm.." Taufan tidak dapat menyambung kata-katanya, dia terasa serba salah.
"Tadi apa?"
"Tadi Blaze kata yang papa ada bagi duit dan dia nak minta duit kat abang," kata Taufan.
"Macam mana dia tahu? Dia nak buat apa dengan duit tu?" soal Gempa.
"Entahlah, Taufan pun tidak tahu." Taufan membalas lalu Gempa mengeluh.
"Nanti abang bagi, kamu semua balik dulu." Gempa membalas.
"Baik." Halilintar, Taufan dan Thorn terus berjalan meninggalkan wad manakala Gempa meletakkan beg di tepi sofa dan bekal di atas meja.
Gempa kembali melabuhkan punggungnya di atas sofa dan mengeluh.
"Papa ada beritahu dia ke yang duit dah masuk?" fikir Gempa.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top