Bab 10

Terlihat keadaan Tok Aba's Kokotiam sedang sibuk dan dipenuhi dengan ramai pelanggan, tidak menang tangan Tok Aba dan seorang lagi pekerja Tok Aba untuk melayan setiap pelanggan yang datang ke kedai itu.

"Tok Aba." Tok Aba mengalihkan pandangannya apabila seseorang menegurnya, terlihat Gempa dan Thorn berjalan ke arahnya.

"Aik, Gempa? Kenapa kau datang ke sini, kau tak pergi kolej ke?" soal seorang pelanggan berbangsa india yang duduk dihadapan Tok Aba.

"Tak, Gem tak sihat sebenarnya." Gempa membalas membuatkan Tok Aba dan pelanggan itu terkejut.

"Tak sihat?! Kenapa kamu kat sini, pergilah rehat kat rumah?!" tegur Tok Aba.

"Tak nak, Gem nak duduk sini. Rasa bosanlah duduk kat rumah." Gempa memberi alasan padahal dia nak lari daripada bergaduh dengan Blaze, sekali sekala dia pun penat nak hadap adik tirinya yang satu itu.

"Gopal? Kau tak pergi kerja ke?" soal Gempa kepada pelanggan berbangsa india itu.

"Tak, hari ni appa aku tutup kedai. Dia nak pergi India dengan amma aku, honeymoon katanya. Itu yang aku datang ke sini," kata Gopal lalu menghirup coklat panas yang menjadi kegilaan orang ramai buatan Tok Aba itu.

"Kenapa kamu tak ikut?" soal Tok Aba.

"Appa saya marah saya, tok. Buat apa nak ikut, menyibuk katanya." Gopal membalas sambil menangis palsu manakala Tok Aba hanya menggelengkan kepalanya.

"Gem, duduklah. Kenapa kau berdiri di situ? Duduklah. Eh, siapa pula ni?" Gopal menatap ke arah Thorn yang erat memegang tangan Gempa dengan keadaan matanya yang kemerahan kerana menangis.

"Ini adik tiri aku, Thorn. Ucap hai kat Abang Gopal," kata Gempa.

"Hai," ucap Thorn dengan nada sedih.

"Kenapa ni? Dia nampak sedih sahaja?" soal Gopal manakala Thorn terus menyorok belakang kaki Gempa, menyembunyikan wajahnya.

"Tiada apa-apalah, Thorn terjatuh tadi. Itu yang dia nangis tu," celah Gempa, menipu lalu dia dan Thorn melabuhkan punggung mereka di kerusi berdekatan dengan Gopal yang terletak di kaunter.

"Kamu yakin yang Thorn jatuh?" soal Tok Aba, dia sebenarnya boleh merasakan ada sesuatu tidak kena.

"B-Betullah, tok. Thorn jatuhlah," balas Gempa sedikit gagap.

"Yelah. Oh ya, atuk baru perasan yang adik kamu yang lagi satu tu baru balik. Dia pergi mana semalam sampai baru hari ni nak balik?" soal Tok Aba membuatkan Gempa terdiam.

"Apa maksud atuk ni? Adik yang mana satu? Gempa ada ramai adik." Gempa membalas, sedaya upaya untuk mencari alasan.

"Alah, adik tiri kamu tulah. Blaze," balas Tok Aba membuatkan Gempa menelan air liurnya paksa, Tok Aba menatap lama wajah Gempa.

"Kami tak perlulah nak menipu, atuk perasan dengan mata kepala atuk sendiri yang dia tu balik lambat. Dia pergi mana semalam?" soal Tok Aba.

"Semalam dia pergi rumah kawan dia," balas Gempa, dia pun tidak tahu hendak katakan perkara yang sebenar atau tidak. Kalau menipu, berdosa. Kalau beritahu perkara sebenar, mungkin lagi teruk akan terjadi nanti.

"Aik? Takkan pergi rumah kawan sampai balik lambat? Dia baru hari pertama sekolah kat sini kot, cepat betul dapat kawannya. Lagi satu, bukan ke dia patut pergi sekolah hari ni? Kenapa dia tak pergi sekolah terus alang-alang ada kat rumah kawan dia tu?" soal Tok Aba secara bertubi-tubi, membuatkan Gempa bertambah terkedu.

"Umm.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Gempa, Tok Aba mengeluh.

"Gempa, lebih baik kamu jadi garang sikit. Walaupun dia tu adik tiri kamu, kamu kena tegas. Jangan pilih kasih sangat," nasihat Tok Aba manakala Gempa hanya mampu menganggukkan kepalanya.

"Baik, Tok Aba." Gempa membalas.

"Kamu nak minum apa-apa tak?" soal Tok Aba.

"Special hot chocolate," kata Gempa.

"Kamu, Thorn?" soal Tok Aba.

"Sama macam Abang Gempa," balas Thorn lalu Tok Aba terus siapkan minuman tersebut.

Gempa memandang tindak tanduk Tok Aba itu terhenti apabila telefon bimbit jenama samsung J7 miliknya berbunyi, Gempa membuka mesej pada telefonnya dan membaca mesej itu sebelum membalasnya.

"Siapa yang mesej kau?" soal Gopal.

"Papa aku," balas Gempa.

Pada pukul 12 tengah hari, terlihat Gempa dan Thorn berjalan kaki seiringan dan berpegang tangan di Bandar Pulau Rintis.

"Abang Gem, kita nak buat apa kat sini?" soal Thorn.

"Kita nak keluarkan duit sekejap, papa dah masukkan duit Blaze, Solar dan Thorny kat bank." Gempa membalas.

"Abang Gem, papa tak nak jumpa kami dah ke?" Soalan daripada Thorn itu membuatkan Gempa terdiam.

"Mana adalah, papa sibuk kerjakan. Nanti dia jumpalah dengan Thorny kalau dia habis kerja," balas Gempa untuk menyedapkan hati Thorn.

"Okay," balas Thorn pula dengan nada sayu.

"Ah, kita dah sampai." Gempa dan Thorn berhenti di hadapan bank yang dipenuhi orang ramai.

"Ramainya," kata Gempa lalu dia masuk ke dalam bank yang sedang sesak itu, Gempa dan Thorny turut berbaris untuk ke mesin ATM. Nampaknya mereka terpaksa menunggu lama dan bersabar kerana barisan yang sangat panjang.

Setengah jam berlalu tetapi bank tersebut masih sesak, Gempa memandang jam tangannya dan mengeluh. Kakinya sudah penat berdiri di dalam barisan.

"Abang Gem?" Thorn menggerakkan tangan Gempa supaya lelaki itu perasan dengan panggilannya yang tenggelam dengan suara orang awam.

"Ya? Kenapa ni, Thorny?" soal Gempa.

"Thorny lapar. Jom makan?" kata Thorny, Gempa terdiam seketika.

"Baiklah, jom. Nampaknya masih lama lagi kena tunggu," kata Gempa lalu mereka berdua berjalan keluar dari bank dan pergi ke restoran yang berdekatan.

Setelah tiba di restoran, Gempa dan Thorn mengambil tempat duduk dan memesan makanan. Beberapa minit menunggu, makanan yang dipesan pun tiba. Gempa memesan air sejuk dan nasi goreng manakala Thorn pula memesan air milo dan nasi goreng seperti Gempa.

"Makan elok-elok, Thorny." Gempa mengelap tepi bibir Thorn yang comot.

"Abang Gem, boleh tak Thorny tanya sesuatu?" soal Thorn.

"Tanyalah," balas Gempa.

"Kalau papa takkan ambil Thorny lagi, bolehkah Thorny tinggal dengan Abang Gem buat selamanya?" soal Thorn, Gempa terdiam.

"Kenapa Thorny cakap macam tu?" soal Gempa pula.

"Entahlah, Thorny rasa macam papa tak sayang Thorny macam ibu buat kat Thorny. Thorny nak duduk Abang Gem sebab Thorny sayang Abang Gem," kata Thorn lalu Gempa terdiam, dia tidak mampu berkata apa-apa. Entah kenapa dia terasa bersalah kerana membenci Thorn semasa dia kali pertama berjumpa dengannya.

Gempa hanya tersenyum sayu lalu mengusap lembut kepala Thorn.

"Makanlah, nanti abang-abang yang lain risau pula kalau kita keluar lama-lama." Gempa membuka mulutnya.

"Okay," balas Thorn ceria lalu dia sambung makan dan Gempa turut menghabiskan makanannya.

Pada pukul tiga petang, Gempa dan Thorn tiba di rumah mereka. Gempa dan Thorn berjalan masuk ke dalam rumah itu, sunyi.

"Mereka tak balik lagilah ni," kata Gempa lalu dia berjalan ke bilik dan bilik yang merupakan miliknya adik-adiknya hanya kosong, tiada orang.

"Blaze keluar lagi ke?" kata Gempa dalam hati lalu turun ke ruang tamu dan mata Gempa terperasan Thorn sedang duduk di atas sofa sambil menyelak sebuah album.

"Thorny tengok apa tu?" soal Gempa lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Thorn.

"Tengok album gambar keluarga Abang Gem," balas Thorn dengan ceria lalu Gempa hanya tersenyum dan turut melihat album gambar itu.

"Abang Gem, ini ke arwah mama Abang Gem?" soal Thorn lalu menunjukkan sekeping gambar seorang wanita memakai tudung dan bergaun yang tersenyum manis sambil memegang ais krim.

"Ya," balas Gempa ringkas sambil menatap gambar arwah ibunya itu.

"Lawalah arwah mama Abang Gem, mesti dia baikkan? Macam Abang Gempa," puji Thorn lalu Gempa hanya tersenyum lalu mengusap lembut Thorn.

Tiba-tiba telefon bimbit yang berbunyi mengalih perhatian Gempa, Gempa mengeluarkan telefon bimbitnya dan menjawab panghilan tersebut.

"Helo?" kata Gempa.

"Abang Gem!" Suara Taufan kedengaran di corong telefon.

"Taufan? Kenapa ni?" soal Gempa, tiba-tiba hatinya terasa tidak kena apabila dia terdengar suara Taufan yang seperti panik.

"Ais! Dia.."

"Kenapa dengan Ais?!" Gempa semakin panik.

"Ais masuk hospital," balas Taufan.

Gempa terdiam, dia terasa jantungnya seperti terhenti berdetak.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top