Bab 1

"Ini papa nak memperkenalkan, adik beradik baru kau." Kata-kata ayah mereka membuatkan Gempa, Halilintar, Taufan dan Ais terkedu.

.
.
.
.
.
.
"DRAMARAMA: A situation where one or more individuals choose to take a relatively benign event and turn it into a huge drama."
.
.
.
.
.
.
.

Suasana menjadi tegang dan senyap antara Halilintar, Taufan, Ais dan tiga lagi orang lelaki yang digelar sebagai adik beradik baru mereka. Mereka berenam tidak mampu bertentang mata ataupun bersuara apabila Gempa menghilang bersama ayah mereka untuk berbincang.

"Heh, bosannya. Bilalah kita dapat balik," rungut lelaki bertopi oren kemerahan, Blaze.

Halilintar dan Taufan menatap ke arah Blaze dengan tatapan menyampah. Dahlah datang tidak berjemput, lepas tu merungut nak balik. Tak ada adab langsung tapi difikirkan, bagus juga mereka keluar dari sini. Tenang hidup, fikir mereka berdua.

Sementara itu di ruang dapur, terlihat Gempa berpeluk tubuh di atas kerusi sambil menatap tajam ke arah ayahnya yang duduk di seberang meja makan. Perasaan marah dan benci pada lelaki yang bergelar ayah itu masih tidak hilang sejak 10 tahun lalu.

"Kenapa papa tiba-tiba bawa anak-anak perempuan sundal tu datang ke sini?" soal Gempa kasar.

"Perempuan sundal? Kau jaga sikit mulut kau tu, dia pun mak kau juga." Ayahnya memberi amaran.

Gempa tersenyum sinis. Mak? Mak aku?! Dah rampas kebahagiaan mama aku, ada hati nak digelar mak aku. Aku lebih rela panggil dia perempuan sundal, fikir Gempa.

"Mak? Mak aku?! Aku takkan hormat perempuan tu sebagai mak aku! Sebab perempuan tu, mak aku tak ad-!!"

Pangg!!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Gempa, pipi kiri Gempa menjadi kemerahan dan tepi bibirnya sedikit berdarah serta pecah kerana impak tamparan itu. Gempa menatap tajam ke arah ayahnya sambil tersenyum sinis.

"Kau makin kurang ajar sekarang ya?! Kau dengan mak kau sama sahaja!" tengking ayahnya.

Senyuman sinis semakin melebar di bibir Gempa.

"Dengar sini, orang tua. Sebab kaulah, aku ngan mama aku jadi kurang ajar. Sebab perangai kau yang tamak nafsu, kau sanggup menduakan mama aku. Mama aku sakit, kau tinggalkan dia begitu sahaja! Sebab kau tak boleh ratah badan dia, dia sakit dan kau sanggup cari perempuan lain. Kau ingat aku buta ke?! Kau ingat masa aku kecil-kecil dulu, aku bodoh?! Kau mungkir janji dengan aku, kata nak melawat mama aku setiap hari!! Bila mama aku mati, kau sanggup duduk dengan perempuan tu daripada jumpa mama aku buat kali terakhir. Lepas perempuan tu tinggalkan kau, baru lah kau nak merayu aku jaga dorang?! Dasar jantan tak tahu malu!" tengking Gempa, dia melepaskan segala benda yang dia sudah pendam lama.

Ayahnya mengetapkan giginya dan mengepalkan tangannya, terasa berdesing telinganya apabila mendengar bebelan pedas Gempa itu.

"Kau!! Kau memang nak kena!!" Ayahnya merentap kayu penguli doh yang berada berdekatan dengannya dan dihayunkan kayu penguli itu ke arah Gempa tetapi..

"Papa! Berhenti!" Taufan masuk ke dalam dapur dengan wajah terkejut membuatkan ayahnya berhenti dari menghayunkan kayu itu.

Nasib baik Taufan sempat masuk ke dalam dapur apabila dia terdengar bunyi bising di situ, Taufan menghampiri Gempa yang masih menatap tajam ke arah ayahnya.

"Apa yang papa buat kat Abang Gem?! Papa nak bunuh Abang Gem ke?!" soal Taufan dengan wajahnya yang masih terkejut.

"Kau tanyalah sendiri abang kau tu, apapun aku ada kerja yang kena buat. Jaga mereka elok-elok," kata ayahnya sebelum dia beredar keluar dari rumah itu meninggalkan ketujuh-tujuh anaknya.

Suasana kembali menjadi senyap seketika, Taufan memandang ke arah Halilintar dan Ais yang berdiri di pintu dapur. Halilintar hanya mampu mengeluh dengan perangai ayahnya itu yang tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan.

"Abang, abang okay?" soal Taufan apabila dia berasa risau apabila Gempa terdiam seketika.

"A-Abang okay," balas Gempa sambil mengelap matanya, walaupun dia menundukkan kepalanya tetapi Taufan tahu yang Gempa sedang menangis.

"Abang pergilah rehat dulu. Aku uruskan tiga orang budak tu," kata Taufan lalu menerima gelenggan daripada Gempa.

"Tak apa. Biar abang urusukan mereka," balas Gempa dengan wajahnya yang kemerahan kerana menangis.

"Betul ke ni? Taufan risau kalau abang stress lagi sebab nak uruskan mereka," kata Taufan dengan wajah risau.

Gempa tersenyum manis supaya Taufan tidak berasa risau dengan keadaannya.

"Jangan risau, abang boleh uruskan. Abang masih kuat lagi," kata Gempa lalu dia berjalan ke arah ruang tamu di mana Blaze dan adiknya berada.

Gempa melabuhkan punggungnya di atas sofa berdekatan dengan Blaze dan adiknya, dia memandang satu per satu wajah Blaze dan adiknya sebelum dia membuka mulutnya.

"Aku, Gempa. Umur aku 19 tahun dan ini adik-adik aku. Halilintar, 17 tahun. Taufan, 15 tahun dan Ais, 13 tahun. Selamat berkenalan." Gempa memperkenalkan dirinya dan adik beradiknya satu per satu.

"Selamat berkenalan juga. Aku, Blaze. Umur aku 17 tahun dan ini adik-adik aku. Solar, 11 tahun dan Thorn, 8 Tahun." Blaze memperkenalkan dirinya dan adik beradiknya pula.

"Korang tahu tak kenapa korang datang ke sini?" soal Gempa dengan nada lembut.

"Tahu. Nak jumpa adik beradik baru kami tapi kami tak sangka pula, adik beradik baru kami jenis kurang ajar. Patutlah papa selalu jarang jumpa korang," sinis Blaze membuatkan perasaan marah dalam benak hati Gempa, Halilintar dan Taufan semakin membuak-buak manakala Ais sudah tertidur di bahu Gempa.

"Bapak dengan anak sama sahaja perangai. Menyampah pula aku," kata Gempa, Halilintar dan Taufan di dalam hati.

"Kalau kau rasa tak suka dengan perangai kami yang kurang ajar, kau boleh keluar. Pintu ada je di sana," kata Halilintar sambil menundingkan jarinya ke arah pintu rumah.

"Heh, aku pun tak inginlah nak duduk kat sini. Ini bukannya rumah aku pun, rumah aku lebih besar dari sini. Rumah ni cuma untuk orang miskin je, not my taste lah." Petah Solar berkata-kata membuatkan Gempa, Halilintar dan Taufan semakin sakit hati.

"Siapa yang kurang ajar sekarang ni?! Kau ke aku, budak!" Halilintar meninggikan suaranya membuatkan Solar dan Thorn tersentak.

"Abang ni menakutkan," rayu Thorn.

"Abang ni marah aku, Abang Blaze." Solar pula merayu.

"Hoi! Boleh tak kau jangan tengking adik-adik aku?! Dorang masih budak-budak," kata Blaze sambil menatap tajam ke arah Halilintar.

"Aku takkan marah dorang kalau dorang jaga mulut longkang dorang tu!" tempik Halilintar.

"Apa?! Mulut longkang?! Kau memang nak kena!" tengking Blaze pula.

"Nak tumbuk aku?! Marilah!" Halilintar dan Blaze menatap tajam ke arah mata masing-masing dan bersedia untuk berlawan.

"Sudah, cukup! Jangan gaduh, pening aku tengok korang bergaduh." Gempa meleraikan pergaduhan itu, Blaze dan Halilintar duduk semula di ataz sofa sambil berpeluk tubuh.

"Dengar sini. Aku cuma bagi korang tinggal di sini untuk satu malam," kata Gempa, keadaan menjadi senyap seketika dan dua pasang mata menatap terkejut ke arah Gempa.

"Apa kau cakap, Abang Gempa?!" jerit Halilintar dan Taufan membuatkan Gempa menutup telinganya menggunakan kedua-dua tangannya.

"Aku cakap yang aku bagi dorang tidur sini untuk satu malam," kata Gempa.

"Tapi kenapa?!" soal Halilintar dan Taufan serentak.

"Nanti orang tua ambillah balik dorang ni, diakan lagi sayang dorang daripada kita." Gempa membalas.

"Tapi papa takkan ambil kami sebab dia kerja oversea selama dua bulan," kata Thorn jujur membuatkan Gempa, Halilintar dan Taufan tercengang.

"Are you kidding me?!" kata Gempa, Halilintar dan Taufan dalam hati.

Gempa mengeluh seketika.

"Kita benar jelah dorang tidur sini," kata Gempa pasrah.

"Tapi, Abang-"

"Tiada tapi-tapi, cukup sahaja aku yang buat masalah dengan orang tua tu. Aku tak nak masalah lain yang timbul," potong Gempa membuat Halilintar dan Taufan terdiam seketika.

"Hali, Taufan, Ais. Korang kongsi bilik dengan dorang ya?" Soalan Gempa itu membuatkan Halilintar dan Taufan tercengang manakala Ais hanya menganggukkan kepalanya.

"Aku okay je," kata Ais dengan suara mamai.

"Ta-Tapi.." Halilintar dan Taufan tidak dapat meneruskan ayat mereka kerana terlampau terkejut.

"Tak ada tapi-tapi, ini satu arahan." Gempa menatap tajam ke arah Halilintar dan Taufan.

"Ba-Baik. Ikut kami," kata Halilintar dan Taufan serentak dengan nada malas, mereka berdua membawa Blaze, Solar dan Thorn ke bilik. Tiba-tiba..

"Mana boleh ini katil akulah!!"

"Tak nak!! Thorny nak duduk tepi dinding!!"

"Jangan sentuh katil akulah!! Aku dah bersihkan tu!!"

"Ada aku kisah?!"

"Arghhh!! Katil aku!! Jangan kau pijak!!"

Tiba-tiba pelbagai jenis jeritan bergema di dalam rumah itu membuatkan Gempa hanya mampu memicitkan dahinya, dia terasa stressnya kembali meningkat. Bolehkah dia selamat dari kehuru-haraan ini? Fikir Gempa.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top