dejavu : 004

yijung's

"Hah termenung apalagi tu ? Fikir lelaki nama Yoongi lagi tu ke?" sergah Yuha dari sisi . Bahu aku disentuhnya lembut seraya pandangannya jatuh ke wajah keliru aku .

"Aniya,"

"Jangan tipu akulah . Kau tu bukannya sehari dua kenal dengan aku . Dah bertahun." ujarnya lagi . Tak mahu aku berterusan menyimpan rahsia .

"Tulah . Fikir apa lagi ? Risau jodoh tak sampai lagi?" sampuk Jimin pula . Wajahnya aku jeling sekilas . Ey dia ni jangan sampai aku luku kepala .

"Entahlah babe . Aku macam pernah dengar nama Min Yoongi tu but i don't know where . Lagi satu , tak tahulah kenapa jantung aku laju betul bila dengar nama dia . Macam familiar sangat tau . Kau faham tak perasaan aku ni?" cerita aku lantas tangan Yuha melekap pada dada kiri aku .

Memang benar . Laju betul . Ini kalau masuk acara lumba lari , rasanya jantung aku boleh menang .

"Lajunya." luah Yuha seiring pandangannya teralih pada aku . Seakan mengerti maksud Yuha , aku juga lekapkan tangan di dada kirinya . Turut merasai degupan jantung sendiri yang kian laju .

"Alah kau dah jatuh cinta dengan Yoongi lah tu . Apa orang kata ? Love at the first sight . Macam aku dengan Yuha dulu." komen Jimin serentak itu dia dijeling tajam oleh Yuha .

Padan muka . Orang tengah serius ni , dia boleh pula memain . Kang Yuha smackdown kau baru tau .

"Eum aku rasa aku tahu nak buat apa." ujar Yuha bersama senyuman penuh makna . Jimin di hadapan kaunter aku pandang . Manalah tahu dia tahu apa yang Yuha fikir .

Diorang kan sehati sejiwa .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top