twenty nine 🍯
❝ Mencintai tanpa dicintai ibarat
kau meletakkan diri sendiri
untuk dibunuh perlahan - lahan ❞
Kim Taehyung | 190321
.
.
Taehyung hayunkan langkah lemah ke bilik renang sekolah . Air kolam yang tenang dikacau perlahan menggunakan hujung ibu jari kakinya . Fikirannya terganggu dengan kata - kata Jimin . Namun asyik dihalang dengan janji dia dan Yoongi .
"Yaish." rengusnya perlahan lalu serabutkan rambutnya . Kepalanya menunduk ke bawah memandang air kolam .
"Bagitahu dia , kau sukakan dia . Bukan besar pun salah kau nak sukakan dia . Dah hati kau yang suka takkanlah kau nak halang kan?"
Matanya dipejamkan rapat . Dia tak mampu fokus pada latihan renang ketika ini . Hatinya dibelenggu rasa bersalah yang tinggi bila dia cuba untuk khianati janji .
"Terima kasih , Taehyung . Aku terhutang budi dengan kau . Terima kasih sebab selalu ceriakan Junghae . Aku janji akan buat dia orang paling bahagia."
Dia benar - benar buntu . Dia tersepit antara cinta dan kawan . Yoongi , kawan rapat sejak sekolah rendah lagi . Junghae , budak perempuan yang dia cinta dari tahun pertama budak perempuan itu jejakkan kaki di sekolah .
Lama dia berfikir sendirian . Poket blazer diseluk lantas mengeluarkan telefon dari poket . Nama seseorang dicari lantas jarinya laju menekan papan kekunci . Inilah keputusan akhir dia .
♡♡♡
Junghae's
Aku tongkatkan dagu sambil pandang papan putih yang penuh dengan pelbagai contengan . Maklumlah cikgu - cikgu semua sibuk dengan persiapan sukan tahunan sekolah esok jadi kelas huru - hara . Ketua kelas pun lesap entah ke mana . Hwamin jangan cakap . Dia dah lepas membawang dekat kelas Seungkwan sana . Katanya si diva Boo tu ada buat sales stoking boyband yang popular tu .
Apa namanya ? Bangtan Scout . Haih ape ape jelah . Secara tak sengaja , mata terpandang pula Daeryu yang duduk di barisan depan . Elok di bawah penghawa dingin . Ceit acah jelah dia tu , panas sikit tak boleh . Pergi duduk Antartika sana .
"Apa tengok - tengok ? Cemburu tengok Ryu aku cantik dari kau?" soal Goori menyampah namun laju saja Daeryu halang . Sejak kena belasah dengan aku , terus dia tak buat kacau . Insaf agaknya . Lagi satu , dia siap minta maaf lagi . Entah apalah yang Yoongi cakap dekat dia sampai berubah macam tu .
ting !
Cepat aku capai telefon yang berada di atas meja belajar . Ruangan sembang aku dan Taehyung ditekan . Dia online . Laju jari aku menaip , membalas mesej Taehyung . Akhir - akhir ni aku jarang jumpa dia walaupun kami satu sekolah . Kalau jumpa pun , dia senyum macam tu je tak macam selalu .
taehyung ♡
+ aku nak jumpa kau malam nanti .
+ hangang river , pukul 9
nae
kalau saya lewat sikit boleh ?
taehyung ♡
+ eung .
gomawo taehyung - ah ! ❤
seen at 12.58PM
Aku panik bila aku terhantar emoji love tu . Mesti dia fikir bukan - bukan nanti . Dan dia seen je mesej aku . Hm . Aku ada buat apa - apa salah ke sampaikan dia jauh dan elakkan diri dari aku ? Kepala aku lentokkan di meja seraya pejamkan mata . Sakit kepala aku ni kerap sangat datang lepas terhantuk dekat sinki haritu .
Baru saja aku tutup mata , terasa haba hangat dari tangan seseorang melekap di dahi aku . Terdengar juga bisikan halus pelajar kelas aku di sekeliling . Cepat aku celikkan mata semula dan susuk tubuh Yoongi kini menerpa pandangan .
"Kau okay ? Pening kepala ke ? Tak nak pergi bilik sakit ke?" soal Yoongi kedengaran risau dengan keadaan aku yang terlihat lemah dan tak bermaya . Aku alihkan tangannya dan keluar dari kelas . Tak mahu rakan kelas dan pelajar sekeliling aku syak yang bukan - bukan .
Kecewa aku dibuatnya bila terserempak dengan Taehyung tapi dia tak endahkan aku langsung . Macam aku dan dia tak pernah kenal . Macam orang asing . Kenapa Taehyung berubah mendadak macam ni ?
♡♡♡
Junghae pandang bagasi yang sudah tersusun elok di bahagian belakang kereta . Puan Kim tampak benar - benar suka dengan pemergiannya . Tengoklah siap senyum lebar dan pelawa untuk hantar ke airport . Budak perempuan itu keluh nafas perlahan . Dah malas fikir dan tak mahu bertekak . Walaupun hatinya berat nak tinggalkan Korea tapi demi kepuasan hati si ibu , dia turutkan jua .
"Dah bawa semua barang penting?" soal Puan Kim seraya mempamerkan senyum lebar . Sumpah sepanjang hidupnya , inilah kali pertama dia lihat Puan Kim senyum selebar itu . Junghae angguk tanpa sebarang suara .
"Eomma , boleh tak kita singgah Hangang River nanti?" soal Junghae sambil pandang Puan Kim . Wanita tua itu sekadar mengangguk kepala dan masuk ke dalam kereta . Junghae lemparkan pandangan ke luar tingkap . Menikmati pemandangan kota Seoul buat kali terakhir . Tak tahu bila dia akan pulang semula ke ibu kota ini . Mungkin juga dia akan menetap di sana terus . Sedar tak sedar , kereta sudah berhenti di bahu jalan berdekatan Hangang River .
"Pergilah . Eomma tunggu di sini . Jangan lambat." kata Puan Kim memberi kebenaran tika anak perempuannya itu memandang wajahnya .
"Nae."
- tbc
sad ending or happy ? onee more chapter and season one complete ! ♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top