thirty 🍯

❝ She told you she love you but she left you without explanation ❞

.
.

"Taehyung," panggil Junghae lembut . Pantas budak lelaki itu menoleh buatkan hati Junghae berdebar .

Taehyung , nampak lain malam ni .

Pakaian kasual seperti biasa namun tampak kacak bila rambut hitam pekat miliknya disisirkan ke belakang menampakkan dahi licin  .

"Eoh baru sampai?" soal Taehyung bersama senyuman manis . Kakinya melangkah mendekati Junghae perlahan .

Matanya tak lepas memandang susuk tubuh yang sedang berdiri di depannya .

Junghae angguk kepala bersama senyuman tipis yang terbit di bibir .

“Maaf sebab buatkan sunbae tertunggu—”

“Gwenchana . Duduklah dulu . Mesti kau penat.” pelawa Taehyung seraya menepuk lembut kerusi batu bersebelahannya .

Tak mahu menyinggung perasaan budak lelaki itu , dia labuhkan punggung .

“Ada apa sunbae nak jumpa saya?” soal Junghae terus ke tujuan utama mereka berjumpa .

Langit malam yang diterangi cahaya bulan dipandang .

Cuba menenangkan perasaannya yang tak habis diundang perasaan aneh .

Seperti ada sesuatu yang bakal berlaku .

“Kau dengan Yoongi macam mana ? Aku dengar korang bercinta.” ujar Taehyung memulakan perbualan sementara Junghae hanya mengangguk .

Fikir Junghae mungkin Yoongi yang beritahu memandangkan Taehyung dan Yoongi memang berkawan rapat .

“Kau ingat tak waktu kita berdua ponteng sekolah tu?” soal Taehyung serentak mengalihkan wajahnya ke sisi memandang Junghae yang masih ralit memandang langit .

Hanya kepala yang mengangguk sebagai balasan pada soalan Taehyung .

“Aku nak beritahu permintaan aku—”

“Jangan tinggalkan aku.” ucap Taehyung serentak itu airmata Junghae mengalir laju .

Permintaan yang takkan dapat dia tunaikan kerana malam ini hari terakhir dia jejakkan kaki di Korea .

Yoongi mahupun Taehyung tidak tahu menahu tentang hal itu .

Hanya Hwamin satu - satunya orang yang tahu pemergiannya malam ini .

“Sebab aku masih cintakan kau.” desis Taehyung dalam hati .

♡♡♡

“Junghae!” panggil Yoongi kuat dari luar rumah .

Pelik dia dibuatnya bila tengok keadaan rumah Junghae gelap gelita tanpa penghuni . Kereta masih ada namun penghuni tiada .

Baru saja dia mahu melangkah pergi , wanita separuh baya menegurnya .

“Kamu cari owner rumah ni ke?” soal ahjumma Lee yang merupakan jiran lama keluarga Kim . Yoongi mengangguk mengiyakan soalan yang diberi .

“Diorang dah pindah rumah baru . Sejam lalu diorang baru bertolak pergi lapangan terbang.” beritahu ahjumma Lee buatkan Yoongi terkejut .

Pindah ? Kenapa Junghae tak bagitahu apa - apa padanya ?

Tanpa tunggu lagi , enjin motor superbike nya dihidupkan lantas dia memecut membelah kesesakan jalan raya .

Tanpa dia sedar , airmatanya laju menurun membasahi pipinya yang masih dilindungi oleh topi keledar .

Dia kesal kerana tak menyedari cinta pada Junghae lebih awal .

Dia belum sempat berikan bahagia pada budak perempuan itu .

Dia belum buktikan pada orang lain bahawa dia manusia paling bahagia .

Mengapa ? Semua yang dia sayang pergi tinggalkannya ? Apakah dia tidak bisa bahagia seperti orang lain ?

Yoongi menangis tanpa henti hingga pandangannya menjadi kabur .

Motornya hilang kawalan dan tubuhnya terasa berada di awangan .

Kali terakhir dia lihat ialah wajah Taehyung dan Jungkook yang sedang menangis mendapatkannya sebelum semuanya bertukar kelam dan gelap .

“YOONGI!”

.

— e n d  —

end of season one .
stay tuned for crush : the series .

min's :
maafkan saya kalau ada typo atau ada yang mengguris perasaan anda waktu baca story ni . maafkan saya jugak atas segala kekurangan yang berlaku dalam setiap chapter . thankyouu to my homie which is my lovely readers 💛 thankyouu sebab spam vote and comments . ada masa saya balas dan saya minta maaf kalau ada yang saya tak balas tuu hiks . mungkin terlepas pandang . again and again thankyouu sebab selalu support this fanfiction eventho storyline nya mintak penampar and min tak janji akan sambung s2 wkwkwk apepon me love you always

thankyou .

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top