CS19 - 9

Maka bermulalah sesi soal jawab dengan kawan kawanku. Susah gila kalau pakai tiga watak ni. Dan malam ni aku dapat tahu yang Hyunjin dan Bomin tinggal sebumbung. Rupanya mereka ni sepupu.

Nampaknya masalah semakin datang. Well Freya. Kau yang cari masalah so kau sendirilah terpaksa selesaikannya.

"Okey macam nilah. Aku ada aje dirumah. Korang yang tak datang jenguk aku"

Aku senyum kekok. Jawapan babi apa macam tu Freya.

"Kau cakap apa ni Eya. Dah berkali kali kami pergi rumah kau. Tapi rumah tu nampak macam tak ada orang" kata Shuhua tak puas hati.

"So kami ingat kau dah pindah rumah" kata Nancy pula.

"Biarlah dia pergi mana pun. Yang penting dia ada dengan kita sekarang"

Okey aku sayang kau Yangyang. Sayang gila dengan kau. Thanks sebab selamatkan aku.

"Aku setuju tu. Yang paling penting crazy squad dah berkumpul macam dulu" tambah Felix pula.

Aku rasa lega sekarang ni. Thanks Yangyang Felix sebab selamatkan aku.

"And kau Hyunjin. Still fight ke?" soal Renjun.

"Haah. Hujung minggu ni aku ada game. Kalau korang rasa nak datang, datanglah"

"Eh mesti. Kau kan member crazy squad. Of course kami datang support"

Seungmin memberi semangat. Aku cuma dengar. Tak decide lagi nak pergi ke tak. Aku ni takut sikit bila tengok luka dengan darah. Lagi lagi dekat bibir. Hu taknak.

"Takpe kan kalau aku tak pergi"

Okey semua dah pandang muka aku macam nak telan hidup hidup. Aku ada cakap benda pelik ke.

"Mana boleh..."

Belum sempat Heejin habiskan ayat dia Hyunjin terlebih dulu potong.

"Sokay kalau Eya tak nak pergi. Game tu tak penting pun"

Aku tayang muka biasa. Sejak bila kau jadi baik ni Hyunjin. Selalunya kau akan paksa aku ikut kau.

"Tak complete lah crazy squad nanti" kata Jeno tak puas hati.

"Eh aku tak kisahlah. Korang datang support pun aku dah bersyukur gila"

Hyunjin senyum dan aku sorang aje yang nampak senyum itu cuma senyum yang dibuat buat. Kecewa agaknya aku tak nak pergi.

Malam semakin larut. Semua crazy squad sudah balik termasuk Heejin dan Seungmin. Ibu Seungmin ajak Heejin tidur rumahnya. Katanya ada benda yang dia nak bagi pada Heejin. Tung lerr kau Heejin bakal mak mertua sayang gila dengan kau.

Papa pulak? Baru dua minit yang lepas dia bagitahu dia ada emergency. Dia terus ke airport. Jadi malam ni aku kena tidur dirumah sorang sorang. Oh no!

Hujan semakin lebat. Dan papa juga harap yang aku balik dengan family Seungmin tadi. Papa! Kenapa buat Eya macam ni. Huhu.

"Kau tunggu siapa girl"

Hyunjin sudah keluar bersama family Bomin.

"Tunggu teksi" jawabku tanpa pandang muka dia.

Aku peluk tubuhku sendiri. Sejuk siaa malam ni. Mana dengan pakai dress tanpa lengan lagi. Memang tambah sejuklah jawabnya.

"Oh betullah papa kau ada emergency tadi. Kalau macam tu jomlah balik dengan aku. Family Bomin tak kisah pun"

"No aku okey. Aku balik naik teksi aje. Malaslah nak menyusahkan orang lain"

"Degil tu tak hilang juga rupanya" kutuk Hyunjin.

"Kalau setakat datang nak sakitkan hati aku, kau boleh blah. Aku tak perlukan pertolongan kau sial!"

Kan free kena maki dengan aku. Tolonglah jangan cari pasal time ni. Dah lah tengah panas tunggu teksi tak sampai sampai lagi. Dah setengah jam kot aku call.

Aku nampak Hyunjin tayang muka selamba. Dia menelefon seseorang. Tapi cuma sekejap sebelum pandangan dia beralih ke arah aku.

"Jom kita pergi sewa kereta hotel. Dah malam sangat ni. Teksi mana yang nak datang waktu macam ni"

Aku still diam sambil pandang ke depan. Aku nampak kilat sambung menyambung dan tidak lama kemudian bunyi guruh kedengaran. Malam ni aku kena buang ego aku kejap. Just malam ni!

"Kalau jadi apa apa kat aku, siap kau aku kerjakan"

Hyunjin senyum. Aku dah ada lesen memandu lah Eya. Kau jangan risau.

Selepas membuat pembayaran, pihak hotel menyerahkan kunci kereta. Kami pergi ke basement untuk ambil kereta.

"Pakai ni. Aku tahu kau sejuk"

Hyunjin meletakkan kot hitamnya diatas bahu aku. Dia selalu faham aku. Dia tahu apa yang aku perlukan tapi kenapa dia perlu buat aku sakit hati.

Aku tak menolak. Dia tolong buka pintu untuk aku. Aku melangkah masuk dengan muka tanpa riak. Dia layan aku macam princess pulak.

Aku tarik kot rapat dengan tubuhku sebaik saja dia buka air cond. Lagi sejuk aku dibuatnya. Kalau tak buka nanti cermin hadapan akan kabur dan dia tak kan nampak jalan.

"Kau still duduk rumah yang sama ke?"

Aku sekadar mengangguk. Aku mengantuk sebenarnya. Haha. Sebab tulah aku malas nak cakap.

Hyunjin memandu dengan perlahan. Mungkin hujan terlalu lebat. Hmm kalau macam ni pukul berapa sampai rumah.

"Kau betul betul maksudkan apa yang kau cakap?" soalku untuk menghilangkan kesunyian didalam kereta ni.

"Hah?"

Lahai buat buat tak faham pulak setan ni.

Aku nampak dia macam tengah berfikir sebelum bibirnya mengeluarkan senyum.

"Ya aku tak main main Eya. Aku betul betul minta maaf. Aku nak kita kawan macam dulu. I miss you"

Hatiku tak keruan dengan tiga perkataan akhir tu. Relax Freya. Itu cuma senjata dia untuk buat kau maafkan dia.

"How much?"

Aku uji dia lagi.

"I miss you damn much. Nobody can't count it"

"Iya? Tapi aku tak percaya. Mustahil kau tak jumpa awek baru masa kau tinggal di Dubai. Aku sure dorang dua kali lebih cantik dari aku"

Hyunjin diam. Aku pandang dia. Dia nangis? Seriously? But why? Tak kan aku cakap macam tu pun nak nangis kot.

"Oh my! I miss this moment so much"

Otakku masih lagi mencari jawapan.

"Maksud kau"

Dia senyum lagi.

"Oh god finally aku dapat tengok perangai kau yang tak habis habis cemburu walaupun kita cuma kawan. Comel sangat"

Gulp! Aku baru sedar yang aku terlepas cakap. Tapi aku cuma cakap ikut hati aku aje.

"Finally my old girl is back! Thanks Eya"

"Wei siapa cakap aku dah maafkan kau"

Aku buat muka tak puas hati. Hilang mengantuk tadi. Hyunjin punya pasal.

Hyunjin cuma ketawa. Sukalah tu. Hiesy! Tak guna.

"Tak naklah kawan dengan kau"

Kali ni aku betul betul merajuk. Aku pandang ke luar tingkap. Dan selepas itu aku rasa kereta berhenti di tepi jalan.

"Okey okey aku minta maaf. Aku cuma happy aje aku dapat kawan dengan kau balik"

"And perangai kau sikit pun tak berubah dan aku bersyukur sangat"

Aku buat tak tahu. Merajuk! Tadi ketawa macam tak ingat dunia.

Tangan panasnya genggam tangan sejukku. Selesa sangat. Dalam diam aku senyum.

"Girl..."

Okey please jangan panggil macam tu. Dia macam tahu tahu aje aku akan terpujuk bila dia panggil macam tu.

"Jangan sampai aku cium kau"

"Don't you dare to do that thing!" Aku beri amaran.

"Jomlah balik. Aku mengantuk gila dah ni"

Dia tahu Eya still merajuk. Tapi apa pun dia happy sebab Eya dah maafkan dia. Merajuk tu perkara biasa bagi dia. Eya ni memang manja lebih kalau dengan dia. Takpe esok dia sambung pujuk.

Kami sampai dirumah. Jam pun beberapa minit lagi pukul menunjukkan pukul 12 malam. Hujan pun tak ada tanda tanda nak berhenti. Maintain lebat aje dari tadi.

"Aku masuk dulu"

Mood merajuk still on okey. Haha.

"Kau sure ke nak tidur sorang dalam rumah besar macam ni"

Wei dia sindir aku!

"Ekhmm! Asal kau cakap macam tu"

Tiba tiba pula rasa takut bila tengok rumah sendiri. Walhal dah bertahun aku tinggal sini. Hyunjin punya pasallah ni.

"Well aku kenal kau girl. Maybe terlebih kenal. Aku sure kau tak berani tidur sorang. Need someone to accompany you tonight?"

"Bencilah macam ni" rungutku.

Dia selalu tahu apa yang aku rasa sekarang ni.

"Jomlah masuk"

Hyunjin senyum puas hati. Seronoklah tu boleh tidur sebumbung dengan aku malam ni.

Well kau nak teman aku sangat kan. Takpe aku akan buli kau cukup cukup malam ni.

"Kau rehatlah dulu dalam bilik tetamu ni"

Aku masuk bilik untuk ambil baju Hyunjin yang dah setahun aku simpan. Macam mana boleh ada kat sini?

Dulu aku suka main hujan dengan dia dan kitorang balik rumah dia. So memandangkan dah basah sangat baju, dia kasi aku pinjam baju dia. Seluar pun ada sekali.

"Ni baju kau. Aku still simpan tau. Tapi tak tahulah muat dengan kau ke tidak. Kau bukan semakin pendek"

Hyunjin tergelak. Dia ambil baju dan seluar yang aku hulurkan.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top