CS19 - 8
Selepas buang segala make up yang melekat dimuka dan juga bersihkan diri, aku turun ke bawah. Agaknya apa yang papa nak cakap.
"Ha turun pun"
Tv dibiarkan terbuka. Kini perhatian papa hanya tertumpu pada aku. Aku pula sedang menanti apa yang papa akan cakap selepas ni.
"Kenapa pa"
"Esok company papa ada buat party and I want you to be there as my princess NOT a nerdy stranger"
"Tapi pa..."
"No excuses!"
"Okey tapi dengan satu syarat"
"Are you really ask me that Eya?"
"No just consider as a favor. Please help me this time"
"Okay sure. What is that?"
"Okay as you wish i will be your old Kang Freya tapi Freya tak nak pergi dengan kereta baru papa sekarang. Please..."
Gila kau nak pergi dengan kereta Audi baru tu. Dah tentu tentu rahsia yang selama ni aku simpan akan kantoi macam tu aje. Hyunjin mesti seronok dapat tahu perempuan yang selama ni dia selalu ikut tu ialah aku. Party besar dia kalau dapat tahu.
"Habis tu kita nak pergi naik apa? Jalan kaki?"
"No tapi dengan kereta BMW papa"
"Papa okey kalau kereta tu ada kat sini tapi masalahnya kereta tu ada dirumah lama kita tau"
"Okey kita pergi rumah sana dan duduk sana just for a day. Lepas tu kita balik sini. Boleh?"
"Okay but just for this time papa ikut rancangan bodoh Eya ni. Lepas ni jangan harap"
"Sure! Saaayang papa!"
Aku peluk papa macam tak nak lepas.
"Jom kita pergi sekarang. Papa dah lama tak bawa Ducati. Dulu masa muda muda rajin juga. Sekarang ni rasa naik kereta lagi selesa"
"Wah! Bolehlah Eya jadi girlfriend papa hari ni"
Kami ketawa. Aku nampak papa termenung sekejap. Macam tengah fikir kenangan manis dia dulu. Mesti kenangan dengan ibu kan. Hmm kalaulah ibu ada.
Aku cuma bawa dress untuk party esok. Baju lain dah banyak dirumah lama. Masa pindah hari tu aku tak bawa semua baju pun.
Baju tidur pun ada banyak helai lagi dirumah lama.
Aku turun dan papa juga tengah panaskan enjin Ducati aku. Alamak! Papa siapa ni. Kenapa handsome sangat. Dengan jaket kulit hitam dia. Pergh! Terbaik.
"I'm sorry but who are you?"
Aku cuba bergurau.
"I'm Kang Daniel or known as Kang Freya daddy. Let me give you a ride beautiful princess"
Dan selepas itu kami sama sama ketawa. Rasa macam dah lama sangat tak gurau macam ni.
Sebelum aku naik atas motor, aku sempat perhatikan mana tahu Hyunjin tengah curi curi datang sini. Tapi aku lega. Mungkin dia ada dirumah. Waktu macam ni dia suka tidur.
"Dah pa. Jom gerak sekarang"
Wah! First time naik dengan papa. Tak sangka papa boleh menunggang dengan baik. Best siaa!
Sampai dirumah lama, aku terus bawa Ducati aku ke belakang rumah. Tak mustahil yang Hyunjin akan cari aku sampai sini. Sebelum datang sini aku sempat text Heejin suruh tidur sini malam ni. Esok malam boleh gerak sama sama.
"Oh pa Eya lupa nak tanya. Papa ada jemput Seungmin sekali tak?"
"Papa suruh Heejin yang jemput. Kenapa?"
"Oh okey. Kalau kawan Eya yang lain?"
"Rasanya Hyunjin datang dengan aunty dan uncle dan juga sepupu dia. Kawan Eya yang lain pun papa jemput jugak kenapa"
Aku cuma mampu mengeluh. Rasanya malam esok aku tak boleh lari dari siapa siapa. Apa aku nak jawab bila geng crazy squad tanya nanti.
"Hai pa! Eya!"
Heejin sudah sampai. Siapa lagi kalau bukan Seungmin yang tolong hantarkan.
"Oh Heejin pun dah sampai dengan Seungmin. Bolehlah kita minum petang sekali" kata papa.
Baru sekejap tadi gembira. Tapi bila tahu yang papa jemput crazy squad sekali, hmm hilang mood.
Heejin tarik aku masuk rumah.
...
Malam yang ditunggu telah pun tiba. Aku cuma pakai simple. Dress putih paras lutut aku sarung ke tubuh aku. Make up pun ala kadar aje. Dipadankan dengan heel putih. Perfect!
Perfect bagi aku aje. Pandangan orang lain tak tahu lagi.
And guess what malam ni hujan turun. Aku rasa musim hujan is coming. Well hujan boleh buat aku sedih dan juga happy.
"Kau cakap nak pergi dengan Seungmin"
Aku pandang kembar aku yang sorang ni. Dah lah cantik nak mati. Anak siapalah ni.
"Well hujan. So dia pergi dengan family dia dan aku pula pergi dengan family aku. Kitorang jumpa disana"
"Papa okey aje kamu pergi dengan siapa pun. Eh! Jomlah. Nanti kita pula yang lambat"
Aku duduk didepan bersama papa manakala Heejin duduk dibelakang.
Kami sampai di dewan tepat jam lapan malam. Banyak siaa tetamu dia. Kenapalah papa jemput ramai sangat.
"Ermm boleh kan kalau papa masuk dulu. Eya ada benda nak cakap dengan Heejin"
Aku tayang muka kesian dekat papa. Nervous sebab lama tak bersemuka dengan dorang sebagai Kang Freya.
"Yelah. Jangan lama lama sangat dan yang penting jangan buat hal nak lari sudah" sempat lagi papa sindir.
"Eya tahu pa. Manalah Eya boleh pergi. Malam malam plus hujan. Pa jangan risau. Eya tak berani nak lari malam malam"
Daniel melangkah masuk kedalam dewan. Dia percayakan anaknya.
"Kau asal ni bro" soal Heejin.
"Aku nervous lah. Kau tahu kan dah setahun lebih aku tak muncul sebagai Kang Freya. Kalau dorang tanya aku pergi mana aku nak jawab apa"
"Kau jawablah jelah yang kau dah jarang keluar rumah"
"Kau rasa dorang nak percaya ke. Macam mana ni..."
"Heejin my princess. You are so beautiful tonight"
Alaa time nilah Seungmin nak kacau daun. Tahulah aku tengah tahan awek dia tak bagi masuk lagi.
"Jom masuk"
Ha sudah. Babilah kau Seungmin. Boleh pula kau culik kembar aku time time macam ni.
"Takpelah kau pergi masuk dulu. Cakap dengan papa aku nak duduk luar kejap. Kejap lagi aku masuk"
Heejin mengangguk lalu masuk bersama Seungmin. Eii jelesnya tengok pasangan ni.
Aku kembali nervous. Macam mana ni. Tak kan aku tak masuk. Bising papa nanti.
"Hai girl...long time no see"
Ha sudah. Bala sudah datang. Aku ingat si Hyunjin ni dah ada didalam. Rupanya baru datang.
"Sorry tak kenal. Cau!"
Tapi dia sempat pegang tangan aku. Hish! Bodoh kau Eya. Sepatutnya kau masuk aje dari tadi.
"Eya please. Tolong bagi masa untuk aku explain"
Heh! Boleh blah nak ayat tu. Explain konon.
"Explain amende. Dah lah Hyunjin. Kau juga yang tolak cinta aku dulu. Sekarang ni nak explain bagai pulak"
Hyunjin terpandang gelang tangan yang dia pernah bagi pada Freya dulu. Elok aje tersarung ditangan Eya. Tapi dia tak nak tegur. Dia tahu Eya tengah marah sekarang ni dan bila dia tegur nanti, Eya akan buang gelang itu. Jadi lebih baik dia diam.
"Okey masa tu aku tengah sakit hati gila. Bila aku tengok muka kau mesti aku teringat adegan kau peluk dengan Jaemin masa hari ambil result"
"So untuk buat kau sakit hati macam mana yang aku rasa, aku tolak cinta. Walhal separuh hati aku masa tu aku nak terima kau. Gila kau. Dah lama kot aku sayangkan kau. Tapi ego aku terlalu tinggi. Aku pergi juga tinggalkan kau"
Wah! Sakitnya hati dengar dia explain. Kalau tahu jadi macam ni, aku akan protes habis habisan dekat papa. Cakap tak nak datang sini.
Dan dengan bodohnya, air mata aku jatuh. Aku menangis depan dia wei. Manjanya aku.
"Aku pergi Dubai untuk lupakan kau. Tapi bila aku stay sana, aku macam orang tak ada life. Macam orang baru putus cinta. Walhal aku tak bercinta pun time tu"
Wow! Boleh tahan hebat penangan Kang Freya. Tapi padan dengan muka. Siapa suruh tolak cinta aku.
"So aku minta maaf sangat sangat. Aku harap sangat kau maafkan aku. Kita kawan macam dulu itu dah lebih dari cukup untuk aku girl. Aku boleh terima kau tak cintakan aku walaupun hati aku sakit..."
Tiga perkataan yang last tu macam dengar tak dengar aje. Tapi still walaupun hujan sederhana lebat, aku boleh dengar apa yang dia cakap.
"Well aku akan fikirkan dulu tapi jangan terlalu berharap sangat. Kang Freya yang dulu tak sama dengan yang sekarang"
"Aku faham kau perlukan masa. Dan aku akan tunggu"
Dia berakhir dengan senyum mautnya. Senyum yang aku rindui selama ni. Senyum yang aku paling nak tengok dalam masa setahun ni.
Tapi tengoklah. Aku akan fikirkan. Bukan senang hati aku nak terima dia macam dulu.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top