CS19 - 30 (END)
Sudah empat tahun berlalu aku masih Kang Freya yang sama. Yang berubahnya, persekitaran sekeliling. Sedikit sebanyak perangaiku turut berubah. Aku dah insaf dengan kerja kerja membuli dan membalas dendam. Aku dah cukup matang untuk berhenti buat kerja kerja macam tu.
Hyunjin? Selalu jugaklah dia telefon atau video call dengan aku tapi sejak akhir akhir ni kami jarang berhubung. Dan aku faham sebab dia baru mula kerja yang dia impi selama ni. Jadi aku tak nak ganggu dia.
Rindu tu tak payah cakaplah. Memang rindu gila tapi nak buat macam mana. Bercinta jarak jauh memang macam ni. Aku rindu nak bergurau dengan dia macam dulu. Tapi dah lama tak bersua muka ni mesti akward en bila jumpa. Aduh! Matilanak. Agak agak rupa dia macam mana sekarang. Hensem macam dulu tak?
"Woi! Termenung apa kau ni. Tak nak pergi lunch ke?"
Datang dah mangkuk ni. Mentang mentanglah jawatan dia tinggi dari aku.
"Nak lunch dekat mana. Aku tak sukalah makanan dekat sini. Aku rindu masakan ibu"
Aku mula merengek macam budak kecil.
"Masakan ibu amende. Kita kan dekat Italy sekarang. Lagipun malam ni kita nak fly back dah kan. Sabarlah kejap" bebel Soobin.
"Yelah fine"
Aku mengalah. Soobin bawa aku pergi restoran mana pun aku tak tahu.
Soobin ni sekarang ganti tempat papa sebagai CEO manakala jawatan aku pula bawah sedikit pada si Soobin ni. Soobin sendiri yang mintak dekat papa yang dia nak aku pegang jawatan aku yang sekarang. Katanya orang lain tak boleh diharap.
Jadi Soobin selalu suruh aku kalau urusan luar negara. Tapi entah kenapa kali ni dia nak ikut juga. Selalunya aku pergi sorang sorang aje. Tak pun dengan PA aku.
"Lepas ni aku nak kau teman aku pergi jalan jalan"
Soobin membuat muka menyampah. Dia tahu aku suka travel. So dia cuma mampu ikut.
"Anyway relay kau dengan Yeji macam mana?" soalku.
Sebenarnya aku suka sangat tengok Soobin dengan Yeji. Memang sesuai sangat. Ibu dengan papa pun suka.
"Macam biasa. Dia still dengan pendirian dia. Dia tak suka bila aku nak tolong family dia"
Aku cuma senyum. Kagum dengan Yeji. Walaupun susah dia tetap ada semangat untuk bantu keluarga dia.
"Orang perempuan ni bukan tak nak ditolong tapi kami ni rasa segan. Lagi lagi dengan orang yang kami sayang. Kalau aku di tempat si Yeji pun aku akan buat benda yang sama"
Setelah beberapa jam didalam kapal terbang, kami tiba di tanah air. Rindu gila. Seminggu kot stay dekat Italy sebab nak siapkan semua kerja. Dan akhirnya kami boleh balik dengan tenang.
"Aku nak pergi toilet jap"
"Ha jangan lama sangat. Aku pergi letak barang dalam kereta dulu"
"Okey nanti aku terus pergi sana"
Soobin menarik dua biji bagasi bersamanya. Aku pula terus lari ke toilet. Tak tahan do nak buang air kecil.
Selepas melepaskan hajat kecil itu, aku terus ke kereta. Tapi sebaik saja aku keluar, badan aku dirempuh beberapa orang. Aku dengar ramai yang berlari sambil menjerit.
Banyak kali aku kena rempuh dengan orang. Dan baru aku sedar ada artis yang baru tiba disini. Patutlah ramai orang. Hmm kesian aku tengok bodyguard bodyguard yang terpaksa berkerja keras untuk jaga artis artis itu. Nak jalan pun tak boleh.
"Aww!"
Aku tersungkur. Bukan itu aje, hidung aku pun jadi mangsa. Kamera dorang yang besar itu berlaga dengan hidung aku. Sakit sial!
"Are you okay?"
Seseorang menghulurkan tangan untuk bantu aku. Dan tanpa membuang masa aku sambut huluran itu. Dapatku lihat dari ekor mata orang yang menolong aku ni berseragam pilot.
Hatiku terus jadi lain. Pilot yang tolong aku sial. Malu tu tak payah cakaplah.
"Kau ni memang tak boleh jaga diri sendiri kan. Agaknya aku ni memang ditakdirkan untuk jadi hero kaulah"
Dan aku terus pandang pilot ini. Kalau tengok muka macam kenal. Tapi...damn!
"Hai bidadari ku!" sapanya.
Ya Tuhan Hwang Hyunjin! Betul ke ni dia. Aku tak mimpi kan. Aku tak berangan kan. Ke aku terlampau rindu dia sampai orang lain pun aku ingat dia.
"Lerr termenung pulak. Excuse me your shrek is back. Don't you miss him?"
Bagaikan satu kod rahsia, aku terus sedar dan betul lelaki yang bertubuh tinggi yang tengah berdiri depan aku ni ialah Hwang Hyunjin. Hensem bhai. I mean extra hensem sekarang dengan berseragam pilot. Pergh! Cair hati perempuan aku. Tiba tiba aku rasa tak layak jadi girlfriend dia.
"Hyun...Hyunjin. Kau ke ni?"
Dia ketawa. Damn! Aku rasa macam nak pengsan. Ketawa pun hensem.
"Aku tahulah aku hensem sebab tulah kau tak kenal. Tapi tak guna juga kalau hensem kalau kau tak kenal aku"
Okey sah! Confirm lelaki ni Hyunjin. Cara dia cakap buat aku menyampah nilah yang aku berani cakap yang dia ni memang Hyunjin.
"Damn I miss you so so much!"
Aku terus peluk dia. Finally aku boleh jumpa dia.
"I miss you more girl" bisik dia.
Dia mendakap tubuhku dengan lebih erat. Tak peduli dengan pandangan orang lain.
Aku perasan ada beberapa pramugari tengah pandang macam nak bunuh aku sekarang jugak. Maybe sebab aku peluk kapten kesayangan dorang. Hell kisah apa aku. He's mine!
...
Member crazy squad berkumpul di kafe Hyunjin seperti yang diarahkan Jinyoung. Katanya ada benda penting nak bagitahu.
"Macam yang korang tahu esok birthday Shuhua. Dan tahun ini dia nak celebrate atas cruise"
"Wow! Tak pernah pernah member kita buat party atas cruise" komen Felix.
"So biar aku jadi yang first" kata Shuhua dengan bangga.
"Anyway tahun ni ada tema. Memandangkan halloween dah nak dekat so dress code party malam esok halloween"
"Wow! Nice. Tapi kenapa tak cakap esok aje. Kau ingat senang ke nak cari kostum tu semua" sindir Han.
"No excuses. Nak tak nak korang kena datang esok dengan berkostum. Kalau tak memang aku campak dalam laut" Shuhua memberi amaran.
Dan disebabkan kerja gila Shuhua, aku dengan Hyunjin pening kepala fikir watak apa yang sesuai dengan kami. Member crazy squad yang lain semua sudah balik dan ada yang sudah pergi cari kostum.
Chocolate shake sudah habis diminum. Tapi satu habuk idea pun tak dapat. Susah jugak nak decide watak apa yang sesuai.
"Okey aku rasa aku dah jumpa watak apa yang sesuai untuk kita" kata Hyunjin tiba tiba.
Mataku sudah bersinar sinar. Finally Hyunjin ada idea.
"Apa?"
Hyunjin meletakkan ipad diatas meja. Dia tersenyum puas. Watak joker bersama harley quin muncul di skrin.
"Damn! Nice!" komenku.
"So masalah setel. Now aku nak spend time dengan kau"
"No belum setel. Mana kita nak cari kostum tu semua"
"Semua butik mesti ada punya. Kan halloween dah nak dekat. Kau jangan risaulah"
Aku angguk. Ada betul jugak cakap si Hyunjin ni. Tinggal nak pilih aje butik yang mana esok .
"Girl..." panggil Hyunjin tiba tiba.
Aku pandang Hyunjin.
"Kau tak rasa ke kita patut tukar panggilan. Tak kan nak ber aku kau sampai bila bila"
Okey pipi please behave. Jangan tunjuk warna merah. Nanti dapat malu.
"Habis tu kau nak kita panggil apa. Bagi akulah kan, aku lebih selesa panggil aku kau. Sebab aku lebih prefer friendship love. Aku nak kita couple tapi pada masa yang sama kita berkawan baik"
"Tapi tak manis lah orang dengar"
"Don't mind them"
Aku nampak muka kecewa Hyunjin. Aduh! Kan aku dah cakap aku ni bukanlah sweet macam perempuan lain.
"Kau tak suka ke?" soalku.
"Eh! Mana ada. Untuk kau semua boleh"
Tak ikhlas! Aku kenal kau Hyunjin. Kau tak boleh tipu aku. Kau tak pandai kawal reaksi muka kau. Jelas sangat kau kecewa dengan aku.
"Jujur please" rayuku.
"Fine. Aku nak kau panggil aku dengan panggilan lebih mesra. Aku nak sweet sweet macam couple lain jugak"
Aku tersenyum hambar. Aku paling tak suka kalau disama samakan dengan orang lain.
"Nampaknya kau belum boleh terima kekurangan aku yang satu ini. Kan aku dah warning kau awal yang aku ni tak sweet macam perempuan lain tapi..."
Hyunjin meletakkan jari telunjuknya di mulutku. Suruh aku berhenti bercakap.
"Aku minta maaf. Aku janji aku tak kan cakap pasal ni lagi. Sorry sangat sebab buat kau sedih dan kecewa dengan aku"
Aku cuba untuk senyum. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan kurangkan merajuk.
"Sokay. Salah aku jugak. Bodoh dalam bab relay ni"
"Kau cakap lagi aku kiss kau!"
Hyunjin memberi amaran dan aku terus tutup mulut.
Pukul 7 malam aku dan Hyunjin bertolak ke tempat cruise. Dan untung kami sempat sampai. De' Queen Cruise itu bertolak tepat pukul 8 malam.
Semua sudah ada di bahagian atas kapal ni. Rasanya Shuhua dah sewa bahagian atas kapal ni sebab ada member crazy squad aje. Tak nampak pun orang luar.
Kostum crazy squad semuanya hebat hebat belaka. Sampai ada setengah yang aku tak kenal disebabkan make up terlalu tebal. Aku dan Hyunjin juga tak kurang dari mereka. Kami make up 100% macam joker dan harley quin. Aku siap warnakan rambut jadi warna biru dan pink. Hyunjin pula warna hijau.
"Siapa yang pakai kostum watak hantu dalam movie It chapter two ni"
Siapalah yang pakai. Dahlah make up pun sebijik sejibon. Eii aku tak sukalah watak hantu tu.
"Manalah aku tahu" jawab Hyunjin.
"Dia datang weh dia datang!"
Aku sembunyi di belakang Hyunjin kerana terlampau takut. Aduh! Ni yang aku paling benci bila datang party halloween ni. Ha sebab nilah. Movie hantu pun aku tak tengok. Inikan pula tengok secara real.
"Lerr mana Eya nya" kata hantu itu.
Hyunjin ketawa.
"Lah yang kau sembunyi dah kenapa Eya. Ini akulah Seungmin"
Seungmin? Fuck you Seungmin!
"Dia ni memang penakut" kutuk Hyunjin.
Aku tampar belakang dia. Dasar joker tak guna. Orang support lah harley quin dia bukannya mengutuk. Ada juga yang kena campak dalam laut nanti.
"Oh! Kau rupanya Seungmin. Anyway dah habis watak ke yang kau pilih watak hantu ni" sindir aku.
Lengan Hyunjin aku peluk dengan erat. Walaupun aku tahu hantu tu Seungmin tapi still aku takut sebab nampak macam real.
Dan disebabkan Seungmin, malam ni aku hanya berkepit di sebelah Hyunjin. Seungmin pula semakin menjadi jadi bila dia tahu aku takut.
"Happy birthday Shuhua"
Birthday girl pakai kostum cinderella malam ni. Boyfriend si cinderella ni pulak of course pakai kostum ala ala putera diraja. Poyo aje si Jinyoung ni.
"Thanks Eya. Sesuai aku tengok kau jadi watak harley quin ni. Cantik" puji Shuhua.
Malam ini semua bergembira. Banyak juga makanan yang sedap sedap disediakan. Kami juga tak lepas peluang ambil gambar sebanyak yang mungkin.
"Hey maleficent! Tolong ambil kitorang kejap"
Heejin yang tengah berbual dengan Gowon terus ketawa.
Aku dan Hyunjin melakukan macam macam pose ala ala model terkenal. Tapi dengan tiba tiba dia tarik aku dekat dengan dia dan jarak muka dia dengan aku hanya satu inci. Dan baru aku faham dia buat pose macam dia tengah kiss aku tapi sebenarnya tak kiss pun. Kalau dalam gambar memang nampak real macam tengah kiss.
Gila kau tak terkejut. Jantung pun rasa macam nak meletup sekarang jugak.
"So sweet. Gambar pun lawa" komen Heejin.
Setelah puas ambil gambar, Hyunjin ajak aku pergi jauh dari member crazy squad. Dia bawa aku ke bahagian depan kapal. Bestnya kena angin laut. Pemandangan laut pada waktu malam pun cantik. Dan dari sini juga boleh nampak roda feris yang besar yang terletak di tengah bandar. Cantik aje.
"Hyunjin..." panggil aku.
Hyunjin cuma pandang ke depan. Leka dengan pemandangan laut.
"Antara Harley Quin dengan Kang Freya yang mana cantik?" soalku tiba tiba.
"Harley Quin!" jawab Hyunjin dengan cepat.
Aku terus diam. Dengar air laut aje. Hyunjin pun tak nampak tanda tanda nak pujuk aku. Merajuk ah macam ni.
Tapi tidak lama kemudian, aku rasa ada tangan yang melingkar di leher aku. Aku buat tak tahu.
"Kau tak patut tanya soalan macam tu girl. Datanglah ratu universe sekalipun, aku tetap akan pilih Kang Freya" bisik Hyunjin.
Tudia sekali dia bagi ayat. Semut pun boleh mati sebab terlampau manis dan cliche. Tapi aku tetap senyum.
Aku pusing tubuhku mengadapnya. Kedua belah tangan aku lingkar pada leher dia. Mata dia aku pandang dalam dalam. Begitu juga dia. Dia tak nak kalah.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku. Selalu ada bila aku perlukan kau. Selalu buat aku happy. Thanks for everything! Love"
Dan selepas itu aku cium betul betul di hujung bibir dia. Entah kenapa bagi aku itu port yang paling aku suka.
"Terima kasih juga sebab percayakan aku. I love you sunshine"
Cair hati aku. First time dia cakap i love you dekat aku. Bersama dengan itu bibirku ditindih dengan lembut. Terus lembut lutut aku. Aku rasa bagai di awangan. Penangan Hwang Hyunjin.
...
Semua member crazy squad berkumpul di kafe Hyunjin. Walaupun semua dah bekerja, mereka tetap akan curi masa untuk meluangkan masa bersama sama.
"Guys. Aku ada problem lah" kata Han tiba tiba.
"Asal pulak kau ni" soal Renjun.
"Esok aku ada company dinner"
"Habis tu pergi ajelah. Apa masalahnya" kata Jinyoung pula.
"Masalahnya bos aku tu kalau dia start cakap, pukul 11 malam baru boleh makan. Aku tak sukalah" rungut Han.
"So?" soal Freya.
"So aku nak minta tolong korang. Kita buat kerja lama kita dulu" kata Han.
Yang lain melihat sesama sendiri lalu tersenyum jahat. Bagus juga. Mereka pun dah lama tak buat kerja macam tu. Akhirnya ada misi baru. Jangan tanya kenapa kami sanggup tolong Han untuk buat kerja kerja gila.
Because what ever we are, where ever we are, WE ARE CRAZY SQUAD!
The End
Finally tamat juga. Thanks kepada yang vote dan baca cerita mengarut ni. Ayat dia pun semakin lama semakin berterabur. Sorry kalau ending hambar dan tak macam yang korang fikirkan 💞
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top