CS19 - 2
Freya bersiap siap untuk ke universiti. Heejin pula sedang menyiapkan sarapan. Daniel turun bersama beg kerjanya. Dan tidak lama kemudian Freya turun.
"Morning Eya" tegur Daniel.
Freya cuma diam lalu duduk di sebelah Heejin.
Sejujurnya Daniel tak suka tengok perangai Freya macam ni. Dan dia perlu tahu sebab Freya jadi pendiam.
"Papa pergi kerja dulu"
Dahi Freya dan Heejin dicium oleh Daniel. Itu sudah jadi rutin harian dia sebelum dia pergi kerja. Dia bersyukur ada anak macam Freya dan anak angkat yang dia anggap macam anak kandung sendiri macam Heejin.
"Take care pa"
Heejin melambaikan tangannya.
Daniel melangkah keluar.
"Weh kau tahu tak hari ni ada budak baru yang join kelas kita"
Freya meneguk air.
"Tak tahu dan tak nak ambil tahu" jawab Freya.
Heejin mencebik.
"Seungmin cakap tiga orang sekaligus. Lelaki maybe"
Freya sambung makan. Dengar aje pasal lelaki terus hilang mood dia hari ni.
"Jomlah nanti lambat pulak" ajak Freya.
"Ermm aku pergi dengan Seungmin"
Heejin tersengih macam kerang busuk.
"Aku tak kisah. Cuma satu aje aku nak tahu. Kau dengan Seungmin couple ke macam mana ni"
Dengan terpaksa Heejin mengangguk. Tak jujur nanti Freya marah pulak.
"Aku blah dulu"
Heejin mencebik. Itu aje respon yang Freya bagi. Tak patut betul.
Habis tu kau nak si Freya tu buat party untuk kau ke Heejin. Kau nak kena potong kepala dengan dia.
Setelah bersiap Hyunjin turun kebawah. Hari ni dia tak rasa nak sarapan. Lagipun dah lambat.
"Bro kau pergi u naik apa" soal Hyunjin kepada sepupunya Choi Bomin.
"Naik cicak bro" jawab Bomin sambil memasukkan roti didalam mulut.
"Haha. Kau buat lawak pulak pagi pagi ni"
Jelas ketawa yang dibuat buat oleh Hyunjin sebelum mukanya berubah menjadi menyampah.
"Aku pergi naik motorbike akulah. Eh! Dulu kau pun ada satu kan"
"Ada tapi sebelum aku pergi Dubai aku jual. So aku kena beli lain. So petang ni kau teman aku pergi beli"
"Cun no prob. Sekarang kau kena tumpang akulah ni"
"Yup! Naik cicak kau"
Dan selepas itu Hyunjin terus melangkah keluar.
"Woi! Kau siapa nak cakap baby aku tu cicak. Hii kalau tak ingat parents kau suruh duduk sini dah lama aku halau kau!" bebel Bomin.
Hyunjin yang sedang menyarungkan kasut cuma ketawa. Bomin lah satu satunya sepupu yang dia paling rapat.
Freya seperti biasa ke kelasnya. Pagi pagi buta dah ada kelas akaun. Ko rasa?
"Weh gais! Nerd dah sampai" kata Chaeyeon.
Oh lupa bagitahu yang geng evil babi ni pun satu U dengan aku. Macam mana dorang boleh masuk? Of course sebab duit. Dorang semua kan anak orang kaya. Tapi satu aje. Dorang ni macam tak cukup kasih sayang. Sebab tulah kerja curi duit orang.
Dan yang penting geng evil babi ni tak tahu yang aku ni Kang Freya. Dorang tahu aku kawan dengan Heejin. Tapi dorang anggap Heejin kawan dengan budak nerd yang entah dari mana asalnya.
"Hey nerd!"
Nakyung menarik hoodienya. Dia dah biasa dengan situasi macam ni.
"Weh! Rambut macam kak limah siot!" kata Nakyung dengan kuat.
Yang lain ketawa.
"Busuk tahap babi dah ni. Eyy kau tak pernah cuci rambut ke" sambung Chaeyoung pula.
Seungmin dan Heejin hanya mampu tengok. Freya awal awal kasi amaran jangan tolong dia.
"Busuk tahap babi pun rambut aku. Bukan rambut kau" jawab Freya.
Cuma itu yang dia balas. Kalau ikut perangai dia dulu dah lama empat makhluk ni masuk hospital.
"Oh menjawab"
Chaeyeon menolak kepala Freya dengan kasar. Freya pula cuma buat selamba. Bukan waktu dia lagi untuk dia balas dendam.
"Apa kamu tengah buat tu Chaeyeon"
Madam Sowon masuk bersama tiga orang lelaki. Perempuan dalam kelas tu mula terkena virus ulat bulu.
"Eh tak ada apalah madam"
Geng evil baby duduk ditempat masing masing. Freya mengangkat hoodienya semula.
"Okey class. Hari ni kita ada budak baru"
Freya buat tak tahu sambil membaca buku diatas meja. Tak ada mood nak tengok budak budak baru itu. Yelah mesti lelaki sebab perempuan dalam kelas ni mula berbisik.
"So sila perkenalkan diri" sambung Madam Sowon lagi.
"Hai semua. Saya Jaemin"
Freya berhenti membaca sekejap sebelum sambung membaca. Bukan Jaemin sorang yang nama tu.
"Hai gais. Saya Choi Bomin"
Okey ini dah lain macam ni. Freya mula rasa tak sedap hati. Tapi dia fokus membaca buku lagi.
"Hai semua rasanya beberapa orang dalam kelas ni dah kenal saya. Saya Hwang Hyunjin"
Dan Freya terus mengangkat mukanya. Rasa macam semua darah dah habis secara tiba tiba. Kenapa bala mesti datang serentak.
Ketiga tiga lelaki itu belum kenal siapa dia dan dia harap Seungmin dengan Heejin boleh simpan rahsia sebaik mungkin.
Kaca mata besar diperbetulkan. Dan dengan tidak sengaja matanya bertemu dengan mata Hyunjin. Whut da fuck man!
Dia terus tunduk bawah baca buku. Dia tahu Hyunjin dah kenal dia. Bukan kenal dia sebagai Kang Freya tapi sebagai budak nerd yang dia jumpa di District Park hari tu.
"Kamu bertiga boleh duduk dan kita akan mulakan kelas sekarang"
Walaupun dia tunduk baca buku tapi dia boleh rasa yang ada dua orang duduk disebelah kiri dan kanannya. Dan tanpa membuang masa dia terus kemas barang dia dan pindah ke kerusi paling belakang.
"Ada apa apa yang tak kena ke" tanya Madam Sowon.
"No madam" jawab Freya.
Bomin yang sedang mengeluarkan buku terkejut mendengar suara Freya. Dia rasa suara tu macam familiar sangat. Tapi siapa?
"So macam mana hubungan kau dengan Eya?" soal Hyunjin.
Tak sangka dia dan Jaemin akan duduk sebelah menyebelah.
"So far baik aje. Asal?" tipu Jaemin. Saja nak bagi Hyunjin sakit hati.
Hyunjin senyum sinis sebelum fokus ke depan.
...
Mereka semua kembali lepak di kafe Hyunjin. Hari ni Jinyoung bagitahu member crazy squad untuk berkumpul.
"Wah! Makin handsome Hyunjin" puji Eunbin.
Hyunjin berpura pura seperti orang berlagak. Yelah orang puji handsome kot. Siapa aje yang tak kembang semangkuk.
"Eleh! Aku lagi handsome" sampuk Han pulak.
Tak puas hati Eunbin cuma puji Hyunjin sorang.
"Member kita kurang soranglah" kata Nancy dengan muka sedih.
"Maksud kau Eya?" soal Haechan dan Nancy mengangguk.
"Ha Jaemin! Bukannya kau rapat sangat dengan Eya. Berkepit memanjang aje aku tengok dulu" kata Yangyang.
"So?" soal Jaemin selamba.
"So mana dia?" sambung Jeno pulak.
"Manalah aku tahu. Lepas habis sekolah hari tu aku terus lost contact dengan dia" jawab Jaemin selamba.
"Memang lost contact lah jawabnya. Kau kan perempuan keliling pinggang"
Giliran Seungmin menyerang. Hyunjin senyum sinis. Dia pun tahu perangai si Jaemin ni. Semalam baru terserempak dengan Jaemin dengan perempuan mana entah.
Playboy!
Habis tu kalau Jaemin tak ada apa apa hubungan dengan Eya, mana perginya Eya. Sejak dia balik sini tinggal dengan uncle Suho dan aunty Chorong, tak pernah lagi dia nampak Freya.
"Aku blah dulu. Ada hal" kata Jaemin tiba tiba.
Dia bangun dan terus pergi dari situ.
"So sorang pun tak dapat contact Eya?" soal Renjun.
Semua menggeleng kepala tanda tidak tahu.
Heejin berasa lega sebab semua tak ingat yang dia tinggal sebumbung dengan Freya.
Tapi ada satu makhluk tengah pandang dia sekarang ni. Muka minta penjelasan.
"Aku rasa kita kena blah lah. Hyunjin pandang kita lain macam aje" bisik Heejin pada Seungmin.
"Aku pun rasa macam tu"
Mereka bangun dengan tiba tiba. Menarik perhatian semua orang.
"Kami pun nak cau dulu. Ibu aku ada mesej suruh balik makan tengahari" kata Seungmin.
Hyunjin melihat telatah pasangan itu sambil meminum air.
"Kalau macam tu kami pun nak blah lah" kata Shuhua.
Yang lain setuju.
Selepas semua orang keluar, Hyunjin sempat pegang tangan Seungmin dan Heejin. Tak sempat larilah pulak.
"Aku rasa kau tahu apa yang aku nak tahu"
Seungmin dan Heejin duduk di tempat mereka semula. Terpaksalah jawabnya.
"What?" soal Seungmin.
"Mustahil korang tak tahu pasal Eya. Sorang tinggal serumah dengan Eya. Sorang lagi pulak Eya dah anggap macam keluarga sendiri"
Hyunjin melipat tangannya di depan dada. Menunggu jawapan dari salah sorang.
"Anyway buat apa kitorang bagitahu pasal Eya pada kau. Apa kena mengena dengan kau"
Itu jawapan yang keluar dari mulut Seungmin.
"Eya sendiri bagitahu yang kau tolak cinta dia mentah mentah. So aku rasa tak ada sebab untuk kau ambil tahu pasal dia"
Dan selepas itu dua orang manusia yang baru masuk dalam kafe ni menarik perhatian mereka.
"Eh! Bro. Buat apa kat sini"
"Main rambut anak cicak Choi Bomin oi" jawab Hyunjin selamba.
"Jomlah Rea. Tak payahlah beli air di kedai cicak ni"
Perempuan di sebelah Bomin menarik perhatiannya. Perempuan itu memakai mask bersama baju berhoodie hitam. Di luar pulak disarung jaket kulit.
Tapi perempuan tu tak pandang sini. Cuma pandang kearah kaunter. Seungmin dan Heejin macam nyamuk pulak disitu.
"Siapa perempuan sebelah kau tu. Awek kau ea. Ada awek tak kasi tahu aku" kata Hyunjin.
"Bukan awek aku. Anak cicak" kata Bomin selamba.
Dan tak pasal pasal kaki dia ditendang oleh Rea.
"Sakitlah setan. Bergurau sikit pun tak boleh"
Rea disebelah tak layan Bomin.
"Nama dia Reafy. Panggil Rea aje. Anak cicak pun boleh"
Sekali lagi satu tendangan mendarat di kakinya.
Tbc
Confuse tak? Kalau siapa yg betul ii fokus baca, mesti tahu siapa itu Rea.
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top