CS19 - 19

"Hai aunty"

Hayoung terkejut dengan kedatangan Yeji. Bukan main susah sebelum ni dia nak jumpa dengan budak ni. Tup tup dah berdiri di depan pintu rumahnya.

"Eh Yeji! Jemput masuk" pelawa Hayoung.

"Terima kasih aunty"

Sebenarnya dia tak tahu pun aunty Hayoung buat birthday party. Tapi mummy nya bagitahu tadi. Dan ini masa yang sesuai untuk tebus kesalahan dia masa mula mula dia jumpa dengan aunty Hayoung dulu. Hayoung datang rumah dia masa tu dan dia tak keluar dari bilik.

"Kenapa Yeji datang awal sangat. Makanan belum siap lagi"

Yeji mengikut Hayoung ke dapur.

"Eh Yeji memang datang nak tolong aunty pun. Kesian aunty buat semua ni sorang sorang"

Hayoung tersenyum. Begitu juga Yeji.

"Inilah padahnya kalau tiada anak perempuan Yeji"

"At least aunty ada anak lelaki yang baik macam Soobin"

"Hmm budak bertuah tu. Nak sangat ke tolong aunty. Tengoklah macam sekarang. Boleh pula dia tidur" bebel Hayoung.

Yeji cuma senyum. Hayoung selesai membasuh sayur.

"Takpe aunty biar Yeji tolong potong sayur sayur ni"

"Eh tak payah susah susah. Yeji kan tetamu aunty"

"Eh takpe aunty. Aunty anggap aje Yeji tolong ni sebagai jiran baru aunty. Jiran kan kena saling tolong menolong"

"Iyelah. Pandai betul kamu cakap ye Yeji"

Yeji cuma senyum lalu potong beberapa jenis sayur. Hayoung pula menyediakan bahan untuk buat kek.

"Aunty nak buat kek apa tu?"

"Soobin tak suka kek lain. Yang dia tahu kek coklat. So aunty akan buat kek tu. Hmm sebelum aunty lupa. Lepas Yeji potong semua sayur tu, aunty nak Yeji keluarkan roti pizza dari dalam oven"

"Oven disana ke aunty" soal Yeji.

Maklumlah ada dua jenis oven kat dapur aunty Hayoung ni.

"Ya sayang. Lepas semua dah bawa keluar, Yeji tolong letakkan apa yang patut atas roti pizza tu. Diatas meja sana ada isi ikan tuna, sos prego, sosej, daging, nenas, serbuk cili kering n macam macam lagilah. Aunty dah siap potong semua tu. Jadi Yeji cuma taburkan diatas roti pizza ikut citarasa Yeji"

"Eh takpe ke kalau ikut citarasa Yeji aunty"

"Aunty tak kisah janji sedap"

"Okey aunty"

Selepas basuh tangan, Yeji keluarkan roti pizza dan mula menghias roti itu.

Mereka berdua leka menyiapkan apa yang patut untuk party malam ni. Tak sangka jam sudah menunjukkan angka 7. Cepatnya masa berlalu.

"Yeji pergilah balik tukar baju. Lepas tu datang sini balik"

Yeji cuma mengangguk.

"Datang tau. Aunty tunggu Yeji. Dan terima kasih sebab tolong aunty siapkan apa yang patut"

"Amboi ibu. Rasanya Soobin tidur sekejap aje. Tup tup bila bangun ibu dah lahirkan seorang anak perempuan. Cantik pulak tu"

Dan tidak semena mena bahu Soobin ditampar.

"Apa cakap macam tu. Hish kamu ni Soobin. Ha sebelum tu. Tolong ibu hantar Yeji balik rumah dia sekarang"

"Eh takpe aunty. Yeji boleh balik jalan kaki. Tak jauh pun"

"Tak boleh. Yeji dah banyak tolong aunty. Mesti Yeji penat"

Yeji hanya mampu redha. Pasrah yang dia kena paksa naik moto dengan Soobin.

Freya menyarungkan kasut adidas yang bewarna light grey. Kasut itu hadiah dari papanya. Cantik sial kasut ni.

"Pergh! Simple nak mati kau malam ni. Kau punya special day kot hari ni" bebel Hyunjin.

"Punya pasal akulah setan. Dah dah. Tak yah nak bebel sangat. Kita dah lambat tau"

"Fine. Disebabkan kau birthday girl, aku mengalah"

"Eii tak naklah birthday girl. Panggil princess okay"

"Hmm nasib baik comel. Okey hari ni aku akan layan kau macam princess. So! Princess! Wanna ride with your handsome prince?"

Freya tergelak. Ada ada je Hyunjin ni.

"My pleasure my only one prince" balas Freya.

Tipulah Hyunjin tak rasa apa apa bila Freya cakap macam tu. ' My only one prince ' wow! sebaris ayat yang susah nak keluar dari mulut Freya.

Setelah menempuh jalan yang agak panjang, mereka sampai ke rumah Hayoung. Dari luar nampak macam meriah aje. Ada lampu yang bewarna warni lagi.

"Hai aunty" sapa Freya dengan gembira.

"Eh dah sampai pun Eya. Happy birthday sayang"

Aku peluk tubuh aunty Hayoung. Agak lama dan aku lepaskan. Mata aunty Hayoung berair. Adakah wanita ini menangis.

"Aunty menangis ke?"

Aku tanya soalan bodoh. Aunty Hayoung pandang aku.

"Boleh tak mulai hari ni panggil aunty dengan panggilan ibu?"

Aku pelik tapi still aku angguk.

"Okey ibu" tanpa rasa kekok aku panggil aunty Hayoung ni ibu.

"Terima kasih sayang"

Sekali lagi tubuh aku ditarik ke dalam pelukan ibu.

"Ibu okey tak ni" soal aku tak puas hati. Macam ada something wrong aje ni.

"Ibu okey. Eh jomlah. Soobin tengah tunggu Eya tiup lilin sekali"

"Okey"

Aku nampak Soobin senyum macam biasa yang nampak lesung pipitnya tu.

Aku melangkah ke arah Soobin. Semua orang melihat aku. Tak ramai tetamu yang ibu jemput. Semuanya kenalan terdekat.

"Jangan lupa record video aku" sempat lagi aku pesan dekat Hyunjin.

Lagu happy birthday dinyanyikan dan setelah tamat lagu itu, aku dan Soobin sama sama tiup lilin. Tepukan gemuruh diberi oleh semua tetamu. Aku nampak ibu menangis lagi.

"Ibu ada prepare ni untuk kita" kata Soobin.

Aku memandang kearah skrin besar. Eh aku baru perasan ada skrin besar disitu. Haha. Maybe sebab dia warna putih kot. Sebab tulah aku tak perasan.

Apabila music dari Yiruma kedengaran, gambar seorang budak lelaki muncul. Aku bet yang tu gambar Soobin masa kecil. Haha so cute.

Dan selepas itu gambar Soobin yang dipegang oleh ibu. Dan muncul pula gambar dua orang budak lelaki. Eh Soobin dengan siapa ni. Kalau tengok betul betul macam gambar Hyunjin masa kecil. Okey kenapa hanat tu perlu ada sekali.

Dan tidak lama kemudian gambar aku masa kecil muncul. Eh mana ibu dapat gambar aku ni. Comelnya oups terpuji diri sendiri. Peace yow.

Tapi gambar yang muncul dekat skrin sekarang ni buat hati aku rasa tak keruan. Jantung berdegup tidak seperti biasa. Gambar aku yang dipegang oleh ibu. Dan tidak lama kemudian muncul gambar sepasang budak kecil di sebelah gambar tadi.

Okey sesiapa boleh jelaskan apa yang tengah berlaku sekarang ni.

Lampu terbuka. Dan aku perasan semua tetamu tadi sudah pergi ruang tamu untuk menjamu selera. Yang tinggal aku, ibu Soobin Hyunjin dan juga Yeji.

"Apa semua ni ibu? Macam mana ibu boleh ada gambar masa kecil Eya" soal aku.

"Ibu tak tahu nak mula dari mana"

"Ibu please..." rayu aku.

Ibu pejamkan mata untuk seketika.

"Sebenarnya Eya anak ibu dan kembar Soobin"

Aku rasa macam batu besar hempap tubuh ku. Aku tak tahu nak rasa happy ke sedih.

"Jadi selama ni ibu tahu yang Eya ni anak ibu?"

"Ya sayang. Ibu happy sangat dapat jumpa Eya"

"Tapi kenapa baru sekarang ibu nak mengaku?"

"Ibu cuma takut Eya tak percaya cakap ibu...ibu... "

"Hina sangat ke Eya sampai ibu sanggup pergi tinggalkan Eya. Mati mati Eya ingat ibu Eya dah mati. You are too much!"

"Girl tak baiklah cakap dengan ibu kau macam tu" pujuk Hyunjin.

"Eyy kau pun samalah! Kau tahu yang aku ni ada ibu tapi kau buat diam aje. Kau anggap aku ni apa sial. Kenapa kau tak berterus terang dengan aku. Aku ingat kau sayang aku tapi rupanya aku silap"

Dan air matanya mula mengalir dengan laju.

"Siapa cakap aku tak sayang kau. Aku sayanglah..."

"Eyy kalau kau sayang kau tak kan buat aku macam nilah sial"

"Apa kau cakap ni girl"

Hyunjin cuba memujuk.

"Dah lah. Aku nak blah"

Hyunjin ingin mengejar Freya namun ditahan oleh Hayoung. Hayoung menggeleng kepalanya. Hyunjin akur.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top