CS19 - 10

Hyunjin masuk kedalam bilik Freya. Saja nak sembang sembang. Dah lama tak membawang dengan Freya. Rindu gila dengan perempuan tu.

Sebaik saja masuk dalam bilik Freya, dia tak nampak kelibat Freya. Manalah budak ni pergi. Mandi agaknya.

Ini kali pertama dia masuk bilik Freya sejak mereka berkawan. Sumpah dia tak pernah masuk. Rapat macam mana pun dia dengan Freya, ini kali pertama dia masuk.

Benda yang menarik perhatian dia ialah baju baju diatas katil. Dia kenal sangat baju ni. Satu persatu baju itu dipegang.

Dalam hati ketawakan Freya. Jadi selama ni dia betul. Hati dia betul mengatakan yang budak nerd tu memang Freya walaupun dia tak berapa yakin sangat sebenarnya.

Dan tidak lama kemudian Freya keluar dengan lengkap baju tidur. Tangan sibuk keringkan rambut dengan tuala kecil.

"I need some explanation from you girl"

Hyunjin sengaja mengangkat baju yang Freya pakai semalam. Freya memandang ke arah lain. Dalam hati mengutuk diri sendiri yang bodoh sebab biarkan baju bersepah atas katil macam tu aje.

Dia buat tak tahu sambil keringkan rambut. Freya melabuhkan punggungnya diatas sofa biliknya. Hyunjin juga turut duduk disitu.

"Aku belum maafkan kau lagi. So kau tak boleh tanya apa apa pada aku"

Hyunjin tergelak. Tuala yang Freya pegang dirampas olehnya. Freya cuma mampu mengeluh kasar.

Kini giliran Hyunjin yang keringkan rambut dia. Dah lama Hyunjin tak keringkan rambut dia macam ni.

Lama juga kami diam. Aku masih berfikir sama ada nak bagitahu dia perkara sebenar.

"Hyunjin..."

"Emm..."

Aduh macam mana dia nak start ni. Itulah kau Freya. Cari masalah lagi.

"Budak nerd tu memang aku"

Hyunjin terus berhenti kegiatannya.

"Itulah. Dari awal lagi aku dah ada feel yang budak tu memang kau. Tapi soalan aku cuma satu. Kenapa kau buat macam tu. Apa motif kau sebenarnya?"

Aku pandang dia dan dia pun pandang aku. Tapi cuma sekejap. Aku tunduk pandang bawah.

"Sejak kau tolak cinta aku, aku dah pasang niat yang sampai bila bila aku tak kan suka lelaki. Aku pakai macam tu make up tebal just nak tutup muka asli aku"

"What?"

"Aku tak nak semua lelaki tengok muka sebenar aku. Aku takut aku akan dipermainkan dan semua lelaki mengambil kesempatan bila dorang tengok muka aku"

Hyunjin genggam tangan aku.

"Aku rasa aku ni murah sangat"

Dan setitik air mata pun jatuh. Huh! Tak habis habis dengan kau punya manja Freya.

"Kenapa kau cakap macam tu girl"

Hyunjin mengelap air mata aku. Muka Hyunjin langsung aku tak pandang.

"Kau tahu tak selepas kau pergi Dubai, Jaemin datang jumpa aku. Aku ingat kalau dia confess aku nak terima aje. Itupun untuk lupakan kau. Aku tahu lama lama nanti aku akan jatuh sayang dengan dia. Tapi kau tahu apa yang dia cakap"

Aku rasa genggaman Hyunjin makin kuat. Tahan marah mungkin.

"Dia cakap dia sukakan aku selama ni sebab dia benci dengan kau. Dia tak nak tengok aku dengan kau kawan. Couple apatah lagi. Lepas tu dia terus blah macam tu aje"

"Sejak pada tu aku rasa aku ni perempuan yang senang kena permain dengan lelaki. Aku rasa aku ni murah sangat..."

Hyunjin terus tarik tubuhku kedalam pelukannya. Erat sangat. Macam tak nak lepas. Aku pun apalagi. Lagi menangis aku jawabnya. Aku turut peluk dia dengan lebih erat.

"Aku minta maaf girl. Aku menyesal sangat buat kau macam tu. Kalau aku tahu ni semua rancangan Jaemin, aku tak kan buat hati kau sakit"

"I'm sorry..." sayu aje Hyunjin minta maaf.

Dia lepaskan pelukannya. Wajah aku dipandang dengan muka bersalah. Aku turut pandang dia.

"Aku tak janji yang aku akan ulang kesilapan yang sama tapi aku boleh janji yang aku akan layan kau sebaik mungkin. Cuba untuk tak sakitkan hati kau"

"Promise?" soalku. Nakkan kepastian.

"Promise"

Hyunjin genggam tangan aku lagi. Dan selepas itu guruh kedengaran dan rumah pun jadi gelap.

Blackout sial!

"Hyunjin!"

"Iya aku ada ni sebelah kau"

Dia tarik aku rapat dengan tubuh dia.

"Memandangkan blackout, so aku sarankan kita tidur ajelah"

Hah? Tidur. No no! Nak tidur dalam keadaan gelap macam ni. Sorang? Memang tak lah.

"Wei tak kan kau sanggup nak pergi tidur tinggal aku sorang sorang kat sini"

Dengan cahaya kilat aku dapat lihat Hyunjin ketawa.

"Eii time macam ni pun nak buat aku sakit hati ke. Pergilah sana. Biar aku sorang sorang"

Sempat lagi dia cuit hidung aku.

"Janganlah merajuk sangat. Cepat tua baru tahu. Siapa cakap aku nak tinggal kau sorang. Kau tidur dan aku akan temankan kau sampai kau betul betul tidur"

Aku bernafas lega.

"Susah susah sangat kau tidur aje dengan aku malam ni"

"Betul ni. Kau takut ke. Aku ni lelaki. Kau tu perempuan"

"So what? Aku tahu kau tak kan buat semua tu sebab kau sayangkan aku"

"Eii konfiden gila minah ni kalau cakap"

"Dahlah. Malas nak gaduh time time macam ni. Aku mengantuk gila ni"

Dalam gelap kami mencari posisi betul. Memang dah duduk atas katil tapi kena cari bantal and tidur dengan selesa.

"Hyunjin kau kat mana" aku mula merengek.

Dari tadi diam aje. Entah entah dah tinggalkan aku.

"Ada ni ha di sebelah kau"

Aku baring sambil peluk bantal busuk. Tubuhku aku dekatkan dengan Hyunjin. Aku rasa lain macam sangat. Macam ada orang lain dalam bilik ni selain kami berdua.

Hyunjin tarik comforter lalu memelukku. Aku rasa selamat dalam pelukan dia.

"Aku takut..."

"Shuhh..just tutup mata k. Aku ada kat sebelah kau"

Aku ikut cakap dia. Dan aku pun tak tahu bila masa aku tertidur.

...

Aku terjaga dari tidur. Wait apa jadi semalam. Asal aku jadi orang hilang ingatan pula ni. Ah apa apa jelah. Better aku mandi dulu.

Aku masuk kedalam bilik mandi. Ada sehelai kertas kecil menarik perhatian aku.

Dah bangun princess? Haha. Mandi cepat. Pukul 10 nanti aku datang ambil kau. Jangan lambat pulak.

loVe hhj

Dan otak aku mula memproses satu persatu. Hhj? Sejak bila aku dah baik dengan Hyunjin dan...oh my god!

Satu persatu memori semalam mula putar dalam otak aku. Betullah. Aku dah maafkan dia. Siap tidur sekali lagi semalam.

Tapi sekarang ni pukul berapa? Ah persetankan semua tu. Ingat aku bodoh ke nak ikut cakap dia. Memang dari dulu lagi aku tak pernah ikut cakap dia.

20 minit juga aku betapa dalam bilik mandi. Jam menunjukkan pukul 10.05. Aku cari baju yang sesuai.

Skinny jeans biru muda dipadankan dengan t-shirt putih dan juga kemeja purple muda. Butang aku biarkan terbuka. Fesyen lah katakan.

Sling beg yang berjenama F.Timber menjadi pilihanku. Beg ni tak terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Cekak rambut yang ada reben besar warna putih aku bawa sekali. Sekarang tak boleh letak atas kepala lagi sebab aku sure yang Hyunjin akan bawa aku naik Ducati dia. So aku simpan dulu.

Aku terus turun kebawah. Aduh! Laparlah pulak. Tapi aku sure yang Hyunjin sudah ada kat bawah. Kasut yang berjenama Vans aku sarungkan ke kaki.

"Amboi! Cepat betul kau siap. Aku tak yah tunggu lama lama pun"

Mulalah tu nak cari gaduh dengan aku. Pagi pagi lagi dah cari pasal.

"Well I am Kang Freya"

Aku tengok fesyen dia.

"Kau ni kalau tak tiru aku memang tak boleh hidup agaknya"

"Tiru amende ko ni"

Dia baru perasan fesyen aku sama dengan dia. Seluar jeans biru muda, t-shirt putih dan jom tengok dia punya kemeja.

"Purple gelap? Seriously Hyunjin?"

"Wei aku tak tiru kau pun eh. Kau yang tiru aku. Orang pakai purple dia pun pakai juga"

Even kasut. Memang sama sebijik.

"Dahlah. Bergaduh dengan kau sampai esok pun belum tentu habis. Sekarang ni kau nak bawa aku pergi mana"

Aku mengambil helmet yang Hyunjin hulurkan.

"Kita pergi rumah someone"

"Yelah someone. Tapi siapa?" soalku tak puas hati.

"Aduh banyak tanya pulak minah ni. Ikut jelah"

Aku cubit lengan dia. Padan muka!

"Sakitlah sial!"

Hyunjin melihat tempat yang aku cubit tadi. Dah merah dah. Haha.

"Itu kau punya pasal hanat!" bidasku.

Dan hidungku menjadi mangsa Hyunjin. Dia tarik hidung aku sesuka hati dia aje.

Tbc

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top