CS19 - 1

Tahun 2018 sudah berakhir. Tahun 2019 pula aku menjadi student di sebuah universiti. Papa yang suruh aku belajar disitu. Katanya universiti itu bagus. Hmm bagus luaran aje buat apa papa.

Aku tahu semua yang pernah berlaku di universiti itu. Sebelum aku masuk, aku dah siasat terlebih dahulu. So aku akan cerita serba sedikit tentang universiti itu.

University of Heimdall. Universiti ini untuk budak yang pandai plus kaya raya. Mereka suka menindas pelajar yang masuk universiti melalui biasiswa. Dan salah satunya orang yang selalu kena buli ialah aku.

Universiti ni ada tiga peringkat. Ada junior, senior tahun kedua dan senior tahun ketiga. Dan orang yang paling berkuasa disitu ialah senior tahun ketiga.

"Hey budak nerd! Aku suruh kau bawa duit lima ribu kan. Kenapa kau tak ikut arahan aku!"

"Senior kan anak sorang kaya. Kenapa minta duit dekat saya pulak"

Freya ni tak macam budak lain yang mereka selalu buli. Freya ni lain sikit. Dia suka balas apa yang mereka cakap.

"Oh! Melawan. Kau ni memang cari nahas kan budak nerd!"

Terus pipi Freya ditampar berkali kali. Freya tak melawan sebab dia bukan Freya yang dulu.

"Kalau aku suruh bawa tu bawa jelah" tengking senior itu lagi.

Freya tayang muka beku. Bibir dia sudah berdarah.

"Sorry but I'm not your parents. Kalau nak duit sangat pergi minta dengan parents sendiri"

Geng senior itu ketawa sinis. Cari mampos betul minah ni.

Kepala Freya ditampar hingga dia tersungkur ke bawah.

"Sekarang ni kau nak mengajar aku pulak. Kau ni memang cari mati kan"

Rambut Freya pula ditarik sekuat hati.

"Dah hodoh! Make up tebal macam hantu cina pulak tu"

Sebelum pipi Freya ditampar lagi, seorang lelaki datang mencelah.

"Senior dah lah tu" kata lelaki itu.

"Kenapa kau jadi baik pulak ni Sunwoo. Sebelum ni elok aje kau jadi babi"

Sunwoo menahan marahnya. Dia tak nak pukul perempuan.

"Babi babi aku pun aku tak pernah buli orang"

Freya menyarung hoodienya semula. Sunwoo menarik tangan Freya pergi dari situ.

"Cuci muka kau. Lepas tu letak ubat sikit"

"Sokay aku balik dulu"

Freya mengambil beg ditepi loker lalu melangkah pergi meninggalkan Sunwoo.

Hari ni dia beruntung sebab geng senior tadi tak main air atau benda benda lain yang menyebabkan dia kotor atau busuk.

Dia tidak pulang ke rumah. Dia singgah di District Park dulu. Kalau balik terus pun bukannya ada orang dirumah. Nak cakap dengan cengkerik? Memang taklah. Orang bodoh pun belum tentu buat macam tu.

Disini aje dia boleh tenangkan diri. Kedua belah tangannya diletakkan dibawah dagu manakala siku diletakkan diatas besi penghadang untuk menampung.

Air jernih tasik dipandang kosong. Sekarang dia tak ubah macam orang yang tak ada life. Hidup dia hari hari dapat sakit. Kalau hari ni bibir berdarah, esok pula tangan berbalut.

Tapi dia tak boleh salahkan orang lain. Dia sendiri yang pilih untuk hidup macam ni. Dia sendiri yang bodoh sebab cintakan lelaki yang tak pernah cintakan dia. Sebab itulah dia pegang satu prinsip yang dia tak kan pernah sukakan lelaki.

"Termenung jauh nampak" tegur seorang lelaki.

Freya memandang lelaki itu. Dia hilang kata kata apabila melihat wajah lelaki itu.

"I'm sorry but who are you?"

"Oh saya Hwang Hyunjin. Saya baru balik dari Dubai. Baru semalam sampai. And you?"

Freya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hatinya kosong. Dan tiada sikit pun rasa kecewa yang Hyunjin tak kenal dia. Dan dia tahu Hyunjin akan tahu lepas ni.

"Nerd" jawab Freya tanpa ragu.

"I mean your name"

"That's my name. People used to call me like that"

Hyunjin terdiam.

Dia baru sampai semalam dan dia rindu taman ni. So dia datang dan tak sangka dia akan jumpa perempuan ni.

"Why? You don't believe me?"

Freya tersenyum hambar.

"Hey Liene" panggil Freya.

Budak perempuan yang berumur 13 tahun itu menjeling.

"Jangan panggil nama aku NERD. Its fucking disgusting!"

Dan selepas itu budak itu terus pergi bersama seorang lagi kawannya.

Hyunjin terdiam lagi. Dia tahu sebab apa orang panggil perempuan ni nerd.

"Tapi saya tak nak panggil awak nerd. Your birth name?"

Haih! Kau Hyunjin. Sejak bila kau cakap sopan macam ni. Tak kan baru pergi Dubai setahun lebih dah berubah sampai macam ni.

"Tak payah tahu kot nama saya yang satu tu. Anyway saya balik dulu. Just call me nerd"

Muka perempuan ni macam familiar lah. Tapi siapa.

"Wait!"

Freya berhenti melangkah. Dia tidak menoleh. Buat apa nak tengok muka lelaki macam tu. Haih! Kenapalah boleh terserempak dengan dia kat sini.

Hyunjin berlari anak dan berdiri di hadapan Freya. Freya pula tidak mengangkat muka. Cuma pandang ke depan. Dia akui yang lelaki ni semakin tinggi.

"You seem familiar. Someone I know"

Freya cuma menayangkan muka kosong. Memang kenal lah. Perempuan yang kau tolak cinta dia mentah mentah setahun lepas.

"Really..."

Hyunjin mengangguk.

"Maybe she's already die"

Freya tersenyum hambar sebelum melangkah pergi meninggalkan Hyunjin sorang sorang disitu.

Hyunjin melihat pemergian perempuan yang digelar nerd itu. Muka perempuan tu serius familiar. Tapi siapa?

...

Daniel turun untuk makan malam. Ada Heejin yang tengah hidangkan semua makanan. Apron pun masih tersarung di tubuh.

"Mana anak papa yang sorang lagi tu" soal Daniel.

Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi itu.

"Hmm macam biasalah pa. Keluar entah kemana. Kejap lagi baliklah tu"

Daniel meneguk air putih.

Dia risau dengan anaknya. Sejak keluarga Minhyun berpindah, Freya berubah menjadi orang lain.

Pendiam, tak ketawa mahupun bergurau senda. Pakaian plus make up pun pelik. Jarang ada rumah. Cakap dengan dia pun bila perlu aje.

Disebuah lorong gelap berlaku satu adegan tumbuk menumbuk. Lorong itu cuma diterangi dengan cahaya bulan.

"Kan aku dah cakap jangan ganggu kawasan aku!"

"Kau siapa nak halang aku bro. Sejak bila tempat ni jadi kawasan kau"

"Sejak aku lepak sini. So kawasan ni dah jadi kawasan aku. Kalau kau nak ganggu kawasan lain itu kau punya pasal. Tapi bukan sini"

Lelaki yang kena pukul itu senyum miang melihat ketua tempat ni.

"Anyway kau perempuan rupanya"

Tangan lelaki itu gatal mahu menyentuh bahu perempuan yang memakai mask hitam itu tapi dengan sekelip mata tangan lelaki itu dikilas.

"Kenapa kalau aku perempuan. Mudah untuk kau jatuhkan aku. Macam tu? Haha"

Perempuan itu ketawa sinis. Kaki lelaki itu ditendang sekuat hati.

"Remember in your fucking brain. My name is Reafy Hell or known as RH. Or people used to call me Rea. Don't you ever to make any chaos on my zone again. If you still do, you damn shit will die. Try me"

Lelaki itu meneguk air liur sendiri. Perempuan ni tak tengking tapi tegas bunyinya. Nampak sangat perempuan ni tak pernah main dengan kata katanya.

Dia terus bangun bersama anak anak buahnya dan berlalu pergi dari situ.

Seorang lelaki berlari dengan kelajuan habis dan berdiri didepan perempuan yang bernama Rea itu.

"Asal kecoh kecoh Rea?" tanya lelaki itu sebaik sahaja sampai. Penat pun belum hilang lagi.

"Ada orang datang buat shit kat tempat kita. Dorang buat tempat jual dadah"

"Cari mati ke macam mana ni. Eh kau okay tak ni"

Rea duduk di sebuah sofa yang terbuang.

"Aku okey Choi Bomin. Anyway kenapa kau datang"

"Aku dapat call dari budak kita yang kau tengah bergusti sakan kat sini. Tu yang aku datang. Risau. Kau tu perempuan"

"Aku boleh jaga diri. Kau tak yah risau"

Entah macam mana dia dengan Bomin boleh berkawan sedangkan Bomin tak pernah tengok mukanya.

"Ni aku ada bawa aiskrim sekali" Bomin menghulurkan plastik yang berisi satu bekas sederhana aiskrim.

"Wah! Ni yang makin sayang kau ni. Thanks sangat"

"Hmm tahu sangat kau tu aiskrim maniac"

Setiap kali keluar dengan dia mesti Rea ajak dia pergi beli aiskrim sebelum balik rumah.

"Hihi. So aku cau dulu"

Rea menghidupkan motosikal berkuasa tingginya. Ingat perempuan tak boleh bawa motor besar ke.

Dulu dia tak berapa suka naik motor macam ni tapi sekarang dah jadi minat pula. Bila papa dia tanya nak hadiah apa bila hari jadi, dia cakap nak motosikal ni.

Awal tu papa tak izinkan tapi lama lama papa dah biasa. Dan habis ayat untuk nasihat supaya jangan naik sebab dia perempuan.

Bomin pun satu kepala dengannya. Mereka sama sama naik motosikal berkuasa tinggi.

Dan orang tak kan tahu dia perempuan sebab dia selalu pakai jaket kulit dan juga seluar jean hitam. Lagipun dia tak pernah tanggalkan mask.

Tbc

Reafy? Siapa tu. Hahah. Stay tuned for next chapie Thanks❤❤

hyuncha_

#MASHIE에이핑크

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top