CS18 - 8
Kelapan orang mereka masuk ke dalam kelas dengan gembira. Sekali lagi misi mereka berjaya. Yang lain bertepuk tangan. Tak sia sia mereka berlakon macam orang nak mati tadi.
"Wohooo! Kita berjaya" jerit Freya.
"Kan aku dah cakap. Misi ni akan berjaya punya" tambah Jinyoung pula.
"Mana kau kebas rambut palsu ni Jinyoung?" tanya Han.
"Kebas kau cakap. Ey tolong sikit. Aku beli okey. Sejahat jahat aku, aku belum pernah nak buat kerja mencuri"
Jinyoung menaikkan namanya dengan bangga.
"Yelah tu" Felix menyampuk.
"Tapi korang tengok orang tua tu potong rambut"
Freya membuang rambut palsunya lalu ditunjukkan pada rakan kelasnya.
"Eiuwww! Gila ke apa orang tua ni. Hesy! Tak patut betul. Aku tak boleh bayang macam mana kalau tu betul betul rambut korang" tambah Shuhua.
"Itulah. Nasib baik kan"
Freya melabuhkan punggungnya di tempat duduknya. Begitu juga yang lain. Masing masing buang rambut palsu dan membetulkan rambut asli mereka.
"Kau tahu tak Eya. Jiho ada di hospital sekarang ni"
Shuhua mula membawang. Yelah cikgu masuk lewat. Dia pun apa lagi. Membawanglah jawabnya. Haha.
"Iya? Mengada betul minah tu. Jatuh sikit aje pun"
"Itulah pasal. Geng dia yang lain semua ambil cuti rehat dirumah. Tapi dia. Mengada betul"
"Crying baby betul. Dasar bitch. Memang perangai macam tu" kutuk Freya.
Tiba tiba pintu kelas mereka dibuka dari luar. Muncul dak dak junior iaitu Shin Ryujin. Salah satu junior hot di sekolah mereka.
"Wah! Junior hot datanglah" kata Chanhee dengan kuat.
Malu budak itu dibuatnya.
"Sorry sebab ganggu senior senior semua. Saya datang sini cuma nak bagitahu yang Kak Freya disuruh pergi ke bilik pengetua sekarang"
Hah? Bilik pengetua. Buat apa.
"For what?" soal Freya.
"Yang tu saya tak tahu. Saya pergi dulu"
"Kau buat apa Eya?" tanya Jaemin.
"Aku pun tak tahu" jawab Freya.
"Aku rasa sebab bitch tu kot. Dia kan suka mengadu" kata Lua.
"Aku pun rasa macam tu. Takpelah aku pergi dulu"
"Kau nak aku teman?" tanya Jaemin.
"Tak payahlah. Biar aku pergi sorang aje"
Freya tersenyum hambar. Harap harap tak ada masalah serius.
Hyunjin cuma mampu tengok. Kalau dia lebih lebih nanti apa pulak yang classmate dia cakap. Akhir akhir ni dia dan Freya selalu sangat berdua. Takut mereka semua salah faham pula.
Freya melangkah masuk ke dalam bilik pengetua. Orang pertama yang dia nampak ialah wajah papanya. Di sebelah papanya ada Uncle Jaehwan iaitu papa Jiho dan juga ibu Jinyoung iaitu pengetua sekolah ni.
"Duduk Freya" kata Irene.
"Terima kasih cikgu"
Dengan perlahan Freya duduk di berhadapan dengan papanya dan juga Uncle Jaehwan.
"Cikgu panggil kamu ke sini sebab nak bincangkan pasal hal semalam. Kamu yang buat Jiho jatuh semalam?" soal Irene.
Ouh jadi Jiho yang plan semua ni. Okey takpe. Kita tengok apa lagi yang bitch tu mampu buat. Aku pun tak pernah libatkan pengetua sekolah tapi dia libatkan juga.
"Iya cikgu. Saya yang buat" kata Freya dengan jujur.
Daniel pula sudah pandang dia macam nak bunuh sekarang juga.
"Kalau macam tu saya terpaksa gantung sekolah kamu selama seminggu" Irene mengeluarkan arahannya.
"Kenapa tak buang sekolah terus cikgu. Budak macam ni tak patut ada di sekolah ni" tanya Jaehwan.
Amboi! Pak cik. Sedap mulut aje. Macamlah anak dia layak sangat duduk sekolah ni.
"Saya minta maaf tapi tak boleh. Ini peraturan sekolah ni"
"So saya dah boleh keluar sekarang?" tanya Freya dengan nada kurang ajar.
"So rude" komen Jaehwan.
Daniel cuma diam. Freya yang baru nak buka langkah terus tak jadi.
"Sebenarnya kalau boleh saya tak nak kurang ajar memandangkan uncle kawan baik papa saya dan pengetua pun ada sekali disini tapi saya perlu juga cakap"
Dah lama dia tahan dengan perangai pak cik ni. Suka sangat dengar cakap anak.
"Uncle ingat anak uncle tu baik sangat ke. Sebelum uncle cakap saya kurang ajar, lebih baik uncle balik tengok anak uncle betul betul"
Dan selepas itu lima jari melekat di pipinya. Siapa lagi kalau bukan Daniel yang tampar.
"Aku tak pernah ajar kau kurang ajar macam ni"
Daniel cuba control suara dia.
"Puas hati uncle?" tanya Freya.
Jaehwan pandang kearah lain.
"Anak dengan bapa sama aje!"
Freya terus keluar dari situ. Dalam situasi sekarang ni dia tak boleh fokus belajar. Dia rasa dia tahu mana perlu dia pergi.
Disinilah dia. Di atas bangunan sekolah paling atas. Tiada siapa disini melainkan dia. Perlahan angin menerpa mukanya. Waktu macam nilah, dia selalu teringatkan ibunya. Air matanya gugur.
Kenapa ibu pergi terlalu awal. Eya masih perlukan ibu. Eya nak sangat rasa kasih sayang ibu macam orang lain. Hidup Eya tak sempurna tanpa ibu. Papa tak sayangkan Eya ibu. Eya dah tak ada siapa siapa di dunia ni ibu.
Dan selepas itu dia rasa ada orang memeluknya. Bau pun dah tahu siapa punya tubuh ini. Semakin lama semakin erat orang ni peluk dia.
"Menangislah kalau itu dapat buat kau lega. Aku akan selalu ada untuk kau girl"
Freya memeluk Hyunjin dengan lebih erat. Hyunjin selalu datang pada masa yang tepat. Atau maksud lainnya, Hyunjin selalu ada bila dia sedang sedih.
Freya pulang ke rumah. Rumahnya sunyi seperti biasa. Dia tak nampak pula kereta papanya. Mungkin belum pulang. Dia naik ke biliknya untuk bersihkan diri. Hyunjin cakap nak bawa dia pergi satu tempat memandangkan esok mereka cuti.
Dia cuma berpakaian simple. T-shirt putih yang bertulis supreme bersama kemeja hitam yang disarungkan di luar dengan butang yang sengaja dibuka dan juga seluar jeans hitam. Sling bag berwarna hitam menjadi pilihannya. Muka pula cuma dimake up dengan simple. Rambut diikat menjadi seperti ekor kuda.
Haila kau Eya. Macamlah kau nak keluar date dengan Hyunjin. Dia cuma ajak kau keluar as a friend aje pun. Ringtone Iphone 7+ kedengaran.
"Iya aku turun sekarang"
Siapa lagi kalau bukan Hyunjin. Kenapa dia rasa berdebar ni. Freya kau bukan nak keluar date dengan dia. Hmm mungkin ni pertama kali kot dia Hyunjin ajak dia keluar.
Kasut adidas putih disarung secepat mungkin. Pintu pagar dibuka sebelum dia menguncinya semula. Hyunjin sudah menunggu diatas motor berkuasa tingginya. Handsome aje dia tengok. Makan apalah budak ni sampai boleh handsome macam ni. Ekhmm!
"Weh! Baju" tegur Hyunjin.
Freya melihat bajunya. Kenapa. Kotor ke? Jarang ke?
"Kau tiru aku" sambung Hyunjin lagi.
Freya rasa macam nak bunuh aje mamat depan dia ni. Ingat apalah tadi. Buat terkejut aje.
"Ey tolong sikit. Entah kau yang tiru aku" balas Freya.
Fesyen mereka 99% sama. Yang lainnya warna baju. Kalau Freya t-shirt warna putih, Hyunjin warna hitam. Tulisan sama iaitu supreme. Kalau orang lain tengok mesti cakap mereka couple.
"Cepatlah naik. Kalau bertengkar dengan kau, esok pun belum tentu habis"
Freya menurut. Helmet disarungkan di atas kepala.
"Ouh wait! Sebelum tu kita pergi hospital dulu"
"Hah? Kau sakit ke?"
"Taklah. Nak pergi melawat orang"
Freya cuma senyum.
Motor berkuasa tinggi Hyunjin laju membelah jalan raya. Nak tak nak Freya kena pegang kuat kuat. Kalau tak melayang dia. Mangkuk ni pun satu, sengaja bawa laju laju.
Cuma 10 minit masa yang diperlukan untuk sampai di hospital kalau datang dengan Hyunjin.
"Well aku tahu baby kau ni laju tapi kalau boleh tu payahlah nak menunjuk sangat. Aku kat belakang macam nak mati kau tahu tak!"
Hyunjin ketawa. Suka tengok Freya marah macam ni. Sikit pun dia tak takut. Comel aje dia tengok.
Mereka naik lif kotak untuk ke tingkat 12.
"Kau takut darah tak bro?" tanya Freya tiba tiba.
"Apa punya soalanlah kau ni. I'm a man. Of course I'm not" kata Hyunjin dengan bangga.
"Sure" kata Freya dengan gembira.
"Okey I have a bad feeling about this"
"Soon become true"
"Ouh shit!"
Apa pulak yang Freya nak buat kali ni.
Mereka sampai di bilik VVIP yang tertulis nama Kim Jiho disitu. Mereka melangkah masuk dan melihat Jiho sedang makan buah epal hijau. Yang bestnya, minah ni tengah sorang sorang. Memang mudah kerja dia.
"Huhuhu. Crying baby. Sakit eh. Alo kesian dia"
Freya memulakan peperangan.
"Kau nak apa datang sini?"
"Of course aku datang nak bagi reward. Tapi aku tak nak buang masa sebab aku nak pergi tempat lain. So here your reward"
IV drips Jiho dicabut oleh Freya. Perempuan itu menjerit.
"Blood repay by blood. That's how I feel. You can tell your dad after this and I'll do more than that. Just dare me"
Jiho tak mampu nak balas sebab terlalu sakit. Dia cuma mampu menangis.
"Kalau kau berani balas lagi apa yang Freya buat tadi, aku tak tahu nak cakap apa lagi" tambah Hyunjin pula.
Mereka terus pergi sebelum ahli keluarga Jiho datang. Puas hati dapat balas balik apa yang Jiho pernah buat.
"Kau rasa dia berani tak bagitahu papa dia?" tanya Hyunjin.
"Kalau dia bagitahu pun aku tak kisah" kata Freya selamba.
"Apa apa jelah. Sekarang ni jom kita have fun"
"Hah?"
Hyunjin menarik tangan Freya supaya berjalan lebih laju. Sekali lagi Hyunjin menunggang motosikal dengan laju. Freya cuma mampu redha.
"Asal kau kita datang sini?" tanya Freya.
Hyunjin membawa dia datang ke taman syurga permainan. Dalam bangunan di hadapannya sekarang ni, terdapat pelbagai permainan.
"Kan aku dah cakap tadi. Kita datang sini nak have fun" jawab Hyunjin.
Boleh tahan ramai juga hari ni. Bagi siapa yang bawa anak bawah umur, mohon jaga elok elok. Hilang nanti, tak pasal kena pusing satu bangunan ni. Dia yang besar pun masih pegang lengan Hyunjin. Yelah takut terpisah.
"So kita nak main apa dulu?" tanya Freya.
"Hurmm. Awal awal ni kita chill dulu. Kita naik kereta api budak budak dulu" cadang Hyunjin.
"Sure jom. Tapi sebelum tu kau kena ikut aku masuk kedai tu dulu"
Hyunjin mengikut arah yang Freya tunjuk. Oh kedai tu rupanya. Kedai yang jual pelbagai headband.
"Kalau kau pakai ni mesti comel kan"
Freya meletakkan headband yang ada riben besar berwarna pink diatas kepala Hyunjin.
"Hesy! Kau ni. Hilanglah macho aku nanti"
"Nak control macho konon. Blah lah!"
"Eh mesti"
"Tak kira. Aku nak kau pakai juga. Kalau tak aku tak nak cakap dengan kau"
Freya mula mengugut.
"Fine. Tapi bagilah aku yang ada class sikit. Riben pink. Apa cer"
Freya ketawa.
"Okey okey. Kalau macam tu kau pakai yang ni dan aku pun pakai yang ni juga"
Freya mengambil headband bertelinga arnab yang berwarna putih pink lalu diletakkan diatas kepalanya dan juga Hyunjin.
"Bolehlah. Tapi jom kita ambil gambar"
Hyunjin mengeluarkan telefonnya. Berkeping gambar yang mereka ambil di situ.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top