CS18 - 5
Dengan semangat Freya turun dari biliknya dan terus ke dapur. Dua keping roti bakar yang diletakkan nutella diatasnya diambil lalu dengan senang hati dia melangkah keluar rumah.
"Suka sangatlah tu keluar dengan lelaki" sindir Daniel kepada anaknya.
Freya cuma diam sambil memakai kasut adidas putihnya. Malas dia nak bertekak dengan papanya pagi pagi ni. Hari ni kalau boleh dia nak happy happy aje.
"Eh kau dengar tak. Jaga sikit maruah tu" sambung Daniel lagi.
"Papa kisah apa. Selama ni pun papa bukannya ambil tahu pasal Eya pun" bidas Freya.
Kan dia dah cakap, kalau dia tak boleh jadi anak yang baik, dia akan jadi anak yang jahat.
"Amboi! Dah pandai melawan kau kan"
"Suka hati papalah"
Freya terus pergi. Malas nak bertekak dengan Daniel. Kalau diteruskan juga, jawabnya sampai esok pun belum tentu habis. Tidak lama kemudian kereta Audi papanya berlalu pergi.
"Awal papa kau pergi kerja?" soal Hyunjin.
"Hmm" Freya tak tahu nak jawab apa. Sumpah dia tak tahu langsung pasal kerja papa dia.
"Hmm aje. Okeylah. Aku tahu kau ada masalah. Nanti bila kau dah bersedia, share lah dengan aku. Aku akan selalu dengar masalah kau"
Hati Freya tercuit sedikit bila Hyunjin cakap macam tu. Inilah bestnya ada kawan lelaki. Walaupun dia lelaki tapi dia tetap faham perempuan.
"Ouch! Kau sarapan apa pagi tadi sampai boleh keluar ayat sweet macam ni" gurau Freya.
"I'm serious Kang Freya"
Eleh! Dia ni. Nak bergurau sikit pun tak boleh.
"I know. Thank you. Aku bersyukur sangat ada kawan macam kau"
Hyunjin senyum. Inilah yang dia nak dengar sangat.
"Anyway, motorbike kau mana?" soal Freya.
Dia baru perasan yang motor besar berkuasa tinggi Hyunjin tak ada.
"Ada dirumah. Saja tak bawa. Aku nak jalan dengan kau hari ni"
Hyunjin mengangkat peace.
"Kau jangan cakap sebab ni kau ajak aku pergi awal"
Hyunjin tersengih.
"Alaa...awak tak nak jalan dengan titew ke?"
Giliran Hyunjin mengeluarkan suara baby tak serupa bikin sambil mencucuk cucuk lengan Freya. Freya terus mengundur dua langkah ke belakang.
"Ouh wait wait! Kau jangan dekat dengan aku. Aku rasa ni bukan Hwang Hyunjin aku. Orang lain ni"
Hyunjin terus melepaskan tawanya.
"Tak payah nak fikir sangat. Kau sorang aje baby, aku bukan. Jomlah"
Hyunjin menarik tangan Freya.
"Awal lagilah. Baru pukul 6 pagi. Sepatutnya waktu ni aku tengah tidur lagi tahu tak" marah Freya.
"Pergi mampuslah dengan kau punya tidur tu. Hari ni kita jalan sampai sekolah. No more bus" Freya berhenti berjalan.
"Kau gila ke bangang. Kau ingat dekat ke. Aku baru lepas demam kot. Are you nuts?" bebel Freya.
"Alahai girl. Bukannya jauh pun. Sejam aje pun. Lepas tu sampailah"
"Kau cakap senanglah. Kalau kaki aku sakit lagi macam mana?"
"Aku dukung kau"
"Acah aje kau ni. Aku ni berat tau"
"Berat? Kau cakap apa ni Eya. Kau tu kurus macam cicak aje tau" bidas Hyunjin.
Dan selepas itu dia terus lari. Freya pun tunggu apa lagi. Memang kejar Hyunjin sampai lubang cacing.
"Sini kau setan. Berani kau kata aku kurus macam cicak"
Boleh tahan kuat Freya lari. Beg Hyunjin ditarik dan automatik Hyunjin terdorong ke belakang.
"Ha ambik kau!"
Rambut Hyunjin menjadi mangsanya.
"Kau ni. Tak ada tempat lain ke nak balas dendam. Rambut juga kau cari. Tak handsome lah aku nanti" bebel Hyunjin.
"Bajet betul kau kan" komen Freya.
Mereka sambung berjalan. Tak ramai orang di kawasan ni. Mungkin awal lagi.
"Sejuklah. Kau punya pasallah aku tak sempat pakai jaket" suara Freya kedengaran berjauh hati.
"Alolo baby comel. Sejuk eh. Sini peluk dengan abang handsome" gurau Hyunjin.
"Puih! Blah lah! Handsome kat manalah kau ni" kutuk Freya.
"Eleh! Mengutuk aku pulak. Kau nak ke tak jaket aku ni" soal Hyunjin tak puas hati.
"Naklah" suara Freya berubah manja.
"Kalau nak, buat cara nak" balas Hyunjin lagi.
"Eh tapi kau tak sejuk ke?"
Kau ni Freya. Fikir kau aje. Hyunjin? Dia pun mesti sejuk juga.
"No sokay. Kau pakailah. Aku lelaki. Boleh tahan sejuk"
Hyunjin menghulurkan jaketnya tapi Freya tolak.
"Kalau kau tak pakai, aku pun tak nak pakai" kata Freya lagi.
"Habis ada satu aje" jawab Hyunjin.
Freya berdiri disebelah Hyunjin. Lengan Hyunjin dipaut. Hyunjin juga terkejut melihat Freya sedekat ini. Dia boleh nampak muka Freya dengan jelas. Dan pada masa itu juga hatinya rasa lain tapi dia cuba untuk mengawal riak wajahnya.
"Kau buat apa ni?" soal Hyunjin dengan muka biasa.
"Kalau aku berdiri dekat dengan kau macam sekarang ni, kita boleh kongsi jaket tu" jawab Freya.
Hyunjin meletakkan jaketnya di belakang dia dengan Freya. Mereka sama sama menggunakan jaket itu dan sambung berjalan.
"Kau dah makan ubat girl?" soal Hyunjin.
Entah kenapa, Freya rasa seronok bila dengar Hyunjin panggil dia girl.
"Kalau belum kau nak buat apa?" Sengaja Freya nak uji.
"Aku kiss kau"
Dengan sekelip mata muka Hyunjin dekat dengan wajahnya. Cuma satu inci jarak yang tinggal. Terkejut juga dia.
"A..aku dah makanlah" jawab Freya.
"Lawaklah kau ni. Tu aku baru ugut nak kiss. Kalau kiss betul macam manalah reaksi kau kan"
Lengan Hyunjin ditampar.
"Gatallah kau ni"
"Main main jelah"
Dan selepas itu masing masing diam. Leka melihat suasana pagi yang jarang mereka tengok. Matahari pun dah kelihatan.
"Kau tahu tak girl, masa kau kena denda hari tu, aku ingat aku nak tolong bawa kau balik tapi Jaemin terlebih dulu ambil kau"
Freya dapat dengar ada nada sedih disitu.
"Iya? Habis kenapa kau tak fight?"
Hyunjin berhenti melangkah dan automatik Freya juga berhenti melangkah. Hyunjin melihat sekejap wajah Freya sebelum dia kembali melangkah lalu dituruti dengan Freya.
"Aku malaslah nak fight. Jaemin tu kan kawan kita. Nanti dia cakap apa pula"
Freya cuma senyum. Inilah Hwang Hyunjin. Selalu mengalah bila dengan kawan.
"Kau tak boleh macam ni bro. Okey macam nilah. Katakan, Jaemin suka sorang perempuan ni, kau pun suka juga. In case, korang sama sama suka. Kau nak mengalah jugak?"
Freya melihat Hyunjin yang hanya memandang ke arah depan.
"Kau dah tahu jawapan dia girl. Tapi bergantung pada perempuan tu juga. Kalau perempuan tu pilih dia, aku akan terima. Kalau perempuan tu pilih aku, aku harap dia move on"
"Itu yang aku nak dengar sebenarnya. Jawapan yang bijak keluar dari mulut kau"
Hyunjin cuma senyum.
Hana berlari ke kelasnya untuk memberi tahu apa yang dia nampak tadi. Sampai di kelas 5-2 dia terus masuk dan duduk didepan Jiho.
"Weh! Kau tahu tak apa yang aku nampak tadi?" soal Hana. Penat pun belum hilang.
"Apa bendalah kau ni" kata Jiho tak puas hati.
"Bitch dah datang sekolah" beritahu Hana.
"So what?!" marah Jiho.
"Aku takutlah dia balas dendam kat kita" kata Hana lagi.
"Hesy! Kau ni. Nak takut apa. Benda apa sangat dia boleh buat. Bitch tu cakap aje lebih" sambung Jiho.
"Macam kau" sambung seseorang.
Jiho menoleh ke belakang melihat perempuan yang sedang membaca novel itu.
"Apa masalah kau ni Lea. Kau pun nak kena dengan aku jugak ke?"
Lea cuma menayangkan muka selamba sambil membaca buku.
"I dare you" jawab Lea.
Selepas itu Lea dan sahabatnya keluar dari kelas. Jiho menahan marahnya.
"Sabar beb. Lea kita tolak tepi dulu. Sekarang ni Freya lagi penting"
"Hesy! Boleh tak jangan sebut nama bitch tu depan aku"
Jiho mengibas rambutnya.
Riuh kelas 8-1 apabila Cikgu Naeun keluar. Apa bendalah yang mereka bual.
"Welcome back beb!" kata Shuhua.
Mereka berenam memeluk Freya dengan erat. Yelah tiga hari tak jumpa. Memang rindu gila.
"Thank you sayang sayang ku sekalian. Sebelum korang tanya, aku nak bagitahu yang kaki aku dah okey dan demam aku pun dah baik"
"Waaa! Rindunya dengan kau"
Mereka berpelukan lagi. Kaum lelaki cuma mampu menggeleng kepala masing masing. Perempuan. Biasalah.
"Ha pasal tangan kau tu. Kau tak nak balas dendam lagi ke dekat setan tu"
"Hmm yang tu aku dah plan dah. Korang tak payah risaulah. Korang chill aje"
Freya cuba meyakinkan kawan kawannya.
"Eh jomlah pergi kafe. Tak sempat makan pulak kita nanti" ajak Nancy.
"Emm korang pergilah dulu boleh? Nanti aku follow"
"Okeylah tapi jangan lama sangat" pesan Saeron.
Semua dah keluar. Tinggallah Freya dengan Hyunjin.
"Kau termenung apa lagi tu. Jomlah pergi kafe. Aku lapar ni" tegur Freya.
"Jom. Tapi kau cakap kau nak pergi tandas dulu kan"
Ya dia nak pergi tandas dulu sebab dia tahu Jiho and the gang ada disitu pada waktu macam ni. Jarang pelajar lain pergi tandas waktu ni sebab semua tuju ke kafe.
"Haah. Jom. Kau kan nak tolong tengok aku bagi reward dekat Jiho and the gang"
"Hmm tak sabar pulak aku nak tengok"
Mereka ketawa.
Tekaan Freya benar. Mereka ada di toilet. Freya bersembunyi di sebalik dinding untuk melihat gelagat kumpulan itu. Masing masing leka menconteng muka sendiri.
Freya mengambil kesempatan untuk menuang cecair pencuci tandas dan dicampur dengan air. Maka terhasillah buih buih yang bila dipijak boleh hilang keseimbangan badan dan jatuh ke lantai licin itu. Kumpulan itu langsung tak perasan apa yang Freya buat.
Selepas itu, Hyunjin meletakkan papan tanda kuning bahawa lantai licin. Takut juga kalau pelajar lain datang.
"Kau memang hebatlah girl"
Hyunjin menayangkan ibu jarinya kepada Freya.
"Jomlah pergi"
Baru beberapa langkah mereka pergi, kedengaran orang menjerit. Jelas sekali mereka dengar. Mereka berhigh five.
Mission accomplished!
Hyunjin dan Freya sampai di kafe. Yang lain dah habis makan. Waktu rehat pun tinggal lagi sepuluh minit. Tapi kisah apa. Lepas ni masa Cikgu Jin. So buat lex sudah.
"Eya duduk sini. Aku belanja kau hari ni"
Jaemin menepuk kerusi di sebelah tempat duduknya.
"Sokay. Kau masuklah kelas dulu. Aku makan dengan Hyunjin aje"
Freya cuma mampu senyum. Dia tahu Jaemin kecewa. Tengok muka dia pun dah tahu.
"Fine kalau macam tu kami masuk kelas dulu" kata Jaemin dengan dingin.
"Jangan lambat sangat" pesan Saeron pula.
"Sure beb" jawab Freya.
Mereka semua berlalu pergi. Tiada siapa di kafe ni selain mereka berdua.
"Aku rasa Jaemin suka kaulah"
Freya yang baru nak memasukkan makanan dalam mulut terus tak jadi.
Aduu potong betullah Hyunjin ni. Baru nak selera makan.
"Tak payah nak merepeklah Hwang Hyunjin oi"
Hyunjin makan dengan selamba. Orang cakap benda betul, dia kata kita merepek pulak.
"Itu cuma pandangan aku. Aku lelaki dan Jaemin pun lelaki. So aku tahu. Mungkin kau tak perasan tapi aku perasan" kata Hyunjin lagi.
"Dahlah bro. Aku malas nak cakap pasal ni. Buat masa sekarang aku tak nak fikir pasal ni"
Freya sambung makan.
"Memanglah kau tak nak fikir tapi semakin hari semakin bertambah perasaan dia pada kau" sambung Hyunjin lagi.
"Apa apa jelah. Yang aku tahu sekarang ni, aku cuma suka kau aje"
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top