CS18 - 4
Jaemin cakap dia balik sekejap untuk tukar baju. Tinggallah Freya sorang sorang. Sunyi aje suasana dalam bilik ni. Jaemin lah yang beria sangat nak bagi Freya duduk dalam bilik first class macam ni. Kalau tak, boleh juga berbual dengan orang lain.
Papa dia? Dah nak dekat setengah hari dia duduk sini tapi bayang pun tak nampak. Benci betul papa dia dengan dia.
Jatuh air matanya bila fikir pasal tu. Hidupnya tak macam orang lain yang penuh dengan kasih sayang ibu bapa. Tapi dia nak dapat kasih sayang seorang bapa pun susah. Hidup dia tak ubah seperti orang yang tiada ibu bapa langsung.
"Again?" tegur Jaemin yang baru sampai.
Freya cepat cepat lap sisa air matanya. Alamak kantoi pulak.
"Sorry sebab nangis belakang kau. Aku tahu kau tak suka. So aku minta maaf"
Jaemin cuma senyum. Comel pula tengok Freya gelabah macam tu.
"Sokay. Hari ni aku maafkan kau. Tapi janji dengan aku yang kau tak kan nangis lagi belakang aku. Ingat. Kalau kau nak menangis sangat, menangis depan aku"
Freya mengangguk. Berjanji sekadar bercakap tapi tunaikan tidak pernah. Kalau dia sorang sorang dirumah pun, dia menangis juga.
"Papa kau tak datang?"
Haila Jaemin. Kau tak suka tengok aku menangis tapi soalan kau tu buat aku nak nangis la. Huhu.
"Busy kot" jawab Freya.
Dan selepas itu diam. Masing masing lebih selesa diam. Hanya dengar bunyi air-cond aje. Freya yang mula rasa janggal terus mengambil gelas air disebelah lalu diminum. Selepas itu gelas itu diletakkan semula diatas meja.
"Eya kalau kau ada masalah, kau jangan segan nak share dengan aku. Kalau bukan dengan aku, dengan kawan kawan bangang kita tu pun kau boleh share"
Jaemin memulakan perbualan mereka.
"Tak aku okey. Betul"
Freya cuba meyakinkan Jaemin.
"Damn you Eya! Boleh tak kalau kau jangan tipu aku"
Freya rasa serba salah sekarang. Patutkah dia cerita hal peribadi dia pada Jaemin. Tapi dia tak nak orang lain tahu. Kalau boleh biar dia sorang yang tanggung.
"Kau ada masalah dengan papa kau kan?" serang Jaemin lagi.
Freya mengangguk dengan perlahan. Rasanya tak salah kalau nak share dengan Jaemin. Dia tahu Jaemin boleh simpan rahsia ni.
"Ya. Aku ada problem dengan papa aku. Aku harap kau tak bagitahu orang lain pasal ni"
"You know I don't have mom right?"
Jaemin mengangguk.
"Sebenarnya ibu aku meninggal disebabkan aku..."
Jaemin terkejut.
"That was my papa said..."
Heh! Tak masuk akal bhaii. Gila ke apa papa Eya ni. Tu semua takdirlah. Asal nak salahkan Eya pulak.
"He kept blaming me on mom death. Dia benci gila dengan aku. Lagi lagi muka aku memang ikut ibu aku. Dia cakap dia tak boleh tengok muka aku sebab dia akan teringat ibu aku"
Sekarang baru Jaemin tahu, disebalik wajah Freya yang cantik, periang, dan beku apabila berhadapan musuh mereka, rupanya ada kesedihan yang perlu Freya tanggung sendiri. Kenapa sekarang baru terdetik di hatinya untuk bertanya. Kenapa tak dulu. Damn kau Jaemin.
"Ermm boleh aku tahu apa yang menyebabkan ibu kau meninggal?"
Buat kali kedua air mata Freya gugur. Jaemin merasa bersalah.
"No sokay. Aku tak patut tanya kau macam tu-"
"Kemalangan. Ya ibu aku kemalangan masa dia dalam perjalanan balik rumah sebab...sebab..."
"Sebab aku menangis nakkan ibu aku. Aku tahu kalau aku tak menangis, mesti benda tu semua tak kan jadi. Sekarang ni mesti aku...aku hidup bahagia dengan parents aku dan papa aku...papa aku mesti sayangkan aku"
Freya sudah teresak esak. Akhirnya ada orang sudi dengar kisah hidup dia yang tak berapa nak bahagia itu.
"Dahlah Eya. Aku rasa kau patut rehat. Aku tak patut tanya kau soalan macam tu. Aku tak suka tengok kau menangis tapi aku sendiri yang buat kau menangis"
Freya menurut. Dia pun dah penat dengan semua ni. Mulai hari ni dia tak kan menangis pasal ni lagi. Dia akan terima apa saja yang papa dia cakap. Kalau dia tak boleh jadi anak yang baik yang boleh buat hati papa dia senang, dia akan jadi anak yang jahat. Anak yang selalu menyusahkan. Itu janji dia!
Jaemin mengusap pipi lembut Freya.
Nyenyak betul kau tidur Eya. Aku harap bila kau bangun esok, kau akan jadi Kang Freya macam yang aku kenal. Bukan macam sekarang. Freya yang sakit, lemah, sedih dan macam macam lagi.
Dua hari Freya menetap di hospital. Kata doktor dia tak dibenarkan pulang sebab mereka perlu pantau lagi kesihatan dia. Nasiblah dalam bilik tu ada tv 42 inci. Taklah boring sangat.
Pintu bilik dia dibuka dengan kasar dari luar. Emm no no. Lebih tepat ditendang dari luar. Amboi doktor. Dah pandai kuang ajo ke sekarang ni.
"Tepuk sikit geng. Tengoklah bitch sorang ni. Baru kena berdiri enam jam, dah masuk hospital. Manja betul"
Bala dah datang siak! Jiho and the gang dah sampai. Siap pakai uniform sekolah lagi. Nampak sangat tak balik rumah dah. Datang sini terus.
"Setan tak sedar diri. Kaulah manja!" bidas Freya.
Matanya kembali menonton rancangan di telivisyen. Tak peduli dengan geng tu.
"Manja manja aku pun, aku boleh sampai sini untuk balas dendam kat kau" kata Jiho lagi.
"Oh yea? Aku harap kau tak menyesal dengan perbuatan kau nanti" kata Freya dengan selamba.
Muka Jiho berubah merah.
"Geng!" jerit Jiho.
Dua orang kawan Jiho memegang tangan dan badan Freya. Bengang juga dia dibuatnya. Dahlah demam dia belum lega sepenuhnya. Hish! Tak guna betul five damn witches ni.
"Hana cabut IV drips bitch ni sekarang!" arah Jiho.
Terbeliak mata Freya. Biar betul weh! Benda setan ni jangan dibuat main.
"What the fuck bitch! Are you dead serious to do? You're not going to regret after this right?"
Freya meronta ronta. Kuat pula mangkuk mangkuk ni pegang dia.
"Fortunately I'm not" Jiho tersenyum sinis.
"Now Hana!"
Dan selepas itu darah mengalir seperti air. Bapak sakit gila.
"Auww! Korang ni memang setan lah! Korang tunggu nasib korang. Aku tak kan lepaskan korang. Korang ingat kata kata aku ni elok elok. I'm not going to let you go once I found you BITCHES!"
"Iya? Kau ingat kami takut ke?"
Jiho menolak dahi Freya dengan jari telunjuknya. Mereka melangkah keluar dengan selamba.
"You all in wrong place to play around. I wonder if you ever heard this phrase. Don't mess around with Kang Freya. Pernah?"
"Nope and never. Anyway we'll look forward to it"
Jiho mengukir senyuman manis yang terlihat sinis bagi Freya.
Urgh! Dia harap dia boleh kejar dan balas dendam kat mereka semua. Dia menekan butang kecemasan. Tidak sampai seminit, doktor bersama nurse datang. Masing masing terkejut melihat tangan Freya yang berdarah. IV drips entah kemana.
"Macam mana boleh terkeluar ni. Nakal betul kamu ni" marah doktor itu.
"Doktor Ong. Saya bukannya bodoh untuk cabut IV drips saya sendiri. Saya masih waras lagi"
Hambik kau. Kan dah kena. Orang tengah sakit boleh pula dia membebel.
"Kuang ajo betul mu ni. Macam manalah Daniel didik kamu"
"Do I care" kata Freya dengan selamba badaknya.
Nurse disitu turut menggeleng kepala mereka.
Freya melihat jam di dinding. Kalau ikutkan, waktu sekolah dah habis. Tapi kenapa tak ada sorang pun yang datang. Huhu. Sedihlah macam ni. Dahlah lapar. Nurse pun saja nak dera dia. Makan ikut time konon. Kalau orang macam Freya tak boleh ikut time. Nama aje demam tapi kalau bab makan, demam pun boleh tolak ke tepi.
"Asal muka monyok tu girl"
Doa dia dah termakbul. Tak ada orang lain yang selalu panggil dia girl kalau bukan Hwang Hyunjin. Dia pun tak tahu kenapa Hyunjin panggil dia macam tu.
"Hyunjin! Oh finally ada jugak orang datang" kata Freya dengan ceria.
Amboi kau Freya. Macam dah lega demam aje gayanya. Bukan main semangat kau ya.
"Asal? Tak ada siapa datang lagi ke?"
Freya menggeleng. Muka sedih ditayang sebaik mungkin.
"Manja betul kau kan" komen Hyunjin.
Hurm dia pun pelik. Kalau dengan Hyunjin mesti perangai baby tak serupa bikin dia keluar. Dia akan terlebih manja bila dengan Hyunjin.
"Dengan kau je" Freya mengangkat peace.
"Ouh ni aku ada bawakan kau burger McD. Aku tahu kau akan cari makanan ni bila demam"
Freya tersengih. Memang betul pun dan Hyunjin sorang yang tahu pasal ni.
"Thank you bro!" Freya mengambil bungkusan kertas dari tangan Hyunjin.
"Asal tangan kau tu?" soal Hyunjin apabila melihat tangan Freya berbalut.
Freya menepuk dahinya. Alamak macam mana boleh lupa ni. Macam mana dia nak makan ni. Tahulah tangan kanannya boleh guna tapi dia nak makan burger kot. Kena pakai dua belah tangan.
"Ermm...awak. Awak boleh tak tolong suapkan titew. Tangan kiri titew tak boleh gunalah" kata Freya sambil mencucuk cucuk lengan Hyunjin dengan ibu jarinya.
"Haih! Kau ni. Kalau ye pun, tak payahlah pakai suara baby. Geli anak tekak tahu tak"
Freya ketawa. Comellah tengok Hyunjin marah.
"Sini biar aku tolong suap"
Hyunjin terpaksa duduk diatas katil sebelah Freya bagi memudahkan sesi suap menyuap sekejap lagi.
"Buka mulut tu"
Freya menurut. Hyunjin memasukkan burger ke dalam mulut Freya.
"So tell me. Kenapa IV drips kau pindah tangan dan tangan sebelah lagi sampai berbalut. Kau buat apa? Kau cuba lari dari hospital eh? Cakap cepat!"
Dan selepas itu lima jari melekat di lengannya.
"Kau ni. Cakap tu baik baik sikit. Mana ada aku buat macam tu. Tadi Jiho and the gang datang. Dorang cabut IV drips aku sebab nak balas dendam"
"What?! Seriously. Perempuan lahanat ni memang nak kena betullah dengan aku. Dapat kat aku nanti siap aku kerjakan"
"Wo wo! Chill man"
Freya bergurau. Muka Hyunjin sekarang ni macam drakula nak hisap darah orang dah.
"I'm not kidding Kang Freya. What if you lose more blood. Oh shit! I can't even imagine that"
"Okay okay I'm sorry"
Freya menayangkan muka sehabis comel yang mungkin.
"Nanti bila kau masuk sekolah balik, aku tolong kau kasi reward dekat Jiho"
"Sure. Tapi kau tolong tengok jelah. Biar aku yang kasi sendiri"
Freya mengukir senyuman sinis yang tak ubah seperti witches dalam movie Shrek.
"Oh setan! Don't make that face in front of me. Kinda scare you know"
Dan selepas itu tawa Freya kedengaran didalam bilik itu. Hyunjin menggeleng kepalanya.
Tbc
#MASHIE에이핑크
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top